Radang Tonsil Pada Tekak


Memang tidak disangka saya ada sakit tonsil terutama ketika saya nak demam. Bila start bangun dari tidur, tonsil akan keluar bermakna saya nak demam la tu. 

Nak tau apa itu Tonsil ?

Tonsil adalah kalenjar yang bekerja untuk memerangi infeksi di tubuh anda. Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Fungsi tonsil sebenarnya adalah untuk menapis dan menahan diri dari serangan virus dan bakteria. Tapi adalakanya tonsil gagal melaksanakan tugasnya dan akan mengalami keradangan inflamasi. Tonsil akan membengkak dan mencapai saiz besar hingga menyempitkan laluan makanan.


Apa pula Radangan Tonsil ?

Infeksi yang terjadi pada kalenjar tonsil tersebut kebiasaannya disebabkan dari kuman virus dan hanya 15% disebabkan oleh bakteria. Ia amat berkaitan dengan imunisasi badan seseorang dalam melawan bakteria yang menghinggap di kalenjar tekak anda.


Penyebab Keradangan pada Tonsil ?

Tonsilitis nama saintifiknya adalah jangkitan bakteria pada tekak. Bakteria ini boleh menyebabkan tonsil bengkak dan beernanah.


Simptom-simptom penyakit Radang Tonsil ini :
  • Demam yang kadang-kadang sangat tinggi
  • Susah nak telan sesuatu kerana sakit tekak yang teramat
  • Bengkak atau ada bonjol pada kelenjar tekak, dan tekak akan kelihatan membonjol
  • Nafas berbau (kene selalu gosok gigi dan permukaan mulut)
  • Bunyi suara yang pelik kadang-kadang sampai tak boleh bercakap
Rawatan yang boleh kita ambil ?
  • Makan paracetamol untuk kurangkan demam dan sakit - Tapi ada cara yang lebih organic,drug free
  • Hisap lozenges untuk meredakan kesakitan
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan banyakkan minuman sejuk
  • Elak makan yang keras, rangup, berempah, berminyak dan panas
  • Rehat dan jangan menjerit-jerit
  • Pembedahan adalah jalan terakhir untuk membuang radang tonsil itu

Kalenjar Radang Tonsil perlu dibuang bila ?

Apbila berlakunya jangkitan ini berulang kali, ia mengganggu perbafasan seseorang dan gaya tidur yang tidak selesa pada anak anda. Doktor yang akan membuat penilaian samaada patut dibuang kalenjar radang tonsil tersebut ataupun tidak


Jangkitan pada kalenjar Tonsil boleh dielakkan dengan ?

Elakkan dari terkena bakteria, lagi-lagi sebelum makan, pastikan makanan dan tempat makan bersih. Basuhlah tangan sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut anda.

Untuk mengelakkan tonsil ini berulang banyak kali, diharuskan untuk ambil imune booster. Imun booster ini ada banyak kaedahnya. Salah satu yang dicadangkan oleh Shaklee adalah dengan mengambil Nutriferon. Lihat link ini NUTRIFERON Untuk Peningkatan Sistem Imun Tubuh.

Jadi untuk tahu lebih bagaimana Nutriferon dari Shaklee mampu Meredakan kesakitan Keradangan Tonsil, akan saya ceritakan di entrya disini ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Hadhatina Mkb
No Tel : 019 293 9886
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!