10 : 50 malam - icha masih belum tidur. takde rupa nak tidur. takde tanda-tanda nak tidur. dengan setia menemani kekasih hatinya (sayalah!) buat kerja.


11:01 malam : icha tertidur... tak larat la tu temankan saya. pandai anak mak tidur sendiri (tengoklah mak dia siapa kan? 'budak baik' kesayangan abah icha) 


perkembangan icha terkini:
  1. dah ada 7 batang gigi. all of a sudden gigi jadi banyak since masuk 6 bulan.
  2. sangat suka menari goyang-goyang bahu bila dengar muzik. currently, icha got her own radio. mak dah cabutkan 'radio' kat playgym icha.
  3. suka sangat lagu-lagu ramli sarip. oppss.. ni pengaruh abah dia k?
  4. sangat baik. kalau tengah tension sanggup tahan ngamuk sebab mak dan abah nak solat berjemaah atau mak nak baca quran. good girl!
  5. tak reti merangkak, tapi saya rasa icha akan skip merangkak. dia akan terus duduk dan belajar berdiri.
  6. sangat suka bergambar. hehehe.. ini pengaruh saya yang sawan gambo.
  7. masih tak minat rancangan kanak-kanak. icha suka rancangan sukan (especially bola!), iklan dan errr.. kalau ada perempuan cantik ( lagi sekali pengaruh saya. pantang tengok orang lawa)
  8. icha sangat happy bila abah dia balik dari kerja. kalau tengah baring, angkat2 perut minta didukung. manja abah ni...
  9. suka mandi lama-lama. kata abah icha "macam mak kamu. suka mandi lama-lama". hehehe... banyak tempat nak gosok. at least sayang mandi lama bila keluar bilik air memang menggiurkan. takdelah mandi lama tapi bila keluar bilik air serupa macam orang baru bangun tidur ;-)
  10. last but not least, icha sangat suka puri karot dan puri labu. baaaaanyak sangat dia makan tauuu!!
lots of love,
source: Mingguan Wanita | Mac 2010

KUKU MUDAH PATAH
Bila kuku mudah patah, ia mungkin disebabkan kekurangan zat besi, zink dan asid lemak pati atau essential. Sebaik-baiknya, cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber daripada daging, kekacang dan ikan. Jangan anggap remeh jika kuku sering patah. Biasanya ia disebabkan kuku berada dalam keadaan kering. Elakkan membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia menunjukkan keadaan bahawa anda terkena penyakit tiroid
MATA TERASA KERING
Sering kita terasa mata pedih atau kering. Sebenarnya, keadaaan ini disebabkan oleh persekitaran kita dan air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Atasi keadaan ini dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Ambil lebih banyak sayuran atau buah-buahan yang berwarna hijau, kuning atau oren.
PECAH-PECAH DI BAHAGIAN HUJUNG MULUT
Kekurangan zat besi, vitamin B12, B6 dan asid folat menyebabkan pecah-pecah di bahagian hujung mulut. Sebaik-baiknya anda mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran berwarna hijau.
BIBIR PECAH-PECAH
Bibir pecah-pecah sering dianggap sebagai tanda bahawa tubuh mengalami panas dalam. Selain itu, ia disebabkan kerana kekurangan vitamin B2. Sebaik-baiknya ambil banyak daging dan produk susu.
KULIT MEMERAH & BERMINYAK
Kemungkinan, anda mengalami keadaan ini disebabkan oleh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati. Cuba ambil lebih banyak daging ikan dan kerang.
JERAWAT
Timbul jerawat pada bahagian wajah bukan sahaja disebabkan oleh kotoran yang menghalang dan menutup pori-pori kulit muka, tetapi ia juga berkemungkinan anda kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Untuk mengatasinya, ambil lebih banyak produk haiwan, makanan berbentuk bijirin dan makanan laut.
RAMBUT NIPIS
Kekurangan zat besi atau zink boleh menyebabkan rambut menipis. Ambil lebih banyak daging, kekacang, produk susu dan kerang.
KELEMUMUR
Kulit kepala berminyak serta himpunan kotoran yang melekat pada rambut boleh menyebabkan kotoran. Selain itu, kekurangan vitamin C, zink dan asid lemak essential juga boleh menyebabkan kepala dipenuhi kelemumur. Cuba ambil lebih banyak buah-buahan seperti limau/ oren, daging, ikan dan produk susu.
MATA MERAH
Mata yang merah sering dianggap mata yang letih atau akibat debu atau habuk yang masuk ke dalam mata. Namun, mata yang merah juga menandakan bahawa anda kekurangan vitamin A dan B2. Sebaik-baiknya ambil produk susu, daging, buah atau sayuran berwarna oren dan hijau.
LUKA LAMBAT SEMBUH
Kemungkinan, anda kekurangan zink. Lebih baik anda mengamalkan pemakanan bersumberkan susu dan kerang untuk mengatasi masalah ini.
Sekiranya kawan-kawan ingin mengalami simptom-simptom di atas dan merasakan tidak mampu mengadakan kesemua nutrien yang diperlukan dalam diet harian kawan-kawan, boleh hubungi saya untuk mendapatkan panduan suplemen yang bersesuai.


lots of love,
Credit to Kak Cery

1.Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.) < -

2.Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N as a’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yan g dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abb as berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat. < -- lepas subuh tu ..jgnla sambung selimut balik..cemanalah rezeki nak masuk.. so lepas subuh…plan your activities kay

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk.

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as ." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yan g haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)



Terima kasih Kak N~*

Tanpa kita sedari sebagai seorang wanita, seseorang itu tidak mampu lari perasaan ingin cantik, sihat, bergaya dan semua yang melibatkan diri kita mahu yang terbaik. Hakikatnya wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex. Tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa.

Mengapa? Pasti ada yang tertanya2...

"B" for Beauty.

Vitamin B sangat penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik. Bukan sekadar vitamin C untuk kolagen atau vitamin E sebagai anti penuaan. Vitamin B memainkan banyak peranannya.

Antaranya :-

1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.

2. Vitamin B membantu sebagai penenang.Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.

3. Vitamin B adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan b complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B complex.

Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...

Saya sertakan sekali lagi kepentingan B complex:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complexdengan mudah.

7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.




Berminat? Sila hubungi saya di 019 293 9886 atau email hadhatina@yahoo.com


lots of love,
Siapa tak kenal Hanis Zalikha kan? Budak comel yang glamour dengan blognya yang santai, kelakar dan penuh tips tu? Lepas tu, saya nak tanya, kalau kawan-kawan baca blog Hanis, dah tentu kawan-kawan ikut juga membaca blog emak Hanis - Puan Nani Rostam.

Saya mula ikut baca blog kedua anak-beranak ni masa lepas kahwin dulu. DiGi kan ada sistem work@, so dah namanya kerja kat rumah, so, saya rajin gak ber'bloghopping' sampai la ditakdirkan terjumpa blog kedua anak-beranak ni.



Saya suka baca blog Puan Nani Rostam ni. Kehidupan hariannya penuh panduan dan tips yang bermanfaat untuk kaum wanita yang mahu kelihatan segar, jelita, gembira dan awet muda seperti beliau. Hey! Umurnya dan mencecah 44 tahun tau..

Latest, saya nak share tips daripada Puan Nani untuk kelihatan lebih muda daripada usia sebenar daripada entry ini.

Untuk Tubuh Badan

1. Setiap hari yang saya lalui, saya akan cuba mengambil makanan yang seimbang. Seperti kalau saya makan lauk kari yang penuh lemak tepu (santan) maka saya amalkan makan sayur mentah yang tidak dimasak seperti acar timun, tomato, atau salad.

2. Saya cuba mengelakkan minuman bergas. Hanya minum sekali sekala itupun sekadar seteguk dua. Atau sekadar merasa kerana teringin.

3. Saya menyediakan jus buah-buahan segar untuk setiap hidangan makanan. Paling tidak saya sediakan air rebusan barli ,jus limau nipis, limau kasturi atau lemon.

4. Saya amalkan membeli buah-buahan untuk dimakan setiap hari.

5. Saya gunakan tomato segar untuk membuat kuah spaghetti.

6. Lebihkan makan ikan berbanding daging atau ayam.

7. Saya cuba elak memakan makanan ringan, jeruk, halwa dan sebagainya.

8. Makanan hanya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

9. Rajinkan diri untuk membuat kerja-kerja rumah, membersihkan luar rumah dan bercucuk tanam adalah sebahagian daripada riadah dan senaman diri.

Untuk paras rupa dan pakaian

1. Saya rajin mencuba pelbagai product skincare dan makeup dan selepas itu stick pada yang dirasakan sangat sesuai dan baik untuk kulit wajah.

2. Saya rasa makeup saya sangat flawless dan anggun dengan menggunakan makeup bobby brown instead of brand yang sangat pemes iaitu mac.

3. Setiap hari saya pasti apply toner, daycream dan nightcream.

4. Saya suka memakai pakaian yang menampakkan saya kelihatan remaja instead of menampakkan saya seperti wanita 40an.

5. Tudung juga memainkan peranan penting untuk kita kelihatan segar, anggun, dan nampak muda.Jangan pilih tudung hanya kerana terpengaruh dengan fesyen tudung terkini.Saya memilih tudung yang sesuai dengan wajah saya dan membuat wajah saya kelihatan remaja.

6. Rajin berwuduk juga secara tak langsung dapat menyerikan wajah.

7. Apa yang lebih penting jiwa hendaklah sentiasa bersih, ikhlas, selalu bersyukur dan berprasangka baik terhadap Allah dan sesiapa sahaja. Hindarkan perasaan malas dan rajin-rajinkan diri dengan niat mahu sihat dan cantik.Insyallah.

Nak tahu lebih banyak tips dan macam-macam resepi best? Boleh klik kat link ni --> Model 80-an

p/s : Jangan tak tahu, kalau kawan-kawan rajin baca blog Puan Nani, kawan-kawan akan dapati yang Puan Nani juga amalkan pengambilan vitamin SHAKLEE (^_^)



lots of love,
Terdapat pelbagai jenis vitamin di pasaran, pelbagai rupa, warna, rasa, bentuk, dan jenama. Namun, tahukah anda apa perbezaan vitamin-vitamin tersebut dengan vitamin Shaklee? 

Kenapa anda harus bertukar memilih vitamin Shaklee?


tq mr google!

Credit to mommy lyna untuk entry ini.

Ramai yang bertanya “Boleh ke saya makan vitamin yang beli farmasi atau vitamin yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”

Ada juga yang bertanya “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.

Sebenarnya, vitamin Shaklee memang berbeza dengan vitamin lain. Kenapa? OK let me tell you the truth.

Vitamin atau supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, vitamin sintetik dan vitamin natural.

Apakah jadah vitamin sintetik dengan natural ni? OK kita semak satu-satu.

Penghasilan


Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. COntohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dengan badan


Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

Harga


Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

Kesan kepada tubuh badan


Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, makan kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang


Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.

Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.

Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.

Jadi, pandai2lah membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana2, shelves mana2, pembekal mana2… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.

Last but not least, vitamin Shaklee tidak mempunyai gel silika (kecuali untuk vitamin kanak-kanak dan gel silika tu pun tidak 'terdedah' kepada vitamin)

Nah! Anda pilih :))


Ostematrix adalah antara vitamin suplemen kegemaran saya. Ostematrix membantu saya maintain production susu semasa menstrual, membantu saya maintain bertenaga di siang hari, penting untuk tulang dan gigi saya (dan icha!), membantu menghilangkan lenguh-lenguh sendi dan sakit pinggang (dengan bantuan Vitamin E) dan banyak lagi. Juga, Ostematrix penting sebab ada masanya saya kurang rajin nak bancuh susu. Hehe.

So, cakap pasal Ostematrix, saya nak kawan-kawan baca dulu artikel kat bawah ni pasal osteoporosis dan kepentingan kalsium kepada wanita.


source : Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2008
HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’.

Sempena sambutan Hari Osteoporosis Sedunia pada 20 Oktober lalu, wanita Malaysia diingatkan untuk menjaga kesihatan tulang mereka bagi menghindari osteoporosis.

Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe memaklumkan bahawa sumber yang tinggi kalsium datang dari produk tenusu seperti susu segar, keju dan yogurt. Bagaimanapun, produk tenusu terbabit jarang menjadi antara diet ruji penduduk negara ini.

“Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang.

“Kesihatan tulang manusia merosot secara berperingkat dan beransur-ansur dari umur 30-an. Namun, ianya belum terlambat untuk mula menjaga kesihatan tulang anda,” katanya.

Boleh dicegah

Osteoporosis bukannya sejenis penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah. Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis.

Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.

Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.

Oleh itu, penduduk Asia, terutamanya wanita, disaran mendapatkan keperluan kalsium harian secukupnya (antara 800 hingga 1,000 miligram) di samping nutrien penting lain seperti protein, zink, magnesium dan vitamin D yang diperlukan untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.
Nah! Betapa pentingnya kalsium kan? So, pilihan saya semestinyalah Ostematrix daripada SHAKLEE.

Sedikit info ( shaklee2u website)
Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow
Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.
Functions of OsteMatrix: -
  1. Help retain normal blood pressure
  2. Assist in muscle contraction and nerve transmission.
  3. Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness
4 biji Ostematrix memenuhi  keperluan kalsium harian (1000mg) kerana setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg nutrien yang diperlukan. Ostematrix SHAKLEE bukan aje kalsium, malah mengandungi magnesium, Vitamin D, zinc dan banyak lagi.

Harga sebotol Ostematrix 120 caplets ialah RM61.00 TIDAK termasuk kos penghantaran

Berminat? Sila sms/ call 019 293 9886 atau email kepada hadhatina@yahoo.com


lots of love,
Pakar Perunding Kanan Endokrinologi, Profesor Chan Siew Pheng berkata, osteoporosis menjejaskan kesihatan lebih kurang 200 juta orang di seluruh dunia.

Keretakan pinggul katanya berkait rapat dengan morbiditi dan kadar kematian tinggi dalam lingkungan 20 hingga 25 peratus pada tahun pertama selepas pesakit mengalami keretakan.

"Kebanyakan yang terselamat akhirnya hilang upaya dan hanya 25 peratus yang dapat meneruskan aktiviti normal."

Menurut Siew Pheng, kos kemasukan hospital bagi keretakan pinggul tahun 1997 dianggarkan pada kadar sebanyak RM22 juta.

Osteoporosis merupakan keadaan dimana tulang menjadi poros dan rapuh. “Osteo” artinya tulang, sedangkan “porosis” artinya poros atau tidak padat. Tulang yang mudah patah akibat osteoporosis adalah tulang belakang, tulang paha dan pergelangan tangan.Agar kepadatan tulang tetap terjaga, tubuh memerlukan kalsium dan mineral lainnya dalam jumlah yang cukup dan produksi beberapa macam hormon dalam jumlah yang tepat, antara lain estrogen pada wanita dan testosteron pada laki-laki. Selain itu, penyerapan vitamin D yang cukup diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium dari makanan dan menghantarkannya ke tulang.

Tulang kita sebenarnya tidak pernah diam. Setiap saat terjadi pembentukan sel tulang baru, sedangkan sel tulang yang sudah tua dibuang dari tubuh. Pada masa kanak-lanak, kecepatan pembentukan jauh lebih besar daripada hilangnya sel-sel tulang yang sudah tua. Akibatnya tulang pada kanak-kanak akan bertambah panjang dan besar.

Pada dewasa muda kecepatan pembentukan dan hilangnya sel tulang hampir seimbang. Namun mulai usia 30 sampai 40 tahun, kecepatan pembentukan tulang semakin menurun, akibatnya jumlah sel tulang semakin sedikit, sehingga rawan terjadi osteoporosis.

Siapa saja yang berisiko terkena Osteoporosis?

Berikut beberapa keadaan yang meningkatkan risiko terkena osteoporosis :

■Menopause. Risiko terkena osteoporosis lebih besar setelah wanita mengalami menopause, karena setelah menopause, kadar estrogen yang diproduksi ovarium turun mendadak . Sebagaimana diketahui, estrogen berperanan penting dalam menjaga kekuatan tulang dengan cara membantu kerja sel pembentuk tulang. Pada kenyataannya, semakin cepat menopause terjadi, semakin besar risiko timbulnya osteoporosis. Umumnya wanita mulai mengalami menopause pada umur 45 sampai 55 tahun.

■Pengangkatan kandungan yang diikuti dengan pengangkatan kedua ovarium. Jika hanya satu ovarium yang diangkat, tidak meningkatkan risiko osteoporosis.

■Setelah umur 30 sampai 40 tahun. Karena setelah umur ini, pembentukan tulang lebih sedikit berbanding hilangnya sel tulang.

■Merokok. Risiko terkena osteoporosis pada perokok dua kali lebih besar dibanding bukan perokok. Hal ini terjadi karena rokok menurunkan kadar estrogen di dalam darah.

■Mempunyai keluarga yang osteoporosis. Wanita yang mempunyai ibu osteoporosis mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan osteoporosis.

■Wanita dengan berat badan kurang. Wanita kurus lebih cepat terkena osteoporosis dibandingkan dengan wanita gemuk. Hal ini dikaitkan dengan perbedaan tingkat produksi estrogen, dimana wanita gemuk cenderung lebih banyak.

■Kurang senaman teratur. Latihan yang teratur membantu memperlambat timbulnya osteoporosis. Sebaliknya, kurang olah raga menyebabkan osteoporosis lebih mudah timbul. Senaman misalnya jalan atau lari, memacu sel tulang untuk lebih aktif sehingga terbentuk tulang yang kuat.

■Obat-obat tertentu. Beberapa obat tertentu dapat meningkatkan risiko terkena osteoporosis. Obat tersebut tampaknya meningkatkan kehilangan tulang dan menurunkan laju pembentukan tulang. Obat tersebut antara lain kortison (digunakan untuk asma, penyakit paru, radang sendi, dan alergi). Tetapi efek ini hanya terjadi jika obat tersebut digunakan dalam dosis tinggi, atau diberikan selama 3 bulan atau lebih. Penggunaan obat ini selama beberapa hari, atau beberapa minggu, biasanya tidak meningkatkan risiko timbulnya osteoporosis. Pengobatan tiroid juga berperanan terhadap timbulnya osteoporosis.

■Penyakit tertentu. Beberapa penyakit yang meningkatkan risiko osteoporosis : arthritis reumatoid, bronkhitis kronis dan emfisema, hipertiroidisme, malnutrisi, penyakit hati kronik, dan penyakit-penyakit usus.

■Penyerapan kalsium atau vitamin D rendah. Jika makanan kita kurang mengandung kalisum selama bertahun-tahun, terutama pada masa pertumbuhan, risiko untuk mengalami osteoporosis juga meningkat. Kurangnya kalsium menyebabkan kurangnya pembentukan tulang. Vitamin D diperlukan untuk membantu penyerapan kalsium dan menghantarkannya ke tulang.

Apa yang terjadi pada remaja?

Pada masa remaja, tulang berkembang dengan cepat. Jika penyerapan kalsium cukup, tulang akan mengalami perkembangan maksima dan menjadi lebih kuat.
Tetapi makanan yang kaya kalsium (misalnya susu dan keju), juga mengandung kalori yang tinggi. Sehingga, remaja yang takut gemuk menghindari makanan ini. Akibatnya mereka kekurangan kalsium dan jika berlangsung terus menerus akan menimbulkan osteoporosis dikemudian hari. Cara terbaik untuk mengatasi hal ini adalah mengambil suplemen kalsium.

Osteoporosis dan Patah Tulang

Osteoporosis sendiri tidak menimbulkan gejala. Kebanyakan orang tidak menyadari bahwa tulangnya semakin rapuh sampai mereka mengalami patah tulang.

Jika tulang sudah rapuh, patah tulang dapat terjadi akibat hal-hal yang kecil saja, misalnya terjatuh, setelah mengangkat beban yang agak berat, atau bahkan akibat berjalan kaki.

Jika patah tulang terjadi pada tulang belakang, ruas tulang belakang menjadi lebih pendek. Pada osteoporosis yang berat, beberapa ruas tulang belakang dapat mengalami patah tulang. Kejadian inilah yang paling banyak menyebabkan turunnya tinggi badan dan bungkuk pada orang tua

Akibat kepatahan ini, posisi sendi tulang belakang berubah. Perubahan ini dapat menimbulkan radang sendi dan rasa nyeri.

Pembedahan untuk memperbaiki patah tulang pada osteoporosis sangat sulit dilakukan, karena tulang tersebut sangat lemah untuk dipasangi sekrup dan batang logam penahan.

Bagaimana mencegah osteoporosis?

Pengetahuan merupakan kunci utama. Semakin banyak anda tahu mengenai pencegahan dan pengobatan, semakin besar kesempatan anda untuk tetap aktif. Kunci penanganan osteoporosis adalah mencegah kehilangan sel tulang dengan makanan yang cukup, kebiasaan yang sehat dan olahraga yang tepat.

Pencegahan dapat mengurangi atau menghentikan sama sekali kehilangan sel tulang. Semakin cepat melakukan langkah pencegahan, semakin baik hasilnya. Jadi, jika anda masuk kategori orang bersiko tinggi terkena osteoporosis, saatnyalah untuk melakukan tindakan pencegahan, sebelum anda mengalami patah tulang.

Calcium

Salah satu cara terpenting untuk mencegah osteoporosis adalah dengan mengambil kalsium yang cukup. Berikut disajikan dos kalsium yang diperlukan oleh tubuh menurut kelompok umur :

■* Anak-anak, umur 1-10 tahun : 800 mg kalsium/hari
■* Remaja, umur 11-18 tahun : 1.200 mg kalsium/hari
■* Remaja yang hamil : 1.600 mg kalsium/hari
■* Wanita hamil, umur 19 tahun ke atas : 1.200 mg kalsium/hari
■* Wanita menyusui : 1.200 mg kalsium/hari
■* Laki-laki dewasa, di bawah 65 tahun : 1.000 mg kalsium/hari
■* Laki-laki dewasa, d iatas 65 tahun : 1.500 mg kalsium/hari
■* Perempuan dewasa, sebelum menopause: 1.200 mg kalsium/hari
■* Perempuan dewasa, sebelum setelah : 1.500 mg kalsium/hari


sekarang kawan-kawan tahu kan kenapa Ostematrix SHAKLEE adalah antara suplemen yang penting? berminat? sila hubungi saya di talian 019 293 9886 atau emailkan ke hadhatina@yahoo.com


lots of love,


credit to anakkuwiraku.blogspot.com~*
Sms dari seorang customer, Marlina M Nazman,
Alhamdulillah lepas makan vitamin yang beli kat akak tu saya dah kurang letih dan tak stress sangat. Alhamdulillah air susu pun makin bertambah ( walaupun niat sebenarnya makan vitamin tu untuk tingkat tenaga sebab hari-hari travel umah ke opis jauh. Alor star ke Kangar, memang sangat-sangat penat disamping bf baby lagi memang sangat2 tensen!)

Saya sekarang terpaksa beli freezer sebab stok dah tak muat dah nak letak dalam peti ais...
.... (sms panjang maka yang penting sahaja di sertakan di sini)

Terdapat segelintir ibu yang menyusukan anak yang sering kali membuat kenyataan mudah...

Tak perlu makan vitamin, memadai makan dengan seimbang, tidur yang cukup dan minum air berkadaran. Asalkan pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Kenyataan ini sama tidak salah....dan ia memang benar. Namun secara peribadi saya mahu ajukan semula soalan kepada yang memberi pendapat ini....

Adakah cara hidup puan sama dengan cara hidup saya?

Makan yang seimbang

Memadai makan seimbang....mungkin puan boleh memasak 5 jenis lauk sehari yang merangkumi .... terutama mereka yang bekerja dan pulang goyang kaki kerana punyai maid indon di rumah untuk memasak. Ada pula yang diam serumah dengan mak atau mak mertua, makanan sudah terhidang siap dan balik hanya untuk makan sahaja.

Lebih hebat lagi mereka yang kata tidak perlu amik vitamin adalah ibu yang bekerjaya yang beli lauk pauk setiap hari! Tanpa mereka ini sedari hidangan tersebut penuh dengan kandungan MSG! Inikah yang mahu dibangga-banggakan?

Ada juga yang makan telur hari-hari dengan sup sayur dah menganggap pemakanan yang seimbang!

Ada yang bertanya tentang perlukah vitamin dan waktu yang sama sedang enak makan Mc Donald yang dah sah-sah tinggi kandungan MSG... inikah makanan seimbang yang kalian banggakan sebagai makanan seimbang?

Rata-rata rakyat Malaysia yang berpenyakit pada peringkat umur yang muda disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang...pengambilan lemak yang tinggi, gula yang banyak dan makanan bergoreng yang berminyak!

Hakikatnya ramai yang tak tahu apakah itu makanan yang seimbang!

Tidur yang cukup

Adakah gaya hidup anda sama dengan gaya hidup saya? Adakah anak anda tidur seperti anak saya yang mana jam 12 tengahmalam matanya masih celik dan meminta ajak bermain...

Adakah anda seperti saya yang tidak punya maid dan semua urusan rumah saya lakukan sendiri....

Adakah anda adalah orang yang tidur sampai ke pagi tanpa perlu bangun malam uruskan diapers anak? (Ini kerana saya punya kawan yang akan kuncikan jam loceng meminta suaminya bangun untuk tukarkan lampin anak dan dia tidur lena sampai ke pagi!)

Namun berapa ramai yang sedar akan hakikat ini?

Minum air berkadaran

Adakah boleh dengan minum hanya 6-8 gelas sehari dah memadai untuk memastikan badan mendapat cukup air sedangkan dalam sehari aktiviti badan untuk pengeluaran air bagi tujuan perkumuhan dan penyusuan sahaja cukup banyak....

Kajian saya sendiri mengapa ramai rakyat Malaysia yang sakit adalah berpunca dari malas minum air dan malas ke tandas. Apabila ini berlaku, kepekatan darah mula meningkat dan ini boleh mengakibatkan peningkatan toksin dan akhirnya penyakit mula menular di dalam tubuh serta pertumbuhan abnormal sel dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sebagainya....wallah hu alam .

Last but not least...

Pumping dengan konsisten sehingga payudara kosong, susu akan terhasil dengan banyak.

Statement ini memang benar namun
  • jika anda seorang ibu yang mudah letih
  • jika anda adalah seorang ibu seperti saya yang sibuk dengan kerja rumah, opis dan anak-anak
  • jika anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang
  • jika anda tidak perolehi enough quality sleep
  • jika anda mempunyai masalah kedinginan bersama suami
  • jika anda mempunyai kulit muka yang kusam dan nampak tua dari umur sebenarnya
  • jika anda mempnyai masalah berat badan berlebihan/ berkurangan
MAKA TEPUK DADA TANYA SELERA.... adakah anda hanya mahu duduk berdiam diri sahaja tanpa usaha yang MAMPU anda ambil untuk MENGUBAHNYA?

Bagi yang ingin menasihatkan teman-teman dan membuat kenyataan..tidak perlu amik vitamin, sila pastikan anda tahu apakah si teman tadi mempunyai cara hidup yang serupa dengan anda.
Bagi kawan-kawan saya yang memang hidupnya mudah....ada maid, anak tak banyak ragam...dapat makan seimbang setiap hari dengan lauk pauk masakan di rumah dan tidur yang sangat-sangat lena sampai ke pagi....hakikatnya bukan semua orang macam kalian :)



alhamdulillah.. minggu ni saya rasa lebih tenang berbanding minggu lepas. rupa-rupanya mood swing saya adalah gara-gara 'best friend' yang nak datang melawat. haha.

semasa menstrual, saya lebihkan pengambilan vitamin B Complex untuk memberi mood yang lebih stabil, dan juga konsisten makan Ostematrix. kedua-dua ni membantu saya untuk maintain production susu badan. mood yang stabil serta pembinaan sel-sel darah dan mengurangkan keletihan. so, kepada kawan-kawan yang dah start menstrual ni, saya lebih galakkan mengambil SET E instead of SET B.

okey, as per title above, saya nak share info mengenai amalan pemakanan untuk breastfeed mommies ni ye. inshaALLAH..

~* credit to kak cery
1) Mengamalkan diet seimbang yang mengandungi semua kumpulan makanan iaitu karbohidrat, protein, sayur- sayuran, buah2an,lemak.... (kalau rasa tak mampu nak sedia kan makanan seimbang..tak tertelan hari2... sila lah ambil breastfeeding set shaklee ni yer... yg mengandungi multivitamin,bcompex,,vitamin C...bagi memastikan keperluan bdn mencukupi)

2) Banyakkan pengambilan buah2an dan sayur2an iaitu 3 hingga 5 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan vitamin C dan asid folik yang penting untuk ketahanan tubuh badan dan tumbesaran bayi ( tak larat nak telan hari2?tak suke mkn buah...hmm..takpe..breastfeeding set shaklee ada mengandungi vitamin C)

3) Mengambil lebih makanan berprotein seperti daging tanpa lemak, soya, tempe, ayam tanpa kulit, ikan, telur dan kekacang sebanyak 3 hidangan sehari dan 3 hingga 4 hidangan susu sehari.

* Nota : Pengambilan lebih makanan berprotein adalah penting bagi memenuhi penghasilan susu ibu.* (boleh?...rasa mcm banyak sangat nak kene makan?..shaklee ada jalan penyelesaian... ambillah ESP Energizing Soy Protein yang sangat kaya dengan sumber protein malahan di hasilkan dengan kualiti yg sangat tinggi...)

4) Meningkatkan pengambilan susu kepada 3 ke 4 gelas sehari. Walaupun tiada bukti menunjukkan komposisi kalsium daripada susu ibu di pengaruhi oleh pengambilan kalsium oleh ibu, tetapi dipercayai kekurangan kalsium bagi ibu boleh meningkatkan mobilisasi atau penggunaan kalsium dari tulang ibu untuk mengekalkan paras kalsium dalam susu ibu bagi keperluan bayi. Oleh itu, bagi ibu yang kekurangan kalsium dan tidak mengambil tambahan kalsium, besar kemungkinan boleh meningkatkan risiko osteoporosis di peringkat menapous..(set E sesuai utk anda...gabungan set B dan calcium magnesium)

5) Pastikan si ibu mengambil sekurang2nya 8 gelas besar air sehari (mcmana nak pastikan minum 2 liter hari2? buat indicator macam ni yer.....setiap hari letakkan 2 botol bekas air mineral 1.5 liter atas meja khas(maknanya air tu untuk kita sahaja)...so, pastikan air dlm botol itu dpt dihabiskan dalam sehari...simple kan...)

6) Makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, hati dan kerang boleh membantu pembinaan semula sel - sel darah merah yang hilang semasa melahirkan anak dan darah nifas...(istimewanya multivitamin shaklee kerana turut di lengkapi dengan zat besi..)

7) Memperbanyakkan pengambilan sumber karbohidrat kompleks iaitu nasi, mi, bijirin dan roti

8) Elakkan pengambilan lemak dan gula secara berlebihan
nampak macam agak mustahil kan nak memenuhi kesemua keperluan nutrien ni secara lengkap setiap hari. maka atas alasan inilah kami mengesyorkan pengambilan suplemen yang berfungsi untuk membantu menghasilkan susu yang lebih berkualiti, penuh nutrisi serta dalam masa yang sama menambah kuantiti susu melalui galactagogue istimewa SHAKLEE - alfalfa / ESP. kawan-kawan boleh pilih samada mahukan Set B, Set B-1, Set E dan boleh add-on ESP, Omega, Fiber dan lain-lain suplemen mengikut keperluan masing-masing.

berminat? boleh hubungi saya di 019 293 9886 atau email ke hadhatina@yahoo.com.

lots of love,