Bayi anda mengeluar atau memuntahkan semula makanan yang dimakannya, anda jangan bimbang. Sebagai ibubapa anda harus tahu apa puncanya. Masalahnya mungkin berkaitan dengan mulut kerana anak mungkin mempunyai masalah untuk menelan sehingga tidak menyukai makanan tersebut. Jika ini puncanya, anda tidak perlu bimbang. Masalah sedemikian tidak berlarutan. Biasanya berlaku di peringkat awal bayi mengenal makanan semi pepejal dan pepejal yang anda berikan kepadanya. Jika bayi memuntahkan semula makanan setelah beberapa ketika makan, misalnya setengah jam, ia mungkin disebabkan masalah penghadaman makanan yang anda berikan kepadanya.



Berikut beberapa sebab bayi memuntahkan semula makanannya :

  • Tidak Boleh Menelan Dengan BaikBiasanya di peringkat awal bayi mengenal makanan separuh pepejal dan pepejal, bayi mungkin tidak mampu untuk menelan dengan baik. Oleh itu jika anda ingin memperkenalkannya dengan makanan, letakkan di hujung lidahnya, bayi akan menjulurkan lidah untuk menelannya. Namum tidak bermakna makanan itu sudah ditelan sepenuhnya, mungkin ia akan dikeluarkan semula
  • Diberi Makan Secara PaksaAda ketikanya, bayi kecewa kerana tidak boleh menelan hingga menangis. Jika anda terus memberinya secara paksaan, mungkin dia akan memuntahkan semula makanannya. Keupayaan bayi untuk menelan makanan akan berlaku secara semulajadi, bergantung kepada keupayaan bayi, biasanya bermula seawal usia enam bulan
  • Bayi Belum Mampu Menelan Dengan Baik - Bila bayi belum mampu menelan dengan baik makanan separuh pepejal dan pepejalnya, ia boleh diatasi dengan cara mencairkan sedikit makanannya itu sehingga mudah menelannya. Contohnya jika bubur nasi agak pekat, ia boleh dicairkan dengan mengisarkan bubur tersebut dan menambah sedikit sup. Sebaiknya lakukan secara berperingkat-peringkat, misalnya pada permulaan, anda memberikannya dengan bubur nasi yang dikisar selama 2 minit untuk selama 2 minggu, selepas itu dikisar satu minit, makin lama makin kurang masa anda mengisar makanannya dan akhir sekali dia mula serasi dengan bubur nasi yang hanya disediakan secara merebusnya sahaja, tidak perlu dikisar lagi
  • Tak Kenal Dengan Makanannya - Jika bayi tidak kenal atau tidak suka makanannya, sudah tentu dia akan menolak dengan cara memuntahkannya semula kerana sebelum ini makanan yang diterimanya dalam bentuk cairan. Tiba-tiba diberikan makanan lain seperti bubur nasi, sudah tentu ditolak. Jika ini reaksinya, cairkan sedikit makanannya itu. Jangan memaksa bayi makan makanannya kerana ia boleh menyebabkan dia trauma sehingga setiap kali melihat mangkuk makanan dia akan menangis dan takut disuapkan makanan. Anda harus melatih bayi menerima makanan pepejal, sehingga dia mengenal makanan pepejal. Bila usia menjangkau setahun ke atas, bayi tidak bergantung sepenuhnya kepada susu sebagai sumber makanannya, ia tidak mencukupi. Anda jangan jemu memperkenalkan makanan pepejal, sekali menolak, esok lusa cuba lagi. Jika mencapai usia setahun, ajak anak duduk bersama ketika anda dan ahli keluarga lain sedang makan di meja makan. Jangan diberikannya makanan, kecuali dia meminta. Asalkan tidak pedas, berikan saja, jangan melarang
  • Rasa Yang Berbeza - Ada bayi menolak bubur nasi kerana rasa yang pelbagai. Jangan lupa, sepanjang 6 bulan pertama, bayi hanya kenal rasa manis. Bila diberi bubur nasi rasanya tawar tidak sama dengan rasa susu, dengan sendirinya bayi menolak. Usahakan supaya bayi mengenal rasa, variasikan rasa makanan, misalnya tambahkan glukos dalam bubur nasinya, atau kicap manis. Kemudian perlahan-lahan tukar kepada pelbagai variasi rasa lainnya
  • Terlalu Kenyang - Muntah juga mungkin disebabkan bayi terlalu kenyang dengan makanan atau minuman


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Ramai orang tertarik pada buah Kiwi yang berwarna hijau dengan rasa eksotik. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak manfaat serta kelebihan untuk kesihatan. Buah kiwi (Actinidia deliciosa) adalah buah yang dihasilkan dari tanaman kiwi, tanaman yang berasal dari China. Buah ini bertekstur sangat halus, rasanya unik, dengan daging buahnya berwarna hijau terang. Buah yang juga dinama Gosberi China ini saat ini telah ditanam di seluruh penjuru dunia, hanya saja di Indonesia tanaman buah ini tidak dapat tumbuh dengan optimum. Ya, selama ini Indonesia selalu mengimport buah kiwi dari beberapa negara penghasilnya untuk memenuhi permintaan dalam negeri yang cukup besar.




1. Meningkatkan Kesuburan 


Bagi anda yang belum juga dikurniakan zuriat meskipun telah lama berkahwin, mengambil buah kiwi mungkin boleh menjadi salah satu penyelesaian untuk meningkatkan kesuburan anda. Ya, buah kiwi mengandungi banyak asid folik, zat yang sangat berperanan terhadap peningkatan kesuburan baik pada lelaki mahupun wanita

2. Mengoptimumkan Perkembangan Otak Janin 

Makan buah kiwi juga baik untuk janin anda. Asid folik dalam buah ini merupakan salah satu nutrisi penting untuk perkembangan otak janin. Kecacatan tiub saraf (spina bifida) juga boleh dicegah dengan buah ini. Perlu diingat, memakan buah kiwi sepanjang kehamilan boleh pula menjadi salah satu cara jika anda mahu bayi anda mempunya minda yang bagus

3. Mengatasi Loya dan Masalah Pencernaan 

Sama seperti pisang, buah kiwi mengandungi vitamin B, vitamin yang boleh mengurangkan rasa loya yang sering terjadi di masa-masa awal kehamilan. Vitamin ini juga sangat membantu penyerapan makanan oeh sistem pencernaan anda. Bagi anda yang mengalami sembelit, memakan buah kiwi juga sangat baik untuk mengatasi masalah pencernaan yang anda tengah hadapi ini


4. Mengatasi Hipertensi Gestasional

Berdasarkan hasil penelitian Oslo University Hospital yang telah disiarkan dalam pertemuan American Heart Association, diketahui bahawa buah kiwi ternyata juga sangat berkesan untuk mencegah dan menurunkan tekanan darah tinggi semasa mengandung. Seperti diketahui bahawa, kehamilan dengan hipertensi merupakan salah satu kehamilan berisiko yang perlu mendapat penanganan serius. Jika tidak segera diatasi, keadaan ini akan menimbulkan masalah yang kompleks pada pertumbuhan janin. Oleh kerana itu, mengambil buah kiwi adalah jalan terbaik untuk mengelakkan hal tersebut

5. Menjaga Kesihatan Mulut dan Kulit

 Buah kiwi mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. zat antioksidan sendiri berperanan sangat besar dalam menjaga kesihatan rongga mulut dan kesihatan kulit anda. Seperti diketahui, kerana hormon kehamilan biasanya seorang ibu hamil akan sering mengalami masalah kulit seperti jerawat, komedo, melasma, bintik hitam, serta masalah kesihatan ronggga mulut seperti panas dalam, sariawan, bibir pecah-pecah. Semua masalah ini dapat diatasi hanya dengan memakan buah satu ini. Tidak percaya? Sila cuba!


Jadi, bagi anda wanita muda, mengambil buah Kiwi menjana gaya hidup anda. Manfaat buah kiwi yang utama adalah untuk pencegahan keguguran pada ibu hamil dan kelainan saraf otak janin. Pengambilan vitamin, mineral, dan cecair yang bermanfaat ada pada buah Kiwi ini. Maka jangan pernah risau dengan harga, tapi lihatlah manfaatnya.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Perkhidmatan radiologi yang semakin maju membolehkan lebih ramai pesakit didiagnosa dengan penyakit ini. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Pembedahan laparoskopi dapat memulihkan pesakit dengan lebih cepat dan membolehkan pesakit malakukan aktiviti seharian.

Apa itu pundi hempedu dan fungsinya?

Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu penting untuk penyerapan dan pencernaan lemak. Apabila makanan yang sedang dicerna melalui bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu.


Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
  • Jantina Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
  • Berat badanObesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
  • Diet Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
  • Umur Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
  • Diabetes - Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
  • Ubat kolesterolUbat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.


Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis- jenis Batu karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.                                                          
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Perlukah kita berpantang?

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
credit to : http://penyakitbatukarang.blogspot.com


Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang


                                                  

 B Complex - mengurangkan oksalat (garam) yang membentuk batu karang & menampung vitamin B6 yang berkurangan

                                           
 Vitamin C - menambah keasidan urin di mana batu karang tidak akan terbentuk dalam urin yang berasid, juga untuk membantu penyembuhan luka dalaman

                                          
 Ostematrix - mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang

                                               
 Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang


                                              
 Alfafa Complex - mengurangkan inflamasi & infeksi

                                                  
 Omega Guard - membakar lemak berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang

                                         
• Lecithin - mengelmulsi lemak dan minyak makanan yang dimakan dan menghalang daripada diserap oleh perut




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur
Kurus pastinya seringkali dikaitkan dengan ketrampilan yang menarik. Berbeza dengan gemuk, sering kali dianggap tidak menarik dan tidak cantik. Masing-masing punya pendapat, punya selera tetapi fakta yang satu ini tidak dapat disangkal lagi.

Tanpa mengira gender, kegemukan memberi impak yang bukan sedikit kepada masalah kesuburan. Walaupun ianya agak sukar diterima dan dianggap sensitif, pasangan berkahwin yang masih belum punya cahaya mata perlu mengambil berat akan hal ini sekiranya mendapati ada masalah kegemukan pada diri anda atau pasangan anda.





Bagaimana mengukur obesiti?



Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengira indeks jisim tubuh (BMI). Caranya adalah dengan membahagikan berat badan dalam pound dengan ketinggian dalam inci. Berat badan BMI yang ideal adalah dalam linkungan 18.5 hingga 24.9. Sekiranya melebihi 24.9 ia dikira terlebih berat dan melebihi 29.9 ditafsirkan sebagai obesiti. Jika anda sedang merancang untuk hamil dan BMI melebihi 24.9, anda harus bimbang kerana kemungkinan untuk hamil adalah sukar


Implikasi obesiti terhadap kesuburan


Wanita yang obesiti mempunyai kitaran haid yang tidak tetap dan ini secara tidak langsung menyukarkan kehamilan. Obesiti juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon estrogen dan ketidakseimbangan hormon ini menganggu ovulasi (faktor utama punca kehamilan)




Antara persediaan untuk hamil :

  1. Pastikan anda benar-benar sihat
  2. Dapatkan berat badan yang ideal sebelum hamil. --kurangkan risiko komplikasi kehamilan
  3. Makan makanan yang sihat dan seimbang. --kurangkan makanan berlemak dan bergula
  4. Bersenam
  5. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan diet melampau

Vitamin Shaklee yang dapat membantu bagi mendapatkan berat badan ideal dan meningkatkan kesuburan







Set Kesuburan Untuk Isteri :


3 produk dicadangkan kepada wanita diluar sana :

  • B-Complex
  • ESP
  • GLA Complex

Untuk meklumat lanjut mengenai produk kesuburan di atas ini, anda boleh membaca entri sebelum ini yang menerangkan kepentingan setiap produk di atas. Jika anda ingin menurunkan berat badan, saya sarankan anda mengambil Set Kurus terlebih dahulu, kerana mengamalkan konsep yang selamat dan menjaga otot-otot kita semasa menurunkan berat badan iaitu bakar, buang dan bina.

Berikut, anda boleh lihat Testimoni pengguna yang telah berjaya dengan mengambil Set Kesuburan dari Shaklee.





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur