Omega Guard adalah salah satu daripada vitamin/suplemen yang disyorkan untuk anak-anak kita. Anda boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum, iaitu sebiji sehari, dan tidak perlu pun setiap hari.

Utamakan pemberian nutrisi kepada anak-anak melalui air tangan sendiri ya.. sebab dalam fasa begini, ramai kanak-kanak sangat picky eater. Suplemen bukan penyelesaian masalah picky eater, tapi kerajinan kita sebagai ibu yang membantu mengatasi masalah tersebut.

Apa itu Omega Guard Shaklee?


Omega Guard Shaklee vitamin untuk kanak-kanak
Omega Guard bagus untuk minda kanak-kanak


Secara asas, anda perlu tahu ia adalah fish oil. Tapi, fish oil yang bagaimana?

Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghlangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Minyak ikan terbaik di dunia :-)

Apa manfaat Omega Guard Shaklee untuk kanak-kanak?


  1. Meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak (selesema, demam kurang inshaALLAH)
  2. Kesihatan sistem kardiovascular (jantung, arteri, salur darah yang sihat)
  3. Membantu merawat eczema. Omega Guard ni bagus kalau nak kulit cantik tau ;-)
  4. DHA dan EPA dengan untuk perkembangan minda kanak-kanak.
  5. Disyorkkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme
  6. Dan banyak lagi sehingga mereka dewasa 

Macam mana cara beri anak makan Omega Guard?




Tengok video ni senang aje kan Bella makan Omega Guard ni? Tips mudahnya ...


  • Jika anak belum pandai mengunyah atau anda sendiri kurang yakin, boleh potong/pecahkan dan sudukan terus pada anak atau campur dalam makanan dan minuman mereka.
  • Beri mereka kunyah sendiri macam anak-anak saya Icha dan Bella selalu buat 

  • Omega Guard Shaklee ni dalam softgel, so, masuk mulut cair. InshaALLAH takde masalah anak tercekik.

    Harga sebotol Omega Guard ni RM136  dengan kandungan 90 biji softgel yang halal. Boleh tahan 3 bulan untuk seorang anak.

    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

    Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

    Hadhatina Mkb
    ♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
    ♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
    ♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
    ♥ Laman web: www.diarivitamin.com
    Selain daripada mengamalkan set vitamin asas untuk ibu mengandung daripada Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein (ESP), terdapat beberapa lagi suplemen atau vitamin lain yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Bukanlah bermakna vitamin-vitamin asas tadi tidak mencukupi, tapi saya memerlukannya demi memastikan tubuh saya lebih imun, cergas dan bertenaga, apatah lagi sebagai seorang Shaklee Wahmie (Work At Home Mom), saya mempunyai komitmen yang banyak 24 jam seminggu.

    Set Untuk Ibu Hamil
    Set Untuk Ibu Hamil



    Cadangan Vitamin Tambahan (Lain) Untuk Ibu Mengandung

    * Perkongsian adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya yang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil

    Meal Shakes



    Ini pilihan pertama suplemen tambahan buat ibu mengandung yang memang takde keraguan untuk diamalkan. Kenapa saya cakap takde keraguan? Sebab Meal Shakes ni kanak-kanak seawal usia setahun pun dah boleh ambik, no harm, so apatah lagi ibu mengandung.



    Saya ambil masa awal-awal mengandung dengan tujuan untuk melengkapi lompong nutrisi dalam badan saya. Buat pengetahuan kalian yang baru pertama kali masuk blog ni, Meal Shakes ni sebenarnya multivitamin juga, tapi dalam bentuk serbuk, berperisa vanilla, kaya serat, kalsium dan protein. Lumrah wanita hamil mengalami alahan semasa trimester pertama kehamilan, susah nak telan vitamin dalam bentuk pil, apatah lagi VitaLea yang besar tu. ESP pun rasa loya-loya je time ni (sayalah). Jadi, sebagai gantian, saya amalkan Meal Shakes campur Performance Drink. Sedap lagi berkhasiat!


    NutriFeron



    Ramai yang tanya saya, boleh ke ambik Nutriferon semasa hamil? Jawapan saya simple. At your own risk (of course), sebab saya amalkan juga atas risiko yang saya sedia hadapi plus kajian, bacaan dan rajin bertanya pengalaman kawan-kawan lain. Alhamdulillah. Takde masalah.


    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



    Pengalaman saya sendiri


    Pertama kali ambik Nutriferon semasa mengandungkan Bella tahun 2011. Saya nak ke India seminggu masa tu. Yeahh.. travel di tempat orang, cuaca panas, agak kurang bersih (saya ke Golden Triangle) dan of course, trip sendiri bukan pekej, memerlukan daya tahan tubuh yang superduper tinggi. Masa tu baru dalam 4-5 minggu hamil, even doktor pun tak berapa advised pergi. Tapi, alhamdulillah saya dan baby survived dengan jayanya. 

    Kali kedua pula, masa mengandung yang sekaranglah. Kalini saya buat umrah dua minggu di awal kehamilan juga. Batuk teruk sampai sebulan lebih dah ada kat Malaysia masih batuk teruk. Hidung berdarah lagi. So, memang saya amalkan Nutriferon juga di samping petua-petua tradisional yang diberikan kawan-kawan.



    Tips mudah, tak perlu amalkan setiap hari dan setengah sachet dan memadai untuk maintain imuniti badan. Selebihnya, amalkan pengambilan vitamin C Shaklee dan vitamin-vitamin asas ibu hamil yang lain secara konsisten. Juga, minum air masak dengan banyak ya.. ibu mengandung perlu cukup air dalam badan.


    Garlic Complex



    Dulu saya tak tau pun boleh amalkan pengambilan Garlic Complex ni semasa hamil. Sampailah baru-baru ni dalam bulan Ramadhan saya terkena ulser mulut sampai dua kali, teruk, dan sangat lambat sembuh. Mungkin imun tubuh agak rendah kerana saya gagah berpuasa dalam keadaan sarat hamil, kurang minum air, kurang tidur (semua sebab saya sangat enjoy buat biz hahaha), kurang rehat dsb. Alhamdulillah.. setelah mendapat nasihat dan berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama hamil dan amalkan vitamin Shaklee juga, saya tergerak ambil Garlic Complex ni.



    Basically, ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk diri saya. Sebagai ibu mengandung, saya ambil setakat sebiji sehari sahaja, dah memadai.


    Peppermint Ginger Plus (PGP)



    Mengandung kali ini, PGP memang kegemaran saya! Saya ni memang nature badan kuat angin, jadi pengambilan PGP ni memang alhamdulillah sangat membantu. Loya hilang, kembung perut hilang, lenguh-lenguh badan sebab angin hilang.. cukup 2 biji PGP untuk saya. Samada nak larutkan buat ala herbal tea atau telan 2 biji tu. InshaALLAH okey lepas tu.



    Bagi mereka yang rajin travel sana-sini, PGP ni sangat disyorkan masuk dalam survival kit kalian!


    Zinc Complex



    Yang ni saya tak ambik. Cuma saya kongsikan pengalaman kawan-kawan yang ada masalah GDM semasa hamil yang amalkan Zinc Complex. Nasihat saya, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum amalkan. Ini kerana fisiologi tubuh setiap individu adalah berbeza, justeru penerimaan tubuh terhadap ubat dan suplemen juga tidak sama, apatah lagi semasa hamil memang banyak yang berbeza.



    Bagi mereka yang diabetic (bukan GDM), Zinc Complex memang antara suplemen penting untuk anda kerana ia membantu untuk promote penghasilan insulin dalam badan. 


    Alfalfa, Vitamin E, Vivix, dan GLA Complex



    Sama macam Zinc Complex, perlu dapatkan nasihat doktor dan pakar terlebih dahulu. Mungkin perlu mungkin tidak dan ada option lain untuk selesaikan masalah anda. 


    Apapun, tips asas saya untuk anda, pengambilan vitamin-vitamin tambahan selain daripada vitamin asas yang saya selalu syorkan ialah, pengambilan lebih selamat bermula trimester kedua kehamilan, ambil dalam dos minimum terlebih dahulu dan bagi yang plan nak ambik atas sebab 'masalah' (GDM, batuk teruk, yeast infection dll), sila consult doktor dan SID kesayangan anda terlebih dahulu.


    Nak tau vitamin-vitamin asas untuk ibu mengandung? Jemput view video yang saya buat pada tahun 2011 ni k ;-)










    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

    Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

    Hadhatina Mkb (ID 846060) 
    Facebook : Hadhatina Mkb
    No Tel : 019 293 9886
    COD Area : Shah Alam & Subang Jaya