Tips Untuk Turunkan Berat Badan Secara SIhat dan Praktikal


Memiliki tubuh yang slim dan ada ‘curve’ adalah idaman setiap wanita. Sanggup berbelanja ribuan ringgit demi mencapai hasrat tersebut. Bukan apa, memiliki tubuh yang cantik menambah keyakinan diri. Namun, bukan semua wanita mampu mengeluarkan belanja begitu banyak demi mendapat tubuh idaman.

Namun, yang penting adalah memiliki berat badan yang ideal. Kekurangan lain boleh ditampung dengan pelbagai teknik dan illusi. Yelah .. bukan semua orang mampu memiliki tubuh PERFECT.
Entry kali ni, saya kongsikan panduan untuk mencapai berat ideal secara sihat dan praktikal. Malah panduan yang berguna juga bagi mereka yang mahu mengekalkan berat badan ideal masing-masing.



MENGAMBIL 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI
Ini menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil.

MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI
Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik.

MENGAMBIL PROTEIN
Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

KURANGKAN LEMAK
Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol.

KURANGKAN GULA
Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN
Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja.

MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI
Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG
Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga.


credit to Mommy Lyna



Nah! Tips yang sangat mudah dan praktikal kan? Winking smile
















0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!