Berikut adalah vitamin-vitamin yang disyorkan bagi ibu menyusu serta kepentingan setiap vitamin tersebut.


Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : 

Sangat perlu demi memastikan tubuh menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex : 



Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C : 



Sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa : 



Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.


** Untuk hasil lebih optimum, anda boleh memilih untuk menambah Ostematrix dan/atau ESP (Energizing Soy Protein)

OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag):



Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Selain itu, kelebihan Kalsium Shaklee ialah:


- Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
- Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
- Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.



*Rujukan: Shaklee Malaysia


Energizing Soy Protein (ESP):



Kompisis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
*Rujukan: Shaklee Malaysia.



Pesanan dan pertanyaan tentang set penyusuan yang sesuai, sila hubungi saya :-


Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com




“Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam”.



Memiliki tubuh yang slim dan ada ‘curve’ adalah idaman setiap wanita. Sanggup berbelanja ribuan ringgit demi mencapai hasrat tersebut. Bukan apa, memiliki tubuh yang cantik menambah keyakinan diri. Namun, bukan semua wanita mampu mengeluarkan belanja begitu banyak demi mendapat tubuh idaman.

Namun, yang penting adalah memiliki berat badan yang ideal. Kekurangan lain boleh ditampung dengan pelbagai teknik dan illusi. Yelah .. bukan semua orang mampu memiliki tubuh PERFECT.
Entry kali ni, saya kongsikan panduan untuk mencapai berat ideal secara sihat dan praktikal. Malah panduan yang berguna juga bagi mereka yang mahu mengekalkan berat badan ideal masing-masing.



MENGAMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI
Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil.

MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik.

MENGAMBIL PROTEIN
Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

KURANGKAN LEMAK
Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol.

KURANGKAN GULA
Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja.

MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI
Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG
Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga.


credit to Mommy Lyna



Nah! Tips yang sangat mudah dan praktikal kan? Winking smile
















Terima kasih kepada Ainul Mardhiah daripada KIM atas perkongsian ini. 



Colic atau tangisan yang lama, kerap bukan penyakit tetapi perkara biasa berlaku pada kanak-kanak 

PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’. 

Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa. 

Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam. 

Apakah sebenarnya colic? Benarkah ia perkara biasa di kalangan bayi? 


Pakar Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr Noor Aziah Mohd Saari, berkata tiada yang lebih menggusarkan ibu bapa selain bayi yang baru lahir menangis tidak henti-henti walaupun hakikatnya bayi akan menangis. 

“Tangisan adalah satu-satunya cara untuk bayi berkomunikasi dengan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, tangisan membawa pelbagai erti dan sebab yang berbeza. 

Kadangkala bayi menangis kerana dahaga atau lapar. Mungkin juga mengantuk, ingin lebih perhatian, bosan dan mahu dibelai atau tidak mahu diganggu. Tangisan juga mungkin tanda bayi tidak sihat atau berasa tidak tenteram tanpa sebarang sebab yang pasti (bad mood),” katanya. 

Untuk mententeramkan bayi yang menangis, katanya ibu bapa perlu belajar memahami keperluan bayi, gerak-geri dan tindak balasnya. Tidak semua bayi boleh ditenteramkan dengan cara yang sama. Ada bayi mudah ditenteramkan, ada bayi yang sukar berhenti menangis. 

"Ibu bapa perlu tahu kebanyakan bayi akan berhenti menangis selepas dibelai beberapa ketika. Namun, ada segelintir bayi yang akan menangis terlalu lama dan sukar untuk ditenteramkan,” katanya. 

Dr Noor Aziah berkata, apabila bayi menangis terlalu lama tanpa sebab, sukar dipujuk malah pemeriksaan doktor mendapati bayi tidak mengalami sebarang penyakit, masalah ini dikenali sebagai ‘colic’. 

“Dalam bahasa kita, keadaan ini kerap digelar sawan tangis dan sebanyak 20 peratus bayi yang baru lahir dan mencecah usia empat bulan akan menghadapi masalah colic,” katanya. 

Justeru, katanya sememangnya sawan tangis boleh dianggap perkara yang biasa berlaku pada bayi. Bagaimanapun, setiap kali berlaku, ia cukup menggusarkan ibu bapa, lebih-lebih lagi jika ia berlaku melebihi tiga jam hampir setiap hari. 

Dr Noor Aziah berkata, colic, sawan tangis atau kembung perut merujuk pada tangisan yang lama atau kerap. Namun, maksud ini sangat subjektif dan toleransi ibu bapa terhadap tangisan bayi juga berbeza. 

“Bagi sebahagian kita, tangisan melebihi beberapa minit sudah dikira cukup lama. Bagi yang lain pula tangisan bayi melebihi beberapa jam akan mula mencemaskan. Dari sudut kajian, saintis mengambil kira tangisan yang berterusan melebihi dua hingga tiga jam sehari dan berlaku melebihi tiga kali seminggu sebagai tangisan ‘colic’. "

Jelas Dr Noor Aziah, sawan tangis boleh berlaku bila-bila masa, tetapi lebih kerap berlaku selepas waktu senja dan kadangkala menjangkau lewat malam atau awal pagi. 

“Walaupun sawan tangis ini tidak berbahaya dan bukan disebabkan kesakitan, bayi akan kelihatan seperti tidak selesa atau kesakitan. Bayi akan mengangkat kepala, mengangkat kakinya ke perut dan mukanya merah padam. 

“Bayi juga kerap buang angin tetapi itu tidak membantunya berhenti menangis. Dalam tempoh tangisan ini, bayi tidak mahu menyusu, sukar untuk tidur dan tidak nyenyak tidur. Keadaan ini pastinya amat mencabar kesabaran ibu bapa,” katanya. 

Bagaimana jika sawan tangis itu simptom masalah lain yang lebih serius? 

Jika tangisan bayi anda berlaku terlalu lama, pastikan punca tangisannya. Adakah bayi menangis kerana lapar, keletihan, mahukan belaian atau pelukan ibunya atau adakah bayi terkejut kerana bunyi bising atau sentuhan yang mengejut, berasa gayat apabila pakaiannya dibuka, berasa terlalu sejuk, panas, sakit atau tidak selesa. Misalnya kerana ruam lampin. 

“Jika tiada sebab yang boleh dikaitkan, bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Bayi yang mengalami colic lazimnya mengalami peningkatan berat badan yang biasa dan menyusu dengan baik seperti bayi lain,” katanya. 

Dr Noor Aziah berkata, tangisan yang berpanjangan mungkin boleh dikaitkan dengan masalah yang lebih serius misalnya meningitis (jangkitan pada selaput otak). 

“Bayi yang mengalami meningitis akan demam panas dan menangis tanpa henti serta amat sukar dipujuk. Dalam keadaan ini, bayi kurang menyusu dan pada peringkat lebih serius boleh mengalami sawan (seizure),” katanya. 

Selain itu, masalah reflux juga kerap menyebabkan bayi menangis berpanjangan kerana kesakitan pada bahagian perut dan dada. Reflux adalah masalah yang berkaitan dengan kandungan perut yang berasid melimpah keluar ke saluran makanan esophagus dan menyebabkan bayi muntah. 

“Masalah reflux yang berlebihan atau patologikal akan menyebabkan bayi kerap muntah, mual, batuk, mengalami masalah pernafasan dan berat badan tidak meningkat. 

“Masalah tidak serasi kepada laktosa dalam susu juga boleh menyebabkan bayi mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah serta berat badan yang tidak meningkat. Masalah sembelit juga menyebabkan bayi menangis secara melampau,” katanya. 

Bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak berhadapan dengan masalah colic kerana ada bayi yang diserang masalah itu lebih kerap berbanding bayi lain. 

Ada ibu bapa bernasib baik kerana walaupun mempunyai anak ramai, mereka tidak pernah mengalami colic dan ada ibu bapa bernasib sebaliknya,” katanya. 

Beliau berkata, daripada pemerhatian, anak pertama dan anak bongsu lebih kerap mengalami colic manakala tiada perbezaan kekerapan di antara bayi lelaki dan perempuan. 

Faktor Colic


Tiada ketahui punca utama masalah colic. Bayi colic biasanya kerap membuang angin sama ada kentut atau sendawa selepas menangis. Bagaimanapun, ada kajian menunjukkan kekerapan membuang angin itu disebabkan bayi banyak menelan udara ketika menangis. 

Ada berpendapat usus bayi kurang matang dan belum berfungsi dengan baik menyebabkan colic kerap berlaku di bawah usia enam bulan. Colic dikatakan berasal daripada sistem saraf yang kurang matang. Justeru, bayi lebih mudah teruja dan tidak berupaya meleraikan tangisannya setelah mula menangis. 

Bayi akan lebih terganggu oleh bunyi bising seperti televisyen, telefon atau suasana dan bunyi-bunyian yang asing. Pendedahan lebih banyak kepada bunyi akan menyebabkan bayi mengalami colic. 

Pemakanan ibu yang menyusu badan juga kerap dikaitkan punca colic. Misalnya, sesetengah jenis makanan menyebabkan pengeluaran gas atau angin yang menyebabkan bayi kembung atau colic. Bagaimanapun, tiada bukti yang jelas membuktikan pendapat ini kerana tiada makanan khusus yang menyebabkan colic. 

Ada juga teori yang mengatakan bahawa kurang ikatan di antara ibu dan bayi (poor maternal bonding) menyebabkan colic. Bagaimanapun, kajian membuktikan bahawa ikatan ibu dan bayi tiada kaitan dengan colic. Colic tetap berlaku walaupun ikatan perhubungan ibu dan anak sangat erat manakala ibu yang kurang erat dan prihatin pada bayinya jarang berhadapan dengan masalah bayi engalami colic. 

Rawatan Colic


Dr Noor Aziah berkata, sekiranya sesuatu masalah tidak diketahui puncanya, rawatan dan penyelesaiannya bukan sesuatu yang jelas dan dapat dibuktikan secara saintifik. 

“Untuk mententeramkan bayi anda yang mengalami colic, cuba mendukung atau membedungnya sambil membuai bayi perlahan-lahan. Cuba gunakan puting jika bayi anda mahu. Bunyi getaran yang perlahan seperti peti sejuk atau mesin basuh atau pengering pakaian kadangkala membantu mententeramkan bayi,” katanya. 

Beliau berkata, kadangkala bayi akan tenteram apabila menaiki kereta atau bersiar-siar di luar rumah. 

Adakala bayi mahukan perut atau belakangnya diusap perlahan-lahan. Adakalanya mandian air suam dapat mententeramkan bayi anda. Orang Asia menggunakan barut perut bayi dan minyak bayi untuk mengelakkan masuk angin dan ia juga ditiru oleh Barat. Malah, orang Barat juga mula meniru cara mengendong bayi seperti orang Asia, misalnya masyarakat dari Jawa untuk mengelakkan colic dan untuk membantu menghentikan tangisan bayi yang berpanjangan,” katanya. 

Dr Noor Aziah berkata, walaupun cabaran bayi yang mengalami colic sangat menduga kesabaran, sebagai ibu bapa, mereka harus berasa lega kerana colic bukan masalah kesihatan. Masalah itu akan beransur hilang selepas bayi berusia empat hingga enam bulan. 

Bayi juga tidak akan mengalami sebarang kesan daripada colic yang dialaminya ketika bayi, baik dari sudut emosi atau perkembangannya. 

Colic juga katanya, bukan kerana tanda kegagalan anda mententeramkan bayi anda atau kegagalan anda menjaganya dengan baik. 

"Suami isteri harus saling membantu seperti bangun malam untuk mententeramkan bayi yang sering menangis supaya masing-masing dapat cukup rehat. Dapatkan sokongan moral daripada ibu bapa atau saudara supaya anda tidak terlalu tertekan dalam menangani masalah ini,” katanya.


Selalu saya mendengar rungutan ibu-ibu baru yang mengatakan bahawa bayi mereka tidak mendapat susu (badan) yang cukup dan membuat keputusan akhir untuk 'top-up' susu formula pada bayi yang baru lahir itu. 


Ketahui tanda-tanda bayi tidak cukup susu
Adakah bayi anda mendapat susu badan yang cukup?


Bukanlah saya menidakkan keperluan 'makan minum' bayi namun sebelum anda membuat keputusan untuk 'top-up' susu formula kepada bayi, mari baca beberapa perkara yang perlu anda ketahui tentang maksud bayi tidak cukup susu.


Tanda- tanda Bayi Anda Memang Tidak Cukup Susu 


1. Pertambahan berat badan yang kurang memuaskan
Bagi bayi yang kekurangan susu biasanya pertambahan berat badannya kurang daripada 500 gram sebulan. Manakala bagi bayi yang baru lahir pula, jika berat badannya tidak bertambah selepas dua minggu kelahiran, maka itu menandakan bayi anda tidak mendapat susu yang mencukupi.

2. Bayi kerap menangis
Reaksi sebegini biasanya menunjukkan bayi anda lapar. Walaupun anda kerap menyusukannya, namun dia terus menangis. Salah satu sebabnya mungkin kerana dia tidak memperolehi susu akhir (hind-milk) yang biasanya mengandungi segala khasiat penting. Susu akhir juga berperanan membuatkan bayi merasa kenyang. Apabila bayi anda puas menyusu, dia akan lebih tenteram.

3. Terlalu kerap menyusu
Masalah ini juga menunjukkan bayi tidak memperolehi susu akhir yang diperlukannya yang disebabkan oleh cara penyusuan dan pelekapan yang kurang berkesan. Oleh kerana itulah, bayi akan kerap menyusu kerana dia tidak merasa kenyang sewaktu menyusu sebelumnya.

4. Pembuangan air kecil yang pekat dan sedikit
Faktor ini juga perlu dititik beratkan. Tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda tidak mendapat susu yang cukup ialah dia membuang air kecil kurang daripada enam kali sehari. Selain daripada itu, air kencingnya berwarna kuning dan berbau kuat.

5. Najis bayi keras, kering dan kehijauan
Ini adalah salah satu lagi tanda yang perlu diambil perhatian. Biasanya bayi yang tidak memperolehi susu yang cukup akan mengeluarkan najis yang keras dan kering. Terdapat juga najis segelintir bayi yang berwarna kehijauan.


Faktor Penyebab Bayi Tidak Cukup Susu


Pasti anda ingin tahu apakah faktor yang menyebabkan anak anda kelihatan seperti tidak kenyang walaupun kerap menyusu. Apabila anda mengetahui faktor-faktornya maka mudahlah bagi anda untuk membetulkan keadaan dan terus berjaya menyusu sekurang-kurangnya sehingga enam bulan dan meneruskannya sehingga dua tahun. Faktor-faktor tersebut ialah:-

1. Lewat memulakan penyusuan
Ada segelintir ibu yang mengalami masalah selepas kelahiran. Ini mungkin kerana ibu tersebut sakit ataupun bayi sendiri mengalami masalah. Contohnya, bayi pramatang. Jadi, proses awal penyusuan tidak dapat dimulakan dan berkemungkinan menjejaskan penyusuan seterusnya.

2. Tempoh penyusuan yang pendek
Tempoh penyusuan yang pendek menyebabkan bayi tidak merasa kenyang. Ini disebabkan bayi hanya mendapat susu awal yang cair dan tidak dapat mengenyangkannya. Susu awal hanya mampu bertindak menghilangkan dahaga bayi anda. Oleh yang demikian, anda perlu membiarkannya bayi menyusu sehingga dia berhenti sendiri dan nampak selesa. Selalunya susu akhir nampak putih dan pekat selepas setiap penyusuan.

3. Cara melekap yang tidak betul
Apabila ibu tidak membantu bayi melekap dengan betul, maka bayi tidak dapat menghisap payu dara anda dengan baik. Oleh kerana itulah dia tidak puas menyusu. Sokongan anda amat diperlukan ketika bayi menyusu. Dengan membetulkan posisi dan pelekapan pada payu dara, pasti bayi anda dapat menyusu dengan lebih baik.

4. Botol dan puting kosong
Anda tidak digalakkan untuk memberi susu menggunakan botol dan puting kosong kepada bayi jika mahu memastikan penyusuan secara eksklusif berjaya. Ini kerana bayi mudah keliru antara puting ibu dan puting tiruan. Apabila dia sudah terbiasa dengan puting tiruan, maka bayi akan menolak payu dara ibu. Ini akan menyebabkan bayi tidak boleh meneruskan penyusuan susu ibu secukupnya.

5. Tidak menyusu di waktu malam
Hormon prolaktin yang diperlukan untuk menghasilkan susu dirembes oleh kalenjar pituitary dengan banyak di waktu malam. Jika ibu tidak menyusukan bayinya di waktu malam, ini akan menyebabkan payu dara bengkak dan menganggu pengaliran susu yang bakal diberikan kepada bayi.

6. Makanan tambahan
Makanan tambahan boleh dimulakan apabila bayi berumur enam bulan. Pastikan bayi disusukan sebelum diberi makanan tambahan bagi mengelakkan dirinya daripada terlalu kenyang. Sekiranya bayi terlalu kenyang, bayi akan kurang menyusu.

7. Kurang yakin
Ibu kurang berkeyakinan terhadap kemampuan dan kebolehannya untuk menyusu. Keadaan menjadi lebih rumit sekiranya dia kurang berpengetahuan dan tidak mendapat sokongan daripada orang di sekitarnya terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja. Dapatkan khidmat nasihat daripada kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang banyak terdapat di hospital kerajaan dan swasta.


Kredit info Nur Salwa Ishak

Sekiranya anda adalah antara ibu yang menghadapi masalah di atas, sila rujuk kepada mana-mana Kaunselor Laktasi atau berjumpa dengan mana-mana doktor yang pro-breastfeed untuk mendapat maklumat lengkap dan tepat.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com


“ Kak Maya ni awet mudalah”

“ Kita berbeza”


Saya suka sangat tang ayat Kak Maya Karin yang ada ayat “ikut keperluan”. Seringkali saya tekankan dalam blog ini, bahawa pengambilan suplemen adalah mengikut keperluan badan. Bukan ikut-ikutan. Ini kerana, keperluan tubuh setiap manusia adalah berbeza, sepertimana berbezanya cap ibu jari setiap kita. Cuma, ada beberapa panduan yang boleh kita ikut untuk memudahkan kita membuat pilihan.


Wajah Anda PUCAT?
Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsium, tembaga, kobbalt dan Vitamin B. Antara makanan yang disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam, ikan, nasi, kentang, kekacang, bijirin dan pisang.
Wajah Anda BERJERAWAT?
Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak, hasil tenusu, lobak merah, aprikot, bayam dan brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaikyang menghasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.
Kulit Anda BERMINYAK?
Anda nampaknya kekurangan RIBOFLAVIN. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu, dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.
Kulit Anda KERING dan MENGELUPAS?
Lebihkan pengambilan Vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit, manakala Vitamin E kaya dengan antioksidan yang membantu mengurangkan masalah kedutan.


Notes : Susu memang bagus untuk kulit kan? Winking smile

Bagi anda yang mahu mencuba suplemen Shaklee untuk meningkatkan kecantikan kulit anda, disyorkan sekurang-kurangnya anda mengamalkan set kulit yang asas. Set kulit yang asas terdiri daripada :


  • Energizing Soy Protein
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
Hubungi saya untuk konsultasi lanjut dan pesanan produk Shaklee; 0192939886 (Puan Hadhatina).
Protein yang baik membantu kesihatan tubuh yang baik, kerana protein adalah bahan asas pembinaan sel tubuh manusia. Protein yang baik membantu kepada pembentukan, pertumbuhan dan perkembangan sel tubuh yang sihat. Sel tubuh yang sihat adalah asas kepada tubuh yang sihat.





Apa itu Energizing Soy Protein?



Shaklee ESP
Shaklee ESP



TAHUKAH ANDA ?



Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.



PENTINGKAH PROTEIN?


Our body need protein to grow BIG AND STRONG! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH DAN KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protien diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.


25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.



Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-



1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%



SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN



Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.



Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.



Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!



Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.



RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):



1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


Nah! Sekarang anda dah tahu? Pilihlah protein yang terbaik untuk masa depan yang lebih sihat.


Pertanyaan dan pesanan? Hubungi

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com
Hanya berikan satu sudu teh sehari kepada suami anda. Dia pasti berbangga!

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. 

Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. 

Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. 

Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”

p/s: Vivix tidak boleh diambil oleh kanak-kanak, wanita mengandung dan menyusukan anak.

tonik anti-penuaan Shaklee
Shaklee Vivix


Untuk pesanan Vivix Shaklee, terus hubungi saya di talian 019 293 9886 (Hadhatina Mkb).

Jom cerita pasal Lecithin. Ramai yang sukakan Lecithin daripada Shaklee ni, lebih-lebih lagi mereka yang 'on diet'. Saya sendiri pula amalkannya untuk kesihatan minda dan juga kolestrol. Walaupun badan saya slim, namun langkah berjaga-jaga penting kan?


Apa khasiat Lecithin ni?


Shaklee Lecithin
Shaklee Lecithin

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.
  • Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye .. ianya memecahkan lemak). Tahukah anda? Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan. Tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2. Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya pulak mencairkan lemak dan .. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan
Best kan Lecithin ni? So, jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya untuk mendapatkan stok Lecithin anda :)


Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com


Cadangan vitamin untuk ibu hamil daripada Shaklee. Walaubagaimanapun, dos yang disyorkan ni adalah adjustable; jangan risau sebab ia adalah vitamin dan bukannya drugs. Bahkan vitamin Shaklee adalah daripada sumber SEMULAJADI, bukan SINTETIK.

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari

Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein - minum sehari sekali

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.


Omega 3 (Omega Guard) - 1 biji sehari

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan


Vitamin B Compleks - 1 biji sehari

B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.


Vitamin C - 1 biji sehari

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Boleh hubungi saya di 0192939886 (Puan Hadhatina) untuk mengetahu kombinasi vitamin yang bersesuaian untuk anda.


Ini sedikit cerita Arnie berpantang dengan suplemen.


Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!

Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah

Cadangan vitamin/suplemen semasa berpantang



(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.


Pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya di 019 293 9886 atau emel ke hadhatina@yoursupermom.net


Sumber rujukan : Buku tulisan Dr Bruce Miller

Bagaimana membaca label yang terdapat di botol vitamin? 


Label ESP Shaklee Lengkap


credit to kak N


1. Multivitamin

  • Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B Complex

  • Perlu ada 8 B untuk mendapat kesan paling baik
  • Pastikan folic asid dan biotin dibekalkan sekali

3. Vitamin C

  • Minima 500mg
  • Bersifat pelepasan masa - sustained released
  • Membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
  • Diuji secara klinikal.

4. Vitamin E

  • Pilih yang bersifat semulajadi(d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label.Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
  • Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium. Ini kerana ia bersifat sinergistik iaitu diserap bersama , keberkesanan setiap vitamin itu saling dipertingkatkan satu sama lain.

5. Kalsium

  • Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D dan Magnesium untuk penyerapan yang sempurna. Magnesium sangat berguna dalam mencegah kalsifikasi di buah pinggang, pundi kencing dan sendi.

Multivitamin Yang Sesuai Semua Orang


Vitamin Shaklee memenuhi kesemua standard di atas.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya