Orang kata tak
kenal makan tak cinta. Haa.. so bila dah try berbasikal sepagi disana,, saya
dapat rasakan banyak manfaat yang sangat berguna untuk kesihatan badan kita
terutamanya.
So, entri harini saya nak share 6 manfaat kesihatan yang kita dapat melalui aktiviti berbasikal ini k ;)
Sebab yang pertama:
Dengan
berbasikal, ia boleh menaikkan kadar metabolism dan stamina dalam badan kita.
Metabolisma badan dibentuk daripada rutin harian kita, jadi lagi banyak kita
berbasikal atau aktiviti kardio yang lain, lagi tinggilah kadar metabolism
dalam badan kita. Dengan itu, badan kita dapat membakar lemak dengan kadar yang
cepat.
Sebab yang ke-2:
Dapat
menguatkan otot badan kita. Kerana apabila kita berbasikal, kita memfokuskan
otot kaki, peha dan perut terutama ketika dalam membuat kayuhan. Dengan itu
kaki kita akan lebih sihat, bertenaga untuk membuat aktiviti lain.
Sebab yang ke-3:
Berbasikal
mampu membakar kalori dan lemak-lemak yang terkumpul dalam badan. Sebab yang ketiga, akitviti berbasikal dapat membakar serta
memecahkan lemak dan kalori. Aktiviti kardio seperti berbasikal, jogging dan
berenang telah terbukti secara saintifik dapat membakar dan memecahkan lemak
dan kalori.
Sebab yang ke-4:
Selain tu berbasikal juga dapat mengurangkan risiko
penyakit kronik seperti sakit jantung, sakit buah pinggang dan obesity. Apabila
kita berbasikal ia dapat membatu kita membuang toksin dalam badan melalui
peluh. So kulit kita akan
lebih cantik, lebih bersinar dan kekal awet muda.
Sebab yang ke-5:
Dengan melakukan aktiviti berbasikal ni dapat
mengeratkan hubungan dengan masyarakat seperti bertegur sapa, bertanya khabar
sesama jiran tetangga. Contohnya kalau kita berbasikal di taman, di tasik, kita
kan jumpa ramai orang. So disitu kita dapat memeriahkan dan menceriakan lagi
suasana harian kita.
Sebab yang ke-6:
Sebab yg terakhir, kenapa kita harus berbasikal ia
dapat mengurangkan Stress. Contohnya stress di pejabat. So dengan berbasikal ia
membantu merehatkan minda dan mata kita melalui pemandangan yg hijau dan menghirup
udara yg segar.
Begitulah serba serbi mengenai aktiviti berbasikal. Kita patut
jadikan satu aktiviti berbasikal atau aktiviti kardio lain sebagai satu
aktiviti wajib harian anda. Kalau tak sempat, seminggu sekali pon ok. Tapi
pastikan konsisten dan berkesan!
Selain itu makanan tambahan juga diperlukan untuk
aktiviti santai namun lasak seperti berbasikal ini supaya kita dapat stay on top of performance! Pilihan saya, Shaklee Performance Drink lah! :)
Jom tengok seronok nya saya berbasikal bersama kawan
saya ;)
Best kan? ;)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
Hadhatina Mkb (ID 846060)
Facebook : Stmhdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!