Petua Mudah Ibu Hamil yang Batuk Berkahak dan Selesema

Batuk dan selesema ketika hamil memang menyiksakan! Apatah lagi, serangan batuk tersebut lebih daripada seminggu dan ibu masih lagi berada di peringkat awal kehamilan, kan? Dalam bahasa pasar, risau "batuk kuat-kuat" efek pada janin yang baru aje jadi tu.

Saya pun sedang dilanda masalah yang sama sekarang ni sebenarnya. Saya mula diserang batuk berkahak dan selesema semasa lawatan Sessi Gegemasu Selatan pada hujung minggu lepas. Gegemasu ni projek khas untuk Leaders group Shaklee saya. Saya syak aircond di hotel pertama kami menginap kurang bersih. Kemudian, kami non-stop travel sana sini selama 3 hari selepas itu dari pagi sampai malam. Ditambah pula saya masih di trimester pertama kehamilan, dah tentu antibodi saya paling fragile buat masa ni. Mujur tak demam aje, tahan lasak la katakan :)

Namun, memandangkan saya ini bukan pertama kali saya diserang batuk teruk di awal kehamilan, maka saya agak steady handle serangan kali ini. Tahun lepas, saya diserang batuk berkahak sebaik pulang menunaikan umrah. Juga di awal kehamilan. Agak lama serangan batuk plus saya takde selera makan, maka bertambah lembik badan saya dan antibodi saya. Hidung pun asyik berdarah je. Seingat saya hampir sebulan lepas balik umrah barulah reda. Masa tu, saya dah ambik ubat batuk pun (yang selamat untuk ibu hamil, tapi saya lupa namanya). Saya juga diberi macam-macam petua tradisional untuk legakan batuk. Kicap dan limau, madu dan limau, vco, dsb juga do's and don'ts saya perlu patuhi supaya cepat sembuh. Maybe saya kena refer balik post di Facebook masa tu untuk dapatkan kembali semua panduan tu. Tulah, rugi tak blogkan terus, kan?


Dalam banyak-banyak panduan yang dikongsikan dengan saya, ada satu panduan yang saya suka sangat. Kata kawan yang memberikan panduan ni, dia apply teknik seakan teknik steaming baby yang batuk berkahak. Caranya mudah aje, masa mandi saya pasang je hot shower tapi tak perlu sampai berasap bilik mandi. Then, mandi macam biasa namun lebihkan siraman pada bahagian belakang badan. InshaAllah ia membantu melonggarkan kahak yang melekat di paru-paru dan senang nak hembus buang lepas tu. 

Alhamdulillah, teknik ni memang berkesan pada saya. Lagipun, saya tengah tak sihat memang tak rajin nak buat ubat homemade. Apabila dapat buang mukus yang banyak tu, barulah lega pernafasan dan hilang sakit kepala. Lepas mandi, saya sapukan minyak panas pada belakang badan, tengkuk, dan kaki. Pakai stokin jika time tu nak tidur. No aircond untuk saya. 

Saya makan ubat batuk semasa di Mekah sahaja sebab start serangan masa di sana dan stok vitamin saya tak cukup. Kebetulan masa kami datang tu memang heavy construction/renovation. Suami dan anak-anak saya pun sempat demam sehari disebabkan habuk yang terlalu banyak. Kami tak ambik pakej, travel by our own, so boleh imagine kan cabaran kami? Mujur parents saya ada, maka kami dapat bergilir-gilir menjalankan ibadah umrah dan jaga anak-anak kecil ni.

So, balik ke Malaysia, saya kembali amalkan vitamin Shaklee saya. Saya ambik extra vitamin C dan amalkan 1 sachet nutriferon setiap hari. Vitamin lain ialah vitalea, b complex dan ostematrix. Tu je. Saya memang amalkan vitamin asas sahaja di awal kehamilan. Kemudian, saya banyakkan minum air hangat kosong. 

Alhamdulillah, lepas konsisten amalkan teknik steaming tu, barulah rasa agak segar badan. Mukus akibat serangan batuk tu banyak hinggakan saya sakit kepala. Now, saya gunakan teknik yang sama juga sebab kalini pun batuk berkahak. Untuk dalaman, saya up kan intake vitamin C hingga 3-4 biji sehari, dengan syarat minum air yang banyak. Harapnya batuk saya ok sebelum program Ahad ni inshaAllah.

Jadi, kepada kawan-kawan yang alami masalah yang sama macam saya, bolehlah cuba teknik mudah ni k :)

Untuk pesanan dan pertanyaan produk Shaklee, boleh SMS.WA saya di 0192939886 atau emel kepada yoursupermom.office@icloud.com

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!