Saya perasan saya mula mengalami rabun sejak saya berumur 16 tahun lagi. Sehingga kini saya memakai cermin mata. Kadang-kadang rasa sedih pula sebab terpaksa bergantung pada cermin mata untuk melihat (dulu kecik-kecik teringin sangat nak pakai cermin mata) hihi. 

Sekarang saya selalu cuba mencari penawar untuk cuba mengubati rabun saya ini. Ada beberapa jenis rabun :
  1. Rabun Jauh (Miopia)
  2. Rabun Dekat (Hiperopia)
  3. Astigmatism
  4. Rabun Tua (Presbiopia)
Sebenarnya, rabun ini boleh dirawat tanpa memerlukan sebarang kos. Tapi sebelum itu fahami dulu bagaimana rabun boleh terjadi.

Rabun Terjadi: apabila anda membuat tekanan pada mata. Secara semulajadinya, bentuk mata kita sesuai untuk melihat objek yang jauh, bukan objek yang dekat. 

So apabila kita melihat objek yang dekat, secara tidak langsung otot-otot mata akan menekan ia dan akan mengubah bentuk mata kita untuk melihat objek yang lebih dekat. 

Konsep mudah untuk difahami, katakan mata anda seperti sebuah bola ragbi yang lonjong dan hanya sesuai untuk melihat objek yang jauh. Tetapi digunakan untuk melihat bola sebuah objek yang dekat (kurang dari 7 meter) , maka otot mata kita akan mengalami tekanan. 

Ditambah jika anda melihat objek yang dekat dengan jangka masa yang lama. Maka, situasi itu akan merubah bentuk mata anda. Dan jika ia berlarutan terlalu lama, ia menyebabkan bentuk mata anda tidak dapat kembali kepada bentuk asal yang semula iaitu bola ragbi. 

Inilah punca rabun yang biasa terjadi dikalangan kita, kerana melihat sesuatu objek dengan dekat pada jangka masa yang terlalu lama (melebihi 20 minit).

Pencegahan Awal : mencegah rabun mata ini dapat diatasi jika anda menyedari anda rabun seawal yang mungkin. Maknanya ketika mata anda berada pada power 100 ke 150. 

Pada saat ini, anda masih mampu melatih mata anda untuk mengubah mata anda supaya kembali mampu melihat bola ragbi pada jarak yang jauh. 

Caranya adalah dengan : Setiap 20 atau 30 minit setelah anda melihat objek yang dekat, anda perlu melihat objek jauh (lebih 7 meter) dalam beberapa saat. Semasa melihat objek yang jauh tersebut, pastikan anda betul-betul fokus nampak apa yang anda dapat lihat. 

Ini bertujuan untuk mengembalikan bentuk mata anda kepada bentuk asal dan juga untuk merehatkan mata anda. So, lihatlah sesuatu yang lebih dari 7 meter pada waktu rehat mata , pada yang sama cuba rasai mata anda kembali lonjong pada bentuk asalnya dan bertambah rileks.

So jangan terlalu asyik membaca novel cinta, bermain henfon, atau duduk di depan PC terlalu lama. Rehatkan mata supaya mata anda mampu bertahan lebih lama ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Selalu kita mendengar dan belajar di sekolah atau di pusat kesihatan akan tajuk-tajuk seperti “Tanda-tanda akil baligh”, “Ciri-ciri manusia beriman”, “Tanda-tanda seseorang sedang hamil” dan berbagai-bagai lagi. Namun jarang sekali kita didedahkan di sekolah mahupun di mana-mana akan tanda-tanda meningkatnya kadar metabolisma dalam diri seseorang.
Memandangkan metabolisma ini merupakan sesuatu yang subjektif, maka tiada sukatan atau skala sebenar dalam menentukan tahap metabolisma seseorang, maka oleh sebab itu ramai yang tidak menyedari jika diri mereka sedang mengalami peningkatan metabolisma atau pun sebaliknya. Cuba tanya diri anda sekarang, adakah kadar metabolisma anda sekarang sama seperti kadar metabolisma anda 7 hari yang lepas? Adakah sedang berkurang atau sebaliknya? Mungkin soalan ini anda boleh jawab selepas anda mengikuti 7 ciri-ciri berikut:


Tanda-Tanda Metabolisma Meningkat

  1. Lebih bertenaga : Lebih bertenaga bermaksud badan anda mampu memaksimumkan sehabis mungkin karbohidrat yang diambil untuk tujuan penghasilan tenaga. Jika anda berasa letih, maka terdapat kecacatan dalam diet dan program mengawal berat badan yang anda sedang amalkan. Badan bekerja lebih lancar dan pantas berbanding biasa.
  2. Kerap berpeluh : Ini merupakan kesan sampingan kepada situasi di (1). Lebih bertenaga juga membawa maksud badan melakukan kerja dengan lebih pantas berbanding biasa, dan itu semua menghasilkan lebih banyak haba berbanding biasa. Terlalu banyak haba dalam badan akan menghasilkan respon yang seterusnya, yakni sistem penyejukan semulajadi yang dikenali sebagai “peluh”. Bayangkan badan kita seperti laptop. Apabila laptop tersebut terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, laptop akan menjadi panas, sekaligus kipas akan berpusing lebih pantas berbanding biasa.
  3. Kurang rasa sejuk suhu luaran, badan lebih suam : Ini juga berkait rapat dengan apa yang tertulis di (2).
  4. Rasa lebih ghairah (lelaki) : Lelaki yang melakukan weight training akan mengalami peningkatan hormon testosterone dalam badan untuk tujuan pertumbuhan (membaiki kembali otot-otot yang terkoyak). Antara kesan-kesan peningkatan hormon testosterone ni ialah lelaki akan menjadi lebih gagah, pantas (seperti pemangsa), lebih berkeyakinan, dan peningkatan keinginan seks terhadap pasangan perempuan.
  5. Degupan jantung dan nafas menjadi lebih pantas : Mungkin situasi ini sering dialami oleh mereka yang kurang stamina dan jarang bersenam. Jika anda seorang yang aktif dan rajin bersenam hampir setiap hari, termasuklah melakukan kardio, anda akan mengalami situasi ini pada keesokan pagi selepas bangun dari tidur.
  6. Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja selesai menikmati juadah utama : Ini berbeza dengan nafsu makan. Perbezaannya sangat ketara,kecepatan rasa lapar ini berlaku kerana perut merembeskan lebih banyak enzim pencernaan berbanding biasa, sekaligus mengambil masa yang singkat untuk mencernakan kesemua makanan yang diambil.
  7. Sentiasa mahu terkencing : Pernah terfikir mengapa anda sentiasa terasa nak terkucil acap kali ketika berada di dalam bilik berhawa dingin? Ini kerana, peralihan badan daripada suhu biasa (suhu bilik) kepada suhu hawa dingin akan menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak haba untuk memanaskan badan yang kesejukan, dan ini bersamaan dengan peningkatan metabolisma. Kesan daripada peningkatan metabolisma ini ialah fungsi badan akan bekerja lebih “pantas” berbanding biasa, ini termasuklah proses yang melibatkan bagaimana ginjal kita bekerja (menyingkirkan bahan kumuhan melalui air kencing). Walaubagaimanapun, tidak mustahil jika anda kencing lebih kerap berbanding hari-hari sebelumnya walaupun anda tidak berada di dalam bilik berhawa dingin, dan itu menunjukkan kadar metabolisma anda sedang meningkat (andaian ini menganggap anda tidak menghidapi Urinary Tract Infection).


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Metabolisma menurun berdasarkan beberapa faktor seperti umur, jantina, ketinggian dan lain-lain lagi. Tetapi terdapat faktor luaran lain yang boleh menyebabkan kejatuhan metablisma secara mendadak. Berikut adalah punca-punca nya:



  1. Skip Meal : Ramai salah anggap yang mengatakan, skip meal boleh kurus. Tidak sama sekali. Bayangkan diri kita adalah sebuah laptop, jika battery dah nak kong, kemudian kita tiada adapter, bagaimana  agaknya laptop kita itu. Pasti akan mati kan? Begitulah dengan makan. Jangan skip!
  2. Budaya Makan 3 Kali Sehari : Mungkin terlalu busy menyebabkan anda hanya makan pagi, tenghari dan malam sahaja. Makan 3 kali sehari mempu merendahkan metabolisma, lagi-lagi kalau sekali makan makanan yang berkarbohidrat seperti nasi putih. 
  3. Berpuasa : Berpuasa boleh merendahkan metabolisma, kerana badan akan menerima signal pada awal permulaan puasa. Tetapi badan akan menerima signal terhadap puasa tersebut selepas beberapa hari. Jadi, selepas beebrapa hari berpuasa, badan anda tidak akan mengalami kejatuhan metabolisma. Ingatlah, badan anda adalah "mesin yang fleksibel"
  4. Peratusan Lemak Badan Tinggi (Gemuk) : 1 kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot yang menggunakan kurang kalori yang sepatutnya bererti kadar metabolima adalah rendah. Mereka yang mempunyai peratusan lemak yang tinggi mempunyai kadar metabolisma yang rendah walaupun kedua-keduanya mempunyai berat dan ketinggian yang sama.
  5. Mengikut Gaya Sang Pemalas : Berjalan di pasar melenggang kangkung, menyuruh adik kecil mengambil sudu didapur, dan banyak duduk berehat berbanding berjalan. Aktiviti ini akan merendahkan kadar metabolisma anda
  6. Pakaian "pemanas badan" : Ini merujuk kepada mereka yang tinggal dikawasan yang sejuk seperti diluar negara. Mereka perlu pakai pakaian panas seperti sweater. Dengan memakai pakaian panas, ini hanya akan mengurangkan lagi jumlah tenaga yang terbebas dari badan dalam bentuk suhu persekitaran.
  7. Pengambilan Kalori Yang Terlalu Rendah : Jika kita mempunyai bahan bakar kalori yang terlalu rendah juga boleh menyebabkan pembakaran kalori juga rendah. So, hanya tolak 500-600kcal sahaja. Lebih, NO!
  8. Elak Minuman Sejuk : Ada fakta yang mengatakan jika minum air sejuk, badan kita akan menggunakan metabolisma untuk meyuamkan semula air tersebut. So, kenapa nak elak air sejuk jika ia mampu menaikkan kadar metabolisma. Betul tak?
  9. Elak Makanan Pedas Dan Berempah : Makanlah makanan pedas dan berempah supaya kadar metabolisma anda konsisten.
  10. Kurang Bersenam : Tahukan anda kekuatan seseorang diukur pada kekuatan jantungnya, bukan pada kebesaran otot seseorang itu. Erti kata lain, jantung adalah enjin untuk tubuh badan kita. Jadi ia amat berkait rapat dengan metabolisma badan. Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan saja "kurang" otot, malah lemak-lemak lain juga semakin berkumpul. 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot menggunakan lebih kalori.
Akan saya kongsikan lebih tips, isu, dan topik menarik untuk anda fahami ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
"Senah! apesal kau ni makan macam hantu tapi badan maintain kecik molek cekeding je je nih?, jeles betul aku dengan kau!"

Peningkan bila fikirkan situasi begitu. Kenapa dia kurus walau makan banyak. Dan saya pasti anda semua sedia maklum, bahawa kadar metabolisma dia amat tinggi. Tapi! tahukah anda bagaimana ia berfungsi walaupun Si Senah tu tak bersenam pun. Lepas anda baca entry ini, anda akan faham bagaimana ia terjadi.

Ok, semua sedia maklum bahawa makanan yang dimakan akan ditukar kepada tenaga. Proses penukaran tersebut dipanggil metabolisma.

Kadar metabolisma bergantung beberapa faktor: Basal Metabolic, Aktiviti Fizikal seharian dan kesan Thermic

  • 65% kalori adalah untuk Basal Metabolic menyokong proses biologi dalam badan termasuk pernafasan, perkumuhan dan pengepaman darah oleh jantung.
  • 25% kalori adalah untuk aktiviti fizikal seharian, seperti berjalan, bersukan dan sebagainya.
  • 10% lagi adalah untuk memproses makanan.
Ok, berbalik pada masalah Senah tadi. Makan banyak tapi tak gemuk. Gunakan konsep ini:

Guna Lebih Banyak Tenaga
Kalori yang diambil

= TURUN BERAT BADAN

Sebab itu Si Senah tadi kurus. Kerana kadar metabolisma yang tinggi pada Basal Metabolic membolehkan Si Senah tetap kurus. So buat mereka yang mempunyai kadar metabolisma yang rendah, jangan risau, gunakan kalori yang lebih supaya kadar metabolisma anda tinggi juga. Begitulah sebaliknya.



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Bersambung kita pada kali ini dengan tajuk metabolisma badan. Seperti saya terangkan sebelum ini, metabolisma ini meningkat atau menurun mengikut cara pembawakan diri anda sendiri. Dibawah ini, disediakn 10 Rahsia Meningkatkan Metabolisma. Boleh cuba!
  1. Air - Jika anda mengamalkan sehari 8 gelas air, metabolisma mampu berjalan dengan lancar dan membakar kalori yang terkumpul dalam badan anda secara konsisten. Ini membolehkan tiada pengumpulan kalori atau lemak dalam badan.
  2. Suplemen Kalsium - Kajian barat menunjukkan bahawa jika badan seseorang kekurangan kalsium dalam badan, ia boleh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut pada lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Jadi jika anda bercadang untuk menurunkan berat badan dengan cara menaikkan kadar metabolisma, anda dinasihatkan ambil kalsium. Boleh amalkan ESP dan Meal Shake! Cara ini mampu merubah kadar metabolisma anda supaya lebih cepat membakar kalori.
  3. Makan - Jangan tak sangka pula, makan kerap juga membantu merubah kadar metabolisma anda. Gunakan hipotesis ini: semakin kerap makan, semakin tinggilah kadar metabolisma seseorang itu. Jadi, makan lah snek ataupon makanan sampingan lain dengan lebih kerap. Jangan cuba skip meal anda. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh anda akan menurun dan ini menyebabkan anda akan makan secara berlebihan pada waktu seterusnya. Biasakan makan snek ringan yang sihat, tinggi fiber dan protein seperti biskut dan buah-buahan.
  4. Tidur - Ubah cara tidur anda yang suka tidur lambat tu. Tak membawa sebarang faedah pada kesihatan anda. Tidur sekurang-kurangnya 7 ke 8 jam setiap malam untuk mengekalkan metabolisma yang sihat. Sperti saya katakan pada entry sebelum ini, waktu tidur juga metabolisma terjadi. Jika anda kurang waktu tidur, ia boleh menganggu kebolehan tubuh anda untuk membakar kalori. Tapi jangan pula tidur berlebihan. Cuba kekalkan jam tidur yang konsisten pada waktu mula tidur dan waktu bangun tidur.
  5. Stress - Pakar menyatakan stress juga mampu merubah kadar metabolisma anda. Kerana ketika anda stress jumlah kartisol didalam tubuh akan meningkat. Kartisol ini merupakan hormom yang memberitahu tubuh untuk meyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya didalam situasi yang bertekanan tinggi. Jadi anda harus tenangkan fikiran dengan beristghfar supaya mental anda berada dalam keadaan yang baik.
  6. Matahari - Sinar matahari juga adalah rahsia dalam merubah kadar metabolisma anda. Kajian menunjukkan mereka yang menghabiskan masa terperuk terlalu lama didalam persekitaran yang tertutup dan gelap, mempunyai kesan fisiologi seperti anda sedang tidur. Waktu yang baik untuk anda keluar adalah pada 11 pagi dan 3 petang. Berehat sebentar melihat keluar dari pejabat, ataupun rumah anda sambil berjalan-jalan. Selain mendapat sinar matahari yang baik pada ketika itu, anda juga mampu merancakkan kadar degupan jantung. Metabolisma sihat, jantung pun sihat. In Sha Allah.
  7. Senaman - Senaman yang membina otot mampu menaikkan kadar metabolisma anda. Biasakan diri dengan latihan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala 1 paun lemak akan membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Tidak semestinya anda perlu membina otot seperti ahli bina bada negara iaitu Malik Noor. Boleh gunakan pemberat yang ringan tetapi lakukan secara berulang kali dengan lebih kerap. Situasi ini mampu membakar lemak dan membina otot.
  8. Vitamin C - Seperti kalsium, vitamin c dan kalsium adalah kombinasi yang baik dalam menigkatkan kadar metabolisma. Kalsium baik dalam mempercepatkan metabolisma, manakala vitamin C membantu dalam penyerapan mineral untuk badan.
  9. Pedas - Makan pedas juga mampu merubha kadar metabolisma anda supaya lebih cepat. Kerana dalam cili terdapat capsaicin yang mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
  10. Teh Hijau - Anda tahu bukan, kopi tidak emmbantu dalam menigkatkan kadar metabolisma anda. So baik anda amalkan meminum teh hijau. Kerana dalam teh hijau terdapat polifenol yang mampu menigkatkan kadar metabolisma badan anda.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Apa Dia Metabolisma?


Metabolisma berasal dari perkataan Greek yang bermaksud transformasi atau perubahan. 

Metabolisma ini adalah jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh untuk kekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Pembakaran ini terdiri daripada fungsi tubuh dan pemakanan. Pembakaran kalori ini berlangsung berterusan pada setiap ketika. 

Tiada masa mereka untuk berehat. Bukan saja pada waktu bersenam, berjogging atau pelbagai aktiviti lain. Malah pada waktu mebeli belah, makan, dan tidur.

Benarkah Metabolisma Boleh Berubah-Ubah?

Ada pendapay yang mengatakan metabolisma, pembakaran kalori ini ada yang berlaku secara cepat, dan ada yang perlahan. Tidak dinafikan memang terdapat perbezaan dua jenis tersebut. 

Tetapi sebenarnya, metabolisma ini terjadi bergantung pada keadaan komposisi badan seseorang itu. Di mana tinggi atau perlahannya metabolisma ini berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak dalam badan manusia. Tisu otot dapat membakar kalori lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. 

Justeru, mereka yang mempunyai banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisma yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang lebih banyak lemak.

Jadi, sebenarnya anda sendiri boleh tentukan sama ada cepat atau perlahan kadar metabolisma anda. Kerana metabolisma ini boleh berubah. 

Jangan mudah percaya pada mitos yang mengatakan faktor genetik menyebabkan badan anda mempunyai kadar metabolisma yang perlahan. TIDAK sama sekali!

Mereka yang berbadan besar boleh menaikkan metabolisma dengan menaikkan otot lebih dari kalori. Caranya, melalui aktviti bersenam yang boleh menukarkan lemak dan kalori kepada otot.




Selain itu, boleh gunakan gambarajah diatas sebagai panduan dalam memilih makanan yang mampu mem"boost"kan metabolisma anda. 

Akhir kata jumpa lagi di entry akan datang. Untuk info lebih menarik! 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya


Mencegah itu lebih baik dari mengubati. Pepatah melayu ada menyebut tentangnya. Berikutan dari entry sebelum ini yang bertajuk Migrain Bukan Sakit Kepala Biasa, bahawa sakit kepala dan migrain mempunyai dua simptom yang berbeza. Dimana migrain ini boleh membawa kearah yang lebih bahaya. So entry pada kali ini saya akan ceritakan serba sedikit mengenai kesan Migrain jika tidak dicegah dari awal. Cuba tengok:

Kenal Pasti (Diagnosis) Migrain:

Biasanya jika anda berjumpa doktor atau pakar, mereka akan bertanyakan sama ada anda kerabunan, tidak cukup rehata ataupun stress. Namun begitu doktor juga menyatakan ianya migrain jika:
  1. Sakit kepala lebih 5 kali dalam sehari
  2. Sakit kepala yang berlangsung selama 4 - 72 jam tanpa makan ubat langsung
  3. Pancaran cahaya dan bunyi bising membuatkan sakit kepala bertambah sakit
*anda boleh cek sendiri jika berlaku simptom diatas.


Kesan yang boleh terjadi kepada pengidap migrain adalah seperti:
  1. Kecacatan Otak meningkat - Risiko kecacatan otak meningkat 44% bagi mereka yang menghidap migrain kerana perubahan isipadu otak juga lebih dari biasa. Ia mampu menjejaskan 10 - 30 % orang awam dalam kehidupan seharian terutama kerja di pejabat, dirumah dan kerja-kerja sosial.
  2. Berlaku kelukaan di otak - Dimana ada kajian luar negara yang menyatakan terdapatnya kelukaan pada otak jika mereka mengidapi sakit migrain yang berlarutan. Tetapi ia masih dalam penyelidikan. Kerana jika mereka yang migrain tidak diubati, mereka terdedah dengan perubahan struktur otak.
  3. Berisiko mendapat angin ahmar.
  4. Berisiko mendapat serangan sakit kepala yang berpanjangan "status migrainosus" - Memerlukan ubat tahan sakit yang lebih kuat daripada biasa.
So, kesan-kesan diatas sudah menunjukkan penumpuan pada sakit otak yang dialami oleh seseorang harus dikenal pasti sedari awal. Kerana kepala dan otak adalah perkara utama untuk tubuh badan kita berfungsi dengan baik. Jaga kesihatan otak anda, diri anda juga!

Saya cadangkan kepada anda baca entry ini untuk langkah pencegahan awal : Vitamin Shaklee Untuk Migrain. Selamat membaca!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017  880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Musim hujan sekarang ni ramai pula yang batuk-batuk. Saya pon tak ketinggalan juga. hihi Batuk sampai seminggu tau! Tu yang sampai Team Supermom ada buat video mengenai Batuk, Punca Batuk dan Tips Menanganinya. Jom tengok dan jangan lupa subscribe tau! ;)



Sarikata Video :

Adakah anda menderita sakit yang berpanjangan? Bukan setakat seminggu dua, sebaliknya berbulan-bulan. Batuk yang menjadi-jadi sangat merimaskan. Bukan setakat menganggu aktiviti seharian, bahkan tidur anda juga boleh terganggu hanya disebabkan oleh penyakit batuk ini.

Apakah punca utama batuk berterusan, yang adakalanya terjadinya batuk bersama kahak ini?

"Ayu sejak kebelakangan ini, ramai pula yang terkena batuk dan selesema, akak pon dah start sakit tekak dah ni"

"Yelah, betullah Kak Ain, Ayu pun rasa. Sebab minggu lepas Ayu kena batuk dan selesema tau, tapi minggu ni dah ok dah"

"Oh patutlah akak tengok Ayu dan Min batuk minggu lepas, berjangkit dengan korang lah ni"
"Hihi mungkinla.."

"Ayu ada tips tak untuk kurangkan batuk ni, malam akak susah la nak tidur, ce kongsi apa rahsianya"

"Kalau macam tips ke rahsia ke, takde sangat lah Kak Ain, tapi, ada la cara-caranya nak hilangkan batuk tu, tapi sebelum tu kita tengok dulu apa punca sakit batuk dan selesema itu"

Batuk pada puratanya akan sembuh dalam 18 hari. Kebanyakan orang menjangka demam yang mereka hadapi akan sembuh dalam masa 7 atau 9 hari walaupun masih batuk.

Ok, Kak Ain batuk ini terbahagi kepada 2. Batuk yang pertama batu kering, batuk kering ini tidak berkahak tetapi tekak akan rasa gatal dan agak tidak selesa. Untuk batu yang kedua adalah batuk yang berkahak. Batuk kahak ini ada kahak ditekak, dan dada rasa penuh dan sukar untuk bernafas. Agak-agak Kak Ain punya batuk yang macam mana?

Setakat ini, Kak Ain batuk kering, belum lagi berkahak. Kalau batuk kering senang sedikit untuk sembuh sebab tiada kahak di tekak tu. Ayu nak sharekan tips-tips bagaimana nak hilangkan batuk kahak dan batuk tak berkahak. Ha Kak Ain kena minum air masak banyak-banyak tau. Kalau minum air masak banyak, kahak tu tak banyakla di tekak tu. Lagi satu Kak Ain boleh cuba ambil madu, campurkan dengan air panas, teh ataupun jus lemon, kerana baik untuk batuk kering. Dan kalau tekak rasa gatal sangat, Kak Ain boleh cuba kunyah gula-gula ubat batuk sebab ia boleh melegakan tekak tetapi tidak berkesan sangat untuk batuk.

Haa, yang keempat pula, Kak Ain harus elakkan diri daripada habuk, asap dan pencemaran udara (tak baik untuk tekak) dan lagi satu kalau boleh pakai topeng muka jika berjalan diluar. Dan yang last sekali, kalau boleh cuba sediakan ubat batuk yang bersesuaian supaya batuk kita tidak berlarutan sampai sebulan.

Oh, macam itu Kak Ain nak cubalah tips yang Ayu bagi tu. Yelah, batuk ini senang berjangkit. Kak Ain ada baca tau kesan jika batuk ini berlarutan. Cuba Ayu tengok ni:
  1. Sesak nafas 
  2. Gangguan gaya hidup : jika anda tidak dapat tidur diwaktu malam, sudah tentu anda tidak cukup rehat diwaktu siang. Ini boleh menyebabkan anda sakit kepala, sesak nafas, berpeluh dan terkencing.
  3. Batuk boleh memalukan dan tidak dapat bercakap dengan lancar. Kawan-kawan juga akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bunyi batuk anda dan mugkin juga takut berjangkit.

Banyak juga kesan-kesan buruk jika mereka mengalami batuk yang berpanjangan ini. Sebab itu kita perlu jaga kesihatan terutama mereka yang duduk dibandar yang terdedah dengan asap, jerebu dan pencemaran udara. Dan kalau boleh, kita harus habiskan satu botol air sehari. Itu wajib.

A'ah betul tu Ayu, terima kasih tau kongsikan dengan Akak tips tadi. Jom lah Ayu, perut akak dah lapar dah ni. Kita makan ayam penyet nak?

Hah Jom! berdiri dan beredar.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhyi
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Apa yang anda tahu mengenai migrain? Sakit kepala yang mendenyut-denyut, rasa berat dibahagian kepala, rasa nak jatuh, nak pitam, pusing dan sebagainya. Yang pastinya anda akan rasakan sesuatu yang berat pada otak anda. Saya juga seorang pengidap migrain. Ada kalanya saya rasakan sakit pada bahagian kening ke kepala belakang. Ada orang mengatakan ia adalah kesan daripada pencahayaan lampu yang terlalu lama (mungkin saya menghadap laptop 12 jam). So disini saya ada buat reseach serba sedikit mengenai migrain.  Saya berharap anda baca sehingga habis kerana kesan migrain yang berpanjangan memberi kesan negatif terhadap kesihatan kita.

Migrain itu apa?
Migrain adalah salah satu penyakit yang berulang. Maknanya kita akan rasa sakit migrain ini berulang kali. Kajian general mengatakan 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Migrain ini mula menyerang dari zaman kana-kanak sehingga peringkat remaja, dan hanya apabila mencapai umur 45 - 50 tahun, migrain akan beransur-ansur hilang (walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka). Punca sebenar migrain masih tidak diketahui, tetapi peluang untuk mendapat migrain akan lebih tinggi sekiranya ahli keluarga terdekat mengidap migrain juga.

Ada juga yang tidak tahu sakit kepala dan migrain mempunyai simptom yang berbeza. Sebelum saya sambung info seterusnya, jom tengok perbezaan sakit kepala dan migrain :

Perbezaan Sakit Kepala dan Migrain :

  • Ciri-ciri sakit : Migrain akan merasakan kepala yang berdenyut-denyut, berdebar-debar dibahagian kepala dan berdenyut kesakitan. Makala sakit kepala pula boleh dirasai apabila merasakan ketegangan pada seluruh kepala yang menjalar kebahagian leher. 
  • Jantina : Migrain dan sakit kepala lebih menghantui wanita daripada lelaki. Malah 70% daripada pengidap migrain adalah wanita. Ini mungkin disebabkan banyak faktor contohnya seperti turun naik hormon disebabkan haid ataupun menopause.
  • Sensitiviti : Migrain juga oleh disebabkan sensitif pada cahaya, bunyi atau bau. Manakala sakit kepala jarang mengalami sensitiviti ini.
  • Lokasi kesakitan : Sakit belakang kepala yang berhampiran mata atau sakit pada satu bahagian dikepala adalah salah satu tanda migrain. Jika sakit diseluruh kepala, seluruh dahi atau dipangkal leher, ia adalah tanda sakit kepala.
  • Tahap keterukan sakit itu : Tahap migrain bermula dari skala sederhana hingga sangat teruk. Manakala tahap sakit kepala pula biasanya hanya ringan sehingga sederhana sakit.
  • Rasa loya : Loya, muntah dan sakit perut biasa terjadi kepada pengidap migrain, tetapi jarang berlaku kepada mereka yang hanya mengalami sakit kepala.
  • Aura Visual : Aura visual (dimana terdapat cahaya, lampu atau titik yang muncul dalam pandangan anda) boleh berlaku sebelum migrain menyerang, walaupun ia tidak biasa terjadi pada migrain yang sebelumnya. 
  • Prodome : Prodome adalah simptom bagi pesakit migrain yang biasa terjadi sebelum migrain menyerang. Ia adalah tanda amaran diamana akan berlaku perubahan mood, cepat marah, kemurungan, sembelit, cirit birit, kekejangan leher dan hiperaktif. Dan gejalanya ini tidak berlaku jika hanya sakit kepala.
  • Jangka masa sakit : Jika migrain, anda merasakan sakit yang lama dan menjadi lebih teruk dalam beberapa jam sehingga mencecah beberapa hari. Manakala sakit kepala pula, jika kita berehat sebentar seperti tidur, anda akan ok semula setelah bangun dari tudur tersebut.
  • Pencetus sakit : Tekanan, keletihan dan kurang tidur mungkin simptom awal untuk sakit kepala. Tetapi tidak pada pengidap migrain, mereka mengalami kesakitan ini lebih dua kali ganda dari sakit kepala biasa. Kebiasaan migrain terjadi apabila terdedah dengan cahaya terang (fotobia), suara keras (phonophobia), pendedahan kepada bau minyak wangi atau asap, perubahan pola tidur, alkohol atau kafein yang berlebihan. Meninggalkan waktu makan juga boleh menyebabkan migrain.
Jadi, sakit kepala dan migrain adalah berbeza. Cuba kenal pasti simptom yang bagaimana dialami oleh anda. Setakat ini dulu pengenalan mengenai migrain. Saya akan sambung semula entry saya mengenai Bahaya Migrain di entry akan datang.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 - 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Sedar tak, saya banyak update mengenai parkinson kebelakangan ini. Bukan apa, sebab saya nak pastikan seluruh rakyat Malaysia boleh hidup sihat tanpa gangguan fizikal yang teruk. Bukan apa tau, seperti pada entry sebelum-sebelum ini, penyakit parkinson dikalangan orang muda masa ini amat membimbangkan juga. Mungkin ada yang tak perasan, tu yang kene cek tu. 

So kesempatan kali ini, saya nak terangkan serba sedikit kaedah pencegahan awal sakit parkinson. Ada dua cara:

  1. Amalkan Vivix
  2. Amalkan AJHT 


Apa itu AJHT?

AJHT singkatan untuk Advanced Joint Health Tablet, mengandungi bahan utamanya iaitu Boswellia Extract. Boswellia ini adalah gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia adalah asid boswelik (AKPA, asid3 asetil 11 beta boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi)

Apa kebaikan AJHT?

Vitamin ini dihasilkan daripada satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unik Boswellia aktif dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Antara kebaikan AJHT ni :
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu mengekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
Siapa Yang Patut Ambil AJHT?

Kebanyakan pengidap sakit sendi tidak mempunyai kerosakan terhadap sendi mereka. Kesakitan itu mungkin berpunca dari lapisan tisu luaran, otot, ligamen, sendi atau pangkal saraf. Tulang jarang menyebabkan kesakitan.
  • Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Ini boleh disebabkan oleh aktiviti yang berat, mengangkat berat, postur yang tidak elok, kecederaan atau pergerakan tidak betul.
  • Mereka yang diagnosis mempunyai parkinson
  • Berat badan berlebihan
  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Kecederaan (kemalangan, bersukan dan sebagainya)
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (seperti saraf yang terhimpit)
  • Penyakit tulang
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Masalah mental seperti tekanan, kemurungan dan sebagainya
  • Penyakit kronik
  • Ubat-ubatan
So, mereka yang mempunyai simptom-simptom awal sakit parkinson bolehlah ambil tablet AJHT ini sebagai langkah awal. Jangan tunggu dah tua baru nak ambil. Kerana sendi yang tidak licin membolehkan pergerakan tangan ataupun anggota tubuh badan yang lain terganggu. Jaga kesihatan anda supaya sihat selalu!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Hai... siapa yang tengok entry saya sebelum ni pastu anda nampak bagaimana Kak Ain menahan sakit perut akibat senggugut yang tiba-tiba datang menyerang. Sebab itulah semua wanita harus Fahami Kitaran Haid supaya boleh buat persediaan awal. Antara persediaan awal yang boleh dibuat seperti:
  1. Bawa tuala wanita kemana saja
  2. Elakkan minum ais 5 hari sebelum kitaran haid hari pertama bermula
  3. Lakukan aktiviti yang aktif 
  4. Amalkan makan makanan yang sihat
  5. Selalu berfikiran positive dan elakkan berfikiran negative
Selain itu saya nak kongsikan beberapa petua hilangkan senggugut secara semulajadi tanpa bantuan pil warna pink ini.

Katakan TIDAK pada pil ini!
5 Petua Menghilangkan Senggugut

Petua-petuanya adalah:
  1. Bawang Merah -  Ambil 3 ulas bawang merah, potong halus-halus, kemudia campurkan dengan air panas dan minum air tersebut. In Sha Allah akan ada perubahan pada kesakitan dalam beberapa masa selepas itu.
  2. Halia - Anda boleh amalkan meminum air perahan halia selama sebulan. Minum air perahan halia itu sehari sebnyak dua kali.
  3. Garam - Ambil garam dan sebesen air panas. Campurkan garam kedalamnya, dan rendamkan kaki anda. Anda akan rasai perbezaan yang terdapat dibahagian kaki anda. Biarkan sehingga rasa sakit kejang dikaki anda hilang.
  4. Tuam - Ambil sehelai tuala kecil, rendamkan pada air panas dan tuamkan ke perut anda. Boleh juga dituamkan dibahagian kaki atau mana-mana bahagian yang cramp. 
  5. Bantal panas - Petua paling senang adalah beli bantal panas. Plugkan saja, biarkan dia charging selama 10minit sehingga lampu bantal tersebut merah. Anda boleh cabut plugnya, dan lekapkan bantal tersebut diperut atau dibahagian yang cramp. Sungguh sedapnya!
Setakat ini dulu persediaan awal yang boleh dilakukan sebelum menjelangnya period dan petua ketika senggugut. 

Selamat mencuba ya! In Sha Allah berkesan..


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU- 
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Tidak dijangka senggugut akan menyerang. Kalau yang sedang bekerja, ia akan menjejaskan serba sedikit perjalanan kerja anda, Terpaksa baring, dan ada juga yang sampai tergolek-golek menahan sakit senggugut. Cuba tengok video dibawah ini, dilakonkan oleh Cik Ayu (saya sendiri) dan Kak Ain.

Check It Out!

   

Sarikata keseluruhan 

Ayu:              Projection ini Ayu rasa perlu buatlah untuk perkara ini, betul tak Kak Ain?
Kak Ain:       Argh! Ayu, akak sakit perutlah
Ayu:              Hah! Kak Ain sakit perut kenapa?
Kak Ain:       Senggugut... (muka tahan sakit)
Ayu:              Oh.. Yeke? Jap, emm ayu ada 4 tips yang boleh kongsikan dengan akak bagaimana ingin                               turunkan sakit senggugut itu.
Kak Ain:       Haa Ok, cepatlah share.. (tak sabar untuk tahu)
Ayu :             Ok, kejap lagi Ayu share kan.

Tips yang pertama kita perlu tenangkan fikiran. Contohnya mendengar lagu, dengarkan lagu yang kita suka kerana ia dapat menenangkan fikiran kita. Selain itu, luangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga. Ajak mereka melakukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menonton cerita kelakar.

Tips yang kedua, tuam perut. Ambil sehelai tuala kemudia rendak kedalam air suam dan kemudian tuamkan dibahagian perut supaya dapat melegakan kejang perut tersebut. 

Tips yang ketiga pula, kekal aktif. Period tak menghalang kita untuk kekal aktif! Lakukan aktiviti harian kita dan kekal cergas. Selain itu kita boleh bersiar-siar dan bersenam kerana ia telah terbukti ia dapat mengurangkan kesakitan ketika period. 

Tips yang terakhir, ambil supplement (makanan tambahan). Supplement yang sesuai dapat mengurangkan kesakitan ketika period. Disamping dapat memberikan kita tenaga. Kurangkan pengambilan pil penahan sakit ketika senggugut kerana ia akan menyebabkan kesan sampingan.

Haa.. Kak Ain, inilah dia supplemen yang Ayu ambil daripada Shaklee. Gla Complex dan Ostametrix. 
Kelebihan Gla Complex ini :
  • Ia dapat membantu mengurangkan kekejangan ketika PMS (sindrom prahaid)
  • Ia juga dapat melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
Manakala pengambilan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam Ostematrix ini:
  • Dapat membantu mengurangkan dan mencegah sakit senggugut
  • Sekaligus ia dapat mengekalkan kalsium dan magnesium yang terdapat dalam badan kita
  • So, badan tidak lagi rasa kejang sewaktu senggugut
Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang terdapat dalam Ostemetrix dan Gla Complex ini. Kalau Kak Ain consume secara konsisten, In Sha Allah ia dapat mengurangkan masalah senggugut Kak Ain tu. Oh.. kalau begitu, Kak Ain nak belilah supplemen hebat ni!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
Seperti entry saya sebelum ini, ada saya terangkan bahawa simptom PMS ada terbahagi kepada 4 bahagian: 
  1. Simptom pada fizikal
  2. Simptom pada psikologi
  3. Simptom teruk
  4. Simptom makin teruk
Jadi, hari ini saya ingin mengupas serba sedikit tentang senggugut yang saya pasti ramai wanita diluar sana merasai rasa senggugut yang sama. 

Senggugut biasa dirasai dalam 5 hari sebelum datangnya period. Ramai kanak-kanak, remaja dan wanita akan mendapat kekejangan selama beberapa hari apabila tempoh haid baru nak bermula. Anda akan rasa otot pada bahagian bawah pusat kebawah sehingga kekaki dan kadang-kadang kejang di pinggang juga.

Ini merupakan kesan sampingan daripada hormon wanita yang dipanggil prostaglandin. Jadi anda jangan risau jika kejang dibahagian itu terjadi. Tetapi! jika kekejangan anda begitu kuat terasa atau dua kali ganda lebih sakit daripada biasa, anda haruslah buat pemeriksaan doktor. Jangan biarkan ia sakit sehingga teruk. 

So hari ini seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, saya akan kongsikan bagaimana caranya mencatat diari period anda. 

Jadual Kitaran Haid
Jadual Kitaran Haid


Pertama sekali period berlaku setiap bulan secara puratanya 28-30 hari. Tapi ada yang dari 25 ke 35 hari (kitaran yang agak lambat). Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid untuk difahami iaitu:

  • Hari 1-4 : Fasa pengeluaran haid (menstruation) - Ketika ini darah haid keluar dan penting untuk anda tanda kalendar atau diari anda pada fasa ini. Tandakan dari mulanya haid keluar sehinggalah berakhirnya period. Seeloknya, lakukan untuk setiap bulan. Jadi anda dapat mengagak kitaran period anda berapa untuk bulan seterusnya.
  • Hari 5-13 : Fasa follucular - Fasa ini hormon estrogen meningkat. Darah akan terkumpul didinding rahim dan menebal. Dikawasan ovari pula telur yang berada didalam bekasnya akan menjadi matang.
  • Hari 15 : Pada fasa ini pula telur yang sudah matang tadi akan mengalami proses peneluran yang dipanggil ovulasi. Telur akan terkeluar daripada sarangnya dan ini menyebabkan peningkatan pada hormon Luteinizing Hormone(LH). Telur ini jika disenyawakan akan turun melalui saluran falopio dan jika tidak disenyawakan oleh sperma, ia akan mati.
  • Hari 15-28 : Fasa Secretory : Iaitu satu fasa dimana telur akan dikeluarkan dari sarangnya, ketika ini hormon yang dipanggil progestrone akan dirembes daripada sarangnya. Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Kemudian hormon progesterone ini akan berkurang, makan dinding akan runtuhlah... 
  • Dan selepas itu, proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Kesimpulannya : Dari hari pertama anda didatangi haid, kira sehingga hari ke 28. Kemungkinan besar anda untuk merasai simptom-simptom PMS(senggugut) adalah pada waktu hari ke 25 hingga ke 28 tersebut. Jadi, bersiap sedia dari segi mental dan fizikal terutamanya ketika menghadapi senggugut tersebut. Jangan lupa catat, tanda, mark, tick kalender anda untuk pastikan anda tidak mood swing secara tiba-tiba. Hihi..

Ok, jadi saya rasa semua dah faham, boleh ikot jadual yang saya tunjukkan diatas. Jika masih tak jelas, boleh hubungi saya terus untuk konsultansi. Jumpa lagi di entry akan datang!

Stay tuned... ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
No Tel : 017 880 5272
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya