Pertama kali saya disahkan ada GDM adalah semasa hamil anak ke-6. Apa itu GDM? 

GDM (Gestational Diabetes Mellitus) atau kencing manis ketika hamil adalah keadaan di mana paras gula dalam darah seorang ibu hamil adalah tinggi. Namun, ia sama sekali berbeza daripada kencing manis Jenis 1 dan 2. 

Seperti yang kita tahu, kencing manis terjadi samada disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi atau tidak berfungsi dengan baik; iaitu tidak boleh menukarkan gula kepada tenaga. Akibatnya paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Bagi ibu hamil yang ada GDM, fungsi insulin mereka terganggu adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, kortisol dan prolaktin. 

Oleh itu, GDM selalunya akan hilang selepas kelahiran bayi. Namun, pengurusan GDM amatlah mustahak kerana ibu yang ada sejarah GDM berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. 

GDM Tidak Boleh Dirawat


Apabila seseorang ibu hamil itu dikenalpasti mempunyai GDM, dia akan dipantau sepanjang tempoh kehamilannya melalui rutin BSP (Blood Sugar Profile). 

Ibu perlu memastikan bacaan gula dalam darah sentiasa berada pada paras yang stabil. Ini penting untuk keselamatan kedua ibu dan bayi sebenarnya. 

Terdapat dua cara menguruskan GDM iaitu melalui diet ataupun terapi insulin; bergantung pada keputusan bacaan gula yang pertama. 

Walaubagaimanapun, Diet GDM adalah langkah pertama yang ibu perlu fokus sehinggalah habis tempoh berpantang bersalin.

Perkongsian kali ini saya fokus kepada diet GDM berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa hamil anak ke-6.

9 Cadangan Diet Ibu Hamil Yang Ada GDM


  1. Amalkan konsep makanan suku-suku separuh dengan mengenalpasti jenis makanan yang tidak membuat paras gula dalam darah naik dengan banyak
  2. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap untuk maintain paras gula dalam darah. Disyorkan tiga kali main meals dengan tiga kali snacking.
  3. Mesti ada gabungan protein, lemak dan karbohidrat. Elakkan daripada makan secara 'naked carb' untuk jaga paras gula dalam darah.
    1. 90% Karbohidrat bertukar kepada glukos dalam masa 1-2 jam selepas diserap tubuh
    2. 50% Protein bertukar kepada glukos dalam masa 2-4 jam selepas diserap tubuh
    3. 10% Lemak bertukar kepada glukos dalam masa 8-10 jam selepas diserap tubuh
  4. Banyakkan makan salad dan sayur-sayuran hijau sebagai sumber serat. 
  5. Berhati-hati dengan pilihan buah. Contohnya, epal hijau lebih selamat daripada epal merah. Buah kurma sangat-sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu hamil asal jangan berlebihan.
  6. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti kentang, beras putih, roti putih dll seumpamanya. Gantikan dengan pilihan lebih sihat.
  7. Minum air secukupnya. Banyakkan air kosong. Kurangkan minuman manis (dah tentu!), bergas dan jus dengan label 'no added sugar'. Blend sendiri jus buah-buahan anda.
  8. Jangan lupa bersenam untuk supaya gula dalam badan digunakan sebaiknya. Cuma pastikan senaman itu tidak membahayakan dan tidak pulak ekstrim.
  9. Saya juga syorkan ibu hamil amalkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dengan sumber protein yang sihat, asid lemak Omega-3 yang bagus untuk mengawal selera makan dan perkembangan otak, asid folik, kalsium serta vitamin C. 
Pengalaman saya sendiri semasa ada GDM, suplemen ESP (Energizing Soy Protein) amat membantu kerana ada masanya saya buntu apakah menu yang sihat, selamat dan sedap untuk saya ambil! Paling penting, tidak merosakkan bacaan BSP saya :-)

Alhamdulillah, dengan adanya ESP masalah saya selesai. Bacaan gula juga terkawal. Selera dan berat badan saya juga terkawal. Perkembangan bayi juga sangat bagus! Alhamdulillah .. malahan, ESP ini saya memang amalkan sejak kehamilan kedua lagi.

Diharap artikel ini membantu ibu-ibu yang ada GDM supaya lebih enjoy dan relax dengan perjalanan kehamilan walaupun terpaksa menjalani rutin BSP, ataupun terapi insulin. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
EKZEMA SECARA AMNYA TIDAK BOLEH SEMBUH, tetapi ia boleh dirawat dan diuruskan dengan baik untuk mengurangkan kegatalan, keradangan dan kerengsaan kulit yang dialami oleh bayi.

Walaubagaimanapun berita baiknya, lebih 60% kanak-kanak akan pulih dengan sendiri ekzemanya apabila dia meningkat remaja. Oleh itu, ibu janganlah putus asa dalam mengurus dan merawat ekzema anak-anak walaupun buat masa sekarang kelihatan sangat teruk.

Kebiasaannya apabila berjumpa dengan pakar kulit, penghidap ekzema diberi rawatan dalam bentuk mandian, sapuan dan juga ubat oral. 
  • Jenis mandian bergantung pada tahap dan keadaan ekzema. Masa anak sulung kami kena ekzema teruk, kami diberi mandian Pinetarsol.
  • Untuk sapuan, ibu akan dapat krim steroid dan juga krim pelembab yang perlu digunakan bersama-sama.
  • Manakala untuk rawatan secara oral, penghidap ekzema akan diberi antibiotik dan anti-histamine. Antibiotik seperti kita sedia maklum, perlu dihabiskan dalam tempoh tertentu. 
Sebagai ibu, yang paling mencabar ialah bab nak konsisten beri anak makan ubat. Dan, sebagai ibu yang beri susu ibu sepenuhnya biasanya ibu tak mahu beri bayi makan ubat, jika boleh dielakkan. 

Panduan Menguruskan Ekzema Bayi Yang Menyusu Badan


Selain daripada bergantung dengan rawatan yang diberikan oleh pakar kulit, ada beberapa perkara ibubapa perlu buat untuk membantu bayi ekzema ini menjalani kehidupan yang selesa dan normal, inshaALLAH. 

Ini kerana ekzema yang tidak diurus dengan baik, boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain seperti jangkitan pada kulit yang cedera, bayi tidak mendapat tidur dan rehat yang sempurna, kerap meradang dan menangis. 

1. Buat Food Diary Ibu dan Bayi


Kenalpasti diet harian ibu yang boleh trigger makanan yang mencetus ekzema bayi. Jika bayi dah start makan, lakukan perkara yang sama juga. 

Senaraikan SEMUA makanan yang diambil oleh ibu dan bayi, berapa jumlah air yang diminum sehari dan berikan juga rating 0 - 10 ( 0 - Tiada Ekzema; 5 - Sederhana; 10 - Ekzema Teruk). 

Dengan adanya Food Diary, lebih mudah ibu atau penjaga untuk atur menu yang sihat dan selamat dimakan. 

2. Diet Ibu Menyusu


Makanan yang biasanya mencetus keradangan ialah susu lembu, soya, gandum, kekacang, telur dan makanan laut. Sekiranya ibu telah tahu mana satu makanan yang boleh mencetuskan ekzema pada bayi, eloklah cari alternatif lain dan berhenti mengambilnya dalam diet. 

Lebih mudah lagi, sekiranya ibu atau bapa sendiri ada sejarah ekzema, elakkanlah makanan yang sama yang mencetus ekzema pada diri sendiri. 

3. Faktor Hama dan Habuk


Semasa anak ketiga kami dikenalpasti mengalami permulaan ekzema (usia 2 tahun), kami dinasihatkan untuk membersihkan semua karpet di rumah, ganti cadar, selimut dan sarung bantal dengan lebih kerap. Alhamdulillah memang sekejap sahaja masalah ekzema beliau. 

Ubat pun kami tak makan sekadar gunakan mandian dan krim sapuan sahaja. 

Apabila ada anak ekzema, ibubapa memang perlu lebih disiplin dalam menguruskan kebersihan rumahtangga. Kalau tak larat uruskan sendiri, boleh gunakan khidmat daily maid.

4. Potong Kuku Bayi


Pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Ini untuk mengelakkan kecederaan pada kulit ketika keradangan berlaku yang menyebabkan bayi menggaru dengan kuat. Kulit yang terluka sangat mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan ekzema lebih sukar diurus.

5. Nutrien Untuk Kulit Yang Sihat


Antara nutrien yang penting untuk kesihatan kulit penghidap ekzema ialah asid lemak omega-3, zink, vitamin D dan vitamin C. Kesemua nutrien ini membantu proses pemulihan sel kulit yang cedera dan pembinaan sel kulit baru yan sihat. 

Asid Lemak Omega-3 membantu mengurangkan keradangan kulit, dan  vitamin C pula bersifat anti-histamin semulajadi.

Ibu yang menyusukan bayi perlu topup nutrien ini secukupnya supaya dapat disalurkan kepada bayi yang menyusu badan. Ibu yang konsisten amalkan Set Menyusu Shaklee inshaALLAH dah dapat semua nutrien ini.

6. Gunakan Krim Pelembab Kulit


Kulit bayi yang menghidap ekzema perlu sentiasa diberikan pelembab secukupnya untuk mengelakkan daripada kulit menjadi gatal. Jika ibu menggunakan krim steroid yang diberikan doktor, jangan lupa sapukan krim pelembab selepas lapisan ubat. 

Masa mandi juga tidak boleh terlalu lama. Ibu boleh gunakan petua mandian oatmeal untuk redakan keradangan ekzema. Lepas mandi pun tak perlu lap dengan dengan tuala sampai kering, cukup pat dry ala kadar dan jangan lupa sapukan losyen pelembab.

Ingat, kulit perlu cukup lembapan BUKAN berkeadaan lembab ya ibu-ibu ..

Jadi, itulah dia 5 cara yang boleh membantu ibu-ibu menguruskan dan merawat bayi ekzema yang masih menyusu badan. Memang kena banyak bersabar menguruskan bayi ekzema ini, tambahan lagi sekiranya ekzema itu agak teruk.

Pengalaman peribadi saya sendiri, anak sulung saya kena ekzema sebaik dia mula solid food. Sepanjang tempoh ekzemanya teruk memang sangat kasihan dan saya sendiri keletihan. Tambahan lagi masa itu kami kerap travel ke luar negara, amat mencabar nak uruskan ekzema ni.

Alhamdulillah, masuk usia 3 tahun ke atas perlahan-lahan ekzemanya makin pulih. Sekarang Icha dah berusia 10 tahun dan boleh makan lauk udang dan sotong tanpa sebarang masalah! 

Dari segi positifnya, ekzema membantu saya sendiri untuk upgrade lifestyle lebih sihat untuk kami sekeluarga, alhamdulillah. 

Sekiranya anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang suplemen yang sesuai untuk penghidap ekzema mengikut usia, bolehlah hubungi saya dengan nombor telefon di bawah.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya