Adalah normal ketika hamil kaum wanita mengalami masalah gigi, especially untuk anak kedua dan seterusnya. Peningkatan hormon estrogen yang menyebabkan gusi menjadi lembut, morning sickness yang menambah kadar keasidan air liur dan kalsium yang semakin susut.

Paling tension, gusi berdarah. Asal gosok gigi aje gusi berdarah. Rasa macam tak habis-habis proses membersihkan gigi tu, ye tak?

Semasa mengandungkan anak pertama, saya fikir memang setiap kali mengandung terpaksa hadapi situasi ni. Namun, saya silap. Pengalaman saya mengandungkan anak kedua dan ketiga, alhamdulillah, TIADA MASALAH GUSI BERDARAH.

Apa agaknya rahsia saya ye?


Vitamin C penting ketika hamil
credit Google Image


Vitamin C dan Ostematrix daripada Shaklee!


Salah satu fungsi vitamin C ialah menjaga keelastikan pembuluh darah kita. Semasa mengandung, peningkatan estrogen menyebabkan gusi menjadi lembut, dan sensitif. Senang sangat berdarah. Walaupun guna berus gigi yang lembut. Tapi, dengan memberikan tubuh kita keperluan vitamin C yang cukup, inshaALLAH masalah gusi berdarah dapat diatasi.

Selain itu, pengambilan vitamin C penting untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan.

Zat besi penting tau untuk ibu hamil. Zat besi ni komponen penting dalam hemoglobin, ia membantu membawa oksigen dalam darah sekaligus kepada bayi yang dikandung. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anaemia, dan kekurangan zat besi sangat bahaya kerana ia boleh lead kepada kelahiran bayi pra-matang.

Ostematrix pula penting untuk menjaga kepadatan gigi. Lagi masa mengandung ni lah gigi senang reput. Kelebihan suplemen kalsium Shaklee ini, ia lebih daripada kalsium, sebab dalam setiap biji tablet juga dilengkapi magnesium dan vitamin D.

Selain daripada itu, anda juga perlu pastikan

  • Jaga kebersihan gigi setiap hari. Jangan lupa bersihkan gigi dengan betul
  • Banyakkan makan sayur dan buah untuk gigi yang kuat dan sihat
  • Selain suplemen, lengkapkan diet harian dengan sumber vitamin semulajadi daripada makanan yang anda makan.
  • Check gigi dengan teratur a.k.a jumpa doktor gigi walaupun takde masalah.

Gigi ni penting tau, at least kita nak senyum dengan comel bila depan suami.

Selain daripada tu, ada beberapa suplemen Shaklee lain yang saya amalkan without failed. Alhamdulillah, saya ni setakat ni kategori mengandung dan bersalin yang takde masalah (syukur). Badan pun maintain slim semasa mengandung, walaupun anak-anak saya lahir dengan berat antara 3.6 kg ke 3.8 kg semuanya, dan saya bersalin secara normal!

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.


Biasa kan zaman belajar, zaman kerja ambik MC sebab senggugut? Senggugut ni kepada mereka yang tak pernah alami, I tell you, memang menyiksakan. Saya senggugut okey lagi kot sebab tahap guling-guling atas katil 'je', but some of my friends sampai migrain, muka pucat, tak boleh berjalan dan sebenarnya sebab ada masalah kesihatan pada organ peranakan. Emm.. bahaya tu.

amalkan GLA Complex dan Ostematrix
Tiada lagi alasan senggugut!

Macam mana rasa senggugut tu?


Sakit di bahagian bawah perut atau pelvis semasa period (datang haid) especially pada hari pertama period. Some people, darah memang keluar banyak sangat masa ni. Tak selesa. So, jangan ingat diorang enjoy MC tu (tapi ada juga yang tak senggugut ambik MC guna alasan ni)

Jenis senggugut


Nama omputih senggugut ialah "dysmenorrhoea". Ada 2 jenis senggugut.

Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Tips atasi atau kurangkan sakit masa senggugut


Ni yang saya buatlah dulu-dulu sebab lepas bersalinkan Icha senggugut dah jadi sejarah ;-)


  • Bertuam/bertungku pada bahagian bawah perut tu. Kata orang, nak bagi ketulan darah tu pecah/cair
  • Makan ubat penahan sakit macam panadol atau paracetamol
  • Tidur/Rest 
  • RCA/Visualize atau senang cerita sendiri kawal sakit
  • Makan Ostematrix dan GLA Complex daripada Shaklee

Bagaimana GLA Complex membantu senggugut?


Kesakitan akibat senggugut melibatkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat badan yang kekurangan GLA (gamma-linolenic acid). Wanita yang sedang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linoleik yang merupakan asid lemak penting kepada GLA. Maka, pengambilan GLA amatlah penting bagi mengurangkan kesakitan akibat senggugut yang dialami.
GLA Complex Shaklee yang diekstrak daripada borage (sejenis herba) membantu melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

Bagaimana Ostematrix membantu senggugut?


Menurut kajian, pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet membantu mencegah/mengurangkan senggugut. Menjelang period, paras kalsium dalam tubuh menurun menyebabkan seseorang wanita itu senang letih dan moody. Kalsium ni penting ye untuk fungsi saraf membawa kepada otot dan lain-lain. So, dengan pengambilan Ostematrix Shaklee ni membantu kita menten level kalsium dan magnesium dalam badan, sekaligus menten tona otot supaya tak cramp.

AMARAN! Senggugut yang teruk sila berjumpa doktor.

Dua suplemen ni sangat crucial bagi saya selain daripada sebab senggugut ni sendiri, sebab saya dah takde senggugut. Buat anda yang ada masalah senggugut, boleh cuba. Semoga produktiviti kerja meningkat apabila masalah senggugut telah diatasi, inshaALLAH.

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Saya suka minum Vivix. Semasa saya tour di Europe tahun lepas, Vivix memang teman setia saya. Tak silap saya satu botol Vivix tu saya habiskan dalam masa 16 hari di sana. Memang intensif minum sebab saya belum 2 bulan bersalin masa tu, dan travelling sendiri dengan 2 orang kanak-kanak dan seorang bayi pada saat nak masuk musim sejuk, memang mencabar!





Ada beberapa suplemen lain saya ambil masa tu, seperti Vitalea, Nutriferon, Zinc, ESP dan B Complex. Semua penting sebab saya masih dalam pantang bersalin kiranya. Organ dalam saya dan baby Am masih belum cukup kuat. But thanks to Shaklee supplements, saya berjaya lakukannya!

Sampai sekarang, saya masih amalkan minum Vivix. Satu sudu kecil setiap hari. Vivix ni "botanical beverage" so bancuhlah dengan segelas air sepatutnya. Lagipun kadar penyerapan lebih baik begitu. Saya pula suka rasa masam Vivix tu, so saya memang telan yang original pekat tu je.

Saya menyusukan anak, dua orang iaitu baby Am dan kakaknya Bella yang berumur 2 tahun lebih. Alhamdulillah, production susu macam sediakala. Rasa susu tu dah confirm sedap sebab Bella masih gian nak menyusu macam baby. Tapi, ini sayalah. My very own experience.

Kesan Vivix pada saya? 


  1. Tubuh saya cepat recover lepas bersalinkan Am, sebab tu saya mampu ke Europe dan pulang dalam keadaan sihat. Alhamdulillah.
  2. Wanita dalam pantang suka badan rasa hangat-hangat kan? So, Vivix is the best choice for me.
  3. Badan saya kuat dan bertenaga walaupun sibuk dengan pelbagai urusan yang menuntut perhatian. 
  4. Imun badan saya kuat. Alhamdulillah saya belum demam lagi sejak lahirkan baby Am walaupun life saya sangat sibuk. Letih tu biasalah sebab saya breastfeed dua orang anak, kan?


Tentang Vivix


Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ungu. 

Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan suplemen pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.



Kehebatan Vivix

  1. Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  2. Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia. Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  3. Vivix melambatkan pembentukkan AGE. Penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  4. Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel. Tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. Mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh.
Harga satu botol Vivix ialah RM475.00


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Ada yang bertanya, benarkah pengambilan suplemen kalsium boleh membuatkan kita menjadi sembelit

Jawapannya ialah BENAR sekiranya anda hanya mengambil suplemen yang mengandungi unsur KALSIUM SEMATA-MATA.

Oleh kerana itulah pengambilan kalsium perlu bersama unsur magnesium kerana ini akan mencegah sembelit. 


Walau bagaimanapun, kalsium Shaklee atau nama khasnya ialah Ostematrix TIDAK AKAN MENYEBABKAN SEMBELIT malahan ia membantu anda lebih mudah lawas. Ini kerana kandungan utama Ostematrix  terdiri dari kalsium dan magnesium serta vitamin D. Kalsium sitrat yang terkandung di dalam Ostematrix adalah bersifat lebih mudah diserap , lebih mudah dicerna dan berkemungkinan rendah untuk menyebabkan sembelit dan sendawa berbanding dengan kalsium karbonat. Ia juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyumbang kepada pembentukan karang ginjal.

Ostematrix tak sebabkan sembelit
Ostematrix Shaklee

Kandungan Ostematrix Shaklee

  • 1000mg Kalsium 
  • 400mg Magnesium
  • 400IU Vitamin D

Manfaat Ostematrix Shaklee secara umum


  • Membantu menambahkan kepadatan tulang dan gigi
  • Membantu anda tidur lebih lena dan bangun dengan segar
  • Membantu anda mudah lawas
  • Sesuai juga sebagai makanan tambahan dalam diet untuk mengurangkan berat badan
  • Mengurangkan lenguh-lenguh badan especially wanita hamil dan warga tua
  • Menggalakkan penghasilan susu badan
  • Untuk frequent traveller, anda tak mudah penat

Hanya amalkan 4 biji Ostematrix setiap hari dan rasai perbezaannya. Saya syorkan anda cuba konsisten selama seminggu dan alami sendiri #ShakleeEffect bersama Ostematrix ini.


Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee ini bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Sebelum berangkat ke Hotel Pullman, Putrajaya sekejap lagi untuk #mascel 'anak Shaklee' dan 'adik Shaklee' saya, saya nak share suplemen Shaklee yang anda boleh amalkan untuk membantu kurangkan masalah mgrain.

6 Punca Migrain


  1. Keturunan
  2. Kekurangan zat
  3. Ketika PMS atau datang haid
  4. Kesan ubat-ubatan
  5. Kesan kafein berlebihan
  6. Kesan MSG dalam makanan


Pengalaman saya, melihat kawan-kawan yang mengalami migrain akan ambil ubat yang melalikan rasa migrain tadi. Ada yang migrain tahap teruk sampai dos yang diambil agak tinggi dan kerap. Pengambilan ubat-ubatan (senang kata ianya drugs) adalah sangat bahaya untuk kesihatan kita dalam jangkamasa panjang.

Buat customers saya, anda boleh beralih kepada pilihan yang lebih semulajadi daripada Shaklee. Suplemen Shaklee tidak bahaya dan tidak ada risiko negatif untuk jangkamasa panjang. Suplemen Shaklee adalah nutrien yang diextract daripada makanan.

B Complex dan Ostematrix untuk migrain
Credit Google Image

Cadangan Suplemen Untuk Migrain

B Complex


Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain.

Pilihan untuk anda? B Complex Shaklee yang lengkap dengan semua vitamin B memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.


Ostematrix

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Susu dan keju antara sumber kalsium
Credit Google Image


8 Faktor Kita Kekurangan Kalsium

  1. Pengambilan sumber kalsium yang sangat rendah dan tidak memenuhi apa yang disarankan.
  2. Punca utama kalsium adalah bahan tenusu. Pada mereka yang tidak tahan dengan laktos akan mengelakkan pengambilan makanan tenusu.
  3. Kolestrol, kandungan tenusu biasanya dikaitkan dengan kolestrol macam keju, susu.
  4. Gula, ramai yang mengelakkan pengambilan sumber yang tinggi gula. Kandungan susu yang tinggi lemak, mengandungi kandungan gula yang rendah tetapi bagi susu rendah lemak , kandungan gulanya sangat tinggi memandangkan apabila lemak dikeluarkan susu menjadi kurang enak dinikmati.
  5. Allergik, sesetengah orang sangat sensitif dengan bahan tenusu.
  6. Rasa, kerana rasa susu sendiri buat kita mengelakkan untuk meminumnya setiap hari.
  7. Sumber kalsium yang lain seperti ikan Sarden dan ikan lainnya yang dimakan bersama tulangnya, sayuran yang berwarna hijau gelap seperti bayam, kangkung dan lain lain, cereal,jus jeruk, kacang kedelai dan makanan yang terbuat dari kedelai, dan roti, makanan yang berasal dari biji bijian, wafel memerlukan diambil dalam kuantiti yang banyak dalam memastikan keperluan kalsium oleh badan dipenuhi dengan sebaiknya.
  8. Masalah penyerapan. Badan tidak mampu menyerap kalsium. Ini adalah kerana kalsium adalah satu bahan yang sukar diserap oleh badan. Hanya 10% yang mmapu badan serap. Namun jika tiada vitamin D yang mencukupi penyerapan akan terhalang

Credit to www.anakkuwiraku.com

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
4 Cara Atasi Sembelit


Pernah tak anda mengalami masalah "tak mahu" atau "tak boleh" nak buang air besar ketika travel? Terutamanya semasa travel ke tempat yang anda pertama kali datang atau tak biasa? Jika ada, jom baca entry ni sampai habis sebab saya nak share beberapa tips mudah.

1. Selesakan Diri Dengan Suasana Baru


Salah satu sebab kita jadi sembelit ketika travel ialah mind-set kita sendiri yang tak selesa atau tak biasa dengan keadaan yang lain daripada biasa. Baik tempat tu okey atau tak okey. Kadangkala sebab kita penat maka kita malaskan diri buat rutin membuang tu. Betul tak?

So, buat biasa.

2. Minum Air Secukupnya


To be exact, air kosong. Bukan minum air manis banyak-banyak. Air membantu memudahkan proses pembuangan toksin dan kekotoran dalam tubuh, dan memudahkan buang air besar juga. Sentiasa ada sebotol dua air mineral bersama kita semasa travel. Wajib.

3. Makan Buah dan Sayur


Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber fiber (serat), selain daripada ianya adalah sumber vitamin dan cecair juga. Saya pernah terbaca tips terbaik untuk stay healthy and fit masa travel ialah banyakkan minum air dan makan buah.

Boleh juga bawak bekalan dari rumah kan? Buah epal, baby carrot, pisang (tengok jenis pisang tersebut, sebab ada pisang buat sembelit) dsb.

4. Makan Vitamin Shaklee


Haha. Ini haruslah bagi saya. So far, untuk kelawasan harian saya amalkan Ostematrix, Alfalfa dan Lecithin. Ostematrix sebanyak 4 biji sebelum tidur dah mencukupi untuk bantu saya tidur lena, bangun dengan cergas dan membuang dengan begitu lawas. 

So, cukup 4 tips daripada saya. InshaALLAH dengan tips mudah ni takde lagi masalah sembelit ketika travel. Ingat tau, perut yang selesa amat mempengaruhi mood harian anda.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Cinta Buat Mkb.. 

Mkb memang tak pandai buat surprise. Tak romantik. Tak suka bagi perhatian kat saya bila saya bercakap. Tak reti mengemas. Tak nak pujuk saya bila saya merajuk dan..

Tak bagi saya tunjuk manja saya pada dia depan orang. 

Teruk gak kan? Tapi saya sayang dia.. Sangat sayang!!

Sebab apa?

Mkb tak pandai buat surprise tapi perlakuan dia selalu buat saya surprised. Contohnya semasa Mkb "lamar" saya 5 tahun lepas. Masa tu kami saja dating makan-makan, shopping barang dapur.. Tiba-tiba Mkb ajak saya beli cincin risik dan tunang. 

I was speechless and excited. Saya pendiam, tak pandai bergaya, tak cantik mana pun.. Serius ke mamat ni nak jadikan aku wife dia?

Mkb tak romantik. Takde nak bagi bunga, kad, or even being a charming prince for me, nak buat candle light dinner apatah lagi.. No! Tak pernah lagi. Even masa anniversary kami pun dia suka ajak saya buat benda-benda memenatkan. Contohnya pergi ke India masa musim panas. 45 darjah celcius. Icha setahun lebih. Saya masih mabuk hamil.

Tapi kami ke Taj Mahal tau masa hari anniversary tu. Kalah cinta Shah Jahan. 

Mkb selalu tak beri perhatian bila saya bercakap. Sampai saya geram dan mengamuk bila dia tanya saya benda yang saya dah pesan banyak kali. Tapi, Mkb selalu buat perkara yang buat saya terharu sebab sebenarnya dialah yang paling ambil berat pasal saya. Contohnya saya kata nak buat vlog selfie gabung dalam video dia edit, Mkb tau apa hadiah paling sesuai nak belikan saya tahun ini. Kamera Lumix untuk projek vLog selfie saya.

Mkb tak suka mengemas. Baju dah pakai bukannya pernah masuk bakul kain tapi terletak kat tepi bakul kain tu. Tapi, takde satu pun keperluan saya dia tak pernah tak sediakan. Jazz kecik sebab anak makin ramai dan stok Shaklee nak beli banyak, dia tambah thule. Anak dah tiga orang lalu Jazz dah tak muat, dia belikan vellfire. Rumah sempit, dia carikan rumah besar. Semua untuk saya dan anak-anak. 

Mkb tak pernah pujuk saya bila saya merajuk. Merajuklah sorang-sorang. Tapi bila saya dah cool down, mesti dia offer saya buat benda saya suka. Atau dia buat-buat manja dengan saya sampai saya cancel nak merajuk..

Lastly, Mkb pesan takyah tunjuk manja depan orang. Yang penting rumahtangga kami kekal bahagia, kami yang tahu. So sebab tu depan orang kami selamba bising-bising. Orang pun risau tengok kot. Tapi satu pesan abah Mkb pada saya, tempat isteri di sisi suami. Jangan biarkan dia buat kerja seorang diri. Sebab tu, saya mabuk teruk masa mengandung pun tetap follow Mkb ke majlis keluarga, dengan muka monyok hehehe. Sebab tu, team Supermom kami makan-makan pun follow style kami yang suka kumpul anak-beranak ramai-ramai.

Oh ye! Lastly yang last, Mkb seorang "family man". Sangat family man! Susah macam mana pun dia tetap nak angkut saya dan anak-anak ke mana sahaja. Sumpah saya jarang sangat uruskan stroller kami yang canggih-canggih tu. Saya try tolak pun dia ambik dan tolakkan. Kesian kot tengok wife dia ni kurus sangat.

Pesan Mkb selalu, jangan fikir apa yang kita layak dapat, tapi fikir apa yang kita patut beri. 

Untuk suamiku sayang Mkb, sorry sebab "kutuk" abang kat blog ni hihi.. YOU ARE SO SPECIAL FOR ME, EVER!! 

"Saya tak hebat tanpa suami saya"

HAPPY BIRTHDAY, ABANG!! 


Luv,
Sayang dan anak-anak :))

Jangan lupa minum Vivix, makan Alfalfa untuk jadi isteri yang hebat ye? Boleh order dari saya di 0192939886 atau emel ke hadhatina@yahoo.com.





Harini saya nak share cara ringkas untuk kekal cergas semasa travel, especially bagi anda yang suka travel with kids macam saya. 

Antara perkara yang saya ambil berat ketika travel with kids ialah kesihatan, tenaga dan mood. 


Kesihatan

Bab ni dah tentu berkaitan dengan pertahanan tubuh terhadap penyakit. Imuniti tubuh perlu kuat. Anda perlu lebih "kebal" berbanding hari-hari biasa, especially apabila travel di tempat yang jauh, tempat orang dan tempat yang anda tak biasa. 

Untuk ini, saya berikan keluarga saya Vitamin C dan Nutriferon. Untuk anak-anak, Omega Guard beri without fail kerana ia membantu "panaskan dada", mana tau perubahan cuaca ni senang sangat kena batuk dan selesema. 

Saya dan suami pula kami topup dengan Vivix. Semasa saya travel ke London tahun lepas, saya masih dalam pantang bersalin (40 hari), saya memang amalkan minum Vivix sebagai basic untuk tubuh saya stay fit. 

Tenaga

Baik anda travel sendiri mahupun dengan travel agency, badan kena sentiasa bertenaga. Lagi-lagi bila bawa anak-anak. Macam saya dan suami, anak 3 orang ni.. 2 orang guna stroller tandem, bawak beg kamera untuk aktiviti vLog kami, "babywearing".. Nak panjat tangga, jalan kaki jauh-jauh, breastfeed, aktiviti yang packed... Tenaga kena ada. 

Untuk ini kami amalkan at least B Complex dan ESP. Terbaik jika anda amalkan set Family Wellness (Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP). Bagi aktiviti lebih lasak, panjat bukit, jungle trekking dan backpacking, anda boleh cuba CoQHealth untuk jana tenaga pada jantung ;)

Mood


Haaa.. Mood pun penting ye tak? Tahukah anda bahawa stress ni menarik keluar tenaga anda? Both tenaga untuk tubuh dan otak. Plus, jika travel dengan anak-anak, dengan macam-macam karenah, you have to be very patient. 

Untuk ini, paling malas pun B Complex dah cukup untuk bantu anda dapatkan mood yang baik.


Tips Tambahan

Pastikan anda dan anak-anak minum air secukupnya. Air kosong to be exact. Bekalan macam biskut pun okey. Anak-anak ni selalunya memilih nak makan bila travel. 

Last but not least, enjoy the trip! Ambil gambar dan video banyak-banyak supaya segala ilmu dan memori dapat diabadikan. 

Salam sayang daripada saya dan keluarga di Jogjakarta.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
 COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Assalamualaikum,

Tentu anda biasa dengar orang cakap "You are what you eat"

So, cuba kita ni perhatikan apa yang kita makan, masukkan dalam badan kita dan anak-anak. Clean food atau junk food?

Saya taknak bebel panjang, cukup dengan solusi yang disyorkan dalam gambarajah di bawah.


Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886(sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Assalamualaikum,

Okey, test update blog guna apps BlogTouch pula. Seronok sungguh saya dapat update blog ni sebenarnya tau. 

So, tips mudah petang ni. Cara nak hilangkan rasa bad mood. Bad mood ke? 
  1. Step pertama, stop whatever you are doing
  2. Step kedua, tarik nafas. Relax sis.. Hehe
  3. Step ketiga, kalau boleh pi minum air kosong segelas
  4. Step keempat, jangan stay kat situ. Bangun dan keluar tengok dunia. Paling baik pi jalan-jalan kat taman bunga.
InshaAllah, at least hilang sekejap bad mood tu.

Saya pernah baca juga tips kawal bad mood cara Nabi. Sekiranya masa kita marah tu dalam keadaan berdiri, kita duduk. Kalau tengah duduk pula, baringlah.




Okey! Berita baiknya, bukan aje anda boleh control bad mood, anda jadi lebih happy dan badan lebih sihat. InshaAllah. 

Good luck ye!

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886(sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.

Ok. Entry guna keyword Nuffnang pula mengenai status halal Shaklee. Entry ni saya pernah up kan di blog lama.


Sijil Halal Shaklee 2014
 dah pun di'upload' di laman web rasmi Shaklee Malaysia. Boleh view di sini.

SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

Sebanyak 28 produk makanan tambahan Shaklee telah disenaraikan di dalam sijil ini.

SIJIL HALAL SHAKLEE 2014
SIJIL HALAL SHAKLEE 2014

Sijil halal ini sah sehingga 31 Disember 2014, dan akan dikemaskini lagi selepas itu.

Sijil Halal Shaklee


Buat pengetahuan semua, produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport dan dibawa masuk ke dalam Malaysia. Setiap negara mempunyai badan pengeluar sijil halal sendiri, seperti JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) di Malaysia. Manakala di USA (United States of America) :

  1. Islamic Food and Nutrition Council of America (INFANCA)
  2. Islamic Services of America (ISA)


Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA. ISA ini pula merupakan badan yang diiktiraf oleh JAKIM


Anda boles download senarai penuh badan-badan yang mendapat pengiktirafan JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal produk-produk yang dibawa masuk ke Malaysia di SINI.



Bolehlah baca lebih lanjut tentang ISA di SINI

Akreditasi halal (klik)

Jawapan JAKIM sendiri tentang isu halal Shaklee di FanPage JAKIM (Facebook)


InshaALLAH, mudah-mudahan entry saya kali ini membantu anda supaya lebih yakin dengan Shaklee. Halal dan berkualiti tinggi

Wahai sekalian manusia, makanlah yang HALAL LAGI BAIK dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. - (Al Baqarah : 168)
Sebarang kemusykilan sila hubungi saya atau mana-mana wakil Shaklee anda.

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Dalam entry ini saya ada share tentang kesan makan Ostematrix semasa mengandung. So, kali ini saya nak share apa lagi vitamin-vitamin lain yang saya amalkan semasa mengandung.

Sedikit background untuk yang baru pertama kali sampai ke blog ini, saya dah dua kali mengamalkan vitamin Shaklee sepenuhnya ketika mengandung. Alhamdulillah, memang saya puas hati dengan segala manfaat yang saya perolehi.

Vitalea


Ini ialah multivitamin Shaklee, dicipta pada tahun 1915 oleh pengasas Shaklee Corp sendiri iaitu Dr Forest C. Shaklee. "Shaklee Vitalized Minerals". Multivitamin ini bukan sahaja semulajadi malahan lengkap dengan asid folik (200 mcg), zat besi dan lain-lain minerals yang penting dan wajib ada dalam sebiji multivitamin.

Saya makan 1-2 biji Vitalea ini setiap hari sepanjang hamil.

B Complex


B Complex Shaklee seharusnya diambil seawal 3 bulan sebelum mengandung sebagai memenuhi keperluan asid folik dalam tubuh wanita. Kandungan asid folik dalam B Complex Shaklee ini ialah 200 mcg, menjadikan gabungan Vitalea dan B Complex sudah mencukupi untuk seorang ibu hamil tadi. Satu lagi keistimewaan B Complex Shaklee ialah ia mengandungi Biotin, antara sumber vitamin B yang mahal.

Saya makan 2-3 biji B Complex setiap hari sepanjang hamil.

Vitamin C


Terdapat 2 jenis vitamin C Shaklee, iaitu Sustain Released dan Chewable. Pengalaman saya, awal-awal mengandung saya amalkan yang chewable kerana sifatnya yang chewable tu bantu saya hilangkan loya dan mual pada trimester pertama kehamilan. Dosnya bukan sebiji sehari sebab sebiji chewable C ini hanyalah 100 mg sahaja.

Apabila masuk trimester kedua, saya dah hilang mabuk-mabuk hamil, saya mulakan makan Sustain Released Vitamin C. Sebiji vitamin ini mengandungi 500 mg khasiat vitamin C. Perlindungan saraf dan imun ibu hamil dan bayi yang dikandung, inshaALLAH.

Ostematrix


Tak larat minum susu? Sayalah tu sebab saya minum susu mesti sakit perut. Tapi teh tarik okey pulak hehehe.. Jadi, saya pastikan saya tak missed makan Ostematrix 4 biji setiap hari. Ibu mengandung jangan tinggalkan kalsium ya kerana ia adalah bantuan semasa proses bersalin nanti.

Satu lagi, oleh kerana saya diberi rezeki boleh menyusukan anak tanpa komplikasi sepanjang mengandung, maka Ostematrix ini sangat membantu saya untuk maintain susu badan.. tak banyak tapi ada dan cukup.

ESP


Oleh kerana kadar keaktifan saya memang melonjak setiap kali mengandung, maka saya perlu pastikan rahim saya kuat. ESP sebenarnya membantu untuk bayi dalam rahim saya membesar dengan sihat, rahim saya kuat dan saya sendiri ada energy-booster yang semulajadi dan selamat.

Saya maintain minum 3-4 sudu besar ESP setiap hari sepanjang hamil.

So, itu dia vitamin-vitamin Shaklee yang saya amalkan sepanjang mengandung sampailah sekarang. Keistimewaan vitamin ialah anda boleh amalkan sepanjang masa, tak kira musim.

Bagi yang suka layan video, boleh dengar penjelasan saya tentang vitamin ibu mengandung di sini.

Oh ye! Pillbox Shaklee tu dah tak applicable. Ni video tahun 2011 dulu ;-)

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Asid Lemak Omega-3 sangat penting untuk kanak-kanak. 

  • Perkembangan kognitif kanak-kanak.
  • DHA yang cukup menjadikan penglihatan anak lebih tajam.
  • Anak-anak yang cukup Omega-3 tidak mudah depresi, mood lebih terkawal.
  • Menguatkan sistem imun anak.
  • Mengurangkan risiko athma.
  • Mencegah ekzema daripada menjadi teruk (anti-radang)
Pilihan saya dah tentulah Omega Guard daripada Shaklee! Anak-anak saya amat sukakannya. Lihat saya telatah Bella dalam video ni 😀




Omega Guard Shaklee tidak ada flavour, namun itu tak jadi masalah pada kanak-kanak. Fitrah semulajadi mereka sukakan benda natural. Kita aje yang risau sampai belikan yang ada flavour.

Atau mungkin sebab vitamin Shaklee beyond organic, confirm natural.. maka rasanya sedap!

Saya kongsi sedikit tips nak bagi anak-anak sentiasa suka makan suplemen

  1. Ibu kena rajin makan vitamin depan anak-anak, contoh melalui teladan.
  2. Masa makan vitamin, tunjukkan gaya vitamin itu sedap, bukan buat aksi tercekik dan muka pelik.
  3. Omega Guard, ESP dan Meal Shakes boleh diberi kepada anak-anak seawal usia setahun. Start slowly. 
InshaALLAH.. anak-anak pun suka makan vitamin macam ibu mereka nanti.

Nak order Omega Guard korang boleh whatsapps saya di 019 293 9886. Ready Stock dan COD available di USJ Subang Jaya/Batu 3 Shah Alam.

Assalamualaikum,

Salah satu daripada pesanan wajib saya kepada customers yang beli suplemen Shaklee dengan saya ialah mereka wajib minum air dengan banyak, selaras dengan keperluan badan. Kekurangan air akan membuatkan proses healing crisis menjadi teruk dan lambat, vitamin sukar larut dan diserap tubuh, proses detoks menjadi satu pengalaman menyiksakan, stress, penat, letih dan macam-macam lagi. Paling teruk, kekurangan air akhirnya menyebabkan mereka stop makan vitamin Shaklee.

Kepentingan Minum Air


Perkara pertama buat sebaik bangun tidur (selain baca doa bangun tidur) ialah minumlah segelas air kosong. Ini manfaatnya.

5 sebab minum air pada waktu pagi
Credit Pinterest Image


Basically, saya akan pesan customers saya minum 2 liter ke 3 liter air sehari. Tips mudahnya, sentiasa pastikan ada sebotol air di depan mata kita. Sama ada anda rasa haus atau lapar, minum dulu. Lepas minum baru anda tahu anda sebenarnya haus atau lapar.

Waktu minum air yang anda tak boleh missed untuk dapatkan tubuh yang sihat


Masa wajib minum air
Credit Pinterest Image
Dalam gambar atas ni ada 4 waktu yang disyorkan anda follow. Ok, 2 gelas air sebaik bangun tidur (saya segelas je). If rasa air kosong tu macam tak berapa sedap, boleh letakkan hirisan lemon dalam air minum tu.

So, good luck!

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Berikut disenaraikan cadangan suplemen mengikut jenis penyakit/ keperluan. Walaubagaimanapun, untuk penyakit-penyakit yang memerlukan diagnosis, diminta anda rujuk kepada doktor anda terlebih dahulu.




Anti-Aging
Vivix, Collagen Powder

Anti-Oxidants
CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema
Alfalfa, B Complex, Vitamin C

Breastfeeding Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, PD

Children's Health
Chewable Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake

Confinement Set
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard

Diabetes Set
GLA Complex, B Complex, Vitamin C

Gout Set
PD, Omega Guard, Alfalfa

Immune Booster
NutriFeron, Garlic

Men's Health
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, PD

Preggy Mommies
Vitalea, B Comples, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard

Skin Care
B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix, Collagen Powder

Students' (12 years ++)
Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard

Weight Management
Alfalfa, Herblax, Lecithin, Omega Guard, Cinch Shake Mix, ESP, Cinch Energy Tea Mix

Individuals that don't like pills/tablets
Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron, Collagen Powder


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Permata hatiku


Alhamdulillah, saya baru aje berjaya tidurkan Ilham Bakhtyar. So, saya gunakan masa yang ada ni dengan seoptimum mungkin.

Saya agak stress kebelakangan ni. Apabila saya fikir-fikir, takkanlah sebab saya ada baby sebab ini bukan pertama kali saya ada baby. In fact, saya naik jadi Master Coordinator pun masa Bella baby dan suami masih lagi Account Manager di *M. Kalau nak kata sebab Projek Malindo, pun tak boleh sebab bukan saya handle seorang diri.

Jadi, baru kejap tadi masa saya belek-belek Pinterest, saya dapat jawapan! SAYA PERLUKAN DETOKS. Sememangnya saya dah lama tak buat detoks intensif untuk tubuh saya. Terakhir buat masa sebelum mengandungkan Ilham Bakhtyar. Dah setahun tu.

Idea detoks saya ialah untuk program detoks intensif selama seminggu. Lagipun, Ilham Bakhtyar dah complete tempoh penyusuan ekslusif, inshaALLAH dengan bantuan semi-solid food, efek detoks akan kurang sampai kepada Am.

Perancangan detoks intensif saya ialah dengan suplemen-suplemen berikut :

  • Herb Lax
  • Alfalfa
  • DTX Complex
  • Vivix


Dalam 4 suplemen di atas, saya memang belum cuba DTX Complex. Jadi, mungkin saya akan buat lebih study mengenai DTX Complex dan kesesuaiannya untuk ibu menyusu.

Manfaat detoks yang saya harapkan :

  1. Membuang segala kekotoran dan toksin dalam badan
  2. Menambahkan tenaga
  3. Membantu otak berfungsi lebih baik, minda jadi lebih fokus
  4. Menguatkan imun tubuh
  5. Tubuh rasa lebih ringan, lebih sihat
  6. Mengeluarkan lemak-lemak tidak perlu yang mungkin tersembunyi


Semua manfaat di atas, inshaALLAH, akan membantu saya lebih gembira dan membantu saya atasi masalah stress yang saya alami sekarang.

Jadi, bila nak mula? Saya fikir akan mula sebaik pulang daripada Indonesia nanti. Tunggu ya saya update program detoks ni dengan lebih detail.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Bulan Mac lepas ialah promo ESP, namun suplemen hebat ni tak perlukan promo untuk kekal jadi best-selling product di Malaysia. Sebab apa? Sebab ia sememangnya produk yang berkualiti, semulajadi, selamat dan berkesan, serta paling penting ianya sesuai untuk semua golongan bermula daripada anak kecil berusia setahun.

Saya sendiri sukakan ESP. Mula-mula nak beli set menyusu Shaklee dulu, saya tau SET E je paling best. SET E ada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Tapi, kakak yang handle order saya tu sempat kenen-kenen saya add-on ESP. Kata akak tu, susu badan jadi pekat, saya jadi lebih energetic, kulit lebih cantik dan baby pun senang dapat berat badan yang cun. Jadi, tanpa fikir panjang, tambahan budget untuk beli suplemen memang sentiasa ada walaupun saya hanya seorang surirumah, saya setuju tambah.

Alhamdulillah, semua efek yang kakak tu kenen-kenen ke saya memang benar. Berbaloi sangat saya tambah ESP ni. Puas hati. Tambahan lagi lepas tu saya dapat tahu, ESP ni adalah protein (soya). Protein adalah asas kepada pembinaan sel-sel tubuh, baik sel yang baru untuk ganti sel lama mahupun sel rosak yang perlu dibaiki. Sel yang sihat menyerap nutrien jauh lebih baik berbanding sel yang kurang sihat. Dengan mengamalkan ESP, sel-sel tubuh saya bukan aje sihat malahan cantik. Jadi, segala vitamin-vitamin lain yang saya makan juga akan lebih mudah diserap tubuh.

Berbalik kepada tajuk entry saya, untuk mendapatkan kulit yang cerah dan gebu secara semulajadi, paling asas jangan tinggalkan pengambilan ESP kerana ia adalah asas untuk anda mendapatkan kulit yang cantik. Selepas itu, anda bolehlah amalkan pengambilan vitamin-vitamin asas untuk kulit yang cantik iaitu B Complex untuk menyeimbangkan minyak di kulit wajah, vitamin C untuk kulit yang licin seperti porselin, dan vitamin E yang diketahui kaya antioksidan supaya sel kulit terpelihara daripada radikal bebas yang membuatkan kulit cepat berkedut. Vitamin E juga diketahui berkesan untuk menghilangkan bintik hitam di wajah.

Selain daripada itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, boleh detox dengan alfalfa dan stabilkan hormon dengan pengambilan GLA Complex, diikuti pengambilan ESP dan Zinc secara teratur.

Apapun, bagi anda yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee, jangan lupa yang anda wajib minum air masak secukupnya supaya segala toksin dalam tubuh keluar untuk membantu proses detox berjalan lancar. Minum air juga penting untuk memastikan kelancaran fungsi vitamin dalam tubuh.

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Tahun 2014 ni genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan suami, syukur alhamdulillah. 5 tahun kahwin, 3 orang anak dan both of us fulltime buat business Shaklee. 

Memandangkan kami bermula buat Shaklee ni disebabkan vitamin untuk ibu menyusu, maka pagi ni, sebelum masuk office saya nak share sedikit tentang vitamin yang bagus untuk ibu menyusu yang saya sendiri amalkan, of course daripada Shaklee sebab itu aje vitamin saya amalkan sejak jadi ibu.

Vitamin Shaklee untuk ibu menyusu


VITALEA ( WITH IRON FORMULA)

  • multivitamin dan multimineral,
  • mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian,
  • membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik
  • formulasi lengkap dengan zat besi. B12 membantu pembentukan sel darah merah
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

B-COMPLEX

  • mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik
  • B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.
  • Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam

VITAMIN C SUSTAINED RELEASED

  • bertindak sebagai anti-oksidan.
  • mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah,
  • penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus).
  • Ia juga penting untuk meningkatkan system imun.
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks

OSTEMATRIX

  • membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
  • Minimum 1000 mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu.

ALFALFA COMPLEX

  • Raja Segala Tumbuhan.
  • sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar
  • sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan,
  • membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
  • ALFALFA TIDAK BOLEH DIAMBIL OLEH PESAKIT SLE.

ENERGIZING SOY PROTEIN

  • Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll.
  • Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air).
  • Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yanG mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
  • Selain membantu dalam penyusuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak
  • payudara kendur.
Credit Asilah Azmi.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Syukur alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas, 5 April 2014, lengkaplah sudah tempoh penyusuan ekslusif putera kesayangan saya, Ilham Bakhtyar. Buat masa ini, saya belum mulakan lagi beri Ilham semi-solid food, sengaja saya tangguhkan. Mungkin habis program di Indonesia baru mula.

Apa itu penyusuan ekslusif? Saya ambil daripada laman web Lunatots

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

Susah tak nak menyusukan bayi secara ekslusif ni?


InshaALLAH tak susah sekiranya daripada awal lagi anda dah niat mahu susukan bayi anda secara ekslusif untuk tempoh 6 bulan pertama. Semasa mengandung lagi berniatlah anda mahu melakukannya. Ketepikan dahulu bab orang-orang sekeliling especially orang-orang terdekat yang mungkin tidak support. Biasanya orang kurang support sebab tidak faham. Maka, anda jadikan mereka faham. Untuk itu, anda perlu ada ilmu.

Semasa saya mengandungkan Icha, saya telah pun menjadi seorang surirumah. Jadi, masa lapang yang ada saya manfaatkan sebaiknya untuk carigali ilmu penyusuan susu ibu. Selepas melahirkan Icha, lagi-lagi both saya dan suami anak sulung, memang kami dianggap kurang ilmu jadi tindakan saya untuk beri susu ibu sepenuhnya kepada Icha memang kurang mendapat sokongan. Tapi, sebab saya dah nekad dan dah kumpul banyak ilmu dan maklumat, maka saya jadi kuat untuk teruskan impian saya memberi susu ibu sepenuhnya kepada Icha.

Tak perlulah saya cerita dengan detail di entry ini, apa yang saya alami ketika itu sama seperti anda yang lain juga ;-)

Alhamdulillah, untuk anak kedua dan ketiga penyusuan susu ibu bukanlah satu masalah, malah saya dah boleh beri konsultasi bab penyusuan susu ibu kepada ahli keluarga saya.

Tips untuk berjaya menyusukan bayi secara ekslusif daripada saya :



  1. Tetapkan niat dan matlamat untuk beri susu ibu secara ekslusif kepada bayi sedari anda mengandung lagi
  2. Banyakkan membaca dan bertanya kepada mereka yang pakar dan berpengalaman
  3. Mulakan untuk sharing bab penyusuan susu ibu dengan suami dan keluarga, especially jika bayi anda bakal cucu sulung dalam keluarga
  4. Sabar dan tabah. Tiada jalan mudah nak berjaya. Anda sendiri yang buat ia jadi berjaya.
  5. Motivasikan diri selalu supaya anda enjoy the moment.
  6. Berdoa tanpa jemu.

Jadi, cukuplah 6 tips ringkas daripada saya bagaimana mahu menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Lepas ni saya share tips banyakkan susu dan apa cabaran seterusnya apabila anak dah berusia 6 bulan pula.

Good luck!

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
Assalamualaikum .. Sebelum tidur ni saya nak share beberapa manfaat Ostematrix untuk ibu mengandung berdasarkan pengalaman saya sendiri yang telah mengamalkan pengambilan produk ini ketika mengandungkan anak kedua dan ketiga.





Tidur lebih lena


Saya memang jenis susah tidur malam, apatah lagi ketika hamil dengan keadaan badan yang kurang selesa dek perubahan demi perubahan yang dialami sepanjang mengandung. Perut yang makin besar, kram di kaki, sakit pinggang dan macam-macam. Alhamdulillah, pengambilan Ostematrix membantu saya mengatasi masalah ni, walaupun mungkin tidur tu sekejap aje tapi lena. Lebih best saya boleh bangun pagi dengan cergas!

Tiada masalah sembelit


Bukan ibu yang berpantang aje ada masalah sembelit tau. Ibu hamil pun ada juga tambahan lagi apabila perut kian membesar yang menekan bahagian usus kami-kami ni. Kandungan Ostematrix Shaklee ni pula memberi efek melembutkan najis so mudahlah nak membuang dengan jayanya.

Tips saya, apa-apahal sebaik bangun tidur minumlah segelas air masak terlebih dahulu untuk memudahkan proses perkumuhan.

Pinggang dan paha tak lenguh


Saya ni asal mengandung je aktif semacam, tak reti duduk diam dan paling best, saya mengandung anak kedua dan ketiga dengan rezeki dapat menyusukan mereka sepanjang tempoh mengandung tu. Faham-fahamlah bagaimana keadaan menyusukan anak kecil yang belum berusia dua tahun, tidur malam saya memang standby mengereng. Lenguh. Tapi dengan pengambilan Ostematrix, masalah lenguh dan krem ini dapat diatasi.

Maintain production breastmilk masa hamil


Syukur atas nikmat Allah, saya mampu susukan anak-anak saya walaupun saya mengandung. Buat pengetahuan anda, ibu mengandung tak boleh makan alfalfa (milk booster paling superb buat saya) jadi boleh teruskan minum ESP dan gantikan alfalfa dengan Ostematrix untuk bantu maintain breastmilk supply. Alhamdulillah untuk saya sendiri memang berkesan.

Bantu mudahkan bersalin


Sekali lagi syukur, saya bersalin agak mudah untuk ketiga-tiga orang anak. Masa mengandungkan anak sulung, saya memang rajin minum susu sebab suami saya masa tu rajin bancuhkan hehehe .. tapi untuk anak kedua dan ketiga saya rajin telan 4 biji Ostematrix Shaklee sebelum tidur. Kandungan kalsium dalam Ostematrix ni penting untuk kurangkan krem semasa proses bersalin. Bayangkan jika anda krem semasa meneran?

Jadi, cukuplah dulu saya kongsikan 5 manfaat yang saya perolehi hasil daripada pengambilan Ostematrix Shaklee secara konsisten ketika mengandung. Kalau teringin nak tengok betapa cergasnya saya ketika mengandung bolehlah view vlog saya yang ni, Siap main badminton lagi masa mengandung.




     


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya