Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Tonsil yang berlarutan selama mana kita demam tidak boleh dipandang ringan. Adakalanya ia berulang-ulang hingga meresahkan ibu bapa yang menjaga anak yang demam. Jom kita tengok video ini, bagaimana dengan Nutriferon mampu meredakan kesakitan radang Tonsil   akak ni :






Begitulah perkongsian dari Cik Ayu mengenai Tonsil beliau dan pengalaman beliau dalam meredakan sakit tonsil. Kebiasaan yang diambil untuk rawat tonsil adalah dengan makan panadol paracetamol atau hisap lozenges (contoh : Strepsils). 

Ambil Panadol paracetamol

Hisap strepsils mampu meredakan sakit tekak

Tapi pada kali ini saya ingin sarankan tuan puan yang membaca blog entry ini untuk boost imune anda supaya boleh menyerang jangkitan bakteria demam dengan Nutriferon. Kerana produk dari Shaklee yang bersifat semula jadi, tiada kesan sampingan, tiada pewarna tiruan, tiada gula tiruan, dan sudah teruji keberkesanannya.

Bagaimana Nutriferon mampu menghilangkan tonsil ?

Ada 3 kategori umur.

1) 1 hingga 3 tahun : Digalakkan ambil Meal Shake (multivitamin dalam bentuk serbuk perisa vanilla). Meal shake ini yang mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat besi sangat diperlukan oleh kanak-kanak yang sedang membesar. Sekaligus dengan vitamin lengkap dalam meal shake ini mampu meningkatkan imunisasi badan anak juga. So tiada lagi masalah demam yang berlarutan dan badan anak susah untuk menghidap penyakit demam, batuk dan selesema.



2) 3 tahun keatas : Ambil Chewable Vitalea bagi mengukuhkan sistem imun & 1/2 sachet Nutriferon untuk imun booster. Kerana Vitalea for CHildren ini memang direka khas untuk anak-anak yang dah pandai mengunyah. Rasanya sedap, boleh diberikan kepada anak yang susah sangat nak makan sayur dan sekaligus menyokong imun anak tersebut. Kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas ni sangatlah penting dalam mendevelop imun badan mereka. Sebab ketika umur sebegini mereka amat lasak ;)


3) Dewasa : Ambil Nutriferon untuk menigkatkan ketahanan badan. Bila badan dah imun, automatik radang tonsil susah nak jadi. Ekstrak biji labu, benih plantago, kuntuman bunga japanese Honeysuckle dan bunga safflower menjadikan ia imune booster yang diyakini keberkesanannya. Kebiasaan orang dewasa jika tidak dirawat dari kecil, penyelesaian terakhir hanyalah dengan lakukan pembedahan radang tonsil tersebut. Jadi disini ektrak labu nutriferon ini membolehkan penurunan demam dalam masa yang pantas.



Imunasasi badan sangatlah penting untuk badan kita. Kalau tak cukup imun badan, maka badan kita senang diserang penyakit, senang menyerap bakteria. Kan ke payah kalau kita nak melaksanakan kerja-kerja harian. Karang asyik MC je.. Tak baik tauu hihi. Jadi pastikanlah stok nutriferon sentiasa ada di rumah. Jadikan amalan supaya kita tak mudah menyerap penyakit berjangkit, dan tak mudah nak menyebarkan penyakit.



Selamat mencuba ya! In Sha Allah berkesan..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Memang tidak disangka saya ada sakit tonsil terutama ketika saya nak demam. Bila start bangun dari tidur, tonsil akan keluar bermakna saya nak demam la tu. 

Nak tau apa itu Tonsil ?

Tonsil adalah kalenjar yang bekerja untuk memerangi infeksi di tubuh anda. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Fungsi tonsil sebenarnya adalah untuk menapis dan menahan diri dari serangan virus dan bakteria. Tapi adalakanya tonsil gagal melaksanakan tugasnya dan akan mengalami keradangan inflamasi. Tonsil akan membengkak dan mencapai saiz besar hingga menyempitkan laluan makanan.


Apa pula Radangan Tonsil ?

Infeksi yang terjadi pada kalenjar tonsil tersebut kebiasaannya disebabkan dari kuman virus dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria. Ia amat berkaitan dengan imunisasi badan seseorang dalam melawan bakteria yang menghinggap di kalenjar tekak anda.


Penyebab Keradangan pada Tonsil ?

Tonsilitis nama saintifiknya adalah jangkitan bakteria pada tekak. Bakteria ini boleh menyebabkan tonsil bengkak dan beernanah.


Simptom-simptom penyakit Radang Tonsil ini :
  • Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
  • Susah nak telan sesuatu kerana sakit tekak yang teramat
  • Bengkak atau ada bonjol pada kelenjar tekak, dan tekak akan kelihatan membonjol
  • Nafas berbau (kene selalu gosok gigi dan permukaan mulut)
  • Bunyi suara yang pelik kadang-kadang sampai tak boleh bercakap
Rawatan yang boleh kita ambil ?
  • Makan paracetamol untuk kurangkan demam dan sakit - Tapi ada cara yang lebih organic,drug free
  • Hisap lozenges untuk meredakan kesakitan
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan banyakkan minuman sejuk
  • Elak makan yang keras, rangup, berempah, berminyak dan panas
  • Rehat dan jangan menjerit-jerit
  • Pembedahan adalah jalan terakhir untuk membuang radang tonsil itu

Kalenjar Radang Tonsil perlu dibuang bila ?

Apbila berlakunya jangkitan ini berulang kali, ia mengganggu perbafasan seseorang dan gaya tidur yang tidak selesa pada anak anda. Doktor yang akan membuat penilaian samaada patut dibuang kalenjar radang tonsil tersebut ataupun tidak


Jangkitan pada kalenjar Tonsil boleh dielakkan dengan ?

Elakkan dari terkena bakteria, lagi-lagi sebelum makan, pastikan makanan dan tempat makan bersih. Basuhlah tangan sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut anda.

Untuk mengelakkan tonsil ini berulang banyak kali, diharuskan untuk ambil imune booster. Imun booster ini ada banyak kaedahnya. Salah satu yang dicadangkan oleh Shaklee adalah dengan mengambil Nutriferon. Lihat link ini NUTRIFERON Untuk Peningkatan Sistem Imun Tubuh.

Jadi untuk tahu lebih bagaimana Nutriferon dari Shaklee mampu Meredakan kesakitan Keradangan Tonsil, akan saya ceritakan di entrya disini ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.


Penyebab Sistem Imun Lemah

  • Defisiensi vitamin dan mineral pada tubuh
  • Kurangnya waktu untuk beristirehat yang cukup
  • Merokok secara berlebihan
  • Pola hidup yang sangat meletihkan
  • Kesan buruk dari jenis ubat tertentu

Lama sudah Nutriferon ni tiada di pasaran ! Kali ni Nutriferon kembali menggegarkan dunia setelah berbulan-bulan orang menanti akan kehadirannya. Jika anda kerap dijangkiti demam dan batuk, memang  Nutriferon adalah penyelesaiannya. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk 'boost' sistem perlindungan imuniti tubuh - interferon. Interferon pula adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus. Ini dia NUTRIFERON yang hebat tu !



Siapakah yang perlukan Nutriferon?

  • Mereka yang ingin kekal sihat
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan
  • Individu yang selalu stres. Selalu stres boleh menyebabkan keguguran rambut !
  • Ibu yang menyusukan anaknya
  • Mereka yang selalu travelling & sentiasa bergerak
  • Sesiapa yang mengidap selesema, demam, kanser/ asma

Manfaat Nutriferon Shaklee

  1. Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
  2. Melawan kanser dan tumor
  3. Melindungi dari influenza
  4. Meringankan stres dan influenza
  5. Melambatkan penuaan
  6. Mengurangkan sistem PMS

Sebagai usaha untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan yang berpanjangan, pastikan anda mempunyai bekalan Nutriferon yang secukupnya di rumah anda :) 



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Selain daripada mengamalkan set vitamin asas untuk ibu mengandung daripada Shaklee yang terdiri daripada VitaLea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix dan Energizing Soy Protein (ESP), terdapat beberapa lagi suplemen atau vitamin lain yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan. Bukanlah bermakna vitamin-vitamin asas tadi tidak mencukupi, tapi saya memerlukannya demi memastikan tubuh saya lebih imun, cergas dan bertenaga, apatah lagi sebagai seorang Shaklee Wahmie (Work At Home Mom), saya mempunyai komitmen yang banyak 24 jam seminggu.

Set Untuk Ibu Hamil
Set Untuk Ibu Hamil



Cadangan Vitamin Tambahan (Lain) Untuk Ibu Mengandung

* Perkongsian adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya yang mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil

Meal Shakes



Ini pilihan pertama suplemen tambahan buat ibu mengandung yang memang takde keraguan untuk diamalkan. Kenapa saya cakap takde keraguan? Sebab Meal Shakes ni kanak-kanak seawal usia setahun pun dah boleh ambik, no harm, so apatah lagi ibu mengandung.



Saya ambil masa awal-awal mengandung dengan tujuan untuk melengkapi lompong nutrisi dalam badan saya. Buat pengetahuan kalian yang baru pertama kali masuk blog ni, Meal Shakes ni sebenarnya multivitamin juga, tapi dalam bentuk serbuk, berperisa vanilla, kaya serat, kalsium dan protein. Lumrah wanita hamil mengalami alahan semasa trimester pertama kehamilan, susah nak telan vitamin dalam bentuk pil, apatah lagi VitaLea yang besar tu. ESP pun rasa loya-loya je time ni (sayalah). Jadi, sebagai gantian, saya amalkan Meal Shakes campur Performance Drink. Sedap lagi berkhasiat!


NutriFeron



Ramai yang tanya saya, boleh ke ambik Nutriferon semasa hamil? Jawapan saya simple. At your own risk (of course), sebab saya amalkan juga atas risiko yang saya sedia hadapi plus kajian, bacaan dan rajin bertanya pengalaman kawan-kawan lain. Alhamdulillah. Takde masalah.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Pengalaman saya sendiri


Pertama kali ambik Nutriferon semasa mengandungkan Bella tahun 2011. Saya nak ke India seminggu masa tu. Yeahh.. travel di tempat orang, cuaca panas, agak kurang bersih (saya ke Golden Triangle) dan of course, trip sendiri bukan pekej, memerlukan daya tahan tubuh yang superduper tinggi. Masa tu baru dalam 4-5 minggu hamil, even doktor pun tak berapa advised pergi. Tapi, alhamdulillah saya dan baby survived dengan jayanya. 

Kali kedua pula, masa mengandung yang sekaranglah. Kalini saya buat umrah dua minggu di awal kehamilan juga. Batuk teruk sampai sebulan lebih dah ada kat Malaysia masih batuk teruk. Hidung berdarah lagi. So, memang saya amalkan Nutriferon juga di samping petua-petua tradisional yang diberikan kawan-kawan.



Tips mudah, tak perlu amalkan setiap hari dan setengah sachet dan memadai untuk maintain imuniti badan. Selebihnya, amalkan pengambilan vitamin C Shaklee dan vitamin-vitamin asas ibu hamil yang lain secara konsisten. Juga, minum air masak dengan banyak ya.. ibu mengandung perlu cukup air dalam badan.


Garlic Complex



Dulu saya tak tau pun boleh amalkan pengambilan Garlic Complex ni semasa hamil. Sampailah baru-baru ni dalam bulan Ramadhan saya terkena ulser mulut sampai dua kali, teruk, dan sangat lambat sembuh. Mungkin imun tubuh agak rendah kerana saya gagah berpuasa dalam keadaan sarat hamil, kurang minum air, kurang tidur (semua sebab saya sangat enjoy buat biz hahaha), kurang rehat dsb. Alhamdulillah.. setelah mendapat nasihat dan berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama hamil dan amalkan vitamin Shaklee juga, saya tergerak ambil Garlic Complex ni.



Basically, ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk diri saya. Sebagai ibu mengandung, saya ambil setakat sebiji sehari sahaja, dah memadai.


Peppermint Ginger Plus (PGP)



Mengandung kali ini, PGP memang kegemaran saya! Saya ni memang nature badan kuat angin, jadi pengambilan PGP ni memang alhamdulillah sangat membantu. Loya hilang, kembung perut hilang, lenguh-lenguh badan sebab angin hilang.. cukup 2 biji PGP untuk saya. Samada nak larutkan buat ala herbal tea atau telan 2 biji tu. InshaALLAH okey lepas tu.



Bagi mereka yang rajin travel sana-sini, PGP ni sangat disyorkan masuk dalam survival kit kalian!


Zinc Complex



Yang ni saya tak ambik. Cuma saya kongsikan pengalaman kawan-kawan yang ada masalah GDM semasa hamil yang amalkan Zinc Complex. Nasihat saya, dapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu sebelum amalkan. Ini kerana fisiologi tubuh setiap individu adalah berbeza, justeru penerimaan tubuh terhadap ubat dan suplemen juga tidak sama, apatah lagi semasa hamil memang banyak yang berbeza.



Bagi mereka yang diabetic (bukan GDM), Zinc Complex memang antara suplemen penting untuk anda kerana ia membantu untuk promote penghasilan insulin dalam badan. 


Alfalfa, Vitamin E, Vivix, dan GLA Complex



Sama macam Zinc Complex, perlu dapatkan nasihat doktor dan pakar terlebih dahulu. Mungkin perlu mungkin tidak dan ada option lain untuk selesaikan masalah anda. 


Apapun, tips asas saya untuk anda, pengambilan vitamin-vitamin tambahan selain daripada vitamin asas yang saya selalu syorkan ialah, pengambilan lebih selamat bermula trimester kedua kehamilan, ambil dalam dos minimum terlebih dahulu dan bagi yang plan nak ambik atas sebab 'masalah' (GDM, batuk teruk, yeast infection dll), sila consult doktor dan SID kesayangan anda terlebih dahulu.


Nak tau vitamin-vitamin asas untuk ibu mengandung? Jemput view video yang saya buat pada tahun 2011 ni k ;-)










* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Baru-baru ni ada seorang regular customer saya membeli Nutriferon.

So, saya tergerak hati nak share mengenai Nutriferon ni dengan kawan-kawan sekali lagi... 


Apa itu Nutriferon?

Ia adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ia lebih ketara berkesan ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik seperti kencing manis, kanser, asthma, dan banyak lagi.

Siapa yang memerlukan Nutriferon ini?

  • individu yang rendah sistem imun.
  • individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • individu yang apabila sakit (demam), demamnya melarat melebihi seminggu.
  • ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Testimoni NutriFeron

Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati… walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster.
Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Kepada kawan-kawan yang anak-anaknya kerap demam walaupun fully breastfeed, bolehlah menambah immune ke dalam susu badan anda dengan pengambilan Nutriferon seminggu sekali. Macam saya sendiri, walaupun Icha tak pernah diserang apa2 penyakit seperti demam, selesema .. mungkin sebab saya jaga dia di rumah aje, tapi saya tetap mengamalkan pengambilan Nutriferon satu sachet seminggu. Sebabnya Icha ni kerap dibawa berjalan dan berjumpa macam-macam orang. So, ini adalah persediaan saya sebagai ibu.

Sediakan payung sebelum hujan :)

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com