Lepas raya ni selalu sangat rasa diri sendiri GEMOK. haha Korang ada tak rasa macam tu? Walaupun seminggu syawal berlalu, ada lagi jemputan Open House. Mana tak nya, orang KL ni busy, yang ada masa pon time weekend je kan? hihi
Jadi lepas raya ni saya rasa nak pegi GYM, so sebelum pegi gym rasa nya kene ada juga preparation juga lah. Contohnya beli botol air, beli tuala untuk lap peluh, fat burner, air penambah tenaga, dan lain-lain lagi.OK, Tu preparation kecik je. TAPI, walau besar mana pon preparation yang dibuat, ada saja kesalahan berulang yang dilakukan ataupon yang misslook.
So jom kita kenali kesalahan masing-masing dan perbaiki yew!
1. Asyik Jenis Senaman Yang Sama Jek
Kalaulah korang ni memang kaki gym, sebelum raya buat kardiao main threadmill je, lepas raya ni cuba anda tukar pulak. Anda boleh cycling, jogging di taman bunga, buat aerobic dan sebagainya. Selain untuk menguji impak tubuh badan korang, perubahan cara bersenam ataupun tempat bersenam ini membuatkan korang tak bosan. Barulah lebih challenging giteww. Tapi pastikan ia tidak menjejaskan otot lah ye ;)
2. Tak Buat Regangan Badan
Regangan badan ataupun memanaskan badan, memang paling penting! Ada orang kata panaskan badan ni cuma perkara remeh temeh. TAPI, korang janganlah anggap regangan badan ni remeh, sebab banyak kes senaman tanpa meregangkan otot boleh menybabkan cramp, pengsan dan pitam.
Mudah saja nak regangkan otot ni, 5 minit saja diperlukan. Anda boleh tekan link ini Regangkan Otot 5 Minit
3. Bersenam Dengan Perut Kosong
Ada orang ingat jika bersenam dengan perut kosong, lagi memudahkan untuk diet. TOLONGLAH!!! jangan berfikiran macam tu ok!
Pakar pemakanan mensarankan, korang yang nak pergi GYM atau nak start bersenam haruslah ambil karbohhidrat, kerana karbohidrat mampu bertukar kepada otot yang baik dan membakar lemak anda tu. Contoh karbohidrat yang baik adalah seperti Oat, cereals ataupun roti gandum.
Karbohidrat diatas ni macam terlalu mainstream pulak. Korang boleh la makan Coco Crucnh ke, Roti Gardenia ke.. dan so on. ;)
4. Terlalu Fokus Pada Senaman Kardio
Orang perempuan memang peminat kardio. Berlari, threadmill, zumba dan lain-lain lagi. Tapi korang juga haruslah prepare kan diri korang untuk membuat senaman yang berkaitan beban dan berat.
Senaman kardio membolehkan korang menurunkan lemak, dan mencairkan lemak. Tetapi untuk menghasilkan bentuk badan yang lebih fit dan mantop, korang boleh juga buat latihan bebananan. Cuba! dah cuba baru tahu hasilnya ;)
Setkan dalam otak korang untuk tidak terlalu fokus pada kardio saja
5. Cuba Dapatkan Rehat Yang Cukup
Jangan semberono dalam melakukan senaman. Pastikan badan korang pun kene berehat selepas melakukan senaman yang panjang. Senaman paling optimum untuk sesorang dalam sehari adalah selama 20 minit. So kalau korang buat lebih daripada itu, korang haruslah berehat sekurang-kurangnya 2 jam sebelum melakukan senaman seterusnya.
Jangan paksa diri sampai tak larat, nanti kalau pengsan, siapa pula yang nak angkat korang pergi hospital? hihi
6. Postur Badan Yang Tak Betul
Setiap peralatan yang ada didalam bilik Gym menunjukkan cara untuk menggunakan equipment tu. So korang boleh belek sekejap equipment tu, dan baca arahan, dan cara yang betul untuk menggunakannya. Pastikan bentuk fizikal korang betul-betul mengikut cara-cara yang telah ditunjukkan.
Korang tahu kan kalau salah postur mungkin boleh menyebabkan :
- Cramp
- Sakit otot
- Rasa sakit ada otot atau urat
- Sakit belakang
- dll
Jadi cara terbaik, korang bolehlah minta tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman contohnya trainer yang bertauliah, atau pun rakan se gym yang boleh bantu korang mengenai equipment.
7. Hangat-Hangat Tahi Ayam
Seminggu sekali je pergi ke Gym. Bila sekali pergi tu la expect nak turun badan 20kg. Tak boleh lah macam tu kan? Mana ada result kurus badan terlampau cepat dalam masa sehari je, haha. Jadi korang yang dah pergi ke gym tu, konsisten tau. Supaya kesannya lebih cepat dan mengekalkan kesihatan anda ye!
So begitulah antara sebab persediaan nak pergi ke Gym pon mesti ada. Siapa yang selalu ada masalah macam diatas, cuba perbaiki semula, supaya wang yang kornag laurkan untuk masuk kelas Gym tu berbaloi-baloi. Dan kesannya pon terbaik lah! hihi
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 293 9886
Emel : hadhatina@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!