Tak sempat nak update panjang-panjang. Jom baca entri best ni ...

Kesan Zikir Terhadap Otak iluvislam.com + discover the beauty of islam

Stay tuned!

lots of love,




Luckily, it is a complimentary solid food, Not really necessary you follow all the steps. Drink mommy's milk still k




lots of love,
10 hari lagi genap usia Icha 6 bulan. Nervous!







,
lots of love,
dah lama tak hapdet pasal perkembangan icha kan? actually, sejak masuk usia 5 bulan, banyak sungguh perkembangan icha.. boleh dikatakan setiap minggu, ada aje 2, 3 skills baru dia.

check it out!~*
  1. icha dah pandai meniarap sendiri dan pandai telentang semula
  2. masa meniarap tu, icha boleh angkat bahu dia tinggi-tinggi
  3. icha still tak pandai buat pondok-pondok. each time icha angkat bontot dia, mesti ter'gostan' hehe. kata sedara-mara, icha ni nak skip merangkak kalau dok mengundur je.. ye ke? ;-)
  4. masa meniarap pulak, icha suka goyang-goyang bahu. menari kot!
  5. suka jadi helikopter. pusing sana, pusing sini.
  6. sangat tak suka baring, kecuali dia tengah kekenyangan - tersadai!
  7. bila duduk dalam carseat atau bath tub, icha takmo baring. dia angkat2 kepala nak duduk.
  8. sangat suka gelak kuat-kuat bila diagah.
  9. makin kuat mengamuk. sampai nak demam mak dia ni.
  10. bila mengamuk, icha akan sebut " pappamammapappamamma.."
  11. suka bila abah dia angkat dia tinggi-tinggi (nama dia kan alya.. mestila suka tempat tinggi kan?)
  12. kuat membebel.
  13. sangat excited bila nampak mak dia nak ambik gambo dia. siap posing lagi.
  14. kuat membuli!!! arrgghhh..
  15. kalau icha takleh tidur, mak dan abah dia pun takleh tidur sebab icha akan ajak bersembang
  16. suka main air.
  17. suka tengok cermin.
  18. suka menyibuk bila orang tua bersembang, tiba-tiba je dia pun bersuara.
  19. kalau dengar lagu, icha pun sibuk menyanyi juga, lagi kuat lak tu!
  20. kuat menjerit! bila mak dia marah dia.. lagi kuat dia jerit. jadi kes lawan menjerit lak dalam rumah hehehe
dan.. seperti bayi lain, icha time nak main nak dengan abah dia. time lapar dan mengantuk, barulah sibuk menyondol mak dia yang kurus kering ni (^_^)

hehehe.. banyak sangat lak. all in all, saya bersyukur dikurniakan anak yang sihat, cerdik dan cantik macam icha. alhamdulillah.

















semoga jadi anak yang sholehah.

lots of love,
credit to kak cery~*

Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang mengidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik sekiranya anda mengambil langkah-langkah pencegahan walaupun tidak mempunyai keturunan yang pernah sakit jantung.
Mengelak atau berhenti merokok terutama ketika umur telah melebihi 35 tahun selain perlu mengambil ubat dan mengawal permakanan agar tidak terlibat dengan penyakit lain seperti penyakit darah tinggi atau kencing manis. Anda juga perlu mengawal tekanan perasaan anda supaya jangan cepat meradang atau runsing.

Berentilah Merokok!
Mereka yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit jantung juga digalakkan memakan daging putih (white meat) seperti daging ayam, ikan, serta mengelak dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau. Senaman yang dimulakan secara beransur-ansur, akan membantu merangsang aliran darah untuk mengalir dengan lebih lancar.

Daging Putih Lebih Berkhasiat
Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kolesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap oleh badan, dengan itu, ia akan dapat mengurangkan kadar berlakunya arthrosklerosis. Bagaimanapun, serat semulajadi juga banyak terdapat dalam sayuran dan buah-buahan segar dan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang juga mampu menyerap kolesterol.

next entry - suplemen untuk jantung yang sihat (^_^)

 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060) 
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Entry santai menjelang lunch hour.

 

Tak kiralah samada korang berjaya bf anak-anak korang sampai 2 tahun (atau lebih), atau setakat setahun lebih, atau mungkin sekadar tempoh penyusuan ekslusif, atau setakat dalam hari aje.. atau mungkin sekali dua di awal2 usia si manja korang.. concern saya cuma..

ia satu perasaan yang tak mampu digambarkan dengan apa pun!

gembira, bahagia, nak ketawa, rasa dicintai, rasa diperlukan, rasa berharga..

Entahlah.. lebih dari tu..kan?

Kepada bakal-bakal ibu, anak pertama, kedua dan seterusnya.. sematkan dalam diri yang kalian akan usaha sedaya upaya untuk susukan anak walau apa rintangannnya.

no pain, no gain.

Dan, andaikata korang tak dapat lama menyusukan anak itu, jangan bersedih... rezeki anak tak sama. Yang penting kita telah berusaha.

ALLAH MAHA MENGETAHUI.

(^_^)~* pasal breastfeed pun boleh jiwang kan? hihi

lots of love,
Kenangan Icha 8 bulan dalam perut emak.


lots of love,
Menjadi seorang surirumah tangga sepenuh masa, ditambah pula dengan kandungan yang kian sarat dari sehari ke sehari membuatkan diri terasa malas mahu kelihatan cantik. yang penting, kulit muka bersih dari noda dan jerawat, mahupun jeragat, serta badan yang sihat dan kuat, serta bayi yang dikandung berada dalam keadaan yang cemerlang.

Sepanjang berpantang bersalin, tak pernah sekalipun pencuci muka digunakan. Namun, penjagaan dalaman amat dititikberatkan. Mujurlah diri dilahirkan memiliki kulit yang tidak bermasalah. Dalam usia mencecah 30an, tak cuci muka.. agak-agak semua orang boleh maintain ke?

Namun, jawapan yang diberikan hubby baru-baru ni seakan menyedarkan diri.

" abang, berbaloi ke pergi ke pejabat atau keluar rumah bersolek?"

" berbaloi. cuba sayang tengok datin-datin tu. diorang semua pakai mekap kan? bila pakai mekap, nampak lebih cantik"

Kata emak tak lama dulu

"sekurang-kurangnya pakai gincu supaya tak nampak pucat, dan jaga maruah suami"

Ibu mertua pula memberi pandangan.

" ehh kita kena juga mekap sikit-sikit. bukan apa, barulah muka tu nampak berseri."

Adik ipar pula menyarankan.

" ada kawan un kata muka akak putih sangat, nampak pucat. akak kena mekap sikit"

Aduhh.. sayangnya diorang-diorang ni semua kat saya kan? mengambil berat pandangan dan saranan mereka-mereka ni, saya kembali bersolek. ehhh seronok tau! tapi saya solek simple sahaja buat masa ni sebab saya baru nak berjinak-jinak. jenama alat solek pilihan saya ialah Nutri-Metics (sebab mak mertua saya tokeh Nutri-Metics, ada butik Nutri-Metics di Teluk Intan), Avon, Silky Girl, Maybelline dan Loreal. saya suka mix sebab prinsip saya - kena bijak pilih barang untuk muka dan badan.

Untuk maintain kecantikan kulit dari dalam, semestinya saya konsisten dengan suplemen SHAKLEE.




p/s : Both shawls saya beli dari al humaira' contemporary.. cantik kan shawls tu?
p/s 2 : Mekap dah cair sebenarnya..haha tapi kulit muka saya licin kan? ;-)


lots of love,
Salam Aidilfitri buat semua daripada Mommy Icha, suami dan of course, Ichaaaa! 



lots of love,
Sedihnyaaa ...!

rasanya dah masuk harini, entah berapa kali saya menangis setiap kali berdua-duaan dengan icha. kawan-kawan, bersungguh-sungguh saya jaga icha, betapa berhati-hati saya memastikan keselamatan icha


ICHA AKHIRNYA JATUH KATIL JUGA!!!

katil jati ni tinggi ok. separas lutut saya. benci betul saya ingat-ingat icha jatuh katil. masa hubby bagi icha pada saya, icha menangis kesedihan mendayu-dayu. tak pernah saya dengar icha menangis macam tu. terus dia peluk saya kuat-kuat. terasa badan icha menggeletar masa tu.

so far, nampaknya okey je. pagi ni icha takdelah demam. semalam pun dia main macam biasa. mulut bising juga. cuma yang saya perasan, dia cuma akan lena dalam dakapan saya. even dia diam bila ibu mertua saya hold pun, dia tak nak tidur. cuma menung je. yelah... tak sama pelukan saya dengan pelukan orang lain. saya dulu pun tension mesti nak peluk emak. sekarang tension harus peluk hubby (^_^)

doa saya, semoga icha terus sihat dan sempurna. saya akan lebih berhati-hati selepas ni.

icha, sesaat pun icha takkan berpisah dari emak selepas ni!



p/s : apa beza suami dan anak? suami boleh jadi bekas suami, tapi anak takkan ada istilah bekas anak. selagi belum bersuami, icha hak saya 100%

lots of love,
si manja saya tengah tidur tu. so, entry ni saja nak menjawab soalan Miss Q - apa maksud nama Qatrisya?

buat pengetahuan Miss Q, Qatrisya takde maksud pun. yang ada maksud namanya Batrisya.

masa umur icha 6 bulan dalam perut emak dia ni, abah dia jumpa nama Qatrisya. hubby masa tu tengah buat research tajuk yang sesuai untuk thesis PhD dia (dalam bidang telco - project management). so, masa tengah search kat internet, dia jumpa satu sample thesis, yang mana, nama anak kepada orang yang buat thesis tu Qatrisya. terus hubby bagitau saya.

yup! masa tu takde perancangan nama lagi. cuma dalam minda saya, biarlah anak yang bakal lahir tu nama dia bermula dengan huruf awal. macam saya - "H". so, dia akan jadi orang yang cepat dan sentiasa bersedia. reason : cikgu akan sebut nama yang awal-awal dulu kan? ni petua mak dan mak mertua saya bagi. so, saya nak huruf "A".

so, saya terus jatuh hati pada nama Qatrisya. jenuh juga cari maksudnya. saya simple. tak semestinya kena maksud tu dari nama bahasa Arab. kita kenalah berfikir out of the box kan? ilmu ALLAH ni luas. jangan sempitkan otak. asalkan membawa maksud yang indah.

Qatrisya takde maksud.

hubby saya masa buat master ramai kawan dari orang Arab, Iraq.. huhu. so, diorang ada suggested beberapa nama. memang sweet! sayangnya, saya betul-betul dah jatuh hati dengan nama Qatrisya. so, saya firm - "sayang nak nama Qatrisya. cuma kena cari nama kat depan je. huruf  "A""

mula-mula saya nak nama Aina. hubby pulak masa tu nak nama ala-ala Tiz Zaqyah. Nur Kasih pun pernah masuk list. macam-macamlah. last-last jadi Alya. cuma berdebat ejaan Alya je masa tu. Aliah, Aliya, Aleeya.. huisssh! keputusan akhir - Alya. senang nak eja kan? sebab nama Qatrisya dah complicated. dahle nama hubby panjang. ahaks!

so, lahirlah nama Alya Qatrisya. Alya means on top, on peak, yang utama, the noble one.. pendek kata, pembawa nama ni didoakan akan mendahului semua orang di sekeliling dia. ameen. itu doa saya dan hubby sampai sekarang. so far, makbul juga doa tu ;-)

pasal panggilan ICHA. hahaha. panggilan ICHA memang dah wujud masa umur dia 7 bulan dalam perut. saya memang plan nak panggil dia ICHA. masa dia keluar pun, doktor tanya nama dia siapa? saya kata ICHA. even masa nak announce kelahiran ICHA kat Facebook, saya takdelah nak bagitau " kelahiran anak kami yang pertama Alya Qatrisya". old-fashioned gitu. saya cuma bagitau " kawan-kawan! finally ICHA HAS ARRIVED!". dan saya terima ratusan ucapan tahniah masa tu sebab diorang tahu siapa ICHA yang saya maksudkan. kecik-kecik dah glamour, tengoklah mak dia siapa kan? kena riak sikit ni.. just kidding (^_^)

so, itulah secebis cerita asal-usul nama si manja saya. personally, nama yang indah dan unik memang penting pada saya. orang senang ingat. even nama saya unik kan - Hadhatina. panggil saya Hada @ Huda which means The Guidance. doktor pun suka puji nama saya sedap...

haiii... nanti anak no 2, 3 ... seterusnya jenuh le nak fikir nama apa.




lots of love,
kebahagiaan saya dan suami....


comelnya anak emak ni!!





bila agaknya masa yang sesuai nak mengandung lagi ye? ;-)
saya nak susukan icha puas-puas dulu.. abang, sabar ye.. saya pun nak mengandung lagi ni (^_^)

lots of love,
Bagi ibu menyusu macam saya ni, Lecithin membantu pengaliran susu jadi lebih lancar.

Then, bagi mommies yang kena breast engorgement, pengambilan suplemen Lecithin mampu legakan bengkak tersebut, inshaALLAH.


lecithin untuk ibu menyusu
Lecithin Shaklee


Kepentingan Lecithin:-

Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:-

  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Kegunaan Lecithin PALING UTAMA :

  1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  2. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  3. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  4. Membantu kawal paras triglycerides
  5. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  6. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

LECITHIN PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

  1. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  2. Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
  3. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

LECITHIN UNTUK UNTUK KAUM TUA

  1. Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  2. Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

LECITHIN UNTUK PENGHADAMAN

  • Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

LECITHIN UNTUK SEL

  1. Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  2. Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

LECITHIN UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Macam-macam rupanya fungsi Lecithin ni. Jom grab sebotol dua nak nikmati perubahan positif yang anda inginkan.

Boleh dapatkan vitamin Shaklee anda daripada saya k ;-)

lots of love,
Gumbira!

Icha's latest update (dah ada kat sidebar sebenarnya)

Berat = 8.2 kg
Tinggi = 70 cm

All in all, graf tumbesaran icha dan mencecah 97%. Hampir overweight!!! Tapi paed dia kata " dun worry, it's normal for fully bf baby"

Ahaks! Saya tak risau langsung sebenarnya sebab melihat icha sihat dan tak pernah sakit setakat ni. Alhamdulillah. Mak icha ni je yang tiba-tiba demam setelah setahun lebih tak pernah demam (^_^). Banyak dosa ni... Hehehe

Anyway, semalam icha dapat her 5-months jab ; 5 serangkai dan pneumococcal. Punyalah bijak si debab ni, baru nampak bilik paed dia dah buat muka cuak. Bila saya baringkan dia atas katil, dia dah meronta-ronta. Hahaha! Lepas tu, masa kena cucuk.. Lagila dia jerit sekuat hati macam dia selalu buat kat saya. Alahaii anak omak.. Marah la tu! Hihi..

Saya seperti biasa, untuk hal2 berkaitan kesihatan, takde belas kasihan ok? Janji sihat. Biarlah paed dia cucuk. Nak nangis, nak marah tu lain cerita. Mahal pun mahal lah. Duit boleh dicari. Kesihatan? Macam saya sekarang.. Dah demam pula. Doakan saya cepat sembuh. I nak shopping tudung laaa.. Hiks! Hiks!

Lagi sebulan nak mula solid food. Seronoknya! Saya nak ajar icha ratah sayur. Jangan dok makan ayam daging macam kami semua.. Icha kena cun macam emak dia ni. Auwww! ;-)

Emmm... Nak upload gambar icha kena jab tapi dalam handphone hubby. Dia dok main internet kat handphone tu... Huhu!


Daa~*

lots of love,
Kesian Icha .. bergenang air mata tu. Icha growth spurt harini. 



GROWTH SPURT


Dan icha asyik meniarap mengamuk saya telentangkan dia meniarap mengamuk saya telentangkan.. Dan seterusnya.. Alaaahai manje emak ni

Fine. To all ftwm out there, moment ini merisaukan mereka dari aspek kuantiti susu. Tapi pada wahm macam saya, saya tak terkepoh nak buat biz saya sebab icha perlukan saya memeluk dia sepanjang masa.




THANK LOTS!! (^_^)

lots of love,