Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Sebelum ini, banyak entri yang Ain selalu share berkenaan dengan kesihatan wanita dan kamak-kanak sahaja. Kebetulan bulan ini Promo bagi Vitamin E Complex, cantik sangat kiranya Ain nak share berkenaan kesihatan lelaki. Ramai yang tidak tahu masalah berkaitan dengan kanser prostat ini. Check it out !

PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundipundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis. Hormon-hormon yang lain pula dihasilkan dalam jumlah yang kecil oleh kelenjar-kelenjar adrenal. Seperti juga organ-organ badan yang lain, prostat terbentuk daripada berbagai-bagai jenis sel. Biasanya sel-sel berpecah untuk menghasilkan sel-sel yang lain apabila diperlukan. Proses ini membantu mengekalkan kesihatan badan.



Antara tanda-tanda awal Kanser Prostat



Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
* Tidak boleh mengeluarkan air kencing
* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
* Terasa sakit ketika air kencing keluar
* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha

Bagaimana cara mengesan kanser prostat:

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.


Peranan Vitamin E bagi Mengurangkan Masalah Kanser Prostat

Di Malaysia, kadar kemandulan lelaki telah meningkat daripada 15% kepada 30% dalam tempoh 5 tahun lepas. Vitamin E ini terbukti bermanfaat untuk rawatan kemandulan lelaki dan juga mengurangkan risiko kanser prostat. Selain itu, elemen antioksidan dalam Vitamin E dapat melindungi tubuh daripada penyakit jantung, kanser dan seterusnya menggalak kesihatan lelaki yang lebih optimum.
Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. 



Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Kini Vitamin E Shaklee ditambah dengan ekstrak Biji Anggur untuk hasil yang lagi hebat!


Antara Kebaikan Vitamin E yang lain


Untuk bulan Oct ni Vita E 2nd 50 % (Get 2 for 1 Price)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

Bila sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Tapi boleh ke nak tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah tidur berdengkur? Dan kita jugak tak tahu, entah entah selama ni bunyi dengkur kita yang macam enjin turbo tu yang mengganggu tidur orang.

Punca dengkur ni bukanlah sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan tu. Dengkur terjadi sebab ada halangan pada saluran pernafasan mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin jugak faktor habuk/alahan. Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini akan mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) akan bergetar. Getaran ini akan menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.



Daripada kita terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba untuk kurangkan masalah tu. Tak lah segan sangat bila terpaksa menumpang dekat rumah orang nanti. Jangan sebab dengkuran berkuasa turbo kita, tuan rumah yang  tak boleh tidur.


PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR

1. Alahan 
2. Tulang hidung yang bengkok 
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
4. Obes 
5. Alkohol 
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
7. Kedudukan tidur yang terlentang 
8. Tonsil yang bengkak 

KESAN TIDUR BERDENGKUR 

Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik 


CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR 

1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan 
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur 
3. Memilih posisi tidur secara mengiring 
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari 
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit 
6. Berhenti merokok


VITAMIN E COMPLEX DAPAT ATASI MASALAH DENGKUR


Vitamin E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah. Ia mampu mengatasi masalah dengkuran dengan melancarkan saluran pernafasan semasa tidur. Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

Anda sudah tahu jawapannya ! Jadi, yang mana ada masalah dengkur sewaktu tidur tu cepat-cepatlah ambil Vitamin E ni. Lagipun sangat bahaya juga kalau dengkuran ini berlarutan kepada kesihatan. Jika berminat, sila hubungi Ain seperti maklumat di bawah ye !



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Kuala Lumpur

Kenapa kita perlukan Vitamin E?

  1. Untuk kesihatan jantung dengan cara meningkatkan kadar HDL. Elok diambil bersama Omega Guard dan GLA Complex.
  2. Membantu meningkatkan kesihatan sistem reproduktif. Pengambilan 600IU - 800 IU Vitamin E sehari mampu menambah bilangan sperma.
  3. Anti penuaan dengan cara meransang penghasilan kolagen sekaligus kulit lebih lembab, anjal dan cerah.
  4. Vitamin E adalah anti-oksidan yang membantu mengukuhkan sistem imun, memelihara sel tubuh daripada dirosakkan oleh radikal bebas
Istimewa Jun, Shaklee Malaysia memberikan promosi khas ini untuk anda.


vitamin E Shaklee promosi
Satu set ini boleh dapat free membership
Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya seperti di bawah.

Hanya sebiji sehari untuk membantu menjaga kesihatan keseluruhan tubuh badan.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Khusus untuk bakal pengantin, vitamin Shaklee juga sesuai untuk anda. 

Cadangan vitamin asas untuk keintiman yang sihat ialah Vitamin E dan Alfalfa.




Vitamin E

- Anti oksida, anti penuaan, menyokong dan mempercepat pembaik pulihan otot dan baik untuk jantung, dan ada yang menggelarkannya sebagai sex vitamin!

Alfalfa

- Baik untuk kesihatan dalaman wanita, berfungsi seperti Kacip Fatimah (perapat!), membantu melancarkan kitaran haid, dan banyak lagi kebaikan Alfalfa di sini.


Vitamin E sebagai sex vitamin (vitamin cinta)

" Some like to call vitamin E the "sex vitamin". It gets this name for a couple of reasons. One, vitamin E has been said to aid in the production of sex hormones, which aids in attraction, desire, and mood. Two, it prevents age and disease, which of course indirectly boosts the longevity of anyone's sexual lifestyle. Some women prefer to use Vitamin E as a lubricant during sex to heighten their experience considerably. Always make sure that the Vitamin E will not reduce the effectiveness of a condom, if using one, as latex is prone to disintegrate with certain oil-based lubricants. "

Testimoni customer kami :))
" Sejujurnya, pertama kali saya consume Shaklee Vit-E adalah selepas menjalani pembedahan “Surgical Incision and Drainage”. Tujuan asalnya ialah untuk pemulihan luka. Walaupon luka masih belum sembuh, saya notice yang saya turut mendapat “side-effect” yang lain, tapi bukan negatif yaa. Sangat2 POSITIF! Alhamdulillah. Mula2 nya seakan2 tak percaya yang itu adalah penangan Vit-E. Tapi, bila saya kaji dan terus mengkaji, benarlah itu adalah kesan yang baik daripada Vit-E. !), pengambilan Vitamin-E tidak menggangu penyususan susu ibu. Apatah lagi, sangat membantu mencantikkan kulit! Sudah hampir setahun saya mengambilnya untuk tujuan antioxidants dan kesihatan kulit, dan anak saya masih lagi mendapat khasiat susu ibu.."

Credit to genkimomma.com

_____________________________________________________________________________________________________


Perkongsian daripada website http://home.hamidarshat.com/

ISTERI LEMAH SYAHWAT


Soalan

Saya ingin mengetahui mengapa saya tidak mempunyai keinginan melakukan hubungan seks. Saya rasa saya mempunyai masalah ini. Kadang-kadang untuk merasakan keinginan melakukan seks itu hanya timbul 2-3 bulan sekali. Ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak senang suami. Saya sangat-sangat berharap ada penyelesaian untuk ini. Walaupun suami telah cuba sedaya upaya menghairahkan saya- saya masih tidak merasa apa-apa. Saya ingin sekali mempunyai perasaan itu walaupun seminggu sekali. Tolonglah saya doktor selesaikan masalah ini kerana seringkali ia menjadi punca pertengkaran kami.

Jawapan




Tentang kedinginan seks ini kebanyakan daripada masalah ini ditimbul daripada tekanan mental. Stress mungkin timbul di tempat kerja ataupun di persekitaran rumahtangga khususnya jika kita jenis yang sangat sensitif dan mudah tersinggung emosi serta tidak pandai untuk menangkis tekanan mental ini. Terdapat banyak kaedah untuk mengatasi tekanan mental ini. Diantaranya ialah untuk menguatkan iman dan taqwa menerusi ibadah kita seperti membaca Quran, sembahyang dan banyak berzikir kerana semua perbuatan ini akan mengurangkan ketegangan fikiran dan mungkin seterusnya akan dapat merangsang kegairahan seks.



Puan mesti ambil peranan seks ini sebagai tanggungjawab isteri dan kita mesti bersikap aktif dan pro-aktif dalam hal ini. Jangan cuba mengenepikan atau menyorokkan perasaan ini kerana tanggungjawab ini adalah sangat penting demi untuk kedamaian rumahtangga. Jika dengan kaedah-kaedah mengurangkan tekanan tidak berjaya, saya fikir eloklah puan juga melihat keadaan kesihatan samada terlalu gemuk ataupun mengidap sesuatu penyakit yang mana ini memerlukan juga rawatan dari doktor. Tentukan makanan puan berkhasiat dan mengandungi vitamin yang cukup. Cuba amalkan Multi-vitamin ( banyak jenama dipasaran), Vitamin C Dos tinggi iaitu 1000Gram dan Vitamin E 800IU sehari.



Seterusnya puan juga perlu mendapatkan kaunseling sebaiknya daripada doktor pakar saikaitri khusus dalam bidang seksual dan perkahwinan. Mungkin puan boleh hubungi jabatan kauseling dan sakaitri di HUKM untuk mendapat bantuan tentang masalah ini.

_____________________________________________________________________________________________________



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Gombak, Shah Alam & Subang Jaya