Kaitan Kekurangan Vitamin Kepada Emosi dan Mental Anda


Seronok sebenarnya mempelajari bidang kesihatan dan pemakanan ini. Pada saya, ilmu yang diperolehi sangat bermanfaat untuk diaplikasi dalam setiap aspek kehidupan kita sehari-hari. Tidak ada yang terkecuali.

Pagi ini saya membaca satu artikel yang ditulis oleh teman saya, Mommy Lyna, tentang kaitan kekurangan vitamin kepada emosi dan mental kita. Nah! Betapa pentingnya tubuh kita consume vitamin yang cukup bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan mental juga (yang membawa kepada emosi yang stabil).

Berdasarkan artikel tersebut, terdapat 4 jenis vitamin/ mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita demi melestarikan mental dan emosi yang sihat. Saya ringkaskan dalam jadual di bawah.

# Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi
1 B Complex vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak
Vitamin B1 kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin B3 tekanan perasaan
Vitamin B5 kurang daya ingatan, stress
Vitamin B6 mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin B12 kurang daya ingatan, keliru
Asid Folik tekanan perasaan, gemuruh
2 Vitamin C

(bukan untuk kulit sahaja)Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan

3 Magnesium Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur
4 Zinc Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi.





Oleh itu, pastikan tubuh anda mempunyai bekalan vitamin/ mineral di atas secukupnya supaya mudah anda menjalankan aktiviti seharian anda. Gangguan mental/ emosi acapkali menyukarkan kita membuat keputusan, jadi kurang bermotivasi, tidak bersemangat apatah lagi mahu menjadi insan yang cemerlang.
Jika anda merasakan tidak mampu menyediakan keperluan vitamin/mineral di atas daripada diet harian anda, pengambilan makanan tambahan amat digalakkan.


0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!