Berdasarkan pada entry saya sebelum ini mengenai Cara Effektif Untuk Menurunkan Kolesterol, terdapat makanan tambahan yang penting dan mampu menurunkan kadar kolesterol anda. Anda boleh amalkan pengambilan Phytocol daripada Shaklee.

Apa Kandungan Phytocol daripada Shaklee

Phytocol mengandungi :  Phytosterols              525mg

Kandungan utama yang terdapat dalam phytocol Shaklee ini adalah Phytosterols. Phytosterol adalah sebatian sterol dan stanol yang serupa dengan kolesterol dan boleh dijumpai di beberapa jenis makanan dan suplemen. Phytosterol ini telah diketahui umum mampu menurunkan tahap kolesterol anda. Kajian barat mendapati jika anda mengamalkan 2gram phytosterols dalam sehari, ia mampu menurunkan lemak jahat LDL sebanyak 10%. Kebiasaan makanan yang mengandungi phytosterol yang tinggi adalah seperti :
  • Kekacang - eg: Almond, walnut & pistachio
  • Bijirin penuh - eg: Germa gandum & roti
  • Sayur-sayuran - eg: Brokoli, bawang merah, lobak & bayam
  • Buah-buahan - eg: Strawberry, raspberry & bluberry
Siapa yang harus mengamalkan Phytocol?

Phytocol direka khas untuk anda yang mementingkan tahap kesihatan dan dan kadar kolesterol dalam badan anda. Cuba cek 5 senarai dibawah, jika anda tergolong dalam senarai dibawah, diwajibkan untuk ambil PHYTOCOL!
  • Sesiapa yang berisiko untuk naik kadar kolesterol - Liha entry ini Cara Pemakanan Rakyat Malaysia
  • Orang tua / ibu baba
  • Mereka yang mempunyai keturunan berpenyakit jantung
  • Mereka yang obesiti 
  • Mereka yang tidak mengamalkan cara hidup sihat - Stress, tidak bersenam dll
Anda juga boleh hadiahkan sebotol Phytocol kepada ibu bapa anda supaya kadar kolesterol mereka turun. Jadi, sampai sini dahulu saya kongsikan mengenai Phytocol daripada Shaklee. Saya akan update lagi entry yang menarik mengenai info-info kesihatan pada entry yang akan datang.

Stay tune.... ;)




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Kolesterol yang tinggi dalam badan seseorang mampu diturunkan dengan beberapa langkah mudah yang lebih effektif iaitu dengan diet makanan. So jom kita tengok 10 jenis makanan yang mampu menurunkan kadar kolesterol anda:



10 jenis makanan mudah untuk menurnkan kadar kolesterol anda.
  • Oat - Untuk menurunkan kolesterol anda, perkara yang paling mudah adalah dengan menukar hidangan sarapan anda. Anda dinasihatkan untuk mengambil dua hidangan oat atau bijirin membolehkan anda menurunkan kadar LDL kolesterol sebanyak 5.3% dalam masa 6 minggu. Zat yang terdapat dalam oat iaitu beta-glucan boleh menyerap kolesterol LDL dan kemudian dikeluarkannya.
  • Salmon & lemak ikan - Lemak omega 3 telah diuji mampu memperbaiki kesihatan jantung. Menurut kajian Loma Linda University, minyak omega guard seperti salmon dan sardin mampu meningkatkan kolesterol baik sebanyak 4%. Anda boleh masak ikan salmom dan brokoli dengan bakarnya separuh masak. Emmm sedapnya!
  • Kekacang - Pengambilan 1.5 auns kacang walnut pada setiap 6 hari dalam seminggu untuk sebulan mampu menurunkan jumlah kolesterol sebanyak 5.4% dan lemak jahat LDL sebanyak 9.3%. Almond dan cashew adalah pilihan yang paling baik. Walaubagaimanapun kacang ini adalah baik dan menyihatkan, kekacang juga tinggi dengan kalori, jadi, biasakan dengan mengawal pengambilannya. Boleh ambil dalam setengah gelas yang bersamaan lebih kurang 1.5 ounces. Sedapnya kalau dibuat kudapan ketika menonton tv.
  • Teh - Teh telah diketahui sebagai antioxidan untuk melawan kanser, ia juga baik dalam mengawal paras kolesterol LDL. Mengikut kajian yang dilakukan oleh USDA,  teh hitam telah terbukti boleh menurunkan kolesterol dalam darah dalam masa 3 minggu sebanyak 10%. Cuba tukarkan coffee latte anda kepada teh hitam seminggu sebanyak dua kali. Anda akan rasa seperti dibrew.
  • Coklat - Sapa tak suka makan coklat?? rugi tau! Disamping kemanisan coklat terdapat kebaikan untuk diet anda. Kerana coklat mempunyai antioksidan yang membantu anda membina tahap kolesterol baik iaitu HDL. Tapi diingatkan anda harus ambil coklat gelap ataupun yang agak pahit. Berbanding coklat susu, ia mempunyai 3 kali lebih banyak antioksidan yang mampu menghalang trombosit darah dari melekat antara keduanya. Selain itu coklat gelap yang diselaputi oleh strawberri baik untuk hati juga ;)
  • Mentega - Anda sukakan mentega tetapi benci pada lemak-lemak yang terdapat padanya? Boleh tukarkan kepada mentega yang lebih organik.
  • Bayam - Syur hijau yang sangat popular dah penuh dengan lutien, mempunyai pigmen-pigmen hijau gelap pada daunnya adalah bayam. Lutien dalam bayam dikenali sebagai emas yang mampu mengawal proses penuaan dan sangat baik untuk mata. Kajian mendapati 1/2 cawan lutien pada diet harian anda mampu mengawal serangan jantung dengan membuang kolesterol yang melekat pada dinding arteri yang tersumbat itu. Anda boleh jadikan bayam dan limau mandarin sebagai starter untuk hidangan anda.
  • Avokado - Avokado mengandungi lemak tak tepu yang bagus. Ia mampu menaikkan kadar HDL sambil menurunkan lemak LDL. Kalori dan lemak yang terdapat dalam sebiji avokado iaitu 300g kalori dan 30g lemak, anda dinasihatkan ambil avokado secara sederhana.
  • Bawang Putih - Selain dapat menambahkan kekuatan batin, bawang putih mampu mengurangkan kolesterol dalam darah, menghalang pembekuan darah, mengurangkan tekanan darah dan melawan jangkitan. Ia juga mampu menghentikan arteri yang tersumbat di plak pada peringkat awal. So, amalkanlah mengambil 2 - 4 ulas bawang putih sehari supaya dinding di arteri anda bersih dan sihat.
  • Minyak zaitun - Wah! berita baik untuk mereka yang suka memasak. Minyak zaitun penuh dengan asid sihat lemak tak tepu, diamana ia mempunyai kadar LDL yang rendah dan mempunyai kesan sampingan yang dialu-alukan untuk menangkis lemak dalam perut. Anda boleh cuba gunakan minyak zaitun untuk dijadikan kuah salad, pemerapan ayam dan sayur-sayur panggang. 
Haa.. so dah tau ada 10 jenis makanan yang boleh diamalkan untuk menurunkan kadar kolesterol anda. Saya akan kongsikan beberapa tips lagi yang lebih mudah untuk menurunkan kadar kolesterol anda. Tunggu ye... ;)


-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Kerja sampai bila pun tak siap dan tak perfect. Tambahan lagi apabila kita bekerja makan gaji. Letih! Stress!

Stress yang terkawal adalah bagus kerana ia boleh menjadi penggerak untuk kita improve kualiti kerja. Namun, stress yang melampau boleh membahayakan kesihatan.

Saya kongsikan sedikit tips macam mana nak handle stress di tempat kerja.

  1. Sediakan checklist kerja 
  2. Senaraikan apa yang perlu dibuat 
  3. Susun ikut jam dan lebihkan keutamaan 
  4. Keja menjadi lebih kemas dan teratur 
  5. Mampu menenangkan fikiran dan minda selain menaikkan mood, dan menceriakan keadaan sekitar pejabat. 
  6. Terlalu lama duduk di office mengadap komputer, badan akan terasa sengal-sengal dan kelesuan. 
  7. Cuba bangun dan lakukan senaman atau regangan yang mudah. Seperti angguk-anggukkan kepala atau pon pusing-pusingkan pinggang anda. 
  8. Dan juga boleh ambil 5 ke 10 minit waktu rehat untuk tidur sebentar supaya lepas bangun semula anda akan rasa segar untuk melakukan kerja yang lain. 
  9. Dapat mengurangkan stress 
  10. Mengurangkan ketegangan pada minda anda 
  11. Cuba fikirkan sesuatu yang kelakar 
  12. Dan boleh juga, berkongsi masalah dengan rakan sekerja 
  13. Banyakkan minum air kosong 
  14. Ambil buah-buahan dan makanan yang berkhasiat 
  15. Tak salah jika anda ingin makan cokelat atau minuman berkarbonat, tapi haruslah memadai. 
Kalau malas nak membaca, team saya dah siapkan satu video untuk tontonan anda. Semoga membantu!

Chill!




TIPS EXTRA ATASI STRESS DI PEJABAT :- 


  • Dengar lagu kegemaran. 
  • Lakukan senaman dan regangan ringan. 
  • Senyum dan Ketawa bersama rakan 
  • Jaga cara pemakanan 
  • Amalkan pengambilan vitamin B Complex dan Vitamin C Shaklee
Vitamin B Complex dan Vitamin C Shaklee terbukti berkesan untuk boost mood ceria dan tenang. So, rajin-rajin lah consume k.. sambil tu dapat juga cantikkan kulit.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

- AYU -
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Sebelum ini ada saya kongsikan tajuk mengenai Apa itu Kolestrol dan Fungsinya. Saya pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa kolestrol itu membahayakan tubuh badan anda jika ianya berlebihan dalam badan. 

So,di sini saya sarankan kepada anda untuk melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital yang berhampiran.

So, bila anda semua sudah buat pemeriksaan, pastilah anda akan dapat melihat keputusan anda itu. Jom kita tengok apa makna bacaan tahap kolestrol anda tersebut:

Tahap kolestrol diukur dalam ukuran miligram (mg) dari tahap kolestrol per deciliter dalam darah. 

Cara pengiraan ini digunakan di United State dan negara lain termasuklah Malaysia. Ia boleh dijadikan panduan bila anda menerima keputusan kolestrol anda samaada berada di paras normal atau paras tinggi.

Tahap kolesterol boleh diukur berdasarkan bacaan 4 perkara tersebut iaitu:

Cara Bacaan Kolestrol
Cara Bacaan Kolestrol


1) Tahap kolesterol keseluruhan: 
  • Bawah 200 mg/dl - Terbaik
  • 200 - 239 mg/dL - Tahap sempadan tinggi
  • 240 mg/dL dan keatas - Tinggi
2) Tahap kolesterol LDL:
  • Bawah 70 mg/dL - Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang sangat tinggi
  • Bawah 100 mg/dL - Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang tinggi
  • 100 - 129 mg/dL - Hampir ideal
  • 130 - 159 mg/dL - Tahap sempadan tinggi
  • 160 - 189 mg/dL - Tinggi
  • 190 mg/dL dan keatas - Sangat tinggi
3) Tahap kolesterol HDL:
  • Bawah 40 mg/dL (lelaki) - Tidak bagus
  • Bawah 50 mg/dL (perempuan) - Tidak bagus
  • 40 - 49 mg/dL (lelaki) - Baik
  • 50 - 59 mg/dL (perempuan) - Baik
  • 60 mg/dL - Terbaik
4) Tahap Triglycerides :
  • Bawah 150 mg/dL - Terbaik
  • 150 - 199 mg/dL - Tahap sempadan Tinggi
  • 200 - 499 mg/dL - Tinggi
  • 500 mg/dL dan keatas - Sangat tinggi
Haa.. so semua dah tahu kadar bacaan kolesterol anda. Jadikan jadual di atas sebagai panduan. Selamat mencuba ;)

-- Jaga kesihatan untuk jaminan hari tua --


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Ramai tidak menyedari punca kolestrol yang terdapat dalam badan kita dipengaruhi oleh cara pemakanan kita. Kerana itu kita harus peka dengan keadaan sekeliling kita bermula dari cara pemakanan, gaya hidup dan trend terkini.

Sure semua tahu kedai ni kan?

Tahukah anda bahawa 92% daripada rakyat Malaysia didapati tidak makan sayur? Ramainya.. anda masuk dalam statistik tu jugak ke?

So di sini saya nak cerita sedikit mengenai Cara Pemakanan Rakyat Malaysia mengikut pandangan mata saya sendiri.
  1. Rezeki Jangan Ditolak - Sesekali ada kawan-kawan atau keluarga yang ajak untuk makan bersama, ayat rezeki jangan ditolak akan keluar. Waktu itu anda akan cuba makan sebanyak yang mungkin kerana bukan selalu ada orang nak belanja. Betul tak? Waktu tu juga plan pemakanan anda akan bertukar 360 darjah kerana inilah masa yang terbaik untuk request apa saja dari si pebelanja. Jadi, saya syorkan si pebelanja haruslah menetapkan tempat dan budget setiap mereka yang ingin dibelanja. Jangan sampai makan sampai tak ingat dunia menyebabkan kadar kolestrol naik dan menyebabkan penyakit lain datang pula.
  2. Lori Sampah atau Majlis Bandaraya - Ada rakyat Malaysia ni yang mempunyai perangai Majlis Bandaraya. Tau tak apa itu Bandaraya dalam istilah makan, ia membawa maksud makan sambil mengambil segala makanan di dalam pinggan orang lain. Ada orang menawarkan makanan yang tidak habis, kemudian si Bandaraya akan cepat ambil dan makan dengan lahapnya. Dengan alasan "tidak baik membazir".. Cuba cek, adakah anda seorang "bandaraya" atau ada kawan-kawan yang sebegitu rupa.
  3. Makin Berminyak Makin Sedap - Betul kan? jika dilihat pada jenis makanan rakyat Malaysia, dapat kita lihat, penggunaan minyak banyak digunakan. Kita boleh nilai sendiri bagaimana cara kita makan, seperti sarapan pagi kita ambil roti telur, makan tengah hari kita ambil kari yang bersantan dan berminyak. Tak kurang pula, petang kita makan pisang goreng. Wahh... banyak nya minyak! 
  4. Kedai Makan Terbaik Wajib Pergi - Kedai-kedai makan yang tumbuh sangat cepat sebenarnya amat membimbangkan. Ini kerana rakyat Malaysia terdedah dengan peluang untuk makan lebih banyak. Dari kedai makanan segera, kedai mamak, kedai makan tomyam dan kedai lain lagi. So apa salahnya, mereka yang berminat nak buka kedai makan, boleh la buka kedai makan yang sihat dan mementingkan kalori dalam setiap makanan. Contoh nya seperti kedai burger bakar, buat masa ini, burger bakar amat terkenal dan banyak jenis burger bakar yang terdapat di  negara ini. Jadi kita haruslah memilih yang mana paling best. Dan jangan pula pergi kesemua kedai burger bakar hanya ingin merasai burger mana yang lebih sedap dan terbaik. 
  5. Buncit Itu Seksi - Haaaa... ini kenyataan yang agak merbahaya kerana ia seakan permit untuk kita makan tak terkawal sehingga buncit. Ya betul, buncit boleh dianggap sebagai perasaan yang gembira dan tidak terlalu memilih makanan. Tapi kita wajib mengukur saiz makanan kita itu supaya tidak terjadinya buncit yang melampau.
  6. Kenyang Perut Suka Hati - Anda rasa logik kah kenyataan itu? Saya beranggapan ia memang benar, tapi jika perut diisi dengan makanan yang rendah kalori, menyihatkan dan mampu membina tubuh kita supaya lebih sihat. Tapi jika diisi dengan makanan berkolestrol tinggi, bagaimana pula tu? Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus pandai memilih makanan yang ingin dimakan. Kerana memilih makanan yang terbaik dan halal adalah salah satu ibadah juga. ini beberapa cara pemakanan rakyat Malaysia yang boleh kita lihat dan terjadi disekeliling kita. Cek balik dan pastikan kita bukan salah seorang daripada mereka.
Dahsyatnye ye.. so, nasihat saya, just terbalikkan mana-mana amalan buruk di atas yang kita ada buat untuk menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. InshaALLAH boleh k?

Good luck!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Sana sini orang sebut kolestrol. Tapi tau ke kita apa benda kolestrol tu? So, entri kalini saya nak share beberapa info basic tentang kolestrol ni, fungsi, serta apa itu kolestrol baik dan jahat.

kenali kolestrol
LDL versus HDL


Apa itu kolestrol?


Kolestrol adalah sejenis lipid (kelompok bersifat bio-molekul yang bersifat non polar dan bersifat tidak larut air) yang terdapat dalam aliran darah dan sel tubuh. Dengan kata yang lebih mudah, kolestrol adalah satu komponen lemak yang terdapat dalam makanan dan tubuh; di mana 80% kolestrol terbentuk di organ hati.

LDL (Low Density Lipoprotein) adalah kolestrol jahat di mana lemak jenis ini akan melekat pada pembuluh darah kita. Manakala kolestrol baik yang dikenali sebagai HDL (High Density Lipoprotein); merupakan lemak yang mampu melarutkan LDL dalam tubuh kita. Maka kewujudan lemak LDL harus dicegah supaya kadar lemak jahat yang berada dalam badan kita berkurang. Paras normal kolestrol dalam tubuh seseorang adalah 160 hingga 200 mg sahaja.

Fungsi kolestrol kepada tubuh manusia

  • Sangat diperlukan dalam proses pembentukan darah.
  • Kolestrol juga diperlukan untuk membentuk hormon seks.
  • Kolestrol akan disalurkan pada hempedu sebagai pembentukan hempedu yang nantinya amat    berguna untuk membantu penyerapan lemak dan juga untuk proses pencernaan makanan.
  • Kolestrol juga amat penting untuk pembentukan dinding sel-sel dalam tubuh badan kita.
  • Kolestrol juga adalah bahan asas yang diperlukan untuk membentuk vitamin D pada kulit dengan bantuan cahaya matahari.
So, dah tau kan apa bendanya kolestrol tu? Kesimpulannya, badan kita ni PERLU kepada kolestrol namun untuk tujuan tertentu dan dalam amoun tertentu juga. Maka, kenalah kawal berapa banyak kolestrol yang masuk dalam badan kita ni.. sebab, kolestrol yang berlebihan bakal mengundang bahaya bahkan MAUT!

Stay tuned untuk lebih info tentang kolestrol ;-)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Buncit adalah penyakit yang sinonim dengan rakyat Malaysia. Kenapa saya kata sinonim, kerana Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar obesiti dikalangan rakyat yang agak tinggi di Asia Tenggara. Bukan apa ya, cik akak, cik abang, cik adik sekalian. 

“Tiada suatu tempat yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu memakan sekadarnya. Hendaklah kamu mengisi perut dengan hanya sepertiga ruang makanan dan sepertiga lagi dengan air dan sepertiga lagi dengan nafas (ruang udara)” –(Riwayat At Tirmizi dan Ahmad).


See.. dalam riwayat pun sudah menyatakan kepentingan menjaga kesihatan bermula dari apa yang kita makan. Jadi disini saya nak kongsikan beberapa tips langkah pencegahan “Makan Banyak Tapi Tak Buncit”. Tapi, saya nak jadikan entry saya lebih dramatic lagi, saya ada selitkan video bagaimana  “Makan Banyak Tapi Tak Buncit”

Jom kita tengok dan jangan lupa subscribe sekali!

 

               


Sarikata Video

Hah! inilah rahsia saya tak buncit. Saya mengamalkan Set Bakar Lemak daripada Shaklee yang terdiri daripada Lechithin dan Omega Guard. Ok antara kebaikan Lechithin ini, ia membantu memecah dan mencairkan lemak dalam badan kita. Selain itu, Lechithin ini jiga berfungsi melarutkan lemak menjadi bentuk yang lebih kecil supaya mudah diangkat dan dibakar. So, tiada lemak-lemak lebih yang terkumpul dalam badan kita. Diantara kebaikan Lechithin yang lain pula, ia dapat mengurangkan kolesterol jahat dalam badan dan meningkatkan kolesterol baik. 

Ok, untuk fungsi Omega Guard pula dalam Set Bakar Lemak ini, ia membantu membakar lemak dan meningkatkan metabolisma dalam badan kita. Pengambilan 3 biji Omega Guard pula setiap hari selepas makan mampu memberi anda rasa kurang lapar. Selain itu Omega Guard ini juga sesuai untuk lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang obesiti.

Kesimpulannya, Set Bakar Lemak ini mampu mengurangkan selera makan disamping membakar lemak dengan cepat. Ok kalau anda nak tahu, untuk bulan November ini, kita ada promotion beli 6 percuma 1 ataupun beli 2 botol Omega Guard akan dapat 5% diskaun. Jadi untuk sesiapa yang nak kempiskan perut buncit tu, bolehlah dapatkan Set Bakar Lemak ini.

Ok, sampai disini saja, jumpa lagi di vlog akan datang. Bye


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 


Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Arghhh!!!

Alangkah indahnya kan kalau makan banyak berguni-guni, tapi badan tetap maintain dan cantik saja. Tak perlu risau akan kenaikan berat badan yang mendadak. Bagi mereka yang mempunyai gen-gen kurus mungkin mereka tidak berapa risau mengenainya. Tetapi harus diingat, kegemukan mungkin tidak terjadi. Tetapi anda yang kurus sebenarnya terdedah juga dengan masalah buncit. Dari aspek penampilan pula, buncit mampu menurunkan keyakinan seseorang dan ia juga mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu. Sebelum saya ceritakan bagaimana cara mengatasinya, seronok kiranya saya kongsikan bagaimana orang boleh terjebak dengan gejala buncit ini. Ini antara sebab-sebab nya:

Makan Berlebihan .
Dengan cara mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak dan trans lemak yang terlalu banyak. Lemak trans ini selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Antara lemak trans biasa digunakan adalah minyak sayuran, makanan pastry (donut, ayam goring, pizza dab biskut) dan pelbagai lagi.

 Gaya Hidup "Segera".
Gaya hidup zaman milinium yang serba serbi ingin mudah, cepat dan pantas juga turut mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan anda. Banyak produk-produk makanan ringan dan segera yang diiklankan setiap hari. Kerana daya pengiklanan yang power dan sungguh canggih membuatkan anda tertarik dan menginginkannya. Padahal sudah diketahui umum bahawa makanan segera adalah tidak baik untuk badan anda. Jadi, disyorkan anda haruslah menjadi seorang pemilih dalam memilih makanan yang berkhasiat.

Penggunaan Ubat-Ubatan.
Ubat-ubatan seperti panadol, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain mampu menghasilkan hormone estrogen yang membuatkan anda mengalami perut buncit. Hal ini memang telah terbukti bahawa hormone estrogen mudah untuk mengikat lemak. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, anda harus meniliti segala ubat yang ingin ditelan. Supaya tidak berlaku kejadian lain pula ;)

Faktor Genetik.
Yang perlu anda ketahui bahawa mereka yang berperut buncit biasa terjadi disebabkan beberapa factor keturunan dan genetic. Ini kerana ada yang sejak kecil mempunyai kecenderungan untuk menjadi gemuk dan buncit tidak hairanlah samada lelaki atau perempuan. Biasanya mereka ini mempunyai metabolisma yang perlahan.

Faktor Penuaan.
Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa semakin bertambah umur, metabolisma juga ikot memperlahankan rentaknya. Metabolisma yang makin perlahan ini biasanya terjadi kerana pergerakan otot yang ikut berkurangan dan biasa dialami ketika usia seseornag mencecah 30 tahu keatas. Bila sampai sahaja umur begini, anda dinasihatkan untuk menjaga tubuh badan anda dengan berolahraga secara teratur supaya dapat membuang timbunan lemak yang berada pada badan anda.

Jadi disini saya dah terangkan beberapa penyebab perut buncit. Hanya 5 sebab boleh buat anda buncit. Jadi anda hanya ada 5 langkah saja cara menghindarkannya. So sampai sini dulu saya coretkan..
Saya akan sambung nanti dengan entry yang lebih best iaitu “Bagaimana Makan Banyak Tapi Tak Buncit”
Tetap menunggu untuk banyak lagi info kesihatan yang akan datang... 
Assalamualaikum ;)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Dapatkan PROMOSI NOVEMBER 2014 untuk Omega Guard Shaklee

Anda mungkin pernah dengar tentang kebaikan-kebaikan Omega 3 untuk kesihatan. Tetapi adakah anda  sendiri mendapat bekalan Omega 3 yang secukupnya dalam diet seharian anda?

Omega 3 kini telah menjadi salah satu bahan paling penting dalam bidang perubatan.  Ia dilihat mampu memberi manfaat kepada semua peringkat umur, sama ada untuk bayi dalam kandungan ataupun kepada orang-orang lanjut usia.

Terdapat bukti kukuh yang mengatakan Omega 3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan menurunkan kadar ‘triglyceride’ dalam badan anda. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan Omega 3 mampu membantu mengatasi beberapa penyakit-penyakit berisiko tinggi yang lain.

Untuk membantu anda memahami kebaikan-kebaikan Omega 3, entri kali ini saya akan ceritakan kepada anda manfaat Omega 3 kepada kanak-kanak.


OMEGA 3 UNTUK BAYI, KESIHATAN PRA NATAL DAN  KEHAMILAN.

Perkembangan Kognitif: Terdapat kajian menunjukkan, bayi yang diberi makan makanan yang kaya dengan asid lemak DHA Omega 3 menunjukkan peningkatan dari segi keselarasan mata dan tangan, tahap penumpuan, kemahiran sosial dan ujian kecerdasan minda.

Kajian juga menunjukkan bayi yang mendapat Omega 3 (DHA dan EPA) ketika dalam kandungan dan menyusu badan dalam bulan pertama kelahiran memberikan skor yang lebih tinggi dalam ujian kognitif berbanding bayi yang ibunya tidak mengambil supplemen DHA dan EPA ketika hamil.

Risiko Asma:  Kajian padan tahun 2008 menunjukkan anak remaja kepada wanita yang mengambil minyak ikan ketika hamil akan kurang risiko untuk mengidap penyakit asma.

Tumbesaran: Terdapat bukti menunjukkan apabila Omega 3 ditambah ke dalam formula, ia dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi pra matang.

Kelahiran Pra Matang: Kajian pada tahun 2003 mendapati wanita yang makan telur yang kaya dengan Omega 3 berkemungkinan besar tidak akan mengalami kelahiran pra matang berbanding dengan wanita yang makan telur biasa.

Walaupun semua kajian-kajian ini masih belum muktamad, ia sudah cukup memberikan kita sebab untuk memastikan supaya bayi atau wanita hamil mendapat bekalan Omega 3 seperti DHA dan EPA yang secukupnya.

Kini, kebanyakan susu formula di pasaran telah diperbaharui dengan penambahan DHA. Susu ibu adalah sumber paling ideal untuk Omega 3, walaupun ia masih bergantung kepada berapa banyak Omega 3 yang di ambil oleh si ibu dalam dietnya.


Akan bersambung… STAY TUNED! ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

HAZIQ IZZUDDIN 
Facebook : HAZIQ IZZUDDIN
No Tel : 013 416 5658
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya