Cara Effektif Menurunkan Kadar Kolesterol

Kolesterol yang tinggi dalam badan seseorang mampu diturunkan dengan beberapa langkah mudah yang lebih effektif iaitu dengan diet makanan. So jom kita tengok 10 jenis makanan yang mampu menurunkan kadar kolesterol anda:



10 jenis makanan mudah untuk menurnkan kadar kolesterol anda.
  • Oat - Untuk menurunkan kolesterol anda, perkara yang paling mudah adalah dengan menukar hidangan sarapan anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil dua hidangan oat atau bijirin membolehkan anda menurunkan kadar LDL kolesterol sebanyak 5.3% dalam masa 6 minggu. Zat yang terdapat dalam oat iaitu beta-glucan boleh menyerap kolesterol LDL dan kemudian dikeluarkannya.
  • Salmon & lemak ikan - Lemak omega 3 telah diuji mampu memperbaiki kesihatan jantung. Menurut kajian Loma Linda University, minyak omega guard seperti salmon dan sardin mampu meningkatkan kolesterol baik sebanyak 4%. Anda boleh masak ikan salmom dan brokoli dengan bakarnya separuh masak. Emmm sedapnya!
  • Kekacang - Pengambilan 1.5 auns kacang walnut pada setiap 6 hari dalam seminggu untuk sebulan mampu menurunkan jumlah kolesterol sebanyak 5.4% dan lemak jahat LDL sebanyak 9.3%. Almond dan cashew adalah pilihan yang paling baik. Walaubagaimanapun kacang ini adalah baik dan menyihatkan, kekacang juga tinggi dengan kalori, jadi, biasakan dengan mengawal pengambilannya. Boleh ambil dalam setengah gelas yang bersamaan lebih kurang 1.5 ounces. Sedapnya kalau dibuat kudapan ketika menonton tv.
  • Teh - Teh telah diketahui sebagai antioxidan untuk melawan kanser, ia juga baik dalam mengawal paras kolesterol LDL. Mengikut kajian yang dilakukan oleh USDA,  teh hitam telah terbukti boleh menurunkan kolesterol dalam darah dalam masa 3 minggu sebanyak 10%. Cuba tukarkan coffee latte anda kepada teh hitam seminggu sebanyak dua kali. Anda akan rasa seperti dibrew.
  • Coklat - Sapa tak suka makan coklat?? rugi tau! Disamping kemanisan coklat terdapat kebaikan untuk diet anda. Kerana coklat mempunyai antioksidan yang membantu anda membina tahap kolesterol baik iaitu HDL. Tapi diingatkan anda harus ambil coklat gelap ataupun yang agak pahit. Berbanding coklat susu, ia mempunyai 3 kali lebih banyak antioksidan yang mampu menghalang trombosit darah dari melekat antara keduanya. Selain itu coklat gelap yang diselaputi oleh strawberri baik untuk hati juga ;)
  • Mentega - Anda sukakan mentega tetapi benci pada lemak-lemak yang terdapat padanya? Boleh tukarkan kepada mentega yang lebih organik.
  • Bayam - Syur hijau yang sangat popular dah penuh dengan lutien, mempunyai pigmen-pigmen hijau gelap pada daunnya adalah bayam. Lutien dalam bayam dikenali sebagai emas yang mampu mengawal proses penuaan dan sangat baik untuk mata. Kajian mendapati 1/2 cawan lutien pada diet harian anda mampu mengawal serangan jantung dengan membuang kolesterol yang melekat pada dinding arteri yang tersumbat itu. Anda boleh jadikan bayam dan limau mandarin sebagai starter untuk hidangan anda.
  • Avokado - Avokado mengandungi lemak tak tepu yang bagus. Ia mampu menaikkan kadar HDL sambil menurunkan lemak LDL. Kalori dan lemak yang terdapat dalam sebiji avokado iaitu 300g kalori dan 30g lemak, anda dinasihatkan ambil avokado secara sederhana.
  • Bawang Putih - Selain dapat menambahkan kekuatan batin, bawang putih mampu mengurangkan kolesterol dalam darah, menghalang pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan melawan jangkitan. Ia juga mampu menghentikan arteri yang tersumbat di plak pada peringkat awal. So, amalkanlah mengambil 2 - 4 ulas bawang putih sehari supaya dinding di arteri anda bersih dan sihat.
  • Minyak zaitun - Wah! berita baik untuk mereka yang suka memasak. Minyak zaitun penuh dengan asid sihat lemak tak tepu, diamana ia mempunyai kadar LDL yang rendah dan mempunyai kesan sampingan yang dialu-alukan untuk menangkis lemak dalam perut. Anda boleh cuba gunakan minyak zaitun untuk dijadikan kuah salad, pemerapan ayam dan sayur-sayur panggang. 
Haa.. so dah tau ada 10 jenis makanan yang boleh diamalkan untuk menurunkan kadar kolesterol anda. Saya akan kongsikan beberapa tips lagi yang lebih mudah untuk menurunkan kadar kolesterol anda. Tunggu ye... ;)


-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!