Gout adalah penyakit eksklusif untuk lelaki dan jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanya selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Gout kronik berupaya untuk mengganggu kehidupan harian yang normal. Paling digeruni adalah kecacatan sendi dan otot, sama ada kecacatan ringan atau berat.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit gout juga berisiko untuk mendapat penyakit sistem kardiovaskular serta berupaya menyebabkan kegagalan ginjal.

Penulis mendapatkan pandangan Pakar Perunding Rheumatik, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad dari Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengenai penyakit yang digelar 'Disease of King' ini.

Bagaimana serangan gout berlaku?

>> Akibat pemendapan kristal asid urik dalam rongga sendi. Lama kelamaan akan menyebabkan kristal garam dan mencetuskan rasa sakit sendi teramat sangat. Selalunya bermula dari sendi ibu jari kaki dan menular ke sendi lain.

>> Serangan gout berpunca dari peningkatan kadar asid urik dalam darah (hyperuriceamia).

Jenis-Jenis Gout:

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat;

1 - asimptomatik (tiada simptom)

2 - akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

3 - interkritikal

4 - kronik -serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Tofus

Pengumpulan asid urik boleh dilihat melalui pembentukan benjolan kecil di permukaan kulit yang dipanggil tofus. Pada keadaan yang lebih serius, tofus yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur. Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.

Jumlah tofus berkait rapat dengan berat badan dan kadar asid urik di dalam badan manusia. Tofus akan berkurangan apabila kadar asid urik berada di bawah paras empat mg/dl, dan menjadi lebih besar berat jika paras asid urik berlebihan dari 11 mg/dl.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Risiko

>> Jantina - lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus.

>> Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

>> Obesiti - individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.

>> Sesetengah penyakit - tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah)

>> Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba.

>> Ubat tertentu - ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan.

>> Genetik - kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.

>> Umur - gout biasa menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.



Bila Sepatutnya Mendapatkan Rawatan?



Dapatkan rawatan doktor dengan segera apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Rawatan

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalah ini boleh dikawal dengan mengambil ubat penahan sakit bukan steroid (NSAIDs) seperti endomethacin, diclofenac atau ubat penahan sakit generasi baru seperti celebrex dan arcoxia.

Individu yang kerap mengalami serangan gout akan dibekalkan dengan ubat allopurinol oleh doktor untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.



Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Untuk pesakit darah tinggi yang juga mengalami gout, disarankan untuk mengambil ubat darah tinggi yang dipanggil Losartan yang juga berkebolehan untuk menurunkan paras asid urik. Sejenis ubat anti-kolesterol yang dipanggil Lipanthyl juga mempunyai fungsi yang sama.

Diet Untuk Pesakit Gout:

>> buah ceri dan strawberi didapati mampu mengurangkan asid urik.

>> elakkan makanan tinggi purin iaitu yang berasal dari sumber protein

>> hadkan memakan daging kepada satu hidangan sehari



> kurangkan memakan organ dalaman haiwan, sardin dan ikan bilis dan hasil daging.

Makan Secara Sederhana:

>> asparagus, kacang lentil, kacang pea, cendawan, bunga kobis dan bayam.

>> minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik.

>> berhati-hati dengan ubat seperti aspirin, diuretik, vitamin C.

Ditulis oleh:

Bintu Rasyada A. Rahman



Dipetik dari:



 
lots of love,
Ini SMS dari Momma Mia (Alin) ke salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor Group, Puan Nurul

PERTANYAAN:

''nurul ....alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.

JAWAPAN
..(dan ini jawapan Puan Nurul)... jom kita baca

Terimakasih kepada MommaMia yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..

Menurut Suhaili(si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya.Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut memberitahu bahawa Suhaili mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya). Malah dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan Kamariah dr susuibu.com
Suhaili ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Sememangnya ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang,pernah seorang rakan saya yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. Namun jika si ibu merasa perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dan arif tentang hal ini.
Kadangkala dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!) Nasihat saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu, pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6 kali atau lebih. Selain itu, perhatikanpertambahan berat badannya. Jika naik normal, ini bermakna bayi memang mendapat cukup susu.

Tentang masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz.. itu adalah keadaan normal bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.Jika bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka menghisap.Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3 hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang seterusnya susu peralihan mula keluar. So payudara si ibu akan mula bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu. Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya kenyang. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.

Saya berharap kawan-kawan yang mengalami masalah seperti Suhaila boleh mengambil panduan daripada jawapan Puan Nurul ini, inshaALLAH. Yang penting, kita harus bersederhana dalam semua aspek kehidupan ni. Kita pro-breastfeeding tapi jangan condem orang bagi formula milk kat anak (mungkin dia akan jadi kawan seperjuangan kita satu hari kan?) ; kita tak makan suplemen jangan condemn orang jual dan amalkan suplemen (mana tahu anda sakit dan takut makan ubat, suplemen kitorang ni la yang anda cari nanti).

Sayang Dibalas Sayang (^_^)

lots of love,


Satu-satunya cara paling efektif untuk meningkatkan kuantiti susu ialah dengan mengosongkan payudara sekerap yang mungkin.
How can I increase pumping output?


To speed milk production and increase overall milk supply, the key is to remove more milk from the breast and to do this frequently, so that less milk accumulates in the breast between feedings.
sumber : http://www.kellymom.com/bf/pumping/pumping_decrease.html


So, mari kita study cara nak tambah kuantiti susu dan nak mempercepatkan penghasilan susu badan ni :-
PAM, PAM, PAM
- susukan bayi sekerap mungkin apabila bersama bayi
- pam susu sekerap mungkin. minimum 6 kali sehari (3 kali di ofis sekurang-kurangnya ; dengan satu sessi power pumping setiap hari). optimum ialah 8 - 12 kali sehari. ini tidak termasuk sessi direct-feed.
- pam setiap kali ada kelapangan. selepas bayi menyusu, semasa bayi tidur. boleh gunakan kekerapan 2, 3 jam sekali sebagai panduan.
- cluster pumping --> duduk berduaan dengan bayi dan breastpump anda, dan cuba pam dan susukan bayi berselang seli setiap setengah jam ke sejam selama beberapa jam.
- buat power pumping

BREAST YANG DIKOSONGKAN
- berapa lama anda pam bagi setiap payudara? dicadangkan untuk tujuan meningkatkan penghasilan susu badan, anda harus pam selama 15 minit each breast. lebih baik jika dapat gunakan kaedah double pumping.teruskan mengepam walaupun sebelum 15 minit susu dah tinggal setitik dua.
- guna kaedah double pumping. sangat berkesan especially bagi mereka yang berhasrat nak maintain milk supply. namun still depends on individu. ada juga ibu-ibu yang lebih  suka gunakan kaedah marmet.
- apply kaedah breast massage dan breast compression
- make sure pam yang digunakan tu selesa dengan anda. keselesaan turut membantu ibu dalam penghasilan susu yang dipam.

MENGAMBIL GALACTAGOGUES
- boleh amalkan makanan penggalak susu seperti oats, horlicks, barli, keju dan lain-lain yang bersesuaian dengan tubuh masing-masing.
- anda juga boleh mengambil milk booster seperti fenugreek dan alfalfa untuk membantu meningkatkan penghasilan susu badan.

Ini semua adalah basic yang saya harap boleh membantu kawan-kawan yang mengalami masalah 'susu-tak-banyak-masa-pam'. Oh ye! Tunggukan entry saya selepas ini untuk tahu apa kata MBPC tentang masalah 'susu-tak-banyak-masa-pam' dan juga pengambilan suplemen bagi bf mommies.

sumber rujukan : http://www.kellymom.com/bf/pumping/pumping_decrease.html

 
lots of love,
Alhamdulillah.. saya sangat gembira apabila customers saya memberikan feedback positif setelah mencuba set penyusuan yang kami sediakan. Set penyusuan yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa. Ini adalah set basic (asas). 

Tapi, tak kurang juga yang tidak mendapat hasil yang mereka mahu, lebih-lebih lagi jika mereka ini sedang mengalami zaman kemelesetan hasil tenusu. Saya faham, semua orang kalau boleh mahu hasil yang cepat. Tapi, perlu diingat, vitamin bukan ubat, bukan dadah .. secepat mana hasil yang mahu dilihat depends pada kondisi tubuh dan usaha masing-masing.

Bagi yang mengambil Set Penyusuan, ada TIGA PERKARA PENTING harus anda lakukan.

Tiga Tips Penting Sukses Breastfeed dengan Vitamin Shaklee


1.Minum 3 liter air masak sehari : air merupakan indicator yang sangat penting bagi mereka yang mengambil natural supplement kerana air membantu untuk mengatasi masalah healing crisis, sebagai contoh ibu mengalami pening kepala jika kurang air dalam badan.


2. Pam 3 jam sekali/ min 6 kali sehari : lagi kerap anda kosongkan breast lagi banyak susu boleh dihasilkan (supply on demand). Power pumping juga sangat membantu buat jika perlu.

Notes : Bagi yang mahu relaktasi, anda harus pam setiap 2 jam dengan kekerapan 8-12 kali sehari sebelum mendapat rhythem yang anda mahukan.


3. Niat IKHLAS, DOA dan TAWAKAL : mintaklah dengan Allah S.W.T kerana rezeki susu ibu itu datangnya dari Dia, Ikhlaskan hati untuk menyusukan anak bukan sebab ikut-ikutan atau ingin bersaing dengan kawan-kawan, dan seterusnya Tawakal..banyakkan berzikir sewaktu menyusukan dan mengepam. Sabar dengan usaha yang telah dilakukan jangan cepat mengalah bila hasil tidak seperti yang diharapkan.

Ingat tau TIGA PERKARA PENTING ni. 

Sekarang mari kita lihat kenapa anda tidak mendapat hasil sebagaimana yang didapati dalam testimoni-testimoni customers kami yang berjaya :

5 Sebab Gagal Banyakkan Susu dengan Vitamin Shaklee

1. Tidak amalkan 3 langkah diatas : makan supplement dalam Set Breastfeeding Shaklee tapi minum air tak cukup, pam pun jarang-jarang hanya pam bila breast bengkak je..katanya kalau breast tak bengkak susu tak de..kalau macam tu lah caranya memang tak de maknalah perhabis duit beli supplement. Silap hari bulan dapat pening kepala je sebab bahana healing crisis (badan kurang air).



2. Tidak tahu fungsi vitamin : senang cerita main makan je, bila kawan-kawan kata set ni bagus ibu ni pun beli dan tak tahu pun apa yang dia beli dan apa yang dia makan. Vitamin ni bukan ubat, ia tiada dadah seperti yang tedapat dalam pil hormon untuk tambah susu. Vitamin bertindak secara perlahan dan lembut di dalam badan dan mungkin mengambil masa untuk serasi dengan badan kita. Janganlah mengharap bila makan Set Breastfeeding ni terus susu memancut-mancut keluar sedangkan baru je sehari makan, terus nak salahkan vitamin.



3. Tidak sabar dan tamak : seperti yang saya katakan tadi Natural Supplement Shaklee tiada mengandungi dadah dan mengambil masa untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu kene sabar dan jangan cepat mengalah. Natural Supplement Shaklee bertindak mengikut badan kita jika badan kita banyak sel yang rosak maka lambatlah untuk menampakkan hasil. Ibu-ibu jangan tamak, bila dah mengambil satu jenis milk booster jangan pula dalam masa yang sama mengambil milk booster lain..atas alasan untuk memeriahkan susu, tapi apa yang ibu-ibu dapati anak yang akan cirit-birit. Makan dulu satu jenis jangan setiap jenis milk booster anda ingin cuba.



4. Berniat tidak baik : dalam apa jua perkara yang kita buat mestilah dengan niat yang baik "Lillah hi Taala". Jangan kita pesongkan niat kita, mintaklah dengan Allah supaya usaha kita ini membuahkan hasil seperti yang kita inginkan.



5. Tidak merujuk kepada pengedar yang sah : "niat bukan nak berniaga semata-mata" saya agak kecewa bila ada ibu-ibu yang mengambil Set Breastfeeding Shaklee ini tidak merujuk kepada pengedar apabila menghadapi masalah berkaitan pemakanan vitamin ini. Terus salahkan vitamin katanya tidak bagus tapi baru je makan 2 hari sebab pening kepala, itulah yang dinamakan healing crisis. Jika rujuk kepada saya, InsyaAllah saya cuba jawab bagi penyelesaian masalah anda.

So, dah tahu puncanya, sekarang saya kongsikan tips yang saya harap dapat membantu kawan-kawan yang belum berjaya.


Tips Buat Yang Mahu Tambah Susu dengan Vitamin Shaklee


1. Buat checklist : pastikan ibu-ibu telah buat 3 langkah di atas, wajib.



2. Belajar tentang vitamin@supplement : ibu-ibu boleh menggali di blog saya berkaitan vitamin@supplement, tidak perlu membeli buku yang mahal mengenai vitamin @ supplement. Mesti tahu tentang vitamin@supplement apa yang anda makan, jangan jadi buta dan terus mendengar kata-kata mereka yang tidak pro-vitamin. Sangat sedih bila ibu-ibu tidak tahu apa yang di makan dan terus salahkan vitamin.



3. Bersabar : bukan setiap usaha kita terus membuahkan hasil, kesabaran itu sangat penting untuk mengatasi sesuatu masalah. Jangan terburu-buru.



4. Betulkan niat : berniatlah untuk berubat, bukan berniat untuk cari kesalahan penjual semata-mata. "Lillah hi Taala" dalam apa jua yang anda buat.



5. Dapatkan nasihat pengedar anda : dapatkan dulu nasihat dari pengedar anda, kerana kebiasaannya pengedar akan merujuk kepada Pakar Nutrisi Shaklee, bukan memberi maklumat tanpa asas yang betul. Bukan semua Doktor pro-supplement (sama juga bukan semua Doktor pro-breastfeeding) kalau tidak masakan ibu yang tidak cukup susu disuruhnya tambah dengan Susu Formula. Tepuk dada tanyalah IMAN

*** rujukan : Mommy Lyna


InshaALLAH. Sekiranya anda ada masalah, kami sedia membantu. 
Alhamdulillah. Sudah hampir 9 bulan saya bersama Shaklee. Memang mengagumkan terutama dari aspek kesihatan saya dan Icha.

Terkini saya nak share, pengalaman baru balik bercuti di Melbourne. Perubahan cuaca dan suhu yang dialami oleh kami tiga keluarga menyebabkan 9 daripada 13 orang yang join the trip demam-demam, bermula daripada hari terakhir di sana, membawa kepada hampir seminggu di Malaysia (setelah pulang)

Cuba teka siapa yang tak demam?

Saya, hubby, Icha dan ibu saudara hubby.

Rahsianya? Pastilah Shaklee. Sebelum berangkat, saya memastikan kami sekeluarga (saya, hubby dan Icha) telah mendapat perlindungan secukupnya. Segelas Nutriferon dibancuh untuk minuman saya dan hubby. Pillbox Shaklee penuh saya isi dengan B Complex, Vitamin C, Vitalea, Zinc Complex, Alfalfa dan Ostematrix. Saya 'extra'kan B Complex dan Vitamin C sebab kedua-dua vitamin wajib.

Ibu mertua ada bertanya sebab risau pillbox saya kena tahan dengan imigresen, tapi saya buat tak tahu sebab saya tahu vitamin bukan bahan larangan (just kena declare je). Mujurlah, bekalan vitamin saya sangat membantu, malah mak sendiri tumpang makan bekalan vitamin saya sebab dia dah mula demam. Hehe. Nasib baik saya bawak extra, kalau tak mesti tak cukup vitamin-vitamin tu.

Setiba di Malaysia, cuma saya, hubby dan Icha aje yang steady. Yang lain semua dah sohseh-sohseh. Itupun hubby dah ada tanda-tanda demam (sebab masa kat Melbourne saya sorang yang konsisten makan vitamin ~ benefits Icha sekaligus!). Balik ke Teluk Intan, mak ada tanya samada kami semua sihat, kata hubby cuma saya dan Icha aje yang masih sihat. Kata emak, mereka semua kurang sihat. Hubby sendiri dah start batuk-batuk.

Yang penting, kena konsisten makan vitamin. Saya sangat bersyukur sebab Icha tak pernah demam teruk-teruk lebih daripada sehari setakat ni. Demam pun tak meragam. Antibodi Icha sekuat lengannya yang berulas-ulas tu. Saya pula terakhir demam masa bulan Ramadhan baru ni sebab main habuk di stor. Lepas tu, saya tak pernah demam.

So, jangan ngelat makan vitamin ye kawan-kawan. Bukan saja untuk sihat dan bertenaga, tapi untuk awet muda. Tudung saya mahal-mahal, so vitamin saya pun kenalah mahal-mahal juga kan? ;)

notes: ibu saudara hubby ada bawa bekalan ubat sendiri, so masa baru nak demam tu dia dah makan ubat, sebab tu tak jadi demam.

lots of love,
Kawan-kawan yang dihormati,

Jom lawat laman web Shaklee Malaysia


Sangat kemas dan mesra pengguna!

Juga, info produk kini boleh didapati dalam Bahasa Melayu  dengan penerangan lebih terperinci.

Jom shopping di Shaklee! (^_^)

Notes : Kepada kawan-kawan yang mahu membeli sendiri produk Shaklee anda di mana-mana cawangan Shaklee berdekatan, boleh gunakan ID 846060 untuk mendapatkan diskaun 15% ke atas pembelian. Juga, sila inform saya untuk redeeem free gift (sekiranya berkenaan)


lots of love,
B Complex SHAKLEE adalah antara vitamin kegemaran saya ~ secara umumnya, vitamin B Complex membuatkan saya lebih bertenaga, menstabilkan mood, dan menjadikan kulit saya lebih sihat dan bersinar.

5 SEBAB UTAMA SAYA SUKAKAN VITAMIN B KOMPLEKS


1. B Complex membantu saya lebih bertenaga


Vitamin B1 di dalam B Complex membantu menukarkan karbohidrat kepada glukosa. Kemudian, pada tahap sel, vitamin B2, B3, B5, B6 dan Biotin pula menukarkan glukosa kepada tenaga. Kekurangan mana-mana rangkaian vitamin B ini akan menyebabkan pengeluaran tenaga menurun, kelesuan dan keletihan.

2. Membantu kesihatan sistem saraf


Vitamin B5 diperlukan untuk membantu fungsi kalenjar adrenal dengan baik dan juga membantu dalam penghasilan hormon dan bahan yang mengatur fungsi saraf kita. Manakala, untuk seluruh sistem saraf termasuk saraf otak, vitamin B1, B6 dan B12 pula diperlukan. Vitamin B9 iaitu asid folik pula diperlukan sepanjang kehamilan untuk mencagah kecacatan nueral tube pada janin. Kekurangan mana-mana vitamin dalam vitamin B Complex boleh menyebabkan perasaan tertekan, cemas dan depression.

3. B Complex Untuk Sistem Percernaan


Vitamin B Complex diperlukan untuk proses pencernaan yang betul, menghasilkan asid hidroklorik dan turut membantu dalam pemecahan lemak, protein dan karbohidrat. Vitamin B1, B2, B3 dan B6 adalah komponen vitamin utama untuk proses ini. Kekurangan mana-mana daripada vitamin ini boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan masalah penyerapan zat ke dalam tubuh.

4. Kulit, Rambut dan Kuku Yang Sihat


B Complex penting dalam proses perkembangan sel manusia. Vitamin B yang penting untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku ialah B1, B2, B3, B5, B9, B12, Biotin dan Kolin. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini boleh menyebabkan masalah kulit kering, kulit berdebu, dermatitis, berkedut, jerawat, ruam, rambut gugur dan kuku rapuh.

5. Synergy


Setiap daripada vitamin di dalam vitamin B Complex berkait rapat dan bekerja bersama-sama demi memberi kita sistem tubuh yang berfungsi dengan sempurna. Kekurangan salah satu daripada vitamin-vitamin ini tadi akan menyebabkan tubuh tidak dapat berfungsi dengan sempurna, walaupun vitamin yang ada mencukupi. So, make sure kita sentiasa mempunyai vitamin B Complex yang cukup. Pilihlah vitamin B Complex yang terbaik supaya ia dapat berfungsi dengan baik.





lots of love,
Harini saya nak share nota Relaktasi yang saya copy daripada website Mom's Choice untuk panduan kawan-kawan yang sedang relaktasi atau mahu relaktasi. Boleh tinggalkan komen utk sebarang pertanyaan ye. Thanks! ( Saya di Singapore dan JB weekend ni!~)

Definisi relaktasi (relactation) menurut Dr. Jack Newman,
Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.
Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.

Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan.

Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
  1. memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu;
  2. mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).

Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi 


Faktor #1 – Pengeluaran susu sebelum berhenti

Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi.
Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.

Faktor #2 – Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu?

Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu.
Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula.
Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.

Faktor 3# – Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu?

Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula.

Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja.
Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.

Faktor #4 – Kesediaan ibu.


Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu.
Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi.
Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.

Bagaimana cara RELAKTASI?

1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.

Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;

  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.

Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?

  • perah/pam dengan kerap
  • makan makanan berkhasiat dan seimbang
  • makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  • menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  • kurangkan stress
  • berfikiran positif
Kesimpulan: Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
Sumber: The Ultimate Breastfeeding Book of Answers by Jack Newman, M.D., and Teresa Pitman; kellymom.com, naturalchildbirth.org, idahopublichealth.com
lots of love,
Seringkali saya tekankan kepada kawan-kawan yang makan suplemen SHAKLEE untuk minum sekurang-kurangnya 3 liter air (masak) sehari. Alamak! Banyaknya kan?

Setiap pesanan yang saya dan kawan-kawan saya beri kepada anda ada sebabnya, terutama kepada mereka yang mengambil SET B ( penyusuan ). So, meh kita terjah beberapa fakta berkaitan suplemen SHAKLEE dan AIR .
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis.
  2. Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula. Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?
 credit to Mommy Lyna

Jadi lepas ni, jangan ngelat minum air ya! 
Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...

"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
  1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.

  2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.

  3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.

  4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.

  5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.

  6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.

  7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)

  8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.

  9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.

  10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.


'KETAHUI HAK ANDA'


lots of love,
Alhamdulillah, makin ramai ibu-ibu yang kian menggemari Set Penyusuan Asas (Set B) yang kami sediakan ini. Set B ini bukan bertindak menambah susu badan semata-mata namun ia dipek khusus untuk ibu-ibu yang menyusukan anak yang mahu kekal cergas bertenaga, serta sentiasa berada dalam keadaan mood yang stabil dan gembira. Bukankah mood gembira memberi efek yang positif terhadap breastmilk production?

Kesan awal pengambilan Set B terhadap ibu :

  • tubuh ibu lebih cergas bertenaga serta sihat
  • mood yang lebih stabil
  • kulit wajah yang lebih sihat, ceria dan glowy

Okey. Apa yang and fikir bagus tentang kesan pengambilan yang sebegini?

Jawapannya sudah tentulah keadaan yang begini membantu ibu untuk menghasilkan susu badan dengan lebih banyak, kerana si ibu telah pun menyediakan tubuhnya untuk bekerja menghasilkan susu tanpa rasa letih dan penat dan moody.

Saya ada bertanya kepada seorang kawan yang mahu relaktasi bersama Set B, adakah dia faham atau sekurang-kurangnya dia tahu konsep asas penyusuan susu ibu? Jawapannya ya. Dia tahu yang dia perlu kerap mengepam, dia perlu rajin kosongkan breast, dia perlukan bantuan power-pumping. Namun, yang menjadi masalah ia ~ "Hadha, saya tak larat. Badan penat sangat. Pam pun sekali dua je kat office, kadang-kadang tak sempat .."

Saya simpati sebab saya memahami betapa dia sebenarnya telah berusaha. Dia berusaha nak jadi isteri, ibu dan pekerja yang baik. Setuju kan? Cuma dia tak tahu satu benda yang inshaALLAH boleh membantu wanita yang super-busy macam dia - pengambilan suplemen yang berkualiti dengan cara yang betul.

Jadi, saya cadangkan pengambilan Set B kerana Set B ini telah diatur dengan begitu sempurna untuk ibu-ibu yang menyusukan anak, ada vitamin penambah tenaga, ada milk booster penggalak susu. Best tak? 

Kandungan Set Penyusuan Asas Shaklee


  • Vitalea (dengan zat besi) yang membantu melengkapkan nutrien dalam tubuh si ibu, juga membantu pembinaan sel darah merah yang membantu mengurangkan kelesuan. 
  • B Complex (lengkap dengan asid folik) yang membantu tubuh menghasilkan tenaga melalui pembakaran glukosa oleh B Complex, juga menstabilkan hormon tubuh supaya si ibu lebih relax.
  • Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida juga pengukuh imun tubuh. Testimonial pengguna rata-rata menyatakan anak sangat kurang demam dengan pengambilan vitamin C secara taratur. 
  • Alfalfa - yezza. Ini sebenarnya milk booster anda! Namun pengambilan milk booster semata-mata tidak digalakkan unless si ibu memang at least 99% sihat dan cergas tanpa pengambilan vitamin.
Dan, inshaALLAH. Selepas pengambilan Set B ini, sekiranya anda benar-benar FAHAM konsep SUPPLY vs DEMAND, breastmilk production akan bertambah. Nah! Badan dah sihat, tak penat, mood pun baekk punya .. ditambah lagi dengan gambar-gambar stok EBM kawan-kawan .. anda pasti bersemangat nak pam sekerap mungkin dan berPP setiap hari kan?

3 Asas Penyusuan Hebat : 


  1. sessi perahan yang konsisten setiap 3 jam sekali (min 6 kali sehari tak termasuk direct-feeding)
  2. minum air tidak kurang 3 liter sehari
  3. doa yang berterusan ; amalan kerohanian seperti mengamalkan zikir dan doa tertentu.

Sila updates saya andai anda masih belum berjaya!

Untuk pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya di 0192939886 atau emel ke hadhatina@yahoo.com

lots of love,
Semua orang nak sihat, tapi apa agaknya definasi sihat tu sebenarnya? So, entry kalini saya sediakan satu checklist untuk anda semua gunakan k?

Sebelum tu, jom check adakah anda mengalami mana-mana simptom di bawah?


  1. • Kurang tenaga/ letih/ lesu/ penat
  2. • Berat badan berlebihan
  3. • Selalu pening
  4. • Gusi berdarah
  5. • Mudah calar
  6. • Mengantuk
  7. • Gugup
  8. • Selsema
  9. • Selalu mengambil painkiller
  10. • Nafas berbau
  11. • Sakit2 sengal badan
  12. • Sakit bahu
  13. • Sembelit
  14. • Rambut gugur

Kalau ada lebih daripada 3 simptom di atas, berhati-hatilah, dan terus buat jadual untuk pastikan anda follow tips yang saya nak share ni.

MAKANAN


  • - amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari. CUBA untuk memasak sendiri makanan anda walau sesibuk mana anda dengan tugasan luar. Lagipun, bagi yang berumahtangga, air tangan isteri ni lah yang menambah rasa cinta dalam rumahtangga (walaupun tak sedap!)
  • - kurangkan GARAM dan GULA. Anda tidak mahu mati muda kerana darah tinggi dan kencing manis kan?
  • - kurangkan makan fast-food dan processed-food.
  • - banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk sumber serat dan vitamin kepada tubuh. Pakar pemakanan mencadangkan kita harus makan sayur/buah dengan 5 warna berlainan dalam sehari.

AIR


  • - minum air bersih tidak kurang 3 liter sehari.
  • - rajin mandi, seboleh-bolehnya mandi awal pagi ye ..

SENAMAN


  • - senaman sangat penting untuk menguatkan otot badan, memberi mood yang baik melalui rembesan hormon endorfin yang terhasil semasa bersenam, menghasilkan kulit yang cantik dan glowy, menjadikan otak lebih cerdas dan semestinya badan lebih cergas dan bertenaga.
  • - bagi surirumah macam saya, anda boleh buat senaman ringkas bersama bayi dan anak-anak di rumah (tahu tak senaman Up, Up, Up and Away tu?) ; tolak stroller di taman rekereasi (i like!) ; atau sekurang-kurangnya kerja-kerja rumah yang anda buat tu pun dapat bakar kalori sikit-sikit.
  • - bagi working mommies, antara yang disyorkan ialah dengan mengelakkan menggunakan lif semasa di office ; parking kereta jauh dari ofis ; buat senaman ringkas di meja kerja (yang ni saya rasa setiap company dah sediakan poster untuk kegunaan pekerja) ; window shopping ; dan kalau banyak masa, boleh signup kelas aerobic, kick boxing atau swimming bersama rakan ofis (saya buat tau masa kerja dulu sebab tu saya cadangkan)

SUPLEMEN


  • - dalam dunia masakini, tak lengkap rasanya program kesihatan tanpa pengambilan suplemen. Setuju? Anda tak perlu fokus pada SHAKLEE sebab saya tahu anda juga makan segala jenis collagen di pasaran demi nak kurangkan kedut dan hasilkan kulit yang mulus gebu. Atau mungkin suplemen nak betulkan hormon macam MONO-P yang saya selalu tengok kat TV ni.
  • - amalkan suplemen asas pun okey. Sekurang-kurangnya pengambilan multivitamin sebiji sehari. Kita tak pasti apa yang kurang dalam tubuh badan kita, setakat makan multivitamin sebiji sehari tu apalah salahnya? At least, badan sihat kita nak perform sebagai isteri dan ibu pun senang.

STRESS


  • - kawal stress. Anda tahu tak apabila anda stress, sistem badan anda juga turut stress? Jantung berdegup lebih kencang, kadar asid dalam perut meningkat, otak jadi kurang berfungsi dan sebagainya. Lama-kelamaan anda akan diserang penyakit degupan jantung tak sekata, gaskrik, pelupa .. dan macam-macam.
  • - oh ye! Antara tips kawal stress - elakkan terlalu masuk campur sesuatu perkara yang bukan bidang/ hal kita ;  belajar berkata TIDAK/ NO dan nyatakan TERIMA KASIH ; marah? minum air masak cepat-cepat ; beristighfar ; dekatkan diri dengan ALLAH sebab semua masalah ni ALLAH yang bagi pada kita, kalau tak larat nak hadapi, beritahu pada DIA ; kongsi dengan pasangan/ teman yang boleh dipercayai
  • - sentiasa fikir diri anda adalah yang terbaik antara yang semua yang terbaik. Bukankah konsep ini yang cikgu terapkan dalam minda kita semasa bersekolah dulu? Kenapa bila dah dewasa asyik mengaku kalah?

ELAKKAN


  • - merokok
  • - alkohol
  • - kaffein yang berlebihan
  • - marah-marah tak tantu pasal
  • - berdengki/ busuk hati
  • - negatif

So, itu dia 6 panduan gaya hidup sihat yang dapat saya share kalini. Semoga bermanfaat dan diamalkan sepenuhnya inshaALLAH. Untuk pesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya macam biasa di 0192939886 (Puan Hadha)


lots of love,