Sekarang ni umur kandungan Ain nak masuk 25 minggu. Dah terasa berat sangat perut ni. Entri ni Ain nak kongsikan pengalaman Ain malam semalam. Sebelum tidur, memang rutin setiap hari tidurkan Mika dahulu. Sejak kebelakangan ni Mika suka tidur lambat terpaksa la papa dengan mama ni melayan kerenah dia sebelum tidur. Alkisahnya bila dia dah tidur, Ain pun selepas telan Ostematrix bersiap sedia untuk tidur. Tiba-tiba, terasa sakit sangat perut ni waktu tengah baring. Nak gerak ke kiri dengan kanan pun langsung tidak melegakan malah lagi menyakitkan. Rasa betul-betul nak menangis.
Lepas itu, Ain ambil minyak gamat dan sapu ke bahagian perut pun still rasa sakit menyengat tu datang. Rasa lebih kurang macam kontraksi pun ada. Mula la masa tu terus kejutkan suami tolong apa yang patut kan. Mungkin perut masuk angin kot ataupun banyak angin dalam badan. Serius, memang sangat sakit sampai tak terkata.
Antara Punca Masalah Angin
Terdapat dua punca yang menyebabkan terjadinya masalah angin badan ini. Antaranya:
1) Udara yang yang masuk ke dalam badan melalui sedutan atau bahagian liang roma badan
– Badan terdedah kepada angin dalam tempoh yang lama
– ‘Stress’ atau keadaan tergesa-gesa menyebabkan pernafasan menjadi laju dan udara akan disedut dengan lebih banyak
2) Gas yang dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar kerana makanan tidak dapat dicerna dengan baik
– Apabila hamil, hormon progesterone di dalam badan meningkat menyebabkan sistem percernaaan menjadi perlahan. Hal ini menjadi penyumbang besar kepada masalah angin di dalam badan wanita ketika hamil
Macam Ain, kalau lambat makan memang sakit macam ni la yang bakal Ain akan tempuh. Akan tetapi, Ain ada satu rahsia bagaimana mahu melegakan angin ni dengan sangat cepat. Next entri Ain akan kongsikan dengan semua rahsia Ain tu ye.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!