May 18, 2010

44 Hari Berpantang | Suka & Duka


TAHNIAH buat diri saya kerana berjaya menghabiskan tempoh berpantang bersalin dengan jayanya, walaupun dalam keadaan kurang sempurna.

Banyak yang saya pelajari sepanjang tempoh berpantang yang pertama ini. InshaALLAH akan jadi panduan untuk berpantang bersalin anak nombor dua dan seterusnya..

  • Breastfeeding ROCKS my life. Masa dalam pantang ni memang kena sungguh-sungguh belajar susukan baby dan ajar baby menyusu dengan kita. Alhamdulillah, walaupun 3 hari pertama kehidupan Icha sempat merasa FM, namun, kuasa ALLAH mengatasi akal manusia, doa saya sebagai ibu Icha makbul, Icha sendiri tolak FM tu walaupun kilang susu mak dia ni nampak kecik.
  • Berdikari. Masa di kampung pun saya banyak uruskan sendiri hal-hal berpantang sendiri, apatah lagi di sini. Beza cuma di kampung mertua siapkan makan minum dan diorang ada pada waktu petang. Namun, saya lebih gembira melakukan urusan berpantang di rumah sendiri. Lebih selesa dan bebas kot. Nature saya dari kanak-kanak suka buat urusan sendiri.
  • Belajar bersabar, lagi-lagi melayan bayi yang colic macam Icha. Kurang tidur adalah perkara normal, sebab untuk tahun-tahun mendatang nanti, itulah jadual saya :))
  • Mendidik suami jadi lebih bertanggungjawab.
InshaALLAH. Pengalaman guru kehidupan. 

Icha adalah anugerah terindah dalam hidup saya. Susah payah saya mengandungkan Icha, bersama air mata, kesedihan dan suka-duka yang banyak saya tanggung sendiri, hanya dikongsi bersama suami tercinta.

Janji saya, memberikan yang terbaik buat Icha. Segala yang ada di dunia ini. Ameen.