6 TAHUN SEBAGAI SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR


Alhamdulillah, tahun 2016 ni genaplah 6 tahun saya menjadi seorang SID (Shaklee Indepedent Distributor) dan menjalankan bisnes Shaklee secara online dan offline dari rumah. Alhamdulillah juga, sepanjang 6 tahun ini, banyak pengalaman dan ilmu yang saya kumpulkan untuk menjadi panduan bukan sahaja merangkumi aspek bisnes malahan kehidupan dunia dan akhirat.

Asal mula saya terjebak dengan Shaklee ini adalah atas asbab mahu mencari suplemen yang sesuai untuk surirumah sepenuh masa yang menyusukan anak. Itu aje. Entah macam mana, rezeki saya ada di bisnes ini setelah pelbagai jenis bisnes saya lakukan sebelum itu tak pernah menjadi pun sejak daripada berjawatan 'surirumah'.


KOMITED TANPA MATLAMAT YANG JELAS



Bulan pertama saya buat bisnes Shaklee ni dah berjaya dapat bonus RM500++. Alhamdulillah, melalui perkongsian di blog SAHAJA pada waktu itu, income sebanyak itu memang agak banyak bagi seorang surirumah sepenuh masa. Sambil saya menguruskan anak sulung saya yang baru nak masuk umur 2 bulan, sambil saya buat hobi saya menulis blog; berkongsi pengalaman jaga anak dan makan suplemen Shaklee aje.

Bulan kedua, saya rank up Supervisor dalam Shaklee; rank pertama Business Leader. berapa bonus saya pada bulan kedua tu? Total lebih RM2000 TIDAK TERMASUK REWARD free water filter Shaklee yang pasang kat sink dapur tu. Alhamdulillah.. rezeki anak kata orang, kan? Masa takde anak dulu, buat bisnes sungguh-sungguh nak dapat sorang customers pun bercinta rasanya kata orang Perak heheh..

Cuma silap masatu, saya komited tanpa matlamat. Saya enjoy buat bisnes Shaklee tapi tak tau apa roadmap saya dalam bisnes ini nanti. Tambahan, target saya mahukan water filter free tu dah achieved. I was lost.


MENANGIS TENGOK AWARD ORANG



Lepas tu, saya buat bisnes Shaklee macam biasa. Tak tau kepentingan untuk maintain pada rank yang saya dah achieved; apatah lagi kepentingan mahu capai rank lebih tinggi. Zon Selesa, barangkali? Bonus pun kejap banyak, kejap sikit. Tapi dah lebih dari cukup nak bantu saya follow suami outstation sana-sini tanpa minta duit belanja daripada suami.

Lepas tu ada announcement mengenai Shaklee National Conference. Teruja, sebab katanya itu event Shaklee buat untuk raikan para SID cemerlang. Saya pernah rank up mestilah cemerlang, kan? Itu saya fikir. 

Sayangnya, nama saya takde... sedih tau. 

Rupa-rupanya, ada syarat supaya dapat award semasa event tersebut, dan antaranya kena maintain pada certain rank selama beberapa bulan. Haha.. no wonder la tak dapat. Menyesal. 

Tapi, saya ajak juga suami temankan saya ke majlis tu. Tak silap saya, tahun tu juga Shaklee Malaysia baru keluarkan Water Pitcher yang ramai orang guna sekarang ni. Sempat bergambar 3,4 keping dan sempat jumpa mentor-mentor saya untuk peluk dan ucap tahniah pada mereka.

Hati saya basah dengan tangisan. Shaklee brings lots of happiness to me, tapi saya silap langkah!


PRESIDENTIAL AWARD IMPIAN SEPANJANG MASA



Alhamdulillah.. tahun-tahun selepas tu, nama saya sentiasa ada dalam setiap acara tahunan Shaklee National Conference. Malah, suami saya juga dah retire young daripada jawatan sebagai Account Manager di sebuah syarikat GLC, kerana melihat peluang besar dan cerah yang ada dalam bisnes ini.


Besar tu banner Shaklee buatkan :)


Paling best, macam-macam awards dah kami dapat. Antara paling best ialah anugerah Presidential Awards dan Million Dollar Earners. Bolehlah tengok video ni yang suami saya buatkan khas sempena kejayaan pada tahun tersebut.

Kat bawah ni pula, video pihak Shaklee buatkan untuk kami yang achieve Presidential Award. Muka kami keluar pada minit ke 2:25 tu.





APA YANG SAYA SUKA TENTANG CARA TEAM SHAKLEE KAMI BEKERJA?




  1. Mengutamakan pengetahuan produk daripada keuntungan semata-mata. Baik upline mahupun pihak syarikat, selalu menekankan ilmu produk terkini kepada semua SID.
  2. Upline dan syarikat berlumba-lumba mahu memberikan yang terbaik buat para SID; baik dari aspek ilmu pengetahuan, mahupun rewards.
  3. Konsultasi diberi secara percuma untuk semua pelanggan kami.
  4. Support group yang kuat dari pelbagai aspek.
  5. Boleh bergerak secara online dan offline; tiada kekangan method manapun yang kita suka dan selesa dalam menjalankan bisnes.
  6. Paling best dengan team kami, ibubapa tak perlu asingkan anak-anak dalam menjalankan bisnes. Ke kelas, ke majlis anugerah malah ke meeting pun anak-anak kami sentiasa menemani. Malah, pihak Shaklee pun siapkan playroom untuk anak-anak di headquarter.


Ada banyak lagi. Cukuplah tu. Saya memang gembira buat bisnes Shaklee ini. Saya miliki kebebasan masa, kebebasan jiwa, kebebasan kewangan dan kebebasan merancang serta menentukan masa depan saya dan keluarga. Takde siapa yang push. Alhamdulillah.

Malah, sejak buat bisnes Shaklee jugalah, saya dan suami boleh travel satu dunia bersama anak-anak tanpa risau ada komitmen lain mengganggu. 

Diharapkan entri ini menjawab persoalan anda tentang bagaimana saya boleh terjebak dengan bisnes Shaklee dan kenapa saya masih bertahan sampai sekarang.. alhamdulillah.

Jika anda berminat nak tau lebih lanjut tentang daftar sebagai pengedar Shaklee ni, jangan segan-segan hubungi saya ya! 

Adios Amigos! Chiao! Bye!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Apa yang best sangat pasal Vivix ni sampai ramai yang suka nak hadiahkan Vivix pada ibubapa masing-masing?


4 Sebab Anda Perlu Hadiahkan Vivix Untuk MakAyah

  1. Minum aje, direct atau dibancuh
  2. Rasanya sedap 
  3. Kesan cepat
  4. Bantu beri tenaga


Vivix untuk mak ayah
Jom baca pengakuan Anna

Tulang Kaki Mak Retak Dihempap Meja


Sebut pasal vivix teringat kisah masa mula-mula kenalkan vivix ni dekat mak saya..

Alkisahnya mak saya pernah crack tulang kaki akibat ditimpa meja hiasan batu taman.. rentetan dari tu sakitnye membawa sampi ke lutut.. sape tak sedih tgk mak sendiri nak berjalan pun susah.. sampai bertongkat.. menitis air mata tengok mak.. kalo keluar berjalan lagi la sedih sebab mak hanya boleh jalan sekejap je , lebihnya mak kena duduk tunggu kami,tak join sekali.. badan mak pun cepat letih dan tak bertenaga..Hati tak tenang pikirkan mak.. macam-macam jugak mak cuba nak pulihkan kesihatan terutama kaki..sampai satu tahap mak dah ala-ala give up.. 

Satu hari tu saya belikan mak vivix.. masa bagi dekat mak , mak kata dekat saya; "ada apa dengan vivix? Bagus ke?"..mula-mula biasa la mak doubt sikit.. saya terangkan dekat mak function vivix.. alhamdulillah mak nak cuba.

Hampir habis dua botol vivix, perkembangan mak positif.. alhamdulillah, mak beransur kurang sakit.. mak bgtau dia dah kurang letih dan rasa bertenaga.. walaupun kaki mak tak pulih sepenuhnya tapi kami bersyukur mak makin ceria..

Hadiahkan Vivix Selalu Untuk Mak


Sekarang memang mak tak pernah skip ambik vivix.. habis je kami topup belikan.. tapi bulan lepas tak veli vivix sebab dapat vivix free menang contest supermom shaklee story.. mak kata memang dia doakan saya menang no 1, menang vivix. Tq mak doakan anakanda mu ini..

Tiap kali belikan vivix mak terngiang-ngiang lagi kata-kata mak; "ada apa dengan vivix?"

Bukan Anna aje, ramai lagi yang hadiahkan Vivix untuk mak masing-masing..



Tekanan darah turun
Apa tunggu lagi, buat pesanan Vivix anda sekarang!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya