Ibu Menyusu dan ESP Shaklee


Saya terima beberapa sms mengenai ESP. Ramai bertanya sama ada perlukan mereka mengambil ESP?

Jawapan saya : Jika ada lebihan budget, saya memang menggalakkan anda mengambil ESP. Lebih-lebih bagi mereka yang menghadapi masalah production susu yang agak teruk.

Secara ringkas, kelebihan mengambil ESP bagi ibu menyusu selain vitamin asas yang lain.

* Susuibu akan lebih cepat dihasilkan.
* Payudara cepat berat jika anak lambat disusukan ataupun sesi perahan tertunda.
* Payudara mudah tegang dan tidak kendur/lembik
* Perkembangan pembesaran anak yang berumur 1-6 bulan dimana si ibu mengambil ESP dan set B sebagai makanan tambahan akan melihat perkembangan anaknya yang cepat dan sihat.



Apa sebenarnya fungsi ESP dalam bahasa yang lebih mudah difahami?


ESP atau nama penuhnya ialah Energizing Soy Protien adalah protien yang dibuat dari soya yang berkualiti. Protien hakikatnya boleh di dapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protien ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protien yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dati tisu membentuk organ.  Dari organ membentuk sistem.

Protien merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protien ditambah dengan protien yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.
Selain itu, protien sangat penting untuk proses pertumbuhan. Susuibu mengandungi sebahagian besar protien. Ibu yang mengamalkan makanan yang seimbang dan lengkap dengan protien dan semua zat akan mendapati anaknya membesar dengan sihat dan perkembangannya sangat hebat insyaALLAH.

Bagaimana cara bancuhan yang betul untuk ESP?


Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong)/ sejuk atau air suam2 kuku seperti milo, susu atau oren....ELAKKAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protien mudah musnah pada suhu yang tinggi.

Minumlah ESP 1 -3 kali sehari

Bagi yang belum pernah atau memang mahu mencuba ESP Shaklee sangat di alu-alukan.


1 comment:

  1. OO..bagus cara penerangan..
    sy pun akan terus bersemangat~!

    ReplyDelete

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!