Cantik kan Nasha Aziz ni? 



Ciri-ciri sesorang yang kekurangan kolegen boleh kita lihat pada kulit mereka. Contohnya seperti :


  • Kulit semakin kusam, kering dan kasar. Kalau terdedah dengan aircond yang berpanjangan, kulit lebih mudah untuk berkedut.
  • Kulit tidak anjal dan tidak tegang
  • Kulit kusam tidak bercahaya
  • Kulit cepat bersisik dan senang menggelupas. Perhatikan kulit di lengan, dan tangan anda. Ada tak?
  • Bahagian mata nampak banyak kedutan. Mungkinkan eyebag atau kolagen makin kurang??
  • Rambut makin berguguran jatuh, semakin nipis dan kusam tidak hitam lebat.
  • Kuku rapuh, senang patah dan kusam jee..
Kekurangan collagen dalam badan juga boleh menyebabkan seseorng nampak tua tau!! 

Jadi penyelesaian yang boleh diambil adalah dengan mengambil semula kolagen. Pernah suatu masa dulu, kolagen rumpai laut sangat popular. Tapi hari ini disebabkan ada beberapa pengeluar yang menggunakan bahan-bahan terlarang dalam proses pembuatan bahan kosmetik, menyebabkan pengguna mengalami masalah yang lebih teruk pada muka mereka.




Tetapi dengan Collagen Powder dari Shaklee mengamalkan konsep natural dan alam semulajadi. Tiada bahan kimia terlarang, tiada pewarna dan perasa tiruan. 

Collagen Powder Shaklee yang di ekstrak dari sisik ikan merah yang sangat lasak mampu memberikan keanjalan pada kulit wajah. 


13 Manfaat Shaklee Collagen Powder Untuk Kecantikan 

  1. Menghitamkan semula rambut dan membuatkan ianya kembali bermaya
  2. Menganjalkan semula kulit-kulit muda dan badan
  3. Jerawat susah nak tumbuh
  4. Black head dan whitehead pun susah nak tumbuh
  5. Menghilangkan garis halus pada mata (tanda2 penuaan)
  6. Kulit akan kembali tegang dan berseri-seri
  7. Kuku dan gigi tidak mudah rapuh
  8. Kulit wajah mendapat lebih protien dan vitamin
  9. Tiada lagi kulit kering dan menggelupas
  10. Menjadikan wajah bertambah mulus 
  11. Masalah jeragat juga berkurangan
  12. Pori-pori kasar akan berkurangan
  13. Lubang pori-pori terbuka kembali tertutup
  14. Dan lain-lain masalah pada kulit akan berkurangan


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!


Anda sudah baca tajuk di atas? Ok, hari ini Ain nak cerita lebih lanjut mengenai CINCH SHAKE MIX shaklee ni. Cinch ni bukan ubat kurus ok tapi minuman yang kaya dgn protein dan serat untuk kita rasa kenyang yang lama di samping dapat mengekalkan otot semasa kita berdiet. Diingatkan jika kita memang hadapi masalah berat badan dalam kategori OVERWEIGHT kita perlukan protein semasa berdiet supaya badan tidak geleber dan semakin firm dan kulit juga tidak kusam even semasa berdiet.



CINCH SHAKE MIX mengandungi leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat dalam protein tertentu. Ujian klinikal yang telah dibuat ke atas formula leucine telah menunjukkan dapat mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass).Mereka yang telah menjalani program ini telah kehilangan lemak, berat, inci dan pada masa yang sama mengekalkan otot mereka. Ini bermakna, walaupun anda sudah mendapat berat yang ideal, kulit dan otot anda tidak akan menggeleber.


SEBAB KENAPA ANDA PERLU PILIH CINCH SHAKE


  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut
  • Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO


KEBAIKAN CINCH SHAKE

  • Rendah Indeks glisemik = 22; sesuai untuk pengidap kencing manis di mana membantu mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal dan memberi tenaga yang konsisten.
  • Powered by Leucine untuk memelihara otot semsas anda menurunkan berat badan
  • Mengandungi 24 gram protein untuk setiap hidangan membuatkan anda merasa kenyang
  • Kandungan serat yang tinggi = 6 gram serat setiap hidangan
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian 21 vitamin dan mineral penting
  • Dihasilkan dari soya bebas GMO (Non GMO Soy)
  • Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Setiap wanita hamil memang memiliki komplikasi kehamilan yang tersendiri. Masalah obesiti ketika hamil antara yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita. Obesiti boleh meningkatkan kadar risiko dalam komplikasi kehamilan individu. Semakin tinggi kadar obesiti individu, semakin tinggilah kadar risiko yang bakal dihadapinya.
Musim perayaan ini mendedahkan wanita hamil kepada pelbagai jenis makanan yang manis, masin dan berlemak. Tanpa kawalan yang betul, ia menambahkan lagi risiko bagi wanita yang berpotensi untuk mengalami obesiti ketika hamil. 

Jika anda mengalami obesiti banyak risiko yang perlu ditanggung sama ada ketika hamil, ketika bersalin dan selepas bersalin. Antaranya adalah seperti berikut:

Ketika hamil
*Gestational Diabetes.
*Tekanan darah tinggi.
*Tanda-tanda abnormal kepada tumbesaran, perkembangan dan kesihatan umum bayi.
*Sleep Apnoea iaitu masalah pernafasan terhenti untuk seketika sewaktu sedang tidur.

Ketika bersalin
*Sukar untuk melahirkan.
*Shoulder Dystocia - Bahu bayi boleh tersangkut sewaktu melalui proses kelahiran.
*Kesukaran untuk memantau denyutan jantung bayi.
*Kesukaran untuk menyediakan ubatan bersesuaian bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melalui proses kelahiran.
*Meningkatkan risiko untuk kelahiran normal selepas kelahiran menerusi pembedahan dijalankan sewaktu kelahiran bayi yang sebelumnya.
*Memerlukan kaedah kelahiran menerusi pembedahan kecemasan.
*Meningkatkan risiko komplikasi selepas pembedahan.

Selepas bersalin
*Meningkatkan risiko jangkitan pada luka.
*Meningkatkan risiko darah beku (lazim berlaku selepas kelahiran menerusi pembedahan).
*Mengalami masalah kemurungan selepas bersalin.

Tips Untuk Mengekalkan Berat Badan Semasa Hamil


Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah makan dengan sederhana. Anda disarankan mengambil kira-kira 2,000 kalori sehari. Anda tidak perlukan lebih daripada itu hinggalah tiga bulan terakhir kehamilan, di mana anda perlukan 200 kalori tambahan sehari. Anda boleh mendapat 200 kalori tambahan itu daripada contohnya, sekeping roti bakar dengan kacang panggang atau semangkuk bijirin bijian penuh dengan susu separa-skim.

Untuk makan dengan sihat, makanlah makanan daripada kumpulan makanan berikut:

Roti, pasta, kentang, nasi dan bijirin (karbohidrat). Lebih baik jika anda makan bijian penuh seperti beras perang serta pasta dan roti daripada bijian penuh. Cuba pastikan makanan berkanji ini memenuhi satu pertiga daripada apa yang anda makan setiap hari.
Buah-buahan dan sayur-sayuran, sekurang-kurangnya lima hidangan setiap hari. Ini seharusnya memenuhi satu pertiga lagi daripada apa yang anda makan setiap hari.
Protein, seperti daging (tetapi bukan hati), ikan, telur dan kekacang.
Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju. Versi rendah lemak adalah pilihan yang baik jika berat badan anda berlebihan.
Anda tidak perlukan makanan atau minuman yang tinggi kandungan lemak atau gulanya seperti biskut, kek atau minuman berkabonat. Walau bagaimanapun, tidak salah jika anda mengambilnya sekali-sekala dalam jumlah yang kecil.

Ingat, anda tidak perlu makan untuk dua orang. Jika berat badan anda bertambah terlalu banyak semasa hamil, sukar untuk menurunkannya selepas bayi anda lahir.
Dan jangan lupa bahawa ia bukan hanya mengenai makanan! Senaman baik untuk anda semasa hamil dan boleh membantu anda mengekalkan berat yang sihat.Supplement yang bagus untuk ibu hamil mengawal berat badan ialah ESP & OMEGA




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Bayi yang diberi susu badan sejak lahir kurang berkemungkinan jatuh sakit dalam tahun pertamanya.

Memberi bayi susu badan dapat membantunya mengelakkan penyakit seperti: 

  1. gastroenteritis 
  2. pneumonia dan bronkolitis 
  3. jangkitan salur kencing 
  4. ekzema 
  5. jangkitan telinga



Susu ibu juga dapat mengekalkan kesihatan bayi untuk jangka masa panjang. Satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang diberi susu badan ketika bayi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah, kadar kolesterol lebih rendah dan kurang berkemungkinan menghidap penyakit diabetes jenis 2 apabila dewasa berbanding mereka yang diberi susu formula.


Dalam meniti tempoh ini, anda tentu sahaja memerlukan beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu. Paling penting, kebanyakan kelengkapan yang perlu disediakan ini merupakan pelaburan di masa akan datang, memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup.



Pam

Tidak kira sama ada pilihan pam anda ialah manual, beroperasi menggunakan bateri atau elektrik, para pakar laktasi mengesyorkan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam yang boleh mengendalikan dua buah corong payu dara bagi membolehkan anda melakukan pengepaman berganda dalam satu-satu masa.
Jenis mahupun jenama pam pula terpulang kepada keperluan dan keupayaan ekonomi masing-masing. Namun, aspek penting untuk dititikberatkan dalam membeli pam payu dara ialah jenis pekerjaan anda. Anda perlu selarikan ia dengan keperluan diri yang mungkin perlu kerap bekerja di luar kawasan atau hanya bekerja sepenuh masa di pejabat. Oleh itu, buat tinjauan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membeli pam yang diinginkan.
Antara ciri-ciri pam yang baik perlu anda ketahui ialah ia mampu mengumpul stok perahan susu ibu dalam kuantiti yang banyak dalam masa singkat, harganya berbaloi bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah dibawa ke mana-mana dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluarnya. Anda juga boleh tangan untuk memerah susu menggunakan teknik Marmet. Namun, kaedah ini memakan masa dan tidak efektif untuk anda yang berkerjaya.

Botol

Pada masa kini, terdapat banyak botol yang bebas BPA dalam jenis standard dan berleher lebar. Seelok-eloknya dapatkan botol yang bersaiz 5oz untuk kegunaan sewaktu mengepam susu. Ia lebih senang dikendalikan kerana mudah untuk anda memegangnya ketika mengepam.
Dalam pada itu, kebanyakan pam yang ada di pasaran mempunyai adaptoryang boleh memuatkan kedua-dua jenis botol standard dan leher lebar dengan pam. Jadi, tiada masalah jika anda memilih untuk menggunakan sama ada botol jenis standard atau leher lebar.

Bekas penyimpanan susu ibu

Selain daripada pam, pemilihan bekas penyimpanan susu perahan yang baik sangat penting. Sama ada bekas itu botol atau beg plastik, pastikan ia bebas BPA. Walau bagaimanapun pada masa kini, ramai yang gemar menggunakan plastik steril untuk menyimpan perahan susu ibu. Hal ini kerana ia mampu menjimatkan lebih banyak ruang berbanding penggunaan botol plastik.

Beg pendingin

Tidak kira beg pendingin bersaiz besar, sederhana atau kecil, anda perlu memastikan ia mempunyai kualiti penebat dingin yang berkualiti agar berupaya untuk menempatkan perahan susu ibu anda sepanjang berada di pejabat sebelum pulang ke rumah.

Pek ais

Apabila memiliki beg pendingin, sudah pasti anda memerlukan pek ais. Hal ini bagi membolehkan susu yang telah diperah dapat bertahan lama ketika disimpan di dalam beg pendingin. Pek ais yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan dalam tempoh yang lama. Biasanya tiga pek ais diperlukan untuk dimuatkan di dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg pendingin anda bersaiz besar, anda mungkin memerlukan lebih daripada itu.

Poncho menyusu

Anda memerlukannya ketika mengepam di pejabat bagi mengelakkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum dapat dilihat oleh khalayak. Malah, poncho ini juga dapat anda gunakan ketika keluar bersiar-siar bersama bayi. Ia akan digunakan untuk menyusukan bayi di kawasan awam. Dengan mendapatkan poncho menyusu, anda dapat memakainya untuk dua kegunaan yang berlainan.

Pakaian menyusu

Pakaian yang bersesuaian buat diri anda akan memudahkan proses penyusuan dan juga pengepaman payu dara. Oleh yang demikian, dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruang bukaan tertentu bagi membolehkan anda menyusu atau mengepam dengan selesa.
Sebenarnya terdapat bermacam-macam jenis bukaan menyusu seperti yang terdapat kepada koleksi pakaian menyusu yang ada di pasaran. Setiap bukaan menyusu berkenaan mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Apa yang paling penting ialah anda perlu mendapatkan pakaian menyusu yang dapat memberi keselesaan kepada diri anda sendiri dan bayi juga.
Ada juga segelintir ibu menyusu yang memilih untuk menggunakan pakaian sedia ada dalam koleksi masing-masing tetapi menggunakan poncho menyusu untuk menutup bahagian tertentu. Malah anda juga yang selesa menyarungkan pakaian yang mempunyai butang di bahagian hadapan.

Bantal menyusu

Bantal ini penting untuk kegunaan awal selepas kelahiran bayi sulung. Memandangkan anda mungkin kekok untuk menyusu, jadi bantal ini dapat membantu. Malah ia juga penting untuk dimiliki anda yang bersalin secara caesarean. Bantal ini bagus kerana membolehkan anda dan bayi mengekalkan keselesaan yang optimum  sepanjang proses penyusuan. Anda hanya perlu meletakkan bayi dalam posisi yang betul ketika menyusu. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kesakitan dan tekanan yang dialami di bahagian belakang tubuh, leher, lengan dan bahu.

Peti sejuk dingin beku

Sekiranya memasang impian untuk menyusu lebih daripada enam bulan dan sekurang-kurangnya dua tahun, adalah lebih baik jika anda mendapatkan sebuah peti sejuk dingin beku yang bersaiz kecil. Langkah ini penting untuk membolehkan anda menyimpan stok perahan susu ibu. Ruang dingin beku, peti sejuk sedia ada mungkin tidak mampu memuatkan stok simpanan perahan susu ibu anda kelak. Apatah lagi perkongsian ruang antara bekalan susu ibu dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging lembu dan ikan berkemungkinan mendedahkan stok anda kepada bahan-bahan tercemar sehingga boleh mencemarkan kualiti susu.

Pad payu dara

Produk ini penting untuk dimiliki bagi membolehkan lelehan susu ibu dapat diserap dengan baik. Paling penting ia dapat mengelakkan pakaian anda daripada basah ataupun kotor dengan kesan tompokan lelehan susu ibu.

Coli menyusu

Sepanjang proses penyusuan, pastikan anda memiliki beberapa helai coli menyusu yang mempunyai daya sokongan yang baik. Sebaik-baiknya dapatkan coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut seperti kain kapas. Hal ini kerana ia lebih selesa berbanding jenis sintetik. Dalam pada itu, adalah diingatkan agar anda tidak menggunakan coli berdawai kerana coli ini akan menyebabkan saluran susu tersumbat. Tanpa disedari akan menyebabkan mengalami masalah lain yang boleh mengganggu kelancaran proses penyusuan.

Aksesori lain :
Sapu tangan: Mudah untuk mencuci dan mengelap susu yang tertumpah semasa mengepam atau menanggalkan pam
Berus botol berspan: Ia lembut pada botol dan memudahkan kerja-kerja mencuci.
Beg berjaring: Botol, corong pam payu dara dan lain-lain mudah dikeringkan setelah dicuci apabila dimasukkan ke dalam beg sebegini.

INFO TAMBAHAN

Kajian menunjukkan sel darah putih mungkin akan melekat pada bekas penyimpanan susu kaca dan tidak pada plastik. Keadaan ini menjadikan bekas penyimpanan susu plastik sebagai pilihan yang lebih baik untuk menyimpan susu ibu.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Ramai juga yang bertanya pada Ain, jika ada masalah kolestrol yang tinggi, apa suplemen yang patut saya ambil? Omega Guard atau Phytocol ST?

Kolesterol jahat sememangnya adalah kolesterol yang perlu kita kawal tahapnya. Ini kerana ia boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan kita, antarannya ialah masalah sakit jantung. 

Pemakanan harian kita sememangnya ada kolesterol. Jika pandai kawal, maka tak banyaklah kolesterol yang kita ambil. Namun begitu, disebabkan kerja harian yang sibuk, boleh ke kita kawal pengambilan kolesterol kita? 

Maka dengan itu, Shaklee ada dua supplement yang membantu mengurangkan kadar kolesterol. 

Kini anda ada 2 pilihan suplemen Shaklee yang sesuai untuk masalah kolestrol iaitu Omega Guard dan Phytocol ST.




Apa perbezaan Omega Guard dan Phytocol-ST ni?

Sebelum makan, digalakkan mengambil Phytocol-ST dahulu. Ini kerana, Phytocol-ST membantu menghalang kolesterol jahat daripada masuk ke dalam saluran darah kita. 

Namun begitu, ada juga beberapa kolesterol jahat yang mungkin “terlepas” ke dalam salur darah kita (dalam kuantiti yang sedikit). Oleh itu, pengambilan Omega Guard digalakkan untuk mem”bersih”kan kolesterol tersebut. 

Kolesterol jahat itu akan dibawa oleh Omega Guard ke hati, dan dirembeskan melalui saluran yang betul seperti peluh dan sebagainya.

Oleh itu, jika anda ingin mengurangkan kadar kolesterol atau mencegah daripada mengalami masalah kolesterol tinggi, mulalah dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol-ST secara konsisten.


Bagaimana Omega Guard berfungsi untuk menurunkan tahap kolestrol?

Omega Guard membantu menyingkirkan enapan dan mendapan kolestrol jahat (LDL) yang sedia ada pada salur darah.


Dengan bantuan Alfalfa Complex Shaklee bersama Omega Guard boleh membantu mengangkut keluar kolestrol jahat, lemak-lemak dan toksin keluar dari badan anda.

Bagaimana Phytocol-ST mencegah penyerapan kolestrol daripada makanan?

Phytocol membantu membina blok yang boleh menghalang penyerapan kolestrol dalam darah..selalunya dicadangkan diambil bersama makanan atau sebelum makan makanan berlemak dan berkolestrol.

Untuk pesakit yang mempunyai masalah penyakit kardiovaskular  seperti jantung, disarankan mengambilnya bersama CoQHealth untuk mengoptimumkan kesan Phytocol ST.

Boleh ke ambil dua-dua sekali?


Sebagai langkah mencegah dan membuang kolestrol jahat sedia ada sekaligus, saya pasti akan cadangkan anda mengambil kedua-duanya sekali untuk kesan optimum. 

Dengan pengambilan Omega Guard dan Phytocol ST sekali akan membantu anda mengembalikan bacaan kolestrol anda kembali normal dengan lebih cepat..insyaaAllah.

Nak order vitamin Shaklee? Contact aje nombor phone Ain di bawah okey 😉

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.



Simptom-simptom toksin berlebihan
  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
Tanda tanda lain 
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Punca- punca toksin 
  1. Apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. Pemakanan ubat-ubatan kimia
  3. Merokok
  4. Pengambilan minuman keras 
  5. Pemakanan yang tidak seimbang



Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda :




  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar ‘Raja Segla Tumbuhan’. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi – daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver’s. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Siapa kata wanita hamil tidah boleh bersenam? Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan. 



Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi. 








Senaman apakah yang terbaik bagi saya?



Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda. 
Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung. 
Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu mengandung, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk selamat, rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini. 

Berjalan

Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda. 


Renang 


Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan. 


Kelas senaman air 


Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan. 

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat. 

Yoga dan regangan 


Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda. 

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik. 
Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan. 





Tarian 

Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba. 
Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain. 








* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Penyakit hipertensi atau yang sering disebut dengan darah tinggi adalah penyakit yang banyak dialami oleh sebagian orang terutama pada orang-orang yang lansia atau lanjut usia. Penyakit ini menimbulkan gejala hipertensi yang sering dialami oleh penderitanya, jika anda mengalami beberapa gejala hipertensi sebaiknya anda langsung melakukan tensi darah untuk mengetahui tekanan darah di tubuh anda, jika tekanan darah anda melebihi batas normal bererti anda mengalami penyakit darah tinggi atau hipertensi.
Penyakit hipertensi memang sudah banyak diderita orang tetapi bukan berarti anda bisa meremehkan penyakit ini, jika dibiarkan penyakit darah tinggi atau hipertensi bisa menyebabkan seseorang terkena stroke bahkan bisa menyebabkan resiko kematian. Kebanyakan satu dari lima orang mengalami penyakit hipertensi, bukan hanya penduduk indonesia yang banyak mengalami penyakit ini tetapi di negara-negara maju banyak penduduknya yang mengalami penyakit darah tinggi.

Berapa Tekanan Darah Normal Orang Dewasa?

Umumnya, orang dewasa dengan keadaan tubuh yang sihat mempunyai tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angka 120 menunjukkan tahap tekanan apabila jantung mengepam darah ke seluruh badan atau biasa dipanggil tekanan sistolik. Sementara angka 80 bermakna tahap tekanan semasa jantung berehat sejenak sebelum kembali mengepam lagi atau kerap dipanggil tekanan diastolik. Tekanan darah tergolong normal selama berada di bawah 140/90.

Namun angka tersebut tidak mutlak. Tekanan darah normal boleh naik atau turun bergantung aktiviti fizikal yang anda jalani dan keadaan emosi anda. Jadi anda tidak perlu panik apabila mendapati tekanan darah anda berbeza, asal angka tersebut tidak konsisten tinggi atau rendah dalam waktu lama.

BACAAN TEKANAN DARAH

Penyebab Utama ke Arah HIPERTENSI

  • Kadar garam yang tinggi dalam makanan Anda
  • Kurang olahraga
  • Kelebihan berat badan
  • Riwayat kesehatan keluarga dengan tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Terlalu banyak mengonsumsi minuman keras
  • Stres
  • Risiko tekanan darah tinggi meningkat seiring bertambahnya usia

Cara Mencegah HIPERTENSI

Langkah 1: Pola Makan Sehat

Kajian telah menunjukkan bahawa mengikuti rancangan makan sihat dapat mengurangkan risiko terjadinya tekanan darah tinggi dan menurunkan tekanan darah sudah tinggi. Langkah ini merupakan awal pencegahan tekanan darah tinggi yang baik.

Langkah 2: Mengurangi Garam dan Sodium Ketika Diet
Kunci untuk makan sihat adalah memilih makanan rendah garam dan natrium. Kebanyakan orang mengambil garam lebih daripada yang mereka perlukan. Cadangan saat ini adalah untuk mengambil kurang daripada 2.4 gram (2,400 miligram [mg]) sodium dalam sehari bukan hanya pencegahan darah tinggi, tetapi juga menjaga tekanan darah tetap normal. Perbandingan itu sama dengan 6 gram (sekitar 1 sudu teh) garam meja sehari. Bagi seseorang dengan tekanan darah tinggi, doktor mungkin menyarankan makan lebih sedikit garam dan sodium, kerana kajian terkini menunjukkan bahawa orang diet pengambilan 1,500 mg sodium bermanfaat menurunkan tekanan darah yang lebih baik.
Langkah 3: Mempertahankan Berat Badan Normal
Kelebihan berat badan meningkatkan risiko terkena tekanan darah tinggi. Bahkan, tekanan darah meningkat dengan peningkatan berat badan. Pencegahan hipertensi awal sangat berkesan jika seseorang mempunyai berat badan ideal. Lakukan diet menurunkan berat badan jika anda kelebihan berat badan / obesiti
Langkah 4: Menjadi Lebih Aktif
Menjadi aktif secara fizikal merupakan salah satu langkah yang paling penting yang boleh dilakukan untuk mencegah hipertensi atau mengawal tekanan darah tinggi. Hal ini juga membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Cukup dengan sukan ringan dalam sehari.
Langkah 5: Berhenti Mengambil Alkohol
Minum alkohol terlalu banyak boleh meningkatkan tekanan darah. Hal ini juga boleh membahayakan hati, otak, dan jantung. Minuman beralkohol juga mengandungi kalori, yang masalah jika mempunyai program untuk menurunkan berat badan.
Langkah 6: Berhenti Merokok
Merokok melukai dinding pembuluh darah dan mempercepatkan proses pengerasan pembuluh darah. Berhenti merokok merupakan salah satu usaha dalam mengubah gaya hidup sihat demi pencegahan tekanan darah tinggi.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!


Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur