Antara concern penting apabila menginjak usia 40-an ialah memiliki kulit yang kekal sihat, segar dan tetap glowing. Macam-macam kaedah rawatan moden, tradisional, natural mahupun profesional boleh dilakukan, bergantung kepada keperluan dan budget masing-masing.

Penuaan kulit berlaku secara semulajadi, namun terdapat beberapa faktor yang boleh mempercepatkan proses ini.

Faktor-Faktor Penuaan Kulit


1. Intrinsic Aging (Penuaan Semulajadi) akibat penurunan kolagen dan elastin dalam tubuh, skin regenation yang semakin perlahan dan faktor perubahan hormon. Ketiga-tiga faktor ini menyebabkan munculnya kedutan halus pada kulit, kulit lebih kusam kerana sel baru lambat keluar dan kulit semakin kering serta kurang anjal.

2. Extrinsic Aging (Faktor Persekitaran) seperti photoaging yang terjadi akibat pendedahan kepada sinar UV. Pencemaran alam pula menghasilkan radikal bebas yang merosakkan kolagen, elastin dan DNA kulit. Juga gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang tidur mengganggu proses semulajadi renewal sel kulit. 

3. Oxidative Stress apabila radikal bebas mula terhasil dalam tubuh akibat sinaran uv berlebihan, unhealthy diet, stress dan pencemaran menyebabkan kerosakan sel kulit seterusnya menjadi punca utama penuaan pramatang. Anda kelihatan tua sebelum usia sepatutnya. 

4. Dehidrasi - kulit yang kering cenderung untuk kelihatan lebih tua dan kusam serta berkedut. Kurang minum air, selalu berada dalam bilik ber’air-cond’ dan produk skincare yang tidak sesuai juga menjadi faktor penyumbang.

5. Aliran Darah Tidak Lancar juga menyebabkan sel kulit menjadi semakin tidak sihat. Kulit tampak kusam dan tidak bermaya. 

POLIFENOL - Superhero Untuk Kulit Yang Sihat & Glowing!


Pernah dengar pasal polifenol? Kalau untuk kulit, ia umpama pelindung kepada kulit kita. Polifenol memiliki kuasa antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas, punca kepada penuaan kulit. 

Kita memang sentiasa terdedah kepada pelbagai sumber radikan bebas, namun pendedahan berlebihan inilah menyebabkan kulit kita :

  • Kendur kerana kolagen yang sudah pecah
  • Muncul kedutan dan garis halus
  • Kusam tidak bercahaya
Vivix & ResV daripada Shaklee kaya dengan polifenol yang dihasilkan daripada bahan-bahan premium seperti anggur muscadine, knotweed jepun, dan lobak ungu, serta beberapa baban premium lain lagi. Setiap satu daripada bahan inilah yang membantu melindungi kuliy daripada kerosakan dan memperbaiki sel kulit daripada dalam.

Kesan Vivix & ResV Untuk Kulit Wanita 40an


Nak tahu apa kesan anda dapat apabila konsisten mengamalkan kedua suplemen ini?

1. Melambatkan Penuaan Kulit

Kolagen ni adalah best friend kulit kita. Namun, bermula usia 20-an, kolagen kulit menurun sebanyak 1% setiap tahun. Bayangkan kalau kita tak ambil kisah pun, apa jadi masa usia kita mencecah 40-an?

Oleh itu, pengambilan Vivix & ResV ini membantu menjaga kolagen daripada ‘pecah’ akibat radikal bebas, seterusnya mengekalkan kulit yang tegang, anjal dan bebas kedutan.

Hasilnya, kulit anda kelihatan lebih fresh dan muda, walau tanpa mekap!

2. Tona Kulit Lebih Cerah & Sekata

Biasalah tu makin meningkat usia mulalah penghasilan bintik hitam menjadi-jadi dan tona kulit juga semakin tidak sekata. Polifenol membantu pengeluaran melanin, mencegah bintik gelap dan mengurangkan inflamasi pada kulit. 

Hasilnya, kulit jadi lebih cerah, berseri tanpa jeragat mahupun melasma, dan tona kulit menjadi sekata!

3. Membaiki Sel Kulit Yang Rosak

Seperti yang dinyatakan sebelum ini mengenai khasiat polifenol untuk kulit, ia juga bertindak memelihara dan memulihara sel kulit anda dari dalam. Kulit yang sihat bermula daripada sel yang sihat dan bertenaga. Hasilnya, terpancar pada kulit wajah, kulit tangan dan seluruh tubuh anda! Tampak segar dan berseri-seri!

Testimoni Vivix & ResV Untuk Kulit Cantik




Ada banyak lagi feedback kami dapat sebenarnya. Tips nak dapat hasil macam testimoni ni kuncinya ialah konsisten. Nak hasil yang wow, jangan skip walau sehari pun!

Kesimpulan : Cantik Dari Dalam


Jadi, kalau anda wanita menjelang 40an dan seangkatan yang dah cuba semua kaedah penjagaan kulit daripada rutin harian sehingga kepada rawatan profesional, namun hasilnya belum cukup memuaskan, mungkin dah tiba masanya untuk anda mencuba Vivix & ResV! Ini adalah pilihan yang tepat untuk anda di usia 40an yang mahukan kulit yang cantik, sihat dan muda! 

Nak cuba? Boleh hubungi saya seperti di bawah. Saya akan bantu anda ke arah kulit idamaan, inshaAllah. Paling best, sepanjang bulan Januari 2025 ni Shaklee adakan promosi untuk Vivix & ResV ni 😘




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Pertama kali saya disahkan ada GDM adalah semasa hamil anak ke-6. Apa itu GDM? 

GDM (Gestational Diabetes Mellitus) atau kencing manis ketika hamil adalah keadaan di mana paras gula dalam darah seorang ibu hamil adalah tinggi. Namun, ia sama sekali berbeza daripada kencing manis Jenis 1 dan 2. 

Seperti yang kita tahu, kencing manis terjadi samada disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi atau tidak berfungsi dengan baik; iaitu tidak boleh menukarkan gula kepada tenaga. Akibatnya paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Bagi ibu hamil yang ada GDM, fungsi insulin mereka terganggu adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, kortisol dan prolaktin. 

Oleh itu, GDM selalunya akan hilang selepas kelahiran bayi. Namun, pengurusan GDM amatlah mustahak kerana ibu yang ada sejarah GDM berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. 

GDM Tidak Boleh Dirawat



Apabila seseorang ibu hamil itu dikenalpasti mempunyai GDM, dia akan dipantau sepanjang tempoh kehamilannya melalui rutin BSP (Blood Sugar Profile). 

Ibu perlu memastikan bacaan gula dalam darah sentiasa berada pada paras yang stabil. Ini penting untuk keselamatan kedua ibu dan bayi sebenarnya. 

Terdapat dua cara menguruskan GDM iaitu melalui diet ataupun terapi insulin; bergantung pada keputusan bacaan gula yang pertama. 

Walaubagaimanapun, Diet GDM adalah langkah pertama yang ibu perlu fokus sehinggalah habis tempoh berpantang bersalin.

Perkongsian kali ini saya fokus kepada diet GDM berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa hamil anak ke-6.

9 Cadangan Diet Ibu Hamil Yang Ada GDM


  1. Amalkan konsep makanan suku-suku separuh dengan mengenalpasti jenis makanan yang tidak membuat paras gula dalam darah naik dengan banyak
  2. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap untuk maintain paras gula dalam darah. Disyorkan tiga kali main meals dengan tiga kali snacking.
  3. Mesti ada gabungan protein, lemak dan karbohidrat. Elakkan daripada makan secara 'naked carb' untuk jaga paras gula dalam darah.
    1. 90% Karbohidrat bertukar kepada glukos dalam masa 1-2 jam selepas diserap tubuh
    2. 50% Protein bertukar kepada glukos dalam masa 2-4 jam selepas diserap tubuh
    3. 10% Lemak bertukar kepada glukos dalam masa 8-10 jam selepas diserap tubuh
  4. Banyakkan makan salad dan sayur-sayuran hijau sebagai sumber serat. 
  5. Berhati-hati dengan pilihan buah. Contohnya, epal hijau lebih selamat daripada epal merah. Buah kurma sangat-sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu hamil asal jangan berlebihan.
  6. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti kentang, beras putih, roti putih dll seumpamanya. Gantikan dengan pilihan lebih sihat.
  7. Minum air secukupnya. Banyakkan air kosong. Kurangkan minuman manis (dah tentu!), bergas dan jus dengan label 'no added sugar'. Blend sendiri jus buah-buahan anda.
  8. Jangan lupa bersenam untuk supaya gula dalam badan digunakan sebaiknya. Cuma pastikan senaman itu tidak membahayakan dan tidak pulak ekstrim.
  9. Saya juga syorkan ibu hamil amalkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dengan sumber protein yang sihat, asid lemak Omega-3 yang bagus untuk mengawal selera makan dan perkembangan otak, asid folik, kalsium serta vitamin C. 
Pengalaman saya sendiri semasa ada GDM, suplemen ESP (Energizing Soy Protein) amat membantu kerana ada masanya saya buntu apakah menu yang sihat, selamat dan sedap untuk saya ambil! Paling penting, tidak merosakkan bacaan BSP saya :-)

Alhamdulillah, dengan adanya ESP masalah saya selesai. Bacaan gula juga terkawal. Selera dan berat badan saya juga terkawal. Perkembangan bayi juga sangat bagus! Alhamdulillah .. malahan, ESP ini saya memang amalkan sejak kehamilan kedua lagi.

Diharap artikel ini membantu ibu-ibu yang ada GDM supaya lebih enjoy dan relax dengan perjalanan kehamilan walaupun terpaksa menjalani rutin BSP, ataupun terapi insulin. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
EKZEMA SECARA AMNYA TIDAK BOLEH SEMBUH, tetapi ia boleh dirawat dan diuruskan dengan baik untuk mengurangkan kegatalan, keradangan dan kerengsaan kulit yang dialami oleh bayi.

Walaubagaimanapun berita baiknya, lebih 60% kanak-kanak akan pulih dengan sendiri ekzemanya apabila dia meningkat remaja. Oleh itu, ibu janganlah putus asa dalam mengurus dan merawat ekzema anak-anak walaupun buat masa sekarang kelihatan sangat teruk.

Kebiasaannya apabila berjumpa dengan pakar kulit, penghidap ekzema diberi rawatan dalam bentuk mandian, sapuan dan juga ubat oral. 
  • Jenis mandian bergantung pada tahap dan keadaan ekzema. Masa anak sulung kami kena ekzema teruk, kami diberi mandian Pinetarsol.
  • Untuk sapuan, ibu akan dapat krim steroid dan juga krim pelembab yang perlu digunakan bersama-sama.
  • Manakala untuk rawatan secara oral, penghidap ekzema akan diberi antibiotik dan anti-histamine. Antibiotik seperti kita sedia maklum, perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu. 
Sebagai ibu, yang paling mencabar ialah bab nak konsisten beri anak makan ubat. Dan, sebagai ibu yang beri susu ibu sepenuhnya biasanya ibu tak mahu beri bayi makan ubat, jika boleh dielakkan. 

Panduan Menguruskan Ekzema Bayi Yang Menyusu Badan


Selain daripada bergantung dengan rawatan yang diberikan oleh pakar kulit, ada beberapa perkara ibubapa perlu buat untuk membantu bayi ekzema ini menjalani kehidupan yang selesa dan normal, inshaALLAH. 

Ini kerana ekzema yang tidak diurus dengan baik, boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti jangkitan pada kulit yang cedera, bayi tidak mendapat tidur dan rehat yang sempurna, kerap meradang dan menangis. 

1. Buat Food Diary Ibu dan Bayi


Kenalpasti diet harian ibu yang boleh trigger makanan yang mencetus ekzema bayi. Jika bayi dah start makan, lakukan perkara yang sama juga. 

Senaraikan SEMUA makanan yang diambil oleh ibu dan bayi, berapa jumlah air yang diminum sehari dan berikan juga rating 0 - 10 ( 0 - Tiada Ekzema; 5 - Sederhana; 10 - Ekzema Teruk). 

Dengan adanya Food Diary, lebih mudah ibu atau penjaga untuk atur menu yang sihat dan selamat dimakan. 

2. Diet Ibu Menyusu


Makanan yang biasanya mencetus keradangan ialah susu lembu, soya, gandum, kekacang, telur dan makanan laut. Sekiranya ibu telah tahu mana satu makanan yang boleh mencetuskan ekzema pada bayi, eloklah cari alternatif lain dan berhenti mengambilnya dalam diet. 

Lebih mudah lagi, sekiranya ibu atau bapa sendiri ada sejarah ekzema, elakkanlah makanan yang sama yang mencetus ekzema pada diri sendiri. 

3. Faktor Hama dan Habuk


Semasa anak ketiga kami dikenalpasti mengalami permulaan ekzema (usia 2 tahun), kami dinasihatkan untuk membersihkan semua karpet di rumah, ganti cadar, selimut dan sarung bantal dengan lebih kerap. Alhamdulillah memang sekejap sahaja masalah ekzema beliau. 

Ubat pun kami tak makan sekadar gunakan mandian dan krim sapuan sahaja. 

Apabila ada anak ekzema, ibubapa memang perlu lebih disiplin dalam menguruskan kebersihan rumahtangga. Kalau tak larat uruskan sendiri, boleh gunakan khidmat daily maid.

4. Potong Kuku Bayi


Pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Ini untuk mengelakkan kecederaan pada kulit ketika keradangan berlaku yang menyebabkan bayi menggaru dengan kuat. Kulit yang terluka sangat mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan ekzema lebih sukar diurus.

5. Nutrien Untuk Kulit Yang Sihat


Antara nutrien yang penting untuk kesihatan kulit penghidap ekzema ialah asid lemak omega-3, zink, vitamin D dan vitamin C. Kesemua nutrien ini membantu proses pemulihan sel kulit yang cedera dan pembinaan sel kulit baru yan sihat. 

Asid Lemak Omega-3 membantu mengurangkan keradangan kulit, dan  vitamin C pula bersifat anti-histamin semulajadi.

Ibu yang menyusukan bayi perlu topup nutrien ini secukupnya supaya dapat disalurkan kepada bayi yang menyusu badan. Ibu yang konsisten amalkan Set Menyusu Shaklee inshaALLAH dah dapat semua nutrien ini.

6. Gunakan Krim Pelembab Kulit


Kulit bayi yang menghidap ekzema perlu sentiasa diberikan pelembab secukupnya untuk mengelakkan daripada kulit menjadi gatal. Jika ibu menggunakan krim steroid yang diberikan doktor, jangan lupa sapukan krim pelembab selepas lapisan ubat. 

Masa mandi juga tidak boleh terlalu lama. Ibu boleh gunakan petua mandian oatmeal untuk redakan keradangan ekzema. Lepas mandi pun tak perlu lap dengan dengan tuala sampai kering, cukup pat dry ala kadar dan jangan lupa sapukan losyen pelembab.

Ingat, kulit perlu cukup lembapan BUKAN berkeadaan lembab ya ibu-ibu ..

Jadi, itulah dia 5 cara yang boleh membantu ibu-ibu menguruskan dan merawat bayi ekzema yang masih menyusu badan. Memang kena banyak bersabar menguruskan bayi ekzema ini, tambahan lagi sekiranya ekzema itu agak teruk.

Pengalaman peribadi saya sendiri, anak sulung saya kena ekzema sebaik dia mula solid food. Sepanjang tempoh ekzemanya teruk memang sangat kasihan dan saya sendiri keletihan. Tambahan lagi masa itu kami kerap travel ke luar negara, amat mencabar nak uruskan ekzema ni.

Alhamdulillah, masuk usia 3 tahun ke atas perlahan-lahan ekzemanya makin pulih. Sekarang Icha dah berusia 10 tahun dan boleh makan lauk udang dan sotong tanpa sebarang masalah! 

Dari segi positifnya, ekzema membantu saya sendiri untuk upgrade lifestyle lebih sihat untuk kami sekeluarga, alhamdulillah. 

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang suplemen yang sesuai untuk penghidap ekzema mengikut usia, bolehlah hubungi saya dengan nombor telefon di bawah.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

'Ingat Shaklee, Ingat Supermom Shaklee!'

Happy Eid Mubarak 2019
Happy Eid Mubarak 2019
Nak order produk Shaklee, contact saja nombor telefon di bawah ok ;-)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya