Sebenarnya harini saya nak update blog ni tentang Cabaran 30 Hari Blog yang dianjurkan oleh anak Shaklee saya, Ainul Mustafa, sejak minggu lepas. Namun, memandangkan saya terima soalan tentang bab penyusuan, so, saya nak share sedikit tips bagi ibu-ibu yang hadapi masalah susu sikit atau susu mulai merudum (merosot).
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan susu kita mulai merudum, dan sebagai ibu yang dah beranak 3 dan alhamdulillah, dalam perut ni ada sorang lagi (hehe), saya juga dah banyak kali mengalami situasi itu. So, jangan risau k? Kita semua sama. Namun, ini adalah sharing saya sebagai seorang ibu dan pengamal suplemen yang telah berjaya membantu ramai kawan-kawan saya mengatasi masalah yang sama; saya tidak mempunyai sebarang sijil khas sebagai pakar penyusuan.
10 Sebab Susu Badan Merudum
Tidak mengosongkan payudara seperti sepatutnya
Bagi ibu-ibu yang direct feed baby macam saya, maybe kurang menghadapi masalah ini UNLESS tiba-tiba anda travel tanpa bayi dan tidak mengepam susu sebagaimana demand bayi anda, yes, kemungkinan anda akan hadapi masalah susu tiba-tiba jadi kurang.
Namun, bagi ibu-ibu yang berkerjaya, mematuhi jadual perahan susu adalah amat crucial. Selalu saya ingatkan, anda harus pam susu setiap 2-3 jam sekali, sebanyak 6-8 kali sehari; dan ini tidak termasuk sessi direct feed anda dengan bayi apabila bersama bayi.
Macam penat kan? Alah bisa tegal biasa, by the way, bayi anda yang sihat dah cukup untuk jadi push factor anda rajin dan tidak culas pam susu.
Kurang Minum Air
Lebih 80% daripada kandungan susu ibu dah tentulah air sebelum masuk bab protein, vitamin dan mineral yang lain. Jadi, apabila seorang ibu itu kurang minum air, sedikit sebanyak ia mula mengganggu penghasilan susu dalam badan. Sebab apa? Ibu yang kurang air dalam badan mungkin akan mengalami masalah dehidrasi, seterusnya membawa kepada masalah keletihan, stress lalu sakit. Sememangnya ia menjejaskan penghasilan susu badan.
So, pastikan ibu-ibu rajin minum air masak (air kosong). Minumlah 1 liter air bagi setiap 25 kg berat badan anda.
Ada juga tips saya terima bagi yang suka minum kopi dan teh juga perlu mengurangkan kecenderungan minum kopi dan teh kerana ia kandungan kafeinnya bersifat diuretik. Limitkan pengambilan kopi dan teh okey? Selain itu, kurangkan juga minum ais atas sebab yang sama.
Haid/Period/Menstrual
Ada ibu yang beruntung tidak didatangi period sepanjang tempoh 2 tahun lengkap menyusukan anak, malah ada juga yang lebih! Namun, pengalaman saya sendiri, sebaik anak-anak saya mulai mengenal solid food, saya dah kena ready akan didatangi period. Paling awal saya datang period sebaik habis nifas. 'Darah panas' kata orang tua-tua.. mungkin sebab tu jarak umur anak-anak saya pun tak sampai 2 tahun, di samping saya sendiri memang taknak gunakan sebarang kaedah perancang keluarga yang moden :)
Memang susu badan jadi merudum ketika period datang. Ini disebabkan masa period ni kita mengalami kehilangan darah yang agak banyak dari badan, sekaligus mengurangkan jumlah kalsium dalam badan. Buat pengetahuan anda, selain daripada protein, kalsium juga adalah antara komposisi terbesar susu ibu.
Ditambah dengan perubahan hormon ketika datang period, atau yang mungkin hadapi masalah pre-menstrual syndrom (PMS), sememangnya ia memberi efek kepada tubuh anda untuk menghasilkan susu badan.
Petua saya, banyakkan rest, minum air masak secukupnya, jaga makan dan amalkan pengambilan suplemen kalsium seperti Ostematrix Shaklee.
Pengambilan Pil Perancang
Saya tidak mengamalkan sebarang kaedah perancang keluarga namun saya dapat kongsikan sedikit maklumat daripada entri blog cucu Shaklee saya di CelikVitamin.Com ini.
Jawapan Puan Sabrina Haron, Pharmacist. (Petikan dari Majalah Pa & Ma Bil 131 Ogos 2011).
Oleh kerana pengambilan sesetengah pil perancang boleh menurunkan tahap simpanan vitamin C sehingga 30%, pengambilan vitamin C sangat digalakkan semasa mengambil pil perancang. Pengambilan pil perancang turut mengakibatkan penurunan aras pyridoxine (Vitamin B6) dan Vitamin E dalam darah. Oleh itu, suplemen tambahan seperti vitamin B Complex dan E sangat membantu.
Terdapat wanita yang mengalami ketidakselesaan pada bahagian payudara semasa mengambil pil perancang. Ini boleh diatasi dengan pengambilan EPO 1000mg sekali sehari sepanjang penggunaan pil perancang.
Terdapat 2 jenis pil perancang:
- Mengandungi progestin dan progesteron
- Mengandungi progestin dan estrogen
Pil perancang yang mengandungi estrogen TIDAK SESUAI untuk diambil semasa tempoh penyusuan kerana ia mengurangkan penghasilan susu badan. Progesteron pula tidak memberi sebarang kesan terhadap penghasilan susu badan. Namun, sebahagian hormon sintetik tersebut akan memasuki susu badan tetapi tidak mendatangkan kesan buruk kepada bayi.
Antara kaedah perancang keluarga yang diketahui sesuai dan selamat untuk ibu-ibu menyusu amalkan ialah pil perancang Noriday, suntikan Depo dan Implanon.
Letih, Kurang Tidur/Rehat dan Stress
Penyusuan susu ibu sepatutnya menjadi ubat stress ibu-ibu. Ini kerana ia berkait rapat dengan dua hormon penting iaitu hormon prolaktin (hormon untuk hasilkan susu) dan hormon oksitosin (hormon untuk meransang susu keluar atau juga dipanggil hormon gembira).
Melalui proses yang betul, hormon oksitosin dihantar ke otak untuk meransang hormon prolaktin, seterusnya hormon prolaktin ini pula akan dihantar ke kalenjar susu ibu. So, badan pun keluarkan susu. Namun, ada situasi di mana apabila ibu terlalu letih menyebabkan hormon oksitosin tidak dapat dirembeskan dengan cukup, maka hormon prolaktin juga menjadi kurang. Bila susu kurang, ibu mulai stress dan seterusnya efek kepada penghasilan susu badan.
So, bagaimana nak ransang hormon oksitosin?
|
Ubat stress emak |
Antaranya :-
- Ibu kena cukup rehat
- Ibu kena tenang dan gembira
- Minum air suam sebelum menyusu baby dan pam susu.
- Peluk baby erat-erat masa menyusu atau bagi yang pam susu, pastikan ada gambar favourite baby untuk anda lihat masa pam susu
- Nipple stimulation sebelum pam susu
- Ada geng pam susu
So, cukup dulu 5 sebab susu merudum. InshaALLAH saya sambung lagi 5 sebab dalam next entry bersama tips untuk atasi masalah ini.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit