Alhamdulillah. Selesai sudah sessi Seminar Pertama Euphoria GBS yang telah berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada hari Sabtu yang lepas. Banyak ilmu dan pengetahuan yang membakar semangat diperolehi sepanjang sessi satu hari tersebut.
Eh? Saya pun bagi talk tau. 15 minutes sharing on how I'm doing this biz from home. Ini buktinya.
Heh heh. Namun, jauh di sudut hati saya langsung tak berpuas hati dengan performance saya masa tu. Yeahh.. I know myself better than others, but others know my talents better than me. Dah 5 - 6 tahun tak bagi speech kan? Tapi, this is only the beginning after a looooong break. Lagipun, saya style bagi penerangan ala usrah, saya suka bercerita, tak suka ada slide powerpoint, saya suka dera orang yang join untuk bercerita dan bagi pendapat instead of me yang membebel kat depan. Lebih senang faham, saya cuma reti jadi fasilitator/ naqibah (sebab tu yang saya buat selama ni)
Okey, dalam seminar tersebut, ada dua perkara penting dan menarik yang saya dapati sangat perlu diaplikasikan untuk menjadi seorang WAHM yang sukses.
Mencintai suami sepenuh hati
Mengasihi anak-anak sepenuh hati
Mencintai suami sepenuh hati
Ada TIGA perkara penting yang setiap isteri perlu jaga tentang suaminya supaya dia sentiasa jadi isteri yang dicintai dan menjadi igauan suaminya. Sekiranya kita mampu memenuhi ketiga-tiga perkara ni dengan sempurna, InshaALLAH, bukan setakat takkan cari lain, malah dialah pem'backup' nombor satu kita dalam apa juga aspek (yang betul).
- Menjaga makan minumnya dengan baik. Bukan setakat masak sendiri, tapi masaklah selalu sendiri pada waktunya (sarapan, lunch dan dinner). Kalau boleh masak sedap-sedap segala makanan kegemaran suami tu. Belajar. Bila balik kerja tu, pastikan beri suami tu segelas air buat penghilang dahaga (simple tapi bermakna). Lebih lagi, makanlah bersuap-suap walaupun anak-anak dah besar. Jangan malu-malu.
- Menjaga tidurnya. Pastikan bilik tidur kita dan suami sentiasa berada dalam keadaan kemas dan suami mudah nak gunakan. Maksudnya, dia nak cari pakaian, nak tukar pakaian, nak rehat, dan sebagainya mudah bagi dia. Ada suami jenis tak reti jaga kekemasan, sabar ajelah ye.. sambil kemas tu pesanlah kat suami tu supaya kesian kat kita. Apabila suami letih dan mahu tidur, pastikan tempat tidur tu dah siap, wangi dan kemas.
- Menjaga keperluan batinnya. Ini pun penting. Lelaki ni sebenarnya macam harimau je, bila dia lapar, dia mahu dan dia dapat makanannya, berhari-hari dia kekenyangan. Janji makanan tu sedap. So, jadikanlah diri kita ni makanan yang sedap dan fresh dan sentiasa terhidang. Haha. Kalau letih rajin-rajinlah makan vitamin. Shaklee kan banyak vitamin yang khusus untuk wanita? Jangan sibuk makan vitamin untuk tambah susu je, makan vitamin untuk tambah sayang suami pada kita juga
Mudah kan? TIGA perkara ni sangat membantu kita untuk mendapat sokongan dan kasih sayang daripada suami. Suami saya selalu berpesan, lelaki ni kalau isteri dia mendengar kata pun dah cukup bagi dia. Suami ada EGO. Jadi, banyakkan berbincang dan elak buat keputusan sendiri tanpa pengetahuan suami ya?
Mengasihi anak-anak sepenuh hati
Kita sering merungut, tak cukup masa nak berkemas, nak memasak, nak makan even nak rehat kerana terpaksa menguruskan anak sewaktu bekerja. Sebenarnya berdosa tau buat macam tu. Sebagai WAHM, walaupun bekerja (dari rumah), anak-anak adalah prioriti. Anak-anak adalah punca rezeki kita mencurah-curah. Macam saya sendiri, ramai orang mahu anak comel dan bijak macam Icha sebab tu diorang beli Shaklee dengan saya. Rata-rata yang beli dengan saya akan cakap macam tu. Alhamdulillah. Apa yang saya beli untuk Icha (buku, permainan, vitamin dll), kawan-kawan saya selalunya akan follow. So, memang Icha punca rezeki saya mencurah-curah.
Jadi, kenapa saya perlu marah pada Icha kalau dia minta perhatian kan? Itu hak Icha.
Bak kata Mommy Lyna, sepatutnya anak-anak dijadikan sumber kekuatan dan semangat untuk kita terus maju ke hadapan ; bukan alasan yang membuatkan kita give-up dan bersedih.
Inilah DUA rahsia terbesar yang saya perolehi semasa seminar itu sebagai seorang WAHM. Berbuat baik kepada ibubapa juga penting, hubungan dengan ALLAH juga penting, hubungan dengan manusia juga penting.. tapi, seorang wanita yang telah bersuami, syurganya adalah pada suami, dan amanah terbesarnya adalah anak yang dijaga. Manusia yang dihadap setiap hari adalah suami dan anak. Merekalah yang mendoakan kita siang dan malam.
Uruskan diri kita untuk menguruskan mereka. Apabila kita terurus, semua benda jadi mudah. InshaALLAH
lots of love,