Panduan Mudah Diet Ibu Hamil Yang Ada GDM (Kencing Manis Ketika Hamil)

Pertama kali saya disahkan ada GDM adalah semasa hamil anak ke-6. Apa itu GDM? 

GDM (Gestational Diabetes Mellitus) atau kencing manis ketika hamil adalah keadaan di mana paras gula dalam darah seorang ibu hamil adalah tinggi. Namun, ia sama sekali berbeza daripada kencing manis Jenis 1 dan 2. 

Seperti yang kita tahu, kencing manis terjadi samada disebabkan oleh insulin yang tidak mencukupi atau tidak berfungsi dengan baik; iaitu tidak boleh menukarkan gula kepada tenaga. Akibatnya paras gula dalam darah menjadi tinggi.

Bagi ibu hamil yang ada GDM, fungsi insulin mereka terganggu adalah disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil yang dihasilkan oleh plasenta iaitu lactogen plasental human, estrogen, kortisol dan prolaktin. 

Oleh itu, GDM selalunya akan hilang selepas kelahiran bayi. Namun, pengurusan GDM amatlah mustahak kerana ibu yang ada sejarah GDM berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. 

GDM Tidak Boleh Dirawat


Apabila seseorang ibu hamil itu dikenalpasti mempunyai GDM, dia akan dipantau sepanjang tempoh kehamilannya melalui rutin BSP (Blood Sugar Profile). 

Ibu perlu memastikan bacaan gula dalam darah sentiasa berada pada paras yang stabil. Ini penting untuk keselamatan kedua ibu dan bayi sebenarnya. 

Terdapat dua cara menguruskan GDM iaitu melalui diet ataupun terapi insulin; bergantung pada keputusan bacaan gula yang pertama. 

Walaubagaimanapun, Diet GDM adalah langkah pertama yang ibu perlu fokus sehinggalah habis tempoh berpantang bersalin.

Perkongsian kali ini saya fokus kepada diet GDM berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa hamil anak ke-6.

9 Cadangan Diet Ibu Hamil Yang Ada GDM


  1. Amalkan konsep makanan suku-suku separuh dengan mengenalpasti jenis makanan yang tidak membuat paras gula dalam darah naik dengan banyak
  2. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap untuk maintain paras gula dalam darah. Disyorkan tiga kali main meals dengan tiga kali snacking.
  3. Mesti ada gabungan protein, lemak dan karbohidrat. Elakkan daripada makan secara 'naked carb' untuk jaga paras gula dalam darah.
    1. 90% Karbohidrat bertukar kepada glukos dalam masa 1-2 jam selepas diserap tubuh
    2. 50% Protein bertukar kepada glukos dalam masa 2-4 jam selepas diserap tubuh
    3. 10% Lemak bertukar kepada glukos dalam masa 8-10 jam selepas diserap tubuh
  4. Banyakkan makan salad dan sayur-sayuran hijau sebagai sumber serat. 
  5. Berhati-hati dengan pilihan buah. Contohnya, epal hijau lebih selamat daripada epal merah. Buah kurma sangat-sangat bagus untuk diamalkan oleh ibu hamil asal jangan berlebihan.
  6. Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti kentang, beras putih, roti putih dll seumpamanya. Gantikan dengan pilihan lebih sihat.
  7. Minum air secukupnya. Banyakkan air kosong. Kurangkan minuman manis (dah tentu!), bergas dan jus dengan label 'no added sugar'. Blend sendiri jus buah-buahan anda.
  8. Jangan lupa bersenam untuk supaya gula dalam badan digunakan sebaiknya. Cuma pastikan senaman itu tidak membahayakan dan tidak pulak ekstrim.
  9. Saya juga syorkan ibu hamil amalkan Set Kehamilan Shaklee yang lengkap dengan sumber protein yang sihat, asid lemak Omega-3 yang bagus untuk mengawal selera makan dan perkembangan otak, asid folik, kalsium serta vitamin C. 
Pengalaman saya sendiri semasa ada GDM, suplemen ESP (Energizing Soy Protein) amat membantu kerana ada masanya saya buntu apakah menu yang sihat, selamat dan sedap untuk saya ambil! Paling penting, tidak merosakkan bacaan BSP saya :-)

Alhamdulillah, dengan adanya ESP masalah saya selesai. Bacaan gula juga terkawal. Selera dan berat badan saya juga terkawal. Perkembangan bayi juga sangat bagus! Alhamdulillah .. malahan, ESP ini saya memang amalkan sejak kehamilan kedua lagi.

Diharap artikel ini membantu ibu-ibu yang ada GDM supaya lebih enjoy dan relax dengan perjalanan kehamilan walaupun terpaksa menjalani rutin BSP, ataupun terapi insulin. 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Shaklee Certified Product Trainer
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!