Ini sedikit cerita Arnie berpantang dengan suplemen.
Walaubagaimanapun, selain daripada pengalaman kurang serasi dengan jamu, berpantang kali kedua ini sangat berbeza dengan yang pertama. Saya lebih bertenaga, rasa lebih sihat, dan kembali langsing dengan cepat!Rahsianya, saya mengambil supplements, breastfeed baby on demand & memakai bengkung selama 24 jam sehari! Bengkung hanya buka untuk mandi atau ke tandas sahaja. Sebelum pakai semula tue sapu minyak, kapur & limau, atau apa juga yang membantu pengempisan perut. Pemakaian bengkung menjadi seronok kerana saya boleh pakai sendiri tanpa bantuan orang lain. Selain itu, saya dah boleh buat kerja rumah & berpantang sendiri selepas 2 minggu melahirkan baby, dan yang paling penting, berat turun sebanyak 10kg dalam masa 30 hari! Kali kedua nie juga tidak mengalami bentan. Alhamdulillah
Cadangan vitamin/suplemen semasa berpantang
(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya di 019 293 9886 atau emel ke hadhatina@yoursupermom.net
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!