5 Amalan Si Perut Buncit Yang Wajib Dihindari.

Arghhh!!!

Alangkah indahnya kan kalau makan banyak berguni-guni, tapi badan tetap maintain dan cantik saja. Tak perlu risau akan kenaikan berat badan yang mendadak. Bagi mereka yang mempunyai gen-gen kurus mungkin mereka tidak berapa risau mengenainya. Tetapi harus diingat, kegemukan mungkin tidak terjadi. Tetapi anda yang kurus sebenarnya terdedah juga dengan masalah buncit. Dari aspek penampilan pula, buncit mampu menurunkan keyakinan seseorang dan ia juga mempengaruhi tahap kesihatan seseorang itu. Sebelum saya ceritakan bagaimana cara mengatasinya, seronok kiranya saya kongsikan bagaimana orang boleh terjebak dengan gejala buncit ini. Ini antara sebab-sebab nya:

Makan Berlebihan .
Dengan cara mengamalkan cara pemakanan yang mengandungi karbohidrat yang banyak dan trans lemak yang terlalu banyak. Lemak trans ini selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. Antara lemak trans biasa digunakan adalah minyak sayuran, makanan pastry (donut, ayam goring, pizza dab biskut) dan pelbagai lagi.

 Gaya Hidup "Segera".
Gaya hidup zaman milinium yang serba serbi ingin mudah, cepat dan pantas juga turut mempengaruhi tahap kesihatan tubuh badan anda. Banyak produk-produk makanan ringan dan segera yang diiklankan setiap hari. Kerana daya pengiklanan yang power dan sungguh canggih membuatkan anda tertarik dan menginginkannya. Padahal sudah diketahui umum bahawa makanan segera adalah tidak baik untuk badan anda. Jadi, disyorkan anda haruslah menjadi seorang pemilih dalam memilih makanan yang berkhasiat.

Penggunaan Ubat-Ubatan.
Ubat-ubatan seperti panadol, ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain mampu menghasilkan hormone estrogen yang membuatkan anda mengalami perut buncit. Hal ini memang telah terbukti bahawa hormone estrogen mudah untuk mengikat lemak. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, anda harus meniliti segala ubat yang ingin ditelan. Supaya tidak berlaku kejadian lain pula ;)

Faktor Genetik.
Yang perlu anda ketahui bahawa mereka yang berperut buncit biasa terjadi disebabkan beberapa factor keturunan dan genetic. Ini kerana ada yang sejak kecil mempunyai kecenderungan untuk menjadi gemuk dan buncit tidak hairanlah samada lelaki atau perempuan. Biasanya mereka ini mempunyai metabolisma yang perlahan.

Faktor Penuaan.
Memang tidak boleh disangkal lagi bahawa semakin bertambah umur, metabolisma juga ikot memperlahankan rentaknya. Metabolisma yang makin perlahan ini biasanya terjadi kerana pergerakan otot yang ikut berkurangan dan biasa dialami ketika usia seseornag mencecah 30 tahu keatas. Bila sampai sahaja umur begini, anda dinasihatkan untuk menjaga tubuh badan anda dengan berolahraga secara teratur supaya dapat membuang timbunan lemak yang berada pada badan anda.

Jadi disini saya dah terangkan beberapa penyebab perut buncit. Hanya 5 sebab boleh buat anda buncit. Jadi anda hanya ada 5 langkah saja cara menghindarkannya. So sampai sini dulu saya coretkan..
Saya akan sambung nanti dengan entry yang lebih best iaitu “Bagaimana Makan Banyak Tapi Tak Buncit”
Tetap menunggu untuk banyak lagi info kesihatan yang akan datang... 
Assalamualaikum ;)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!