Vitamin dan Seks




VITAMIN E

Digelar 'vitamin seks' atas sebab kaitannya terhadap kesihatan seksual. Diantaranya ialah peranan penting yang dimainkan oleh Vitamin E dalam membantu penghasilan hormon estrogen untuk lelaki dan keseimbangan progesteron pada wanita. Ia penting dalam mengawal keinginan, tarikan dan mood seks anda! Vitamin E berperanan sebagai antioksidan yang berperanan memelihara organisma dari kerosakan semasa proses pengoksidaan yang penting dalam fungsi seksual. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki yang mengambil vitamin E untuk sekuran-kurangnya seminggu akan mengalami tenaga seksual yang lebih baik, libido lebih kuat dan kurang stress dalam kehidupan harian. Bagi wanita, vitamin E mengurangkan sindrom sebelum had (PMS) dan pre-menopause seperti mood berubah, kekejangan, sakit kepala, depressi dan sebagainya.


VITAMIN C
Vitamin C bertindak bersama vitamin E dalam meningkatkan nafsu seksual. Ia membantu proses penting tubuh yang memberi kesan terhadap kesihatan seksual seperti membantu penyerapan zat besi, pembentukan sel daran dan metabolisma kelenjar adrenalin. Vitamin C juga menguatkan sistem imun tubuh, melindungi dari tekanan dan mengekalkan keaktifan tubuh anda. Percubaan klinikal secara rawak oleh seorang penyelidik mendapati dos asid askorbik yang tinggi (terdapat dalam vitamin C) boleh meningkatkan kekerapan hubungan intim dan memperbaiki mood.


VITAMIN B

Vitamin B2, B3, B5 dan B 12 boleh membantu meningkatkan keinginan seks. Ia juga penting dalam mengawalselia organ seks manusia. Ia juga penting penghantaran isyarat oleh saraf serta penghasilan tenaga ke seluruh tubuh, yang memainkan peranan utama dalam meningkatkan libido. Vitamin B6 pula mengawal penghasilan prolaktin yang berperanan dalam hubungan intim.


VITAMIN A

Membantu mengawal sintesis hormon progesteron, yang penting dalam mewujudkan perasaan berkasih-sayang. Vitamin A juga penting dalam fungsi normal sistem pembiakan lelaki dan wanita.


ZINC

Diperlukan dalam proses penghasilan testosterone pada lelaki dan wanita. Kandungan zinc adalah paling tinggi dalam kelenjar prostate dan sperma. Kekurangan zinc boleh menjejaskan kualiti sperma, merendahkan potensi dan keinginan seks.


LAIN-LAIN

Magnesium - penting dalam penghasilan hormon seks dan neurotransmitter yang bertindak menggesa organ seks
Selenium - Penting dalam pergerakan dan pengeluaran sperma. Hampir separuh kandungan selenium dalam tubuh lelaki terdapat dalam testis dan saluran semen.
Kesimpulannya, antara vitamin-vitamin asas yang penting untuk kehidupan seks anda ialah :
  • Multivitamin with Iron/ Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Zinc
Terdapat dalam set yang kami khususkan untuk lelaki dan wanita. Yang agak-agak akan berkahwin atau berura-ura nak menimang cahayamata atau yang maintain performance yang tip-top, sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma. Jadual pengambilan lengkap akan diberi bersama pembelian anda melalui saya.

Konsultasi dan pesanan produk Shaklee, sila hubungi

Hadhatina Mkb
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 846060 ]
♥ Contact No | WhatsApp :019 293 9886
♥ Emel : hadhatina@yoursupermom.net
♥ Laman web: yoursupermom.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!