PROTEIN
Mengapa?
Protein terdiri daripada asid amino, yang membantu membina badan anak anda.
Di mana untuk mendapatkannya?
Protein boleh didapati daripada telur, daging yang telah dimasak, susu penuh krim, yogurt, keju, mentega kacang atau kekacang yang telah masak dan dikeringkan.
KARBOHIDRAT
Mengapa?
Karbohidrat, terutamanya karbohidrat yang komplex, seperti yang terdapat dalam bijirin atau sesetengah sayur-sayuran, memberikan anda tenaga yang berpanjangan, dan juga serat, yang boleh menolong mengelakkan masalah sembelit. Cuba elakkan pengambilan karbohidrat ringkas, seperti gula dan tepung yang telah diproses serta makanan yang mengandunginya, seperti kek atau roti putih. Karbohidrat ringkas tidak mengandungi khasiat dan menggemukkan.
Di mana untuk mendapatkannya?
Badan anda memerlukan karbohidrat untuk tenaga dan kesihatan. Ianya boleh didapati daripada roti gandum penuh, tortilla, bagel, bijirin, pasta atau nasi, kentang atau jagung.
LEMAK
Mengapa?
Lemak juga adalah sumber tenaga yang penting, dan ia membantu dalam metabolisme vitamin A, D, E dan K. Sesetengah jenis lemak adalah amat penting dalam pembentukan otak fetus anda seperti Gangliosida dan DHA.
Di mana untuk mendapatkannya?
Apabila memasak, pastikan anda menggunakan lemak yang seihat dan tidak tepu, seperti minyak zaitun, kanola dan minyak kacang. Lain-lain sumber termasuk keju, mentega kacang, tuna salad, keju Parmesan, mayonis, daging tanpa lemak, telur atau kuning telur, avokado atau mentega.
KALSIUM
Mengapa?
Kalsium adalah penting untuk membina tulang dan gigi fetus yang sedang membesar. Jika anda tidak mengambil kalsium dengan secukupnya semasa hamil, fetus akan mengambil kalsium yang tersimpan dalam badan anda, oleh itu anda berisiko terhadap kesihatan tulang yang lemah atau kehilangan gigi.
Di mana untuk mendapatkannya?
Susu penuh krim, sayur-sayuran berdaun hijau tua (daun salad, brokoli. bayam, kubis daun), ikan salmon atau sardin, keju kotej, yogurt atay keju.
VITAMIN C
Mengapa?
Nutrien ini adalah penting kerana ia menolong dalam pembinaan kolagen, iaitu protein yang menyediakan struktur kepada tulang, rawan, otot dan salur darah anak anda. Vitamin C juga adalah satu antioksida, bermakna ia membantu untuk melindungi anak anda daripada jangkitan.
Di mana untuk mendapatkannya?
Dapatkan Vitamin C yang anda perlukan dengan mengambil : jus buah-buahan sitrus, limau gedang, oren, tembikai, kubis atau coleslaw, brokoli, bunga kubis atau tomato.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!