Ogos Adalah Bulan Penyusuan

Tidak ku sangka bulan Julai telah melabuhkan tirainya. Sudah sampai masanya untuk bulan Ogos memulakan aksi. hehe..

Setiap pagi perkara wajib bagi diri saya sebelum memulakan pekerjaan adalah dengan melihat email apa yang masuk. Ada satu email yang menarik iatu dari Mumsluv. Nak tahu apa katanya dalam email tersebut, Bulan Ogos adalah Bulan Menyusu. 

Selama ni saya tidak pernah mengetahui ada bulan menyusu ni di mana bulan yang akan menghargai setiap ibu-ibu di dunia ini.


Mumsluv memang suka beri email yang berguna. Mereka sentiasa menghargai pelanggan-pelanggannya dengan memberi info yang menarik kepada kaum ibu. Ini yang saya screenshot email daripada Mumsluv.



Untuk pengetahuan semua, menyusu ni bukan hanya baik untuk bayi kita malah ia juga memberi kelebihan kepada kaum ibu juga.Entri kali ini saya mahu kongsikan dengan anda semua apa manfaat menyusu kepada kaum ibu dan juga anak anda.

Manfaat menyusu kepada kaum ibu

1. Menurut kajian, penyusuan ibu mampu membakar 500 kalori sehari. Bagi wanita yang mengamalkan penyusuan badan, tubuh badannya akan kembali ke bentuk asal dengan cepat atau semakin cantik kerana proses penyusuan badan mampu membakar lemak si ibu.

2. Wanita yang aktif menyusukan anaknya boleh mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, rahim dan osteoporosis.

3. Setiap kali menyusukan anak, badan ibu akan merembeskan hormon oxytocin yang merendahkan tekanan darah sekali gus memberikan ketenangan kepada si ibu ketika menyusukan anaknya.

4. Hormon oxytocin turut membantu mengecutkan uterus ibu kepada saiz normal dan pada masa yang sama mengempiskan perut ibu dengan lebih cepat.

5. Kepada yang merancang keluarga, penyusuan badan melambatkan proses ovulasi sekali gus menghalang si ibu daripada mengandung.

Kelebihan menyusu kepada bayi

1.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti, ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung macam ikan kembung, sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema

2.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang kuman dan bakteria, walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi

3.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu

4.Mencegah dari penyakit rabun malam

5.Mencegah bayi dari mendapat alahan

6.Menggelakkan taun

7.Menggelakkan jangkitan telinga

8.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi penumbuhan sistem otak dan saraf dan ini tidak terdapat dalam susu tiruan


Anda tidak akan sesekali menyesal jika menyusukan bayi anda. Bukan hanya untuk memberikan bayi anda khasiat malah ia juga mengelakkan anak anda dari penyakit. Hebat kan susu ibu ni ! Mari kita sama-sama meraikan pengorbanan ibu serta isteri anda yang menyusukan bayi anda.




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!