Menurut National Sleep Foundation (NSF), hampir 6 dari 10 orang warga US mengalami insomia dan masalah tidur. Insomnia adalah masalah tidah boleh tidur atau tidur yang sering terganggu. Kebanyakan yang mengalami insomnia akan mengambil ubat tidur untuk tidur.
Ubat tidur memberi kesan tidak baik untuk jangka masa panjang. Kesan dadah dalam badan boleh menyebabkan khayal dan boleh meningkatkan risiko kemalangan. Ia juga mengganggu ingatan dan keberkesanan kerja di tempat kerja dan rumah.
Antara kesan negatif yang anda akan dapat jika kekurangan tidur adalah :
1. Berat badan naik
"Kurang tidur melambatkan metabolisme dan meningkatkan nafsu makan. Hal ini juga membuat Anda menginginkan makanan yang tinggi lemak dan tinggi karbohidrat, "kata Michael Breus, PhD, psikolog dan spesialis gangguan tidur di Scottsdale, Arizona.
2. Murung
Ketika Anda lelah, mungkin akan terjadi perubahan sementara pada emosi Anda misalnya saja mudah menangis. Menurut Lisa Shives, MD, para saintis dalam dan ubat tidur di Evanston, Illinois, penelitian menunjukkan setidaknya 50 persen orang murungi kerana memiliki masalah insomnia.
3. Mata bengkak
"Bila Anda tidak tidur, tubuh Anda kehilangan kelembaban sehingga kulit menjadi dehidrasi. Hal ini boleh menyebabkan lingkaran di bawah mata Anda," kata Joel Schlessinger, MD, doktor kulit dan ahli bedah kosmetik di Omaha, Nebraska. Schlessinger menyarankan untuk minum teh chamomile satu jam sebelum tidur. Teh ini tidak mengandung kafein dan boleh melembabkan kulit. Atau boleh juga mengenakan pelembab wajah atau krim mata agar kulit tidak kering.
4. Daya tahan tubuh menurun
"Para saintis menyarankan orang-orang yang kurang tidur untuk mendapatkan vaksinasi kerana orang yang tidak tidur selama tujuh atau lapan jam semalaman, akan menghasilkan sedikit antibodi," kata Dr Shives. Jika Anda belum mendapatkan tidur malam yang cukup, Dr Shives menyarankan menjauhlah dari orang-orang yang sedang demam dan ambil makanan bergizi. Selain itu, cuba gelapkan lampu bilik satu jam sebelum tidur supaya lebih mudah terlelap.
5. Stress
Menurut sumber, bulan Februari 2013 dari University of Surrey, Guildford, Inggris, tidur kurang enam jam per malam boleh mengganggu hormon pengatur stres. Akibatnya Anda merasa lebih cemas. Supaya lebih mudah tidur, cuba lakukan senaman dengan menarik nafas dalam dengan posisi duduk dan mata tertutup. Kemudian lakukan peregangan santai misalnya dengan gerakan yoga atau meletakkan kaki di dinding.
6. Kurang fokus
Adakah Anda merasa sukar untuk berfikir dan fokus di keesokan paginya setelah malamnya Anda kurang tidur? "Itu kerana kurang tidur boleh mempengaruhi kemampuan Anda untuk belajar dan mengingati maklumat baru," kata Janet Kennedy, PhD, psikologi klinik dan spesialist tidur di New York City.
Secawan kopi berkafein mungkin membantu Anda untuk tetap waspada. Tapi ada dua tips lagi yang boleh Anda lakukan iatu pergi tidur di waktu yang sama setiap malam dan bangun di waktu yang sama setiap pagi. Kedua, tidurlah beberapa minit di siang hari bagi menggantikan waktu tidur yang kurang.
7. Lebih sukar untuk bersukan
Anda mungkin masih boleh mengangkat beban berat dan berlari cepat meskipun sebelumnya kurang tidur. Tetapi kerana Anda tidak terlalu fokus, olahraga mungkin akan terasa lebih berat dari biasanya. Menurut Dr Breus, rasa mengantuk pasti akan menganggu kegiatan latihan Anda. Ia menyarankan sebaiknya setelah makan tunggulah dua sampai tiga jam baru kemudian pergi tidur.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!