Kebaikan Jika Bayi Anda Diurut

Anak Ain memang suka bila berurut. Kadang-kadang sampai tertidur dibuatnya. Sejak beberapa tahun yang lalu, terdapat banyak kajian telah dibuat dalam bidang mengurut bayi. Mengurut bayi menggunakan sentuhan, mengurut dan refleksologi bagi mempromosi kesihatan bayi. Mengurut bayi meningkatkan perkembangan bayi termasuk otak, fizikal, emosi, mental dan perkembangan sosial.



Ada terdapat bukti bahawa sentuhan kasih sayang dapat membantu bayi membesar dan berkembang. Bayi yang diurut kerap kali oleh ibu bapa biasanya kurang menangis berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Ia mungkin berkaitan dengan fakta di mana bayi akan tidur dengan lebih lama dan menghasilkan kurang hormon tekanan berbanding dengan bayi yang tidak diurut. Selain itu, terdapat peningkatan dalam fungsi sistem pencernaan.




Memandangkan terdapat begitu banyak faedah mengurut, ibu bapa kepada bayi yang tidak cukup bulan digalakkan mengurut bayi mereka untuk membantu tumbesaran dan perkembangan bayi.

Sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang dapat meningkatkan ikatan anda dengan bayi anda melalui komunikasi secara positif dan pemeliharaan hubungan. Bercakap atau menyanyi kepada bayi semasa mengurut dapat membantu bayi untuk mempelajari bahasa. Pengekalan hubungan mata semasa mengurut adalah penting untuk komunikasi dan mengenali isyarat bayi.



Faedah-faedah mengurut bayi


✔ Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
✔ Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh 'motor skills acquisition',
✔ Menenangkan bayi dan melegakan simptom 'colic',
✔ Menyumbangkan kepada perkembangan otak serta keyakinan diri,
✔Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan.



Semasa tengah ada masa dengan bayi anda tu, ambil la masa beberapa minit untuk mengurut bayi anda. Memang best !

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!