10.41 pm waktu malaysia.
kurang dua jam lagi saya dan seluruh umat manusia di muka bumi ni akan menyambut kedatangan tahun baru 2011. (errr.. baru je tadi praktis sebut two thousand eleven .. hehe)
selalunya saya akan sedih dan sayu nak menyambut tahun baru. tapi yelah ... dah tua-tua ni, kurang pulak sedihnya. dulu, setiap peristiwa adalah kenangan. kini, setiap peristiwa adalah pengalaman dan pengajaran yang mematangkan diri.
cerita saya pada 2010.
pada 22.03.2010, saya first time sambut birthday sebagai isteri dan preggy mommy. ad hoc je pun. hubby belanja dinner kat famous thai. kek birthday tu tulis " happy birthday mommy icha" (i told you kan?.. icha belum lahir dah dapat panggilan manja 'icha' tu). paling best .. hubby siap menyanyi untuk saya time tu taww.. romantik gitu :)
cengkung je muka orang yg tgh sarat ni :)
hadiah harijadi? laptop ACER merah ni lah .. yang saya tengah sibuk guna ni. mula-mula ingat nak beli netbook, tapi dah saya tengok netbook ni limited sangat function dia, saya beli notebook ACER yang kecik ni je. saya cakap kat hubby, notebook ni saya nak guna masa berpantang.
then, two weeks before bersalin kot .. hubby pasang unifi kat rumah. yeay! kami adalah antara pengguna terawal unifi. FREE sampai JUN 2010. hehehe. jangan jeles!
then, 04.04.2010 - kelahiran icha! yeeehaaa ~ officially 'emak dan abah' ~ icha ni lahir awal seminggu, patut seminggu sebelum tu pun doc dah suruh bersalin. saya takmo. anak saya yang comel ni lahir normal dengan berat 3.6 kg dan panjang 53 cm ( doc kata icha tinggi dan besar). see?
keluar-keluar dah pandai hisap jari :)
dan, selepas tu bermulalah segala kebahagian saya di dunia ini bersama icha dan hubby. saya berpantang kat rumah mertua sekejap aje .. lepas majlis aqiqah icha, saya balik subang. tak tahan tidur takde bau ketiak hubby. asyik menangis aje .. hubby pun angkut balik risau saya meroyan. hehe. (acah aje!)
saya ni degil tau. masa belum habis pantang lagi, saya dah follow hubby pergi kursus kat penang. selamba aje. kalau orang lain agak-agak berani tak? mula-mula, parents saya marah jugak .. tapi dah anak menantu depa ni degil gila, tak boleh nak buat apa. alhamdulillah .. saya berjaya buktikan yang semua tu cuma psikologi aje. daripada dalam pantang sampai sekarang, icha ni memang bayi tahan lasak. malah, atuk dengan nenek pun gembira aje sebab senang nak bawa cucu kesayangan depa ke mana-mana. langsung tak meragam walaupun perjalanan tu tengah-tengah malam dan jauh. malah, diorang galakkan saya dan hubby biasakan icha berjalan jauh. syaratnya, saya kena ada la sebab saya ni kan sumber kehidupan icha? hehehe.
syukur alhamdulillah. harap-harap icha bagus sampai besar nanti. tahun 2010 ni kami sekeluarga memang setiap bulan travel. mengandung mahupun ada bayi bukanlah penghalang. last travel ialah trip ke melbourne awal bulan disember ni.
kemudian, pada bulan oktober lepas, saya berjaya melengkapkan misi penyusuan ekslusif icha. syukur sekali lagi. satu kebahagiaan kan? bukan mudah perjalanannya meskipun saya ni seorang WAHM.
dan juga, pada tahun ni juga, saya bertemu SHAKLEE. wahh.. memang rezeki saya, icha dan suami. thanks kak cery atas segala pertolongan. cuma ALLAH aje boleh balas semuanya. saya doakan faiz dapat adik tahun 2011 ni (hehe!)
sebenarnya, 2010 ni hidup saya lebih tertumpu kepada life sebagai seorang WAHM. satu permulaan yang bagus. alhamdulillah. setiap hari, diari saya dipenuhi cerita icha, hubby dan SHAKLEE. pada saya, itu dah cukup membahagiakan saya. kawan-kawan baru saya - kak cery, kak N, along kuasa dua, rin miri, salwa, aidah, customer-customer saya yang bermacam ragam .. ohh .. kalian semua memang menceriakan hidup saya yang banyak tertumpu di rumah aje ni. paling best dengan rin dan salwa dengan forum kami di wall Fb saya saban hari .. hehehe.
untuk 2011 ni ~ paling penting, saya dah renew azam 2010 yang tertangguh pencapaiannya :)
lots of love,