Oleh: Irfan Khairi
Ingin saya celoteh sedikit mengenai apa yang dikenali sebagai "perniagaan ikut-ikutan", atau perniagaan mengikut "trend"... orang jual X, kita pun jual X. Bukan menjual serbuk cuci jenama X... tetapi, gantikan 'X' tu dengan apa sahaja produk atau perkhidmatan...
Contohnya, kita boleh lihat trend di Internet...
  • Ramai sahaja yang menjual 'tudung' di Internet. Tak salah, malah bagus pun jual tudung... disamping mencari rezeki, menggalakkan tutup aurat.
  • Bila lihat industri fotografi, banyaknya 'wedding photographer' di Internet. Berbagai harga yang disediakan... sampai ada kenalan profesional photographer saya mengadu makin susah nak cari makan.
  • Time musim perayaan, sudah tentunya trend menjual 'kuih raya' di Internet. Kalau muka kita tak kena tag dengan kuih raya di Facebook, memang tak sah la masa bulan Ramadhan ;)
Anyway, seperti saya kata, tak salah mengikut trend, atau mengikut perniagaan lain, dan menjadi perniagaan ikut-ikutan. Rezeki ada di mana-mana sahaja.
ikan.jpgDalam banyak-banyak ikan yang menarik ni, ikan mana yang anda tertarik?
Ikan yang berbeza bukan? ;)
Cuma, dalam perniagaan, bila persaingan terlalu tinggi, maka makin susah untuk perniagaan kita mendapat keuntungan yang hebat. Keuntungan yang HEBAT ya saya sebut... nak dapat keuntungan yang biasa-biasa, memang boleh. Tetapi, dalam perniagaan, kita mahukan keuntungan yang HEBAT.
Bila nak mulakan perniagaan, kita perlu sedikit kreativiti. Kreativiti dalam meminimakan pesaingan kita. Bila kurang pesaing, lagi mudah kita hendak mendapat keuntungan yang hebat. Sebagai contoh...
  • Kalau minat fesyen muslimah, tak semestinya menjual 'tudung' sahaja. Menjual 'baju renang muslimah' juga adalah fesyen muslimah.. dan mungkin persaingan adalah jauh lagi rendah dari menjual tudung.
  • Kalau bidang 'wedding photography' terlalu ramai pesaing, bidang forografi lain masih ada... product photography, family photography, baby photos... dan macam-macam lagi. semuanya permintaan tinggi juga.
  • Time-time raya, memang tak boleh lari dari kuih raya ;) Tetapi boleh sahaja jadi lebih kreatif seperti masih lagi menjual kuih raya yang di pakejkan dengan unik dan lebih cantik. Dan disasarkan kepada pasaran koprat sebagai high class 'gift'. Menjadi kreatif, tak semestinya tukar produk ya... tukar sasaran pelanggan pun kreatif juga.
Jadi, dalam perniagaan, cuba cari kelainan...  sukar sekiranya terlalu ramai pesaing untuk mendapat keuntungan yang HEBAT. Cuba fikir kreatif dan jangan terlalu mengikut-ikut perniagaan lain.
Bila saya sendiri hendak mulakan sesuatu perniagaan, soalan pertama yang saya akan tanya pada diri sendiri adalah 'how to make it different?'. Anda juga patut lakukan yang sama ;)

source : IK Newsletter








Masih saya ingat lagi, sebelum berkahwin dengan hubby, kami berdua mempunyai satu persamaan yang tersembunyi ~ suka collect duit syiling! Best sangat! Hubby masa bujang-bujang dulu, dia simpan seeemua duit syiling dia dalam stokin sampai berat giler! Saya pulak, simpan duit syiling saya dalam satu pouch khas. Bila ada kelapangan, kami berdua suka susun-susun duit syiling tu dan ralit mengira.. lepas tu sibuk bergayut kat telefon cerita pasal hasil collection masing-masing.

BEST SANGAT TAU!

Lepas dah officially husband and wife, kami teruskan amalan murni ni bersama-sama. Kali ni dah ada tabung. Tabung KFC. Hehe. Sampai berat giler tabung tu jadinya.. sampai dah takde muzik! Asal balik kerja aje, saya kutip semua duit syiling hubby dan masuk dalam tabung. Saya punya pun tauu.. saya nampak aje duit syiling bersepah-sepah, ataupun duit kertas keronyok-keronyok bersepah (walaupun RM10), saya masuk dalam tabung. Hubby yang ajar sebenarnya.

Now ni, kami teruskan amalan murni ni pada Icha pulak. Collection yang lama dah masuk buat buka akaun Tabung Haji kami bertiga. Hehe. So, sekarang ni kami dah ada collection baru. Kali ni, semua kami simpan untuk Icha. Icha ada 3 tabung tau ~ tabung KFC, tabung CIMB, dan tabung Bangungan TH.

tabung-tabung-icha

Dan .. baru-baru ni, Icha dah tambah lagi dua tabung baru.
Taraaa!!!

tabung-icha

Hehe.. tabung kucing dan juga tabung puppy! Comey kan? Winking smileMeh tengok macam mana tabung-tabung comey ni berfungsi.

Comel aje kucing tu ambik duit syiling tu :)

Hehe.. tengok sampai habis. Icha dah pandai dah …

So, di sini saya nak buat satu announcement istimewa buat kawan-kawan pengunjung dan pembaca setia blog www.yoursupermom.com yang berminat mahu mendapatkan mana-mana tabung comel ni, untuk dihadiahkan kepada anak-anak anda sebagai galakan awal menabung.
Info sharing daripada :

Panduan Penyusuan Susu Ibu - Masalah penyusuan, Teknik Penyusuan, Kaedah Penyusuan, Hukum Penyusuan

Saya sering bertemu dengan ibu-ibu yang tidak begitu peka dengan amalan yang kurang tepat dalam penyusuan susu ibu. Antara amalannya adalah seperti menunggu sehingga susu penuh dan membengkak sebelum pergi memerah susu. Amalan ini dalam jangka masa panjang akan menyebabkan susu semakin berkurangan kerana apabila susu terlalu penuh, otak akan menerima maklumat bahawa terlalu banyak susu yang dihasilkan. Ini akan mengurangkan pengeluaran susu sedikit demi sedikit. Sekiranya amalan ini diteruskan, susu akan semakin berkurangan dan seterusnya menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup.

Sekiranya ibu tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai penyusuan susu ibu, dia akan menambah kekerapan memerah susu dan mengambil pemakanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran. Bagaimana pun, malang sekali apabila ada juga ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan menambah susu formula bagi menampung keperluan bayi mereka.

Selain itu, saya juga beberapa kali terlihat susu yang baru diperah diletakkan dibahagian beku (freezer) ketika di tempat kerja. Amalan ini tidak salah sekiranya anda berhasrat untuk menyimpan susu perahan untuk tujuan stok. Bagaimana pun, adalah lebih baik sekiranya susu perahan itu diletakkan di bahagian bawah (bahagian belakang) peti sejuk untuk kegunaan hari berikutnya. Ini adalah kerana, susu yang telah dibekukan ditempat kerja mungkin akan cair ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Perlu diketahui bahawa seelok eloknya susu perahan beku yang telah cair perlu digunakan dalam tempoh 24 jam bagi menjamin kualiti dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.


First day of new schedule for me and Icha. I’ll update about this later, inshaALLAH. Since I’m so inspired by this website ( www.breastmilkcounts.com), so I would like to share another interesting tips with you, especially for preggies who read my humble blog. Red heart

My Breastfeeding Plan - Your Breastfeeding Plan is your plan of action. It helps your family and health-care providers understand your ideal hospital experience and feeding goals.
My Breastfeeding Plan - Your Breastfeeding Plan is your plan of action. It helps your family and health-care providers understand your ideal hospital experience and feeding goals.
The plan can be completed with
  • Your doctor
  • Your baby’s doctor
  • The hospital staff
Exclusive Breastfeeding
My goal is to exclusively breastfeed my baby. Please do not give my baby any supplements before speaking to me or my birthing partner. I need all of my baby’s suckling to be at my breast in order for me to establish a good milk supply.
No Bottles or Pacifiers
Please do not give my baby artificial nipples including pacifiers or any types of bottles filled with formula, water, or glucose water. If there is a medical reason for supplementation, I would first like to speak with a lactation consultant or pediatrician about trying alternate feeding methods with expressed breastmilk.
Skin-to-Skin
When my baby is born, I would like to have him/her placed on my chest, skin-to-skin with me for at least thirty minutes. If possible, please perform routine newborn evaluations with my baby on my chest. Throughout our stay, I want to be able to hold my baby skin-to-skin as much as possible. A blanket may be placed over us, but not between us, if extra warmth is necessary.
First Hour
Please help me initiate breastfeeding within 30-minutes to 1-hour of delivery. This means placing my baby skin-to-skin as soon as possible after birth and offering to help to begin breastfeeding when my baby seems ready (e.g. rooting, licking lips, etc.). Please do not force my baby to take the breast if he/she is not showing signs of readiness. Instead, keep my baby skin-to-skin with me until he/she is ready to try to latch.
Routine Exams
Please examine my baby in my presence and do not take him/her away from me unless he/she requires medical treatment that cannot be done in my room.
Emergency Cesarean
If I have a cesarean, I would like to hold my baby skin-to-skin as soon as possible after the operation. If I am unable to for some time after the delivery, then please allow my partner to hold my baby skin-to-skin.
Rooming In
I would like to room in with my baby 24 hours a day to give my baby plenty of skin-to-skin time and so I can learn my baby’s feeding cues and feed him at his first sign of hunger. If for some reason my baby and I are not in the same room, please bring him/her to me at the earliest hunger cues, such as sucking on hands, making sucking noises, rapid eye movements or rooting.
Breastfeeding Assistance
Please teach me how to identify a good latch and how to correct my baby’s positioning and latch if improvement is needed. Please teach me how to recognize my baby’s early hunger cues and how to tell if my baby is breastfeeding well.
Breast Pumps
If my baby is unable to breastfeed or is separated from me due to medical reasons, I want to be able to use a breast pump within 6 hours of delivery. If you think I am going to need a pump longer than my hospital stay or if there is not a double electric breast pump available, please remind me to call my WIC office for a pump.
Discharge Bags
Please do not give me a discharge bag containing formula or show me any promotional or marketing materials concerning artificial baby milk.
Breastfeeding Support After Discharge
I would like to receive contact information for breastfeeding support in case I need help with breastfeeding after my baby and I are at home.












We'll start new schedule today. InshaALLAH.

Another topic to share everyday now - Icha's Homeschool. TBU later.

Thoughts of the day :)
It is especially important during infancy and childhood because of its effect on growth and development. Breastmilk is the best nutrition you can give your baby. Many of the important ingredients in breastmilk are not found in artificial baby milk.

Breastmilk protects your baby from illness and infection and promotes brain development.

It is very easily digested and changes daily to meet your baby’s nutritional needs. It also helps in other ways. Breastfeeding creates a close emotional bond between you and your baby. It improves your baby’s oral and facial development. And it lowers your risk of breast cancer and ovarian cancer later in life.

By breastfeeding, you are doing something only you can do for your baby and giving baby the very best




lots of love,

Minat & Perniagaan Oleh Irfan Khairi


Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat...
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita takkan rasa cepat sangat nak give-up/putus asa. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
* Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat... kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari! Penyelidikan mengatakan bahawa, lebih dalam ilmu seseorang itu dalam sesuatu bidang, lebih tinggi pendapatannya!
Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat...
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan... tetapi, keputusan akan tetap sama kerana perniagaan industri lain juga bukan minat kita!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh... seperti melepaskan batuk ditangga. Bila tidak bersungguh-sungguh, maka, pulangan yang datang kepada kita juga tidak bersungguh-sungguh!
* Kalau buat perkara yang kita TIDAK minat... kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kelak akan gagal...
Jika dipantau kisah-kisah kejayaan dan juga membaca biografi mereka yang berjaya, semuanya melakukan apa yang mereka minat sebagai perniagaan. Adakah anda mempunyai minat yang boleh dijadikan perniagaan? Apakah minat anda?
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat... ataupun tak minat? ;)

CINTA ITU … (hah! sila sambung ye?) Red heart









Washington, Oct 1 : New moms breastfeeding their babies may require more aerobic and resistance exercise to offset temporary bone loss caused by calcium depletion, says a recent study.
Cheryl Lovelady and her team from the American College of Sports Medicine (ACSM) measured bone mineral density in 20 women four to 20 weeks post pregnancy.
They found that those who didn't exercise lost around seven percent of their lower-spine bone density in that period.
"During lactation, women transfer around 200 milligrams of calcium per day from their own stores to their breast milk," Lovelady said.
"Calcium is critically linked to bone density and health, and this depletion can result in loss of bone mineral density. When mothers wean their infants, bone mineral density usually returns to normal levels," she added.
"We proposed that weight-bearing exercise would minimise bone losses during lactation and decrease the risk of osteoporosis later in life," Lovelady said.
Exercise - especially strength training - can slow bone loss during lactation, the study found.
Besides, regular weight-bearing exercise has an added benefit for moms trying to shed post-pregnancy weight: It significantly improved their body composition compared to the non-exercisers, lowering their body fat percentage and increasing lean mass, even without dietary intervention.
The findings were published in the journal Medicine & Science in Sports & Exercise.
--IANS



Notes : Really hopes all mommies realized now that exercise is VERY IMPORTANT. Start now!


Lately saya memang kelaparan di tengah-tengah malam. So, tadi masa ‘melantak’ hehe .. saya pun borak-borak dengan boyfriend saya

HUBBY : Abang baca kat dalam Readers’ Digest. Kat Jepun, ada satu tempat nama Okinawa. Tempat tu rata-rata orang berumur 100 tahun dan ke atas. Berbanding dengan kat satu area lagi. (actually hubby ada bagi figure tapi saya lupa.. hihi)
SAYA : Macam mana diorang buat bang?
HUBBY : Diorang jaga makan.
So, hubby pun ceritalah pasal lifestyle penduduk kat Okinawa tu based on his readings tu. Very impressive! Kalaulah kita semua boleh go for truely natural macam tu, kan? Tapi, saya tambah lagi.
SAYA : Tapi bang, lebih baik kita ni panjang umur dan tak nyanyuk.
HUBBY : Betul. Kalau nak macam tu kena rajin membaca dan berfikir. Kena banyak guna otak. Tengok macam Mbah Minah (nenek sedara hubby kat Singapore), dia rajin buat sudoku dan kraftangan. Tengok macam Adib (adik ipar hubby dari Melbourne/ Singapore – Math’s genius), setiap masa otak dia berfikir.
So, lepas ‘melantak’, terus insaf nak jaga makan.. hehe.. dah kenyang baru sedar diri ekk hadha? Saya mengandung ke lapar je ni .. kekeke! (tak mungkin sebab saya period macam biasa ok last month. simptom ni dah start lepas period tu lagi). Saya browse pasal kisah panjang umur penduduk Okinawa ni dan here you are .. BACA!





Penduduk dunia yang paling tua ditemui berada di pulau Okinawa Jepun. Di Okinawa, 28.6 per 100,000 penduduknya berusia melebihi 100 tahun, berbanding 8.9 di Japan dan 3.0 di USA.  Bukan sahaja mereka ini aktif secara fizikal pada umur 90′an, mereka juga berfikiran positif serta tekun. Sila tonton video pendek CNN mengenai gaya hidup penduduk di pulau Okinawa disini.
Apakah rahsia mereka? Banyak kajian telah dilakukan, dan boleh diringkaskan seperti berikut:
  1. Diet rendah gula, lemak dan garam - lihat piramid pemakanan mereka:
    okinawa_diet_food_pyramid1
    The Okinawa Diet
  2. Banyak Bersenam – kebanyakan mereka adalah 90′an dan masih berlari, menari atau memanjat pokok untuk memetik buah. Bersenam adalah untuk berlibur (enjoy) ditambah pula ia dilakukan dalam kumpulan. Ini termasuk senaman mental – untuk mengekalkan otak sentiasa aktif.
  3. Tidak merokok– amat berbeza dengan orang Jepun yang biasa.
  4. Moderate atau sedikit alkohol- tetapi banyak minum teh hijau.
  5. Pengurusan stres yang baik - komuniti yang akrab/rapat memberikan sokongan psikologi interaktif dan kepercayaan yang meningkatkan perasaan optimis yang kuat serta kelihatan positif. Terdapat banyak aktiviti mental dan setiapnya dikaitkan dengan tujuan kehidupan.
  6. Capaian kepada rawatan perubatan/pergigian yang baik- kerap melakukan pemeriksaan kesihatan.
  7. Mendapatkan tidur malam yang cukup sekurang-kurangnya 6 jam.
Dengan amalan di atas, di Okinawa, amat jarang penduduknya dijangkiti penyakit kanser, sakit jantung dan  Alzheimer. Sungguh menakjubkan.

Rujukan : Diet Penduduk Okinawa – Panjang Umur & Sihat « KinoKatsu



Impressive! I loike! Simple je tapi memang tak ramai yang mampu buat 7 rahsia tu kan? So, mommies cangguncam semua.. marilah kita sama-sama jaga kesihatan dan banyakkan berfikir (^_^)

Info sharing daripada blog Mommy Lyna (mysuperkids.net)

Kebiasaan bagi ibu yang menyusukan atau yang ingin menyusukan, antara perkara yang sering dicari maklumat tentangnya ialah makanan untuk banyakkan susu ibu.
Secara peribadi, bagi saya konsep ini adalah satu perkara yang patut diubah. Kerana perkara utama atau faktor utama untuk membanyakkan susu ibu ialah

kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
  • Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
  • Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
  • Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
  • Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
  • Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
  • Tinggi kalori – longan kering, kurma.
  • Tinggi kalsium – susu.
  • Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
  • Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
  • Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
  • Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
  • Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Pengambilan makanan di atas semasa hamil? Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu. Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan? Bagi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.
Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu? Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.
Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu? Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.
Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing.. namun bagi manusia, proses tersebut tidak semudah seekor kucing menyusukan 8 ekor anaknya ( ada juga kucing yang taknak menyusukan anaknya, mujur zaman sekarang ada FM untuk kucing, kalo tak kesian anak2 kucing tu) atau harimau menyusukan anaknya (seganas2 harimau adalah ibu yang penyayang). Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.
Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.
Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.
Perlukah makanan tambahan untuk kanak-kanak? Asasnya, jika anak- anak anda bukan jenis fussy eater serta mendapat segala nutrien daripada meals hariannya, makan makanan tambahan tidak perlu. Namun, jika sebaliknya, anda boleh memberinya makanan tambahan sebagai usaha untuk membekalkan zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.

Jom baca testimoni Ina, ibu muda beranak kembar tentang suplemen Shaklee untuk kanak-kanak
Saya susah hati betul dgr Dr William cakap..tp encik suami cool aje" ok lah tu dah minum susu"..

Saya ke Farmasi belikan macam2 vitamin yg plus Lysine n pre- and probiotic supplements..

Namun ianya masih sama...baca pulak artikel kita kena pelbagaikan menu,saya belipun buku Wardina "Mama Saya Lapar"...tapi ianya bagus untuk si kembar saya yang hanya berhenti makan bila tidur..waktu lain mulut mereka hanya menguyah aje yg paling mereka sukai epal n brokoil(tq wardina atas tips ini...abangnya?????.

Alhamdulillah. dengan milk shake+ susu, Vita lea for Children selama 1 minggu di samping kapsul minyak ikan Omega Shaklee guard... (sedap dikunyah begitu sahaja)......nakkan anak anda bijak?..pastikan diet hariannye tinggi kandungan DHA..untuk perkembangan otaknya. Sekarang Aiman akan mkn nasi 3 kali sehari dan selalu tgh malam dia tak boleh tidur sb lapar katanya..Benarlah Milk Shake n Vitalea sesuai untuknya. mungkin anda boleh mencuba..dan dapatkan kesan yg sama seperti aiman sekarang dia dah sgt montel
So, Jom kita baca dengan lebih lanjut mengenai makanan tambahan untuk kanak-kanak ni!

Makanan Tambahan Kepentingan
shaklee-chewvitalea
  • Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B
shaklee-chewvitc

  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan*
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat*
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging*
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan*
shaklee-meal-shake
  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendak lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
shaklee-omegaguard

Merupakan minyak ikan terbaik di dunia. Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*
cantik kan? edited by hubby tau. logo ni memang dihasilkan daripada gambar asal saya dan icha. hehe.

jangan curi ye ..

ini pulak edited by saya .. tapi tak guna adobe photoshop pun (sebab belum install). cute kan icha? neck-covered inner ni beli kat www.alhumairacontemporary.com (Hani Elia Rousli - model NUR). icha mula-mula syik nak cabutkan je inner tu, tapi bila tengok mak dia pakai gak.. baru dia okey.


benda-benda macam untuk release tension sebenarnya. melepaskan ketegangan fikiran melalui seni. tapi yang ini secara digital. saya kecik-kecik memang suka melukis. lukis gambar fesyen baju sampai orang ingat saya nak jadi fashion designer. hehe. tapi diorang salah, cita-cita saya nak jadi isteri orang kaya (^_^)

ameen.

lots of love,
Kita sedia maklum akan kepentingan mengambil sarapan. So, saya just nak highlight 4 kepentingan sarapan kepada anak-anak kita.
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih bijak. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mengambil sarapan dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan :
Markah lebih tinggi
Daya fokus lebih tinggi
Lebih kerap mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran
Lebih cekap membaca dan membuat matematik
Daya taakulan lebih cekap, terutama untuk latihan yang sukar
Kurang stress
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan kebiasaannya lebih sihat ; mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan. Mereka juga kurang 'ponteng' ke sekolah,
  • Kanak-kanak yang mengambil sarapan juga didapati mempunyai berat badan yang lebih ideal - kurang mendapat penyakit dan kecederaan berbanding kanak-kanak yang overweight. Kanak-kanak yang memulakan hari dengan keperluan nutrisi yang ideal (sarapan yang lengkap dan berkhasiat) cenderung untuk tidak mengambil kalori yang berlebihan pada meals yang lain.
  • Mereka yang bersarapan secara sihat akan makan secara sihat juga untuk sepanjang hari. Which means, sarapan sebenarnya menggalakkan kanak-kanak untuk cenderung kepada amalan pemakanan berkhasiat dan seimbang.
So, to all parents out there.. jangan malas-malas sediakan/ bagi anak bersarapan yea? Betapa sarapan ni penting sampai ada quote macam ni:

Eat breakfast like a king, lunch like a prince, and dinner like a pauper.
Adelle Davis
(1904 - 1974)

 

lots of love,
 
Tapi, macam mana nak handle kanak-kanak yang picky eater lak ye? ;)
Our children appreciate the little love notes that we sprinkle around to motivate and encourage them.

  • A well-timed Post-it on the bathroom mirror that says, “You can do it!” encourages the child who later on that day will compete in cheerleader tryouts.
  • Place a little Post-it on the top of a pile of completed homework that says, “Done!”
  • An animated e-mail sent to your child’s mail-box is a nice high-tech touch.
  • Paste a little note on a pillow after your child has cleaned his room that says, “Nice work!”
  • A happy-face picture in a child’s lunch box encourages a great afternoon.
 Appreciation is a way to show your love to them (^_^)
.lots of love,
Salam sayang semua,

Memandangkan saya kerap ber’out-station’ dan kadang-kadang tak sempat nak online, jadi saya dah sediakan list of contact wakil Shaklee (khas utk pengunjung blog saya ni) yang kawan-kawan boleh contact, in case tak dapat hubungi saya/ saya lewat reply. Winking smile


Nama/ AreaContact No/ Email/ Blog
Azrin : Miri Sarawak012 257 6555 : norazrin_mohd@yahoo.com : http://www.arissazoela.blogspot.com/ :
Saliza : Senai, Johor013 944 0560 : saliza_bakar@yahoo.com
Wani : USJ, Subang Jaya010 226 8841 : luz_clarissaus@yahoo.com
Siti Aidah Rosli : Cheras, Bandar Tun Razak013 354 4448 : aidaroselee@yahoo.com
Dilla Jalil : Ipoh017 565 7552 : mamaqaireen@yahoo.com
 : http://mamaqaireen.blogspot.com/
Nur Salwa : Skudai, Johor012 7111 260 : honey_nsalwa@yahoo.com.my
 : http://nursalwa.blogspot.com/

*** TBU : To Be Updated.



InshaALLAH list akan bertambah dalam jangkamasa terdekat. Jika anda mahu nama anda tersenarai dalam list di atas, boleh hubungi saya di admin@yoursupermom.com atau sms 019 293 9886.
Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembe lajaran.

Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.

Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.

Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).

Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.






lots of love,
Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagaimanakah melakukannya?

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel
  • mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}mengurangkan kes peranakan turun
  • meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
  • meningkatkan kualiti hubungan kelamin
  • menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium
Kaedah Asas (Permulaan)
  • Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba
  • Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa
  • Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul
  • Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.
  • Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.
Senaman Yang Sempurna
  • Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.
  • Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.
  • Jangan menahan nafas ketika melakukannya.
  • Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).
Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan
  • Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.
  • Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten. Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.
  • Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus. Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
Rujukan :
  1. Harian Metro
  2. Mayoclinic.com
  3. Masalah Kawal Kencing, Utusan Malaysia


lots of love,

Infants (birth to 1 year)   400 to 600 mg.
Children (1 to 10 years)     800 mg.
Preteens and teens 1,200 to1,500 mg.
Adults  1,200 mg.
Seniors   1,500 mg.
Pregnant or breastfeeding                              1,500 to 2,000 mg.

One way to let your children know you are there for them and that you want them to feel good, is by hugging. It is such a warm and wonderful feeling and so easy to do! In my Successful Child book, I list the following ways to get in those daily hugs:

10 Ways to Get Into the Hugging Habit
  1. When the child wakes up --- good morning hug.
  2. After breakfast --- “I love you” hug
  3. Before school --- “Have a good day” hug
  4. After school --- “I missed you” hug
  5. Anytime --- big, bountiful bear hugs
  6. Before dinner --- “Wash your hands” hug
  7. After dinner --- “I’m glad you’re mine” hug
  8. After chores or favors --- a “thank you” hug
  9. After homework --- “I’m proud of you” hug
  10. Bedtime --- “Sleep tight” hug
.
lots of love,
Hello Mommies!

I am so in LOVE with B R E A S T F E E D I N G lately, so I went Googling here and there for the very best informations of B R E A S T F E E D I N G  than I can share with you here. InshaALLAH, hope it'll help to motivate and inspire you during this B R E A S T F E E D I N G journey.

Okey! Here are very basic-but-crucial facts you should know about your breastmilk, i.e the main compostion of our breastmilk. Really! You are gonna take care of your diet after you read this!

Enjoy reading!



Fat

1. contain factors forming cells of the brain cells, especially DHA, in an appropriate comparison with the AA
2. automatically, the levels of nutrient content in it is changed according to the pregnancy, infant feeding and age
3. almost all the substances contained therein can be absorbed by the baby's body

Protein

1. contain a protein called whey, which are soft and easily digested by the baby's digestive system
2. containing lactoferrin is good for bowel health of babies
3. containing lysozyme, anti-microbial substances
4. rich content of protein components of the brain and body builders
5. rich content of growth factor triggers

Carbohydrate

1. lactose-rich content
2. oligasakarida rich content, substances that are good for keeping baby's small intestine

Antibody

1. rich content of white blood cells live, and the baby will get it in the amount of millions every time he feeds
2. content-rich immunoglobulin

Vitamins and minerals

1. baby's body is more easily absorbed, especially iron (Fe), zinc (Zn), and calcium (Ca)
2. iron contained in it could absorb about 50-75%
3. containing selenium more than infant formula, a sort of anti-oxidant selenium

Enzymes and hormones

1. rich content of the enzymes to aid digestion, such as lipase and amylase
2. rich content of various types of hormones, particularly thyroid, oxytocin and about 15 other types of enzymes

Taste

1. varies according to the types of compounds or substances contained in foods and beverages consumed by mother