* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Salah satu daripada suplemen Shaklee yang boleh disyorkan untuk kanak-kanak (selepas setahun) ialah Meal Shakes. Namun begitu, bukan kanak-kanak aje tau yang sukakannya, ibu-ibu pun sukakannya.

Meal Shakes merupakan suplemen atau dalam bahasa yang mudah difahami makanan tambahan (sahaja). Oleh itu, pengambilan Meal Shakes ini tak seharusnya berlebihan, melebihi kadar keperluan tubuh badan manusia, apatah lagi kanak-kanak. Secara asasnya, cara bancuhan Meal Shakes juga bukanlah sepertimana kita membancuh susu tepung. *

7 Khasiat Shaklee Meal Shakes yang perlu anda tahu


Shaklee Meal Shakes multivitamin, protein dan serat yang lazat
Shaklee Meal Shakes dengan perisa french vanilla


1) Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan ‘whole milk’ anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.

2) Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu. 

3) Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.

5) Untuk 1 / 4 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.

6) Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan , 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.

7) Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.


Sumber : Dazzling Moms E-Shoppe

* Sila rujuk pada SID masing-masing untuk cara bancuhan Shaklee Meal Shakes dan pantang-larang pengambilan.

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Pengambilan makanan yang seimbang ketika hamil sangat penting kerana pada ketika ini, nutrisi lengkap bukan sahaja buat ibu malahan buat bayi yang sedang mengalami proses tumbesaran dalam rahim ibu tersebut. Sedangkan ketika tidak hamil pun, kaum wanita amat sukar untuk melengkapi nutrisi dalam diet harian, apatah lagi dengan dugaan mabuk hamil yang selalunya membikin seorang wanita hamil itu tak mahu makan. Ketika inilah, pengambilan vitamin untuk wanita hamil sangat penting.

Di awal kehamilan biasanya obygyn akan mewajibkan pengambilan asid folik. Kenapa? Kerana pengambilan asid folik yang mencukupi akan membantu melindungi bayi yang dikandung daripada kecacatan saraf tunjang. Terbaik, pengambilan asid folik harus bermula pada mereka yang baru bercadang mahu mengandung, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung dan diteruskan juga sepanjang 3 bulan pertama kehamilan sebelum mengambil multivitamin prenatal

Selain itu, pengambilan kalsium, iron (zat besi) dan DHA juga penting ketika hamil. Anda boleh mendapatkan nutrien-nutrien ini melalui amalan makanan yang seimbang, atau sekiranya ada kekangan, dapatkannya melalui pengambilan vitamin khusus untuk wanita hamil.

Vitamin Shaklee untuk wanita hamil


vitamin shaklee ketika hamil dan berpantang bersalin
Hubungi hadhatina@yoursupermom.net untuk pesanan


Alhamdulillah. Dalam dua kehamilan saya memang mengamalkan vitamin Shaklee. Anak pertama, saya amalkan vitamin yang doktor bekalkan. Namun, apabila bertemu vitamin yang terbukti 100% semulajadi, bukan sintetik, saya memilih untuk melaburkan wang ke untuk Shaklee. 

Syukur, saya menghadapi kehamilan yang sihat

Tiada berat yang berlebihan, tiada masalah Hb rendah, GDM, dan alhamdulillah saya melahirkan dengan mudah (anak besar 3.6++ dan normal ; serta masa contraction yang sekejap). Malahan tenaga saya pulih dengan cepat dan badan cepat recover dalam pantang. 

Vitamin-vitamin yang saya amalkan ketika hamil (dan juga saya tetap menyusukan anak saya yang masih kecil ketika hamil!)

  • VItalea (lengkap dengan zat besi)
  • Vitamin C
  • B Complex (lengkap dengan asid folik)
  • Ostematrik (kalsium, magnesium dan vitamin D)
  • Omega Guard (asid lemak penting, DHA)
  • ESP (protein)


Panduan makan vitamin Shaklee untuk ibu hamil (Panduan Am)


Vitalea - 1 ke 2 biji sehari


Vitalea adalah multivitamin jadi ibu-ibu tidak perlu mengambil multivitamin prenatal yang lain. Dilengkapi dengan zat besi dan juga 200 mg asid folik Ibu hamil yang mengalami anaemia, pening atau mudah pitam amalkan secara konsisten untuk kesihatan yang lebih baik (inshaALLAH). Wanita hamil yang mengalami masalah Hb rendah juga digalakkan mengambil Vitalea ini.

Anaemia amat berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin, oleh itu pastikan pencegahan awal dilakukan.

B Complex - 1 ke 2 biji sehari


B Complex yang lengkap dengan asid folik dan biotin (sumber b yang mahal harganya). Asid folik mustahak untuk membantu pembinaan tulang bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan asid folik adalah sekurang-kurangnya 400 mg sehari (2 biji b complex ATAU 1 biji b complex + 1 biji Vitalea). 

Vitamin C - 1 biji sehari


Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel  tisu dalam badan. Ia juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Vitamin C membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan (immune booster). Selain daripada itu, vitamin C penting untuk kadar serapan zat besi yang optima dalam tubuh kita.

Ostematrix - 4 biji sehari


Wanita hamil memerlukan kalsium sekitar 1000 mg ke 1300 mg sehari. Istimewanya Ostematrix kerana ia ia bukan sahaja kalsium, malahan lengkap dengan magnesium dan vitamin D (bantu penyerapan). 1 biji Ostematrix mempunyai 250 mg  kalsium. Magnesium membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang lalu menguatkannya, manakala vitamin D pula meransang penyerapan kalsium. 

Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi wanita hamil pula, ia penting untuk ransangan saraf dan mengelakkan kekejangan otot ketika hamil. Kalsium juga penting untuk denyutan jantung  dan tekanan darah yang stabil. Kalsium yang cukup ketika hamil amat penting kerana sekiranya bayi dalam rahim tidak mendapat bekalan kalsium yang cukup, bayi akan 'menarik' kalsium daripada ibunya, yang mana akan memberi kesan kepada ibu hamil seperti osteoporosis di kemudian hari.

Omega Guard - 1 biji sehari


Pengambilan Omega Guard Shaklee disarankan bermula pada trimester kedua dan ketiga. 

Penting untuk membantu pembentukan otak bayi daripada peringkat awal. Mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk otak dan mata bayi. Juga membantu mengawal kadar kolestrol dalam badan wanita hamil. 

ESP - 1 sudu besar sehari


Protein sangat penting untuk membina, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel, tisu dan hormon dalam tubuh. Protein juga penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang baik dan berkualiti penting untuk kesihatan keseluruhan yang baik, kerana sel yang sihat menyerap lebih nutrien daripada sel yang tidak sihat. Bagi wanita hamil, pengambilan ESP membantu memberi tenaga terutamanya ketika mengalami alahan (kurang/tak lalu makan). 

Selain daripada itu, protein ESP ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ-organ bayi. 

Panduan makan yang saya sediakan di atas adalah umum. Anda perlulah mendapatkan jadual makan yang sesuai dengan keperluan diri sendiri melalui SID masing-masing. 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Wanita dan kecantikan memang sangat sinonim. Tubuh yang langsing, kulit yang halus mulus gebu serta badan yang sihat bertenaga sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Wanita sanggup melaburkan ribuan ringgit demi merealisasikan impian ini, demi kepuasan hati.

Namun, melalui pengambilan vitamin Shaklee yang tepat dan konsisten, anda tidak perlu berbelanja besar apatah lagi kerugian. Cantik dan sihat, serta tahap keyakinan pun bertambah. Lebih menarik, anda juga mampu jana pendapatan dengan Shaklee.

Testimoni Puan E** di group ekslusif pelanggan Shaklee kami.

Baru 2 minggu guna produk Shaklee 
Hasilnya:- 
-Jerawat Kecut 
-Parut mula pudar 
-Body dah susut 
Adik saya cakap,badan saya dah kurus,nanti kalau kurus sangat takut x sesuai dgn ketinggian saya.dia syorkan bagi je semua shaklee tu pada dia.Waduh....waduh...mmg bijak adik saya.

Testimoni kurus dan cantik dengan Shaklee
Puan E** terkini (gambar ihsan group ekslusif)


Puan E** mengamalkan ESP, Vitamin E, Vitamin C dan Alfalfa

Alfalfa ibarat kacip fatimah
Alfalfa Shaklee Bapa Segala Tumbuhan

Vitamin E Shaklee kaya selenium dan tinggi antioksidan
Vitamin E Shaklee untuk kulit tiada parut

Petua kulit cantik? Amalkan masker ESP dan Vitamin E. 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com
Pada hari Jumaat yang lepas, sambil buat photoshoot dan videoshoot untuk vlog terbaru saya, sempat juga buat photoshoot untuk anak-anak comel saya ni.

Icha dan Bella suka Omega Guard Shaklee
Bella : Apa vitamin Shaklee kegemaran kak yong?
Icha : Mestilah Shaklee Omega Guard!

Meal Shakes Shaklee sangat sedap
Bella : Meal Shakes Shaklee pun sedap!
Icha : Haah! Rasa macam aiskrim je!

Bella : Alamak! Mak nak cakaplah kak yong..
Icha : Syyy.. diam-diam aje tau..

Tentu anda geram kan tengok aksi comel dan nakal mereka berdua ni? Inilah model vitamin Shaklee untuk kanak-kanak kesayangan saya.

Kedua-dua kanak-kanak comel ini dah dapat khasiat vitamin Shaklee sejak bayi lagi, melalui susu ibu. Si adik, Bella, lebih beruntung sebab daripada dalam perut saya dah diberi nutrisi lengkap dan semulajadi daripada Shaklee.

Bila boleh mulakan beri vitamin Shaklee pada anak-anak?


Sekiranya perlu, usia paling awal ibu-ibu boleh mula memberikan suplemen Shaklee adalah pada usia setahun. Sebelum setahun, berilah khasiat kepada bayi anda melalui susu ibu dan homemade food.

Apakah suplemen Shaklee yang sesuai untuk anak-anak?


Saya mengesyorkan pengambilan suplemen Meal Shakes dan Omega Guard pada anak-anak di bawah 4 tahun ; dan pada usia 4 tahun (rule of thumb) boleh mula berikan vitamin C chewable.

Berapakah sukatan suplemen yang perlu diberi kepada anak-anak?


Suplemen ialah 'makanan tambahan'. Justeru pemberian adalah mengikut keperluan sahaja. Saya syorkan ibu-ibu berikan maklumat terperinci kepada SID masing-masing supaya kami boleh mencadangkan jadual pengambilan vitamin yang bersesuaian.

Vitamin C Shaklee untuk kanak-kanak
Vitamin C untuk kuatkan imun

Meal Shakes multivitamin enak buat kanak-kanak
Meal Shakes pilihan kanak-kanak riang

Omega Guard Shaklee untuk perkembangan otak kanak-kanak
Omega Guard minyak ikan untuk minda cerdik

Terpulang pada ibubapa nak berikan semua atau salah satu je.. apapun, sebelum beli dapatkan dulu konsultasi daripada SID yang dipercayai k

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: www.diarivitamin.com