Salam sayang semuanya!

Rasa-rasanya tentu dah ramai daripada anda semua yang telah pun berada di kampung halaman tercinta masing-masing kini. Saya dan family masih lagi berada di Subang untuk menyelesaikan beberapa urusan sebelum pulang beraya. Namun inshaALLAH, dalam sejam dua lagi kami pun akan turut berangkat pulang ke kampung halaman kami.

Oh ye! Kalau nak tahu saya dan suami sekampung. Orang Teluk Intan gituu .. haha! Saya orang Kampung Bahagia, hubby pula orang Taman Manik. Kami sama-sama bersekolah di SEMESTI. Tapi, kami tak pernah berkawan pun masa sekolah dulu, lagi-lagi hubby tu junior saya. Terlalu comel untuk jadi boyfriend aii .. macam Hajime Kindaichi :P

Di kesempatan ini, saya dan keluarga kecil saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca dan pelawat setia blog ini. Andai ada penulisan saya yang terlalu emosi dan menggugat serta menyinggung perasaan anda, maaf dipinta. Biasalah tu, intonasi penulisan tak serupa dengan intonasi suara sebenar hehehe. Kalau jumpa saya or dengar suara yang sebenar, manja-manja aje orangnya saya ni (tak percaya? tanya kawan-kawan dan keluarga saya).

Juga terima kasih atas sokongan anda selama ini sehingga saya rasa sangat bahagia mengendalikan blog ini. InshaALLAH, saya akan berusaha memperbaiki isi kandungan blog ini dari semasa ke semasa. 

Baiklah, memandangkan saya dah upgrade ke vlog, joooommlaa lawat vlog ucapan Selamat Hari Raya daripada saya ni. Saya yakin anda semua pasti teruja dengan kecomelan dan ke'behave'ian anak dara saya tu :)



credit to hubby (^_^)


As usual, pesanan produk Shaklee hubungi saya di 0192939886.

lots of love,
Mencari-cari set berpantang yang mudah namun berkesan? Saya syorkan cuba vitamin Shaklee. Vitamin yang terdapat dalam Set Berpantang Shaklee :
  • VitaLea | Multivitamin lengkap dengan Iron
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Zinc Complex
Set Berpantang Shaklee
Set Berpantang Shaklee

Untuk kesan optimum, sangat digalakkan diambil bersama suplemen-suplemen ini (mengikut keperluan dan kesesuaian)
  • ESP
  • Ostematrix
  • Alfalfa
Berminat? Hubungi saya di 0192939886 untuk pesanan dan pertanyaan.



lots of love,
Kawan-kawan yang sedang hamil, adakah anda mengalami masalah Hb yang rendah?

Jom tengok testimoni mereka setelah mengamalkan suplemen Shaklee

Testimoni #1



Testimoni #2 (credit to Azrin)



Vitamin Shaklee yang manakah membantu dalam memulihkan semula paras hemoglobin dalam darah?

Sekurang-kurangnya pengambilan Vitalea Shaklee (multivitamin lengkap zat besi) amat membantu. Saya sendiri juga melihatnya.


Semasa mengandungkan Icha, anak pertama, Hb saya paling tinggi pun 12 sahaja. Tetapi, selepas lebih setahun mengamalkan suplemen Shaklee secara teratur, Hb saya 13++, dan saya bukan setakat hamil, malah masih menyusukan Icha!

Jom baca fakta pula!

............................................................

Fungsi Utama Iron - Untuk darah yang sihat



MAKLUMAT PENTING IRON


· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari

· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
· Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel


TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON


· Pucat, tercunggap-cunggap

· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu


SIAPA YANG PERLUKAN IRON


· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang


FUNGSI LAIN IRON


· Bantu tukar beta carotene vitamin A

· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati


BERAPA BANYAK IRON


· 18 –mg @hari

· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan


MENGAPA SHAKLEE


· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.

· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik

credit

............................................................


Terima kasih kak N atas perkongsian ini. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah apabila ibu mendapat khabar berita yang menggembirakan. Auntie Sarimah yang masih di Miri mengkhabarkan bahawa teman pendidiknya yang mengidapi kencing manis kini dalam proses sembuh.

Teman Auntie Sarimah ini mengidap kencing manis dengan bacaan gula yang sangat tinggi iaitu 19 dan sering turun naik kandungan gulanya. Dek kerana bacaan gula yang sangat tinggi, teman Auntie Sarimah ini perlu menyuntik sendiri insulin ke dalam tubuhnya. Bayangkan betapa teruk keadaan temannya ini.

Maka Auntie Sarimah meminta pandangan ibu mengenai ini dan bertanya apakah supplement yang mudah dapat membantu temannya ini dapat mengawal kandungan gula dalam darahnya memandangkan telah banyak ubat dan supplement yang dicuba namun masih gagal. Ibu hanya menyarankan teman Auntie Sarimah ini mengambil zinc dan fiber unflavoured Shaklee sebagai tambahan memandangkan pihak hospital telah membekalkan vitamin lain seperti multivitamin dan b complex.


Mengapa zinc? Zinc membantu pankreas mengeluarkan insulin. Insulin penting untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Manakala Fiber penting untuk menyerap semua lebihan gula dan lemak LDL dalam tubuh untuk disingkirkan semasa proses perkumuhan.


Percaya atau tidak, dalam masa 2 minggu, teman Auntie Sarimah ini bersungguh meminum fiber bersama zinc yang diberi oleh Auntie Sarimah. Bacaan gulanya sebelum mencuba adalah 19 dan hasilnya setelah 2 minggu kini bacaannya menjadi 6. Doktor sendiri terkejut apabila beliau mampu mengatasi masalah gula yang sangat tinggi yang memang menjadi masalah besar kerana turun naiknya bacaan gula selama ini. Kini teman Auntie Sarimah membuat pesanan kedua untuk zinc dan fiber unflavoured Shaklee demi memastikan gulanya di paras normal. Beliau sangat gembira kerana ditemukan dengan pemakanan yang membantunya mendapatkan kesihatan yang optimum.

Ibu doakan bagi mereka yang mencari supplement untuk ibubapa yang mengidap kencing manis boleh mencuba 2 supplement ini sebagai permulaan. Buat pengetahuan semua, zinc memang penting dalam kebanyakan proses dalam tubuh kita. Namun fiber adalah supplement yang tidak mengandungi apa2 zat selain membantu badan menyingkirkan lemak dan gula yang berlebihan dalam tubuh kita.

Bagi Auntie Sarimah pula, yang telah melahirkan anaknya yang ketujuh baru2 ini sangat gembira apabila anaknya kini hampir 2 bulan usianya telah mencapai berat hampir 5kg. Baby auntie Sarimah ini lahir dengan berat 3.1kg, dan auntie Sarimah memang seorang yang concern dengan perkembangan anak2nya. Memandangkan beliau telah melahirkan anak yang ke 7 beliau memang memastikan anak kecilnya mendapat khasiat yang cukup dari susuibu. Auntie Sarimah memberitahu kepuasannya kali ini adalah kerana beliau mengambil Shaklee sebagai set selepas bersalin berbeza dengan anak2 yang terdahulu. Yang penting zinc banyak membantu dalam pembesaran anak selama penyusuan susu ibu. Ia membantu agar proses pembesaran anak sentiasa meningkat.

Ibu doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Alhamdulillah ibu sendiri melalui proses penyembuhan selepas bersalin dengan hanya pengambilan vitamin lengkap dan hasilnya sangat membanggakan.

credit : anakkuwiraku.com


Saya suka nak share tips biz internet daripada idola saya ni, Irfan Khairi.
Kepada yang subscribe email IK, rasanya dah dapat email ni. Tapi, untuk sharing di blog ni, saya re-published semula. Semoga bermanfaat.
**********************************
Sekiranya kita melihat perniagaan-perniagaan yang berjaya, kebanyakannya sedia mempunyai seorang personaliti, contoh, Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.

Sekiranya anda ingin mulakan perniagaan, jadikan diri anda "personaliti" dan "duta" kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah berhubung dengan "orang" berbanding dengan produk, perkhidmatan atau perniagaan.
jobs1.jpg
Steve Jobs sebagai duta produk sendiri - Ipad!

  1. Langkah pertama untuk menjadi "personaliti" kepada perniagaan kita adalah pastikan perniagaan yang kita jalankan "ngam" dengan diri kita sendiri. Maksudnya, sekiranya jual produk kesihatan, pastikan diri kita sedia sihat tubuh badan. Kalau jual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik juga. Kalau jual produk IT, pastikan diri kita tak pula buta IT! Dapatkan produk yang terbaik untuk diri kita... yang paling ngam!


  2. Langkah kedua dan amat penting adalah, asahkan skil komunikasi anda, terutamanya dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang anda jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita ingin niagakan. Sehingga perniagaan dan komunikasi anda menjadi sebati.

Jadilah "duta" kepada perniagaan anda sendiri seperti perniagaan-perniagaan yang berjaya lain!



Untuk mendapatkan update terkini, jangan lupa join FanPage YSMFC. Bagi membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma, sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,
Sepanjang harini saya asyik la berasa loya dan sakit kepala. Untuk hilangkan rasa sakit, saya sibukkan diri mengemas rumah, mop sana, mop sini, susun sofa, kemas dan susun segala bil, invoice yang belum disusun dsb .. dengan harapan hilang rasa tak selesa ni. Rasanya, harini aktiviti saya 30 minit mengemas rumah .. 15 minit online .. 30 minit mengemas rumah .. 15 minit online .. huhuh!

Tadi baca blog kak cery (mamafaiz.com), seronok pula saya baca sharing beliau daripada blog kak N (anakkuwiraku.com) mengenai vitamin yang membantu menyelesaikan masalah kulit anak yang kering.

Sepanjang 10 hari pertama Ramadhan, abah berada dilaut maka saya dan Addin sahaja berpuasa di rumah. Abah pesan agar saya pastikan menyediakan juadah berbuka untuk Addin mengikut seleranya sebagai tanda reward kerana berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga sepanjang hari. Saya menyediakan pelbagai jenis air yang Addin mahu dan saya pastikan dia akan minum dengan banyak sehingga waktu masuk tidur.

Namun sesuatu yang saya sedari, kulit Addin adakala kering sangat akibat berpuasa. Apabila ini berlaku saya akan pastikan dia mengambil GLA dan vitamin C chew sebelum tido bersama ESP + PD. Saya akan bancuhkan dengan sedikit kepekatan ESP agar protien yang cukup membantu tubuh Addin menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.


    Syukur, esoknya kulit Addin akan nampak lembap seperti kulit orang biasa. Tak sia-sia beri Addin makan GLA....GLA untuk seimbangkan hormon. Protien pula untuk bina sel baru dan pastikan sel sedia ada sihat. Vitamin C pastinya sebagai keperluan dalam penghasilan kolagen. Syukur dengan izin ALLAH, Ramadhan ini lebih indah dari sebelum ini di mana anak-anak dah mendapat manfaat setelah consume Shaklee dengan konsisten.


Pengambilan vitamin memang memberi kesan yang positif jika diamalkan dengan cara yang betul dengan kehendak tubuh kita. Sebab itulah, setiap set yang kami sediakan tidak sama antara satu sama lain, meskipun kandungan setiap set lebih kurang sama.

Jika anda mempunyai anak atau sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kulit seperti dalam testimoni di atas, boleh hubungi saya secara personal untuk maklumat lanjut dan konsultasi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


 Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan:


 Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com
Saya mula menjalankan biz Shaklee secara serius pada Jun tahun lepas (2010).

Asalnya, saya telah membeli satu set vitamin ibu menyusu daripada salah seorang blogger pujaan saya yang kemudiannya menjadi upline saya dalam biz Shaklee ini. Tapi, saya tidak berurusan dengan upline saya itu secara langsung kerana ketika itu dia berada di luar negara. Jadi, upline kepada upline saya yang menjadi tempat saya mendapatkan konsultasi.

Alhamdulillah. Pencarian saya terhadap suplemen terbaik bagi melestarikan kesihatan seorang ibu yang menyusukan anak berakhir setelah bertemu Shaklee. Dalam masa seminggu, saya telah mendapat banyak manfaat daripada pengambilan suplemen Shaklee tersebut.
  1. susu menjadi lebih pekat berkrim dan kelihatan begitu berlemak

  2. susu menjadi kekuningan which is membuatkan EBM saya kelihatan begitu yummy

  3. tubuh saya kurang letih, lebih cergas bertenaga

  4. emosi saya menjadi lebih stabil. suka ketawa.

  5. masalah colic dan rashes yang dihidapi oleh Icha berakhir

  6. berat badan Icha naik dengan begitu cun

Tapi, bukan itu point utama dalam entry saya kali ini. Saya mahu bercerita pada anda semua akan pentingnya hidup ini mempunyai matlamat yang jelas. Matlamat yang jelas dan difahami membantu kita ke satu arah yang jelas juga dalam life kita.

Sejak bulan lepas, suami saya sudah mula menggelar saya "Surirumah 5-Angka". Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki ini, doakan saya dan suami mampu kekalkan semua ini, dan semoga rezeki kami sekeluarga diberkati ALLAH.

Masa mula-mula buat biz Shaklee, matlamat saya cuma dua : 
  1. Mengisi masa lapang sebab surirumah yang takde kerja ni cenderung berfikiran negatif pada suami 
  2. Mencari sedikit DUIT jadi kalau saya nak beli tudung ke, baju ke, majalah ke dsb saya tak perlu susahkan suami. Memang nature saya sedari sebelum berkahwin, saya malu nak minta belanja daripada suami saya meski saya ni bawah tanggungjawab dia. Kalau terdesak baru saya sampaikan hasrat saya tu.

Saya signed-up membership Shaklee pertengahan Jun 2010. Sebelum tu, upline kepada upline saya dah pun approached saya untuk buat biz kerana kriteria dan potensi yang ada pada saya. Adalah ceritanya macam mana boleh kena approached tu. Siapa nak tahu meh sembang hati ke hati dengan saya.

Bulan Jun tersebut, point saya dalam Shaklee (biasalah MLM ada point semua ni bila buat sales), mencecah separuh daripada point yang dikehendaki untuk naik ke rank leader level pertama. Marvellous! In less than one months, sales saya lebih kurang RM4k. Okeylah kan? Buat dari rumah aje, newbies pulak tu.

Then, melihatkan saya punya potensi besar, pengasas group Shaklee yang terkenal di alam maya ni, pun turut jadi mentor saya. Bulan kedua buat biz Shaklee, saya naik jadi leader - tanpa ada downline. Bangga tau dan saya mula nampak sistem Shaklee yang adil. Tak perlu downline kita boleh naik rank.

Namun, apa yang mendorong saya berusaha naik rank masa tu ialah ..

Waterfilter Shaklee

Saya nak memiliki Shaklee BestWater Water Filter

Shaklee bagi PERCUMA kepada mereka yang naik rank (plus insentif-insentif lain). Limited time. So, saya kena kejar peluang ni.

Macam 'orang gila' saya buat sales bulan tu. Segala panduan dan nasihat yang mentor-mentor saya beri saya aplikasikan. Alhamdulillah, sehari sebelum closing day, saya berjaya pegang title Leader (level bawah la, but it was a good start anyway).

Suami saya memang dari awal beri sokongan. Tapi dari segi restu dan material aje lah mula-mula tu. So, saya agak lost track lepas tu. Sebab saya belum habis study marketing plan Shaklee. Sehinggalah pada bulan Disember tahun lepas, mentor besar kami dari Miri turun ke Semenanjung. Alhamdulillah .. masa tu saya dah clear apa perlu saya buat. Lepas meet up tu sales saya jadi stabil dan makin meningkat setiap bulan.

Uniknya, masa meet up tersebut juga, pertama kali saya face-to-face dengan upline saya. Selama ni kami bercinta di alam maya dan sms aje (eh? upline saya perempuan tau. jangan salah sangka pulak). Memang unik biz Shaklee ni. Even saya sendiri, ada beberapa orang anak buah  (downline) yang saya tak pernah jumpa namun masih mampu beri personal coaching pada mereka. (kalau mampu jumpa lebih baik sebenarnya)

Kini, setelah lebih setahun dalam biz ini, saya telah menjejak tangga yang ke-5 daripada 7 tangga sebelum akan sampai ke puncak. Dua bulan terakhir ini juga, alhamdulillah .. mungkin rezeki bayi dalam rahim ini juga, saya naik dua tangga berturut-turut. Dan INI, dengan campurtangan dan sentuhan suami saya. Yakinlah, restu dan sokongan suami sangat penting kepada isteri. Pandai-pandailah belajar memujuk ya? :)


Sharing about my success story


Oh ya! Shaklee memanglah produk MLM, tapi uniknya biz Shaklee (yang saya jalankan ini):
  1. Tak perlu susah-susah terkejar sana-sini nak cari orang untuk jadi downline. Less stress.

  2. The more we share, the more we get. Ilmu pun bertambah.

  3. Marketing system yang simple dan sangat mudah difahami. Boleh study sendiri kecuali anda tak biasa dengan MLM.

  4. Downline boleh mengatasi upline. Ni memang unik.

  5. Consumable products. Bila dah habis orang akan cari kita semula untuk re-order.

  6. Shaklee adalah sebuah syarikat yang sangat established, telah 55 tahun ditubuhkan. So, kenapa nak ragu-ragu kan?

Most of my downlines were my satisfied customers or my beloved blog followers, yang saya tak pernah tanya pun," Jom jual Shaklee nak? Boleh dapat income riban-riban tiap bulan." Konsep saya, cuma akan approach orang tu if saya lihat dia berbelanja besar untuk beli vitamin daripada saya setiap bulan. Malah, ada yang tak pernah jadi customers saya pun nak jadi downline saya.

Kini, at this level, saya dah cukup yakin dengan Shaklee. Banyak perkara positif terjadi kepada saya.
  1. Saya kurang menulis entry penuh emosi di blog atau post mencetus kemeluatan orang di Facebook. Paling personal pun pasal "teringin cheesecake"

  2. Saya seorang surirumah yang punya ramai teman. Bilangan teman rapat saya jauh lebih ramai kini berbanding semasa saya bekerja dulu.

  3. Taraf kesihatan kami sekeluarga semakin meningkat. Mana taknya, "mak tokeh vitamin".

  4. Pengetahuan tentang kesihatan dan penyakit juga bertambah.

  5. Boleh pegang duit sendiri dengan hanya bekerja dari rumah 247.

  6. Sentiasa bermotivasi, bersemangat,hidup penuh matlamat, positive thinking dan setiap hari sangat mengujakan

  7. Semakin dekat dengan ALLAH swt.

Dulu-dulu kalau follow husband outstation, saya terperuk aje dalam bilik hotel. Now ni, husband gi meeting, saya bawak Icha gi shopping. Hehe.

Rahsia kejayaan saya:
  1. Restu suami (dan anak-anak)

  2. Matlamat yang jelas

  3. Mentor yang hebat

  4. Pergantungan penuh dengan ALLAH swt

Seronok dan hidup rasa terisi, meski dengan Shaklee saya dan kawan-kawan saya takdelah sampai tahap boleh tukar kereta mewah cepat-cepat, pakai baju dan handbag branded, melancong oversea setahun 3,4 kali (tapi tahun ni aje saya dan husband dah 3 kali bercuti kat overseas, tunggu another trip hujung tahun kalau baby dalam perut izinkan) atau punya rumah besar dan mewah. Most of us have a very simple life tapi kami sangat bermotivasi, dan kepada geng ibu menyusu, kami 100% menyokong penyusuan susu ibu - our killer products!

Jadi, kepada yang email dan sms saya bertanyakan tentang faedah dan bestnya buat biz Shaklee, this is my story. Anda boleh pertimbangkan sendiri pros dan cons jika signup membership dengan Shaklee. Namun, jika anda sign-up from me, here's the deals** :-
  1. 247 unlimited personal coaching virtually

  2. bantuan promosi khas under our group

  3. peluang ganjaran super-hebat jika achieve target

  4. kelas "business intelligent" secara santai

  5. tips pemasaran gaya santai

Istimewanya juga kerana produk Shaklee ini tidak susah untuk dijual. Golongan pioneers dalam biz ini telah pun berjaya memberi kesedaran kepada umum akan kehadiran produk ini. Kedua, anda tidak perlu susah-payah study pasal pasaran sasaran kerana saya akan guide anda. Teknik memasarkan produk ini memang mudah. Ketiga, cara setup biz yang juga simple.

Saya cuma boleh janji apa saya mampu dahulu. Namun, saya akan pastikan anda juga menjadi someone yang punya matlamat dalam hidup. InshaALLAH.

** LIMA deals ini hanya valid jika anda sign-up from Mommy Icha sahaja.

Jika anda hubungi saya sekarang, saya akan beritahu anda cara untuk save RM65 bagi mendapatkan membership Shaklee (bagi yang mahu memulakan biz)

Good Luck!

Mahu membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma? Sila SMS 019 293 9886.

lots of love,

Puasa dan Susu Merudum


Dalam entry sebelum ni saya ada kongsikan satu testimoni dari seorang ibu, Puan Adilah, yang susunya tetap maintain seperti biasa meskipun sedang berpuasa. Beliau mengamalkan 


  1. konsep Supply Vs Demand ; 
  2. pengambilan suplemen Shaklee ;  dan 
  3. 3 perkara penting yang kami pesan ; 

Namun, ada juga ibu-ibu yang telah sedaya upaya berusaha mengamalkan tips2 di atas namun hasilnya tetap mengecewakan.

Kenapa perkara ini boleh terjadi?


Semasa berpuasa, perkara wajib yang kita perlu jaga ialah memastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi yang boleh membawa kepada masalah-masalah lain seperti keletihan, sakit kepala, dan lain-lain. Disarankan ibu yang menyusukan anak minum tidak kurang 3 liter air setiap hari, bagaimana pula ketika berpuasa?

Antara tips yang disarankan (credit to anakkuwiraku.com)

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.
2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.
3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.
4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak.  

Mudah kan? Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan minum Performance Drink sepanjang Ramadhan ini. Minuman tenaga yang menyihatkan, tanpa gula dan tidak berkarbonat ini sangat menyegarkan dan pasti membekalkan anda tenaga sepanjang hari (ditambah pula dengan pengambilan ESP!)


InshaALLAH anda pasti tidak akan kecewa.

Nota tambahan :

Ibu hami digalakkan mengambil Performance Drink ini ketika berpuasa untuk mengelakkan dehidrasi. 
Alhamdulillah. Semalam saya berjaya juga berpuasa walaupun berdebar-debar hati sebenarnya. Yelah, pengalaman pertama berpuasa ketika hamil dan menyusukan anak. Dulu masa mengandung aje pun saya tak larat tau. Tapi semalam syukur sangat-sangat, walaupun di hujung waktu saya dah mula rasa pitam.

Semalam juga saya buat second pregnancy checkup saya di PKSA. Masa mengandungkan Icha dulu, awal-awal lagi saya buat both checkup di klinik gomen dan swasta. But now, dah pandai, saya awal-awal ni buat kat gomen je, scan bila perlu kat klinik yang boleh buat ultrasound ni. Later, baru saya akan reg untuk bersalin kat private hospital.

Result checkup alhamdulillah ok. Tapi, saya paling teruja tengok Hb saya dah dua kali ni is 13.2 dan 13.7. Dulu2 paling tinggi pun 12++ tak silap. Dengan mabuknya, dengan masih aktif menyusukan Icha lagi. Good baby!! Just like your Kak Yong.

Cuma misi tu semalam concern pasal berat badan saya yang naik 1.8 kg daripada last month. Hehe. Last checkup 43.6 kg je, which is for me very tak normal. Berat saya tak pernah kurang daripada 45 kg tau. Then, semalam timbang dah jadi 45.9 kg. Yelah, normal patut naik arount 0.5 kg je awal-awal ni. But I answered them, yang masa first checkup tu, saya baru je balik daripada India, lepas tu terus ke Johor, langsung ke Singapore. Dengan mabuk kari yang dekat 3 minggu baru nak hilang, sangat logik la berat saya turun. Dan, actually, 45.9 kg is normal for me. Saya syukur sangat-sangat berat saya back to normal.

Masa first pregnancy, at 13 weeks macam ni, berat saya dah 47 kg tau. So, ni kira ringan la ni. Misi suruh jumpa doktor sebab berat saya yang naik 1.8 kg tu. So, saya jadi orang terakhir keluar daripada PKSA semalam. Kesian hubby. Kesian juga kat anak buah saya yang tunggu kat rumah nak ambik stok ESP untuk customers dia. Bila jumpa doktor, doktor tak tanya langsung pasal berat ke apa ke .. hehe..  rasa buang masa lak. Saya tengok doktor jumpa orang lain sampai 15 minit sorang, saya ni 5 minit je.

Sebab doktor pun tengok semuanya okey kan?

So, preggies yang baca entry ni, apa suplemen yang saya amalkan selama hari ni sebenarnya banyak membantu untuk saya maintain the health setakat ni. Alhamdulillah. Doakan saya dan baby selamat hingga ke akhirnya. Saya tak makan banyak suplemen. All the routine yang saya biasa ambil sebelum mengandung pun - vitalea with iron formula, b complex, vitamin c, ostematrix dan ESP. Puasa ni saya jadikan amalan untuk minum Performance Drink sentiasa.

Selain daripada tu, saya amalkan minum susu. Semua jenis susu! Tak terhad kepada Anmun sahaja. Itu yang misi pesan. Hubby pun belikan macam2 jenis susu untuk saya. Paling saya suka, Dutch Lady Fresh Milk (yang saya mix dengan ESP/ MealShake) ; susu Nespray sebab sangat mudah larut. Soya, taufufah semua saya dah jadi alergic lak kali ni hahaha! It's the hormone! (nasib baik ESP tak rasa soya sangat tawww .. )

So, that's all for now. Kawan-kawan yang mahukan stok ESP with special price, please kindly PM me personally, especially to my regular customers yang dah booked stock ESP since last month tapi tunggu gaji masuk. Kalau korang taknak lembik dan susu kurang puasa ni, marilah beli ESP dan Performance Drink daripada saya cepat sebelum stok habis!

Daaaa ...


Mahu membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma? Sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.



lots of love,
Salam satu Ramadhan kepada semua pengunjung blog YourSuperMom.Com. Semoga kita semua menghadapi Ramadhan tahun ini lebih excellent daripada tahun-tahun sebelumnya. Ameen.

Alhamdulillah. Sempat saya menyediakan menu bersahur dengan sempurna untuk hubby (saya tak kisah sangat sebab saya jarang makan nasi masa sahur). Meskipun terlewat bangun pada jam 4.55 am. Fuhhh! Dahle malam tadi saya dilanda pedih ulu hati dan cirit-birit sampai terbaring-baring.

Menu simple aje. Bangun tidur tadi terus tanak nasi (Mujur guna rice cooker mahal - ada function 'quick'. Great saviour). Then, ayam memang saya dah keluarkan siap-siap maghrib semalam konon-konon nak masak sebelum tidur. So, dah fully defrosted. Basuh-basuh, potong-potong dan campak dalam periuk bersama sedikit air tapisan BestWater Shaklee, garam secukup rasa dan sup bunjut Adabi yang memang banyak stok kat rumah (kami laki bini hantu sup ayam kalau nak tahu). Memandangkan saya dah hampir 4 bulan hamil, so, saya tak berani dah nak tumbuk-tumbuk bahan penumis dalam lesung batu, jadi saya potong-potong je bawang merah, bawang putih dan halia, dan paling best, just gunakan serbuk lada hitam. Hehe. Ayam dah lembut masak, masukkan pula hirisan daun bawang. Siap! Resepi sup ibu hamil yang tak larat cium bau dapur.

Saya hidangkan nasi panas dan sup bersama telur goreng mata kerbau, hirisan timun dan tomato, kicap dan sos. Minuman pula hubby request teh tarik, dan juga mix of ESP + Performance Drink. Untuk vitamin, saya cuma ambik dua biji Ostematrix (the rest macam Vitalea, B Complex dan Vitamin C semua saya ambil malam sahaja bulan puasa ni). Hubby minum sesudu teh Vivix.Oppss! Jangan dilupakan buah kurma ya?

Simple. Okey. Apa target Ramadhan saya tahun ni?
  1. Tak missed puasa meski saya sedang hamil dan menyusukan anak sulung saya
  2. Tak missed solat sunat Terawih
  3. Tak missed solat sunat Tahajjud
  4. Khatam Al Quran 30 juzu'
  5. Tak missed sahur
Cukuplah 5 ni yang wajib saya usahakan. InshaALLAH. Untuk biz, doakan semoga saya terus sukses dalam biz saya dan bertambah murah rezeki di bulan Ramadhan ni. Ameen. (If ada yang berminat nak join biz saya, jangan malu-malu contact saya ya?)


Salam Ramadhan daripada kami sekeluarga.
lukisan Taj Mahal oleh hubby dengan menggunakan aplikasi di iPad2 kami

Jangan lupa dapatkan stok Performance Drink dan ESP daripada saya untuk Ramadhan yang lebih sihat dan ceria!

Mahu membuat pesanan vitamin atau mendapatkan konsultasi percuma? Sila SMS 019 293 9886 atau email ke admin@yoursupermom.com.

lots of love,