Your baby can tell the difference between familiar voices and other sounds, and he's becoming a better listener. He can also show you that he's in tune with his environment. Notice how he looks to see where certain noises are coming from.

absolutely!!! ( i like this one). icha now ni sangat kenal suara saya sampaikan ada masanya saya terpaksa menyorok2 dari dia, as if saya kena senyap je bila babah dia dah berjaya tidurkan dia. huhu. icha juga sangat kenal suara babah dia sebab bila time dia sedang membuli saya, tiba2 babah dia datang, icha boleh jadi senyap (dan kadang2 siap senyum gelak2)

An ongoing conversation (although seemingly one-sided) can help your baby develop his sense of place. He may even watch your mouth as you talk, fascinated by how it all works. You'll be amazed by his ability to communicate with a growing repertory of coos (musical, vowel-like sounds), smiles, and unique cries to express his different needs.

icha memang kaki borak (boleh jengok fb saya). hehe. sampaikan atuk, embah dan mak/ pak sedara dia pun kagum tengok dia bersuara seolah seorang manusia kecil yang suka membebel (dan merungut). notty la anak emak ni! actually, emaknye ni juga yang latih dia macam tu. saya tak pandai menyanyi tapi saya memang berbakat berborak dengan kanak2, so hari2 le borak2 dengan icha. tak one-sided tau sebab icha pun sibuk bercakap dalam bahasa baby dia seolah icha-faham-saya-dan-saya-faham-icha. okeylah tu kan?

anak emak ni memang cerdik dan cun! mmuahs..

for more info on 2-month-old's baby, click here.
Hari kedua makan Set Penyusuan Shaklee.

Saya ni memang minat makan vitamin sejak kecil lagi. Mak saya yang ajar. 

Masa tu saya selalu kena ulcer mulut, so, mak berikan saya vitamin B Complex. Alhamdulillah.. selepas beberapa tahun rajin mengamalkan vitamin B Complex, memang saya jarang kena ulcer.

So, sekarang ni saya dah sambung makan vitamin semula. Saya pilih Shaklee sebab saya ada baca kat Internet banyak review menarik pasal vitamin ni, khususnya untuk ibu menyusu macam saya.

Jadi, saya dah pun selamat dapat stok vitamin saya dmaripada kak Cery.

SET VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Ini senarai vitamin-vitamin yang Kak Cery kirimkan.




Manfaat Setiap Vitamin dalam Set Penyusuan Shaklee

Vitalea With Iron

Mengandungi 12 vit dan 7 galian utama.membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodine)Ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pengambilan vitalea kerana kepentingan zat dan vitamin serta keperluan iron oleh si ibu dan ianya juga penting untuk tumbesaran anak.

B Complex

  • Membantu mengurangkan tekanan dan kelesuan,
  • Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran,
  • Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein,
  • Mencegah barah serviks,penyakit jantung dan kecacatan spina,menggalakkan kesihatan system kardiovaskular

Sustain Released Vita C

Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan.-Untuk kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan.-membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi.-membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka.-membina kalogen untuk kulit yang sihat.-bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan.-meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

Alfalfa Complex

Bukan sahaja sebagai milk booster.. tapi penawar allergy... eczema... asma resdung.. sembelit, digestion… yang ni ala2 kacip fatimah gak..

Ostematrix

Level kalsium dalam darah turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Fungsi-membantu membina tulang dan gigi yang kuat,membantu mengekalkan paras tekanan darah menjadi normal,membantu kontraksi muscle (otot) dan transmisi saraf) dan mengurangkan simptom-simptom PMS

Energizing Soy Protein

Act as energizer,maintain milk supply, pertumbuhan kulit yg sihat dan cantik, tumbesaran baby yg sihat dan normal.. (elak kulit kendur,awet muda- utk-long term)..low fat,cholestrol free..so bagus gak untuk diet at the same time dpt maintain milk production...

Kenapa Saya Makan Vitamin Shaklee?

Walaupun saya cuma seorang surirumah, dan kononnya mampu menyediakan makanan bergizi seimbang untuk diri saya, namun tak salah rasanya saya menambahbaik nutrisi dalam menu harian saya. Vitamin-vitamin ni membantu saya untuk kekal cergas bertenaga, cantik, sihat dan dalam masa yang sama, Icha turut mendapat manfaat melalui susu badan yang saya berikan pada dia, inshaALLAH.

Kesan-kesan Pengambilan Vitamin Shaklee?

Ok. So far baru 2 hari, jadi yang saya nampak cuma
  • Susu jadi kekuningan (saya perah dan pantau warna susu)
  • Susu memang nampak pekat, iaitu lapisan lemak lebih tebal daripada biasa.
  • Urin kuning pekat. Means kena minum lebih banyak air
  • No healing crisis
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya





TAHNIAH buat diri saya kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang bersalin dengan jayanya, walaupun dalam keadaan kurang sempurna.

Banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh berpantang yang pertama ini. InshaALLAH akan jadi panduan untuk berpantang bersalin anak nombor dua dan seterusnya..

  • Breastfeeding ROCKS my life. Masa dalam pantang ni memang kena sungguh-sungguh belajar susukan baby dan ajar baby menyusu dengan kita. Alhamdulillah, walaupun 3 hari pertama kehidupan Icha sempat merasa FM, namun, kuasa ALLAH mengatasi akal manusia, doa saya sebagai ibu Icha makbul, Icha sendiri tolak FM tu walaupun kilang susu mak dia ni nampak kecik.
  • Berdikari. Masa di kampung pun saya banyak uruskan sendiri hal-hal berpantang sendiri, apatah lagi di sini. Beza cuma di kampung mertua siapkan makan minum dan diorang ada pada waktu petang. Namun, saya lebih gembira melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Lebih selesa dan bebas kot. Nature saya dari kanak-kanak suka buat urusan sendiri.
  • Belajar bersabar, lagi-lagi melayan bayi yang colic macam Icha. Kurang tidur adalah perkara normal, sebab untuk tahun-tahun mendatang nanti, itulah jadual saya :))
  • Mendidik suami jadi lebih bertanggungjawab.
InshaALLAH. Pengalaman guru kehidupan. 

Icha adalah anugerah terindah dalam hidup saya. Susah payah saya mengandungkan Icha, bersama air mata, kesedihan dan suka-duka yang banyak saya tanggung sendiri, hanya dikongsi bersama suami tercinta.

Janji saya, memberikan yang terbaik buat Icha. Segala yang ada di dunia ini. Ameen.


Nikmat menjadi seorang ibu, dapat susukan bayinya dan dapat jaga sendiri pula. Alhamdulillah.

Emak berdoa rezeki kita dimudahkan laluannya sayang. Ameen. 

Foto kami sekeluarga masa checked-in kat Vistana Hotel Penang petang rabu lepas. apabila saya tengok gambar ni banyak2 kali, macam tak percaya pulak budak kecik tu dulu duduk dalam perut saya.. macam tak percaya juga yang saya ni dah jadi ibu..ya  ALLAH, semoga saya dapat didik anak(2) saya ni dengan baik dan mengikut syariat ALLAH.

colic icha belumlah okey sepenuhnya, tapi nampaklah surut juga. yang paling penting, saya memang kena berhati-hati memilih makanan. apa yang saya makan, itulah juga yang icha makan. kalau saya rasa perut saya kurang selesa, icha lebih2 lagi tak selesa. bila icha sakit, sampai saya buntu nak buat apa..saya pun turut sama menangis dengan anak saya ni. kesian kan tengok anak kita menderita sebab kecuaian kita?

malam kelmarin, icha diserang colic. siang tu okey je sepanjang perjalanan ke penang. tapi, start pukul 9 malam, icha dah buat hal. lepas nenen, dia takmo tidur. nak kata icha lapar, sampai muak2 dan sedawa dia dah. lepas nenen sebelah B, icha tertidur jadi saya letaklah dia. tak sampai 5 minit tidur, icha bangun merengek2 dan marah2 (sambil mata dia pandang je muka saya). so, saya angkat dan kasi nenen sebelah lagi. perkara yang sama saya ulang sampai pedih saya dibuatnya.

akhirnya, saya barulah perasan perut comel anak saya tu sangat keras. jenuh saya urut, tapi anginnya takmo keluar. icha still merengek nak melekat dengan saya. lama2 saya pun menangis sebab rasa sedih sangat tengok mata icha yang pandang saya. seolah2 icha cakap " mak tolonglah icha..sakit sangat perut ni"

tak lama lepas tu hubby pun balik (saya suruh hubby joined kawan2 dia makan kat luar malam tu). sebelum tu saya dah sms hubby bagitau icha mengamuk. so, hubby balik2 aje terus hidupkan iron dan  dia tuamkan perut icha. saya pulak urut2 perut icha dengan minyak telon.

icha still tak buang angin. tapi dah diam lah..cuma tak berapa lena tidur - merengek2. saya memang tak tidurlah bila icha dah sakit macam ni (semua emak akan jadi macam ni kan?). then, agak dalam sejam lebih lepas tu, icha merengek2 dan berjaya juga dia buang angin (kentut). syukur sesangat.

lepas tu barulah saya berani nak tidur.


gambar yang ni pulak saya snapped petang semalam. lepas saya buat massage untuk colic baby kat icha (saya cari kat youtube). happy je kan muka dia? perut pun tak keras dah time ni. masa ni icha tengah borak2 dengan saya hehehe (icha ni bukan macam saya yang pendiam, mulut dia memang bising macam babah dia)

alhamdulillah, pagi tu perut icha dah okey. sepanjang hari saya tinggal dengan icha dia langsung tak meragam. tu yang saya sempat cari kat internet pasal cara nak urut perut baby yang colic ni. seronok sangat tengok icha tak sakit. icha just bangun untuk nenen dalam 2 jam sekali (dia terjaga sendiri).

semalam pun, B saya full je sampai keras gila dan saya terpaksa perah masuk dalam gelas. agaknya betullah sayur peria tu banyakkan susu ekk? dahlah tu, saya bawa bekalan air soya. syukur alhamdulillah. nampaknya, jadi housewife pun saya kena buat juga stok EBM nanti.

so, hikmahnya icha kena colic
  • saya belajar jadi lebih sabar, ingat dalam hati yang anak tu amanah dari ALLAH
  • naluri keibuan makin kuat
  • saya dapat jaga kesihatan ; memandangkan icha ni fully bf so saya kena sihat supaya icha pun sihat
  • ilmu bertambah (saya tahu cara nak handle budak yang colic, inshaALLAH)
  • hubungan saya - suami makin erat sebab sama2 usaha nak hilangkan sakit icha
  • hubungan saya - icha - hubby juga makin erat =)
Saya baru aje lepas bf icha. Now ni, icha tengah menyanyi2 nak menidurkan dirinya. Kenyang perut suka hati lah tu. Mana taknya, dapat nenen dari dua2 belah b emak dia.

Alhamdulillah..berjaya juga saya bf icha tanpa campur fm. Walaupun masa awal2 icha diberi fm sebab saya dah exhausted sesangat lepas delivered. Saya try juga nak bagi susu badan first day tu (minta tolong misi), tapi icha refused time tu. Kenyang baru lepas dapat fm.

Masa awal2 kat rumah mil pun, ada gak 2, 3 kali bagi fm. Sebab diorang kata icha lapar, susu badan saya tak cukup. Tapi, lepas2 tu icha sendiri tolak botol..nak juga nenen dengan saya walaupun time tu susu matang belum banyak. Melecet jugalah nipple time tu, tapi saya kuatkan semangat. Kalau orang lain boleh, apasal saya tak boleh???

Alhamdulillah..icha sendiri nakkan susu mak dia, sampailah ke saat ni..

Personally, selain daripada reasons yang susu ibu  adalah susu terbaik di dunia buat bayi (provided mmmg ibu tu tak mampu sesangat, then dia bagi fm tu citer lain..so, saya tak kutuk ibu2 yang terpaksa bagi fm kat baby diorang), saya memang dibesarkan dalam keluarga yang memang anak2nya 100% minum susu ibu..direct-feeding lagi! Orang itu ialah emak saya sendiri.

Saya teruja sangat nak bf baby sebab emak bagitau yang saya je banyak minum fm ni sebab masa tu emak muda lagi, so dia 'geli'. Haha..kelakarlah. Nasib baik jadi budak pandai juga kan? Tapi adik2 saya semuanya fully bf dengan emak. Atas reason ni lah, saya memang nak bagi anak saya susu badan saya sepenuhnya, sebab saya tak dapat peluang tu. (lepas tu adalah dapat juga)

Reason kedua, adalah reason2 yang selalu kita jumpa di mana2 dan sering diperkatakan orang. Tak perlu kot saya retype kat sini, korang surf kat internet. Banyak. Tapi, nak kata baby minum fm tak pandai, ada gak saya tak setuju. Saya ni walaupun tak banyak dapat susu emak saya, tapi masa kecik2 otak saya memang cerdas.

Jangan tak percaya, umur 5 tahun saya dah pandai membaca buku. Dah tu, kejap aje emak saya ajar, siap pegang rotan lagi, dan saya demam lepas tu. Tapi, baik aje demam terus saya ingat semua yang emak saya ajar. (emak masa tu baru umur 24 - 25 tahun kot). Lagi satu, saya khatam mengaji quran masa umur 7 tahun. Siap abang sedara saya yang naik quran sebelum saya pun kalah dan dia mengaji pun tersekat-sekat. So, pandai tak pandai anak ni, selain dari faktor susu tu, tengok macam mana cara emak abah dia ajar juga.

Apapun, i really enjoy this moment..this bf experience. Inshaallah, saya akan bf icha sampai umur dia 2 tahun, ameen. Lagipun, dapatkan save duit susu kan? Babah icha kena beli makanan berkhasiat untuk isteri tercinta aje. Kalau icha terjaga malam pun, babah dia tak bangun pun takpe..susu dah ready.

"ya allah...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau syariatkan...amin..."



Tidur meniarap mampu mengurangkan kembung bayi

Saya jumpa petua ni dari Internet. Salah satu petua untuk mengurangkan kembung bayi ialah dengan cara mengajar dia tidur meniarap.

Alhamdulillah. Nampaknya memang okey petua tu.

Icha, semoga cepat-cepatlah sembuh kembung Icha ya? Tak tahan hati mak tengok Icha menangis sakit perut setiap malam.





kekekeke! saya menang! hoyeii..!

sebab apa saya menang? muka icha ikut muka saya ke?

oh tidak! semestinya ikut muka babah dia - comel tapi serius (saya tengok kawan2 saya yang baru dapat baby asyik upload muka baby diorang senyum). icha ni selalu je senyum tapi saya tak pernah terfikir nak ambil gambar dia time senyum tu. lupa sebab baby sendiri yang senyum..kalau baby orang lain, memang saya sibuk nak snap gambar diorang. hehe.

semalam saya dok usha album lama saya..tengok2 gambar saya time baby/ kanak2. biasalah anak sulung ni memang banyak gambar kan? jenuh le saya tengok icha ni tang mana yang ikut muka saya. last2 saya perasan hidung dia ikut saya (kecik comel je, kalau ikut hubby besar wakakkaka!) ; and mulut dia ikut  mulut saya..yang ni hubby dah lama perasan  sebab icha ada habit macam saya - suke moncong2 mulut dan gigit bibir bawah (owh! patutle bibir bawah saya macam angelina jolie..asyik kena tarik dengan gigi atas).

tadi pulak, lepas saya tidurkan icha..hubby panggil. (suka sangat bila icha tidur, dapat le saya nak peluk2 kekasih hati saya ni hehe). hubby tunjuk muka dia time baby. oh my goodness! memang sah anak abah si icha ni. nanti saya upload gambar kami bertiga ok?  cumanya hubby ni lagi debab le..yerla, dah campur genetik saya, mestilah kurang sikit debabnya. somemore, icha ni perempuan, tak molek la debab2 sangat pun..banyak sangat kain nak guna buat baju nanti haha (nasiblah dapat emak beauty-concious)

PERKEMBANGAN ICHA
* sejak dah gained umur sebulan ni, icha dah makin garang..suara pun dah makin kuat bila mengamuk
* dah pandai menangis sampai keluar airmata kalau dia panggil saya/ hubby tapi kitorang buat tipu2 takmo layan dia..notty la ini budak botak comel!
* pandai sangat bersembang. siap sengih2 lagi (in other word - cara baru bodek nak nenen)
* dah tak menangis time mandi walaupun sebelum mandi belum dapat upah susu..kekeke! kalau tak dulu kena upah dulu baru mandi tau..
* masih tak dapat bezakan siang malam - siang tidur, malam berjaga. adoyaii..macam lagu nenek2 so bongkok tiga kan?
* still menyanyi2 time nenen (tak percaya tanya member saya Farhana)
* suka naik kereta
* saya nak ajar dia meniarap, tapi dia marah saya lak tiarapkan dia..nak meniarap kena atas riba saya je baru senyap dan gumbira
* bila bersin, automatik akan keluarkan suara kecil seolah icha cakap 'alhamdulillah'. agaknya dah terbiasa dengar saya sebut 'alhamdulillah' tiap kali dia bersin
* sangat suka tidur atas ribaan babahnya
* suka tengok tv (especially rancangan CBEEBIES)

wah! seronoknya jaga baby (walaupun masa tidur dah berkurangan, tapi saya puas hati..lagipun icha membesar masih dengan 'darah' (susu badan) saya)

p/s : nanti saya upload gambar ekk? (^_^)

daaa~*
Perkembangan Icha


Berat : 4.46 kg ( tambah 0.88 kg dari masa lahir, ok tak?)

Tinggi (panjang ler) : 54 cm (tambah 1.5 cm)
Ukurlilit kepala :  37 cm ( bornt : 33 cm)


Nota tambahan :

Colic Icha masih belum okey :(

Alhamdulillah.. dah sebulan usia puteri sulung emak ni. Hari-hari yang emak lalui semakin indah sejak kehadiran Icha dalam hidup emak dan abah.

Emak doakan anak emak menjadi manusia yang cemerlang dan berjaya dalam hidup, di dunia dan di akhirat.

Dan mission kita nak bagi Icha susu badan emak at least 2 tahun berjaya!

Love,

Mami Icha
Sambungan dari entry sebelum ni.

PERJUANGAN ITU



Now, masa yang saya dan hubby tunggu2 selama hampir 10 bulan dah tiba. Part nak deliver baby Icha ni actually tak banyak yang saya ingat coz saya memang tumpu nak 'keluarkan' baby Icha dan berdoa supaya kesakitan ni segera berakhir.



Hubby sentiasa ada kat tepi katil, dekat dengan kepala saya, sebelah kanan. sepanjang sakit tu, saya asyik pegang tangan hubby je. Kadang2 saya pandang muka dia. Ada masa saya nampak muka dia macam risau.. kadang2 dia senyum kat saya. Sambil tu hubby terus bagi kata2 semangat kat saya, suruh saya jadi kuat..



"tak lama je lagi yang.."



Sambil tu Dr Karamjit dan misi tu terus bantu saya nak keluarkan baby Icha. Saya dah tak rasa apa2 time tu kecuali penat dan mengantuk (memang saya benarkan diorang dripped ubat tahan sakit kat saya time tu).



Yang kuat dalam memori saya, Dr Karamjit suruh saya push kuat2, macam marah orang (siap kutuk saya cakap saya ni memang tak pernah marah orang huhu). Then, saya ada dengar hubby jerit "Sikit je lagi yang!" maybe time tu dia dah nampak kepala baby.



Tapi saya memanglah tak kuat langsung push. Even contraction pun saya dah tak tahu nak beza sampai misi kena bantu (dia tekan kat area rahim saya, bila keras means contraction, then time tu saya kena push). Last2 saya dengar Dr Karamjit cakap dia akan bantu saya. Maybe time tula yang dia pasang alat vacuum tu.



Kali ni, sorang lagi misi dipanggil untuk bantu bagi semangat kat saya. Total 4 orang dalam labour room tu. Misi india kat sebelah tak habis2 suruh saya mengucap (sebab saya dah jerit " tak larat dah!"). Misi muda dan hubby lak dok cakap "kuat lagi...sikit lagi je"



Aduuhhh... time tu boleh tak saya terfikir napelah saya gatal2 pi shopping petang semalam? Kan dah lemah macam ni? Finally, push punya push, keluarlah kepala si baby Icha (entah berapa kali agaknya ya saya push?)



"sikit lagi yang..kepala dia dah keluar dah"



Time tu, hubby dah excited sangat. Saya tahu sebab saya sempat toleh kat dia. Senyum laki aku ni rupanya. Tengok hubby yang excited macam tu, terus saya bersemangat. Saya push sekuat yang mungkin. Masa tu saya fikir koyak pun koyaklah janji anak saya selamat. Takut pulak saya kalau baby Icha tersekat tak keluar badan.



Alhamdulillah. Akhirnya tepat jam 8.15 am (jam labour room) ; 8.20 am (jam hubby).. baby Icha selamat dilahirkan. Hubby yang potong tali pusat anak dara dia. Mula2 dia senyap je terlepek atas perut saya. Then, dalam less that seminit kami dengar tangisan baby Icha yang funny tu! Hahaha.. sampai sekarang dia menjerit macam tu. Jerit tak keluar suara.



Tak lama lepas tu, saya kena teran sekali lagi untuk keluarkan uri lak. Alhamdulillah.. uri keluar elok aje. Aaya sendiri tak perasan. Then, hubby kena keluar kejap sebab Dr Karamjit nak mulakan sessi menjahit. Betul kata orang, time kena jahit ni dah tak rasa apa2 dah. Pada saya, time bersalin tu taklah sakit mana (syukur) tapi time contraction tu.. memanglah tak terkata sakitnya. Macam sakit kena senggugut yang teruk sampai menonggeng2 tu tapi korang ada perut yang sangat besar nak dijaga. 


MY BABY



Lepas kena jahit, saya ditinggalkan bersama baby dalam labour room tu. Lama juga. Cuma yang saya kesal, saya tak gunakan masa tu untuk bf baby Icha. Sebabnya saya sendiri tertidur time tu. Misi ada tanya samada saya nak bf, saya just cakap ye. Then, misi tu pun  ada check B saya memang dah ada kolostrum.



Dalam pada mamai2 tu, saya tengok aje baby icha terbaring kat depan saya. Misi dan Dr Karamjit tak habis2 puji baby Icha comel dan besar (uri pun besar). Tiba2 diorang jerit2 pada saya bagitau yang baby Icha hisap jari. SO CUTE! dr karamjit tanya mana hubby saya. Saya cakaplah tak tahu.. (disebabkan jawapan saya tu, Dr Karamjit mengomel kata hubby saya suka hilang kekeke). Then, dia suruh misi pergi cari hubby saya. 



Tak lama lepas tu hubby pun sampai.. senyum-senyum je, orang tengah bahagia lah katakan..Then, misi tu bagitau hubby pasal baby icha yang tengah buat aksi cute tu, and suruh hubby snap her picture. Urrghh! Comel banget gitu!!



Hubby then temankan saya sekejap. Kami posing2 dengan baby Icha. Officially 'emak' dan 'abah' gitu. How sweet kan? Sekejap aje masa berlalu.. tak lupa juga, syukur ke hadrat ALLAH SWT sebab permudahkan semuanya. Alhamdulillah..



Hubby sempat cerita time saya tengah mamai2 tu. Dia gembira sesangat masa kepala baby Icha dah keluar.. vacuum la tapi.. kata hubby, kepala anak kami ni kena tarik dengan sejenis alat yang rupanya macam picagari, siap kena pusing2 lagi. Aduhh! Ngeri saya dengar hubby cerita tau! Tapi yang menariknya, dapat je kepala lepas keluar, baby Icha dah kenyit2 mata dan mata buka sebelah2.. Hik! Sukanya! Teringat kata orang tua2... budak kalau lahir2 dah buka mata maknanya budak tu cerdik.. moga2 benarlah ye? Icha mesti lagi cerdik sebab baru dapat keluarkan kepala, badan kat dalam perut saya lagi dah sibuk buka mata.



Alhamdulillah. Selesai sudah empat entry saya, Pengalaman Bersalin Icha, takkan saya lupa sampai bila-bila inshaALLAH.



Doa saya, semoga Icha membesar menjadi anak yang sholehah, yang menceriakan hidup saya dan suami, dan menjadi inspirasi untuk kami berdua. Ameen.