Cara Tambah Berat Bayi Secara Ideal

Pada umumnya bayi lahir mempunyai ciri dan berat badan yang berbeza-beza. Berat badan rata-rata bayi yang baru lahir adalah 2500 sampai dengan 4500 gr. Kesihatan ibu semasa  kehamilan, pemakanan yang diberikan semasa hamil dan genetik merupakan faktor yang menentukan berat dan saiz badan bayi. Jika bayi yang anda lahirkan mempunyai berat badan yang kurang tidak perlu bimbang.Kerana banyak cara menaikkan berat badan bayi yang boleh anda lakukan. 



Berat Mika pun takde la 'kebabom' sangat nak bandingkan dengan anak orang lain, tapi alhamdulillah sehat je. Yang penting kita kena pantau perkembangan dia setiap masa berdasarkan jadual di bawah.




Beberapa tips untuk menaikkan berat badan bayi :
  • Berilah susu ibu yang berkualiti kepada bayi 
    Bayi yang berumur di bawah 6 bulan belum dibenarkan memakan makanan luar, hanya dibenarkan mengambil susu sahaja. Dan untuk menaikkan berat badan bayi yang berumur di bawah 6 bulan ini dengan cara meningkatkan pemberian  susu yang berkualiti kepada bayi. Ini di sebabkan semua nutrisi yang di perlukan oleh bayi harus terdapat pada susu ibu, yang merupakan makanan satu-satunya bagi bayi di bawah 6 bulan. Agar susu ibu yang berkualiti, pengambilan makanan sang ibu menyusui juga harus lengkap dan cukup. Selain itu ibu menyusui juga harus mampu mengelakkan stress, sebab stress boleh menjejaskan kualiti susu.

  • Jadualkan dengan teratur pemberian pengganti susu pada bayi
    Pada saat umur bayi di atas 6 bulan ibu sudah boleh memberikan makanan pengganti susu kepada bayi. Saat bayi sudah mendapatkan makanan pengganti, bayi akan mengambil susu ibu dengan jumlah sedikit. Ini kerana nutrisi yang diperlukan oleh bayi sudah di dapat dari makanan tersebut. Untuk bayi yang berumur di atas 6 bulan anda dapay menaikkan berat badan bayi dengan memberikan makanan sebanyak 2 hingga 3 kali sehari. Sesuaikan hidangan dengan umur bayi anda. Dalam memilih makanan perlu diperhatikan adalah kandungan makanan itu sendiri. Terutama adalah kalori, untuk kalori anda boleh menambah makanan dengan keju atau minyak sayur

  • Berilah bayi komposisi yang tepat
    Perhatikanlah jenis bahan yang anda berikan kepada bayi jika ingin menaikkan berat badan bayi anda. Ini agar nutrisi yang diperlukan sang bayi mencukupi dan seimbang. Untuk makanan, anda dapat memberikan komposisi karbohidrat lauk dan sayur 50 50. Contohnya  sebanyak 4 sudu makan di tambah lauk dan sayur masing-masing 2 sudu makan. Agar cara menaikkan berat badan bayi lebih tinggi, anda dapat memberikan buah hati cemilan sihat, iaitu 2 kali per hari. Cemilan itu dapat anda berikan pada waktu menjelang tengah hari dan pada saat hari menjelang malam

Itulah beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh ibu lakukan. Namun jangan berikan pengambilan yang berlebihan kerana akan membuat bayi menjadi obesiti.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!