Anda nak tahu apa Rahsia Si Kurus? Mungkin ramai lagi yang tak tahu kan. Yela, nama pon rahsia. Mana boleh beritahu sesuka hati.. Sebenarnya mereka memang ada rahsia yang terjadi secara semulajadi dan
kadang-kadang tak perlu penjagaan yang rapi pon. Hanya jalani hidup seperti biasa
dan tidak perlu risau mengenai berat badan. Mereka sedia KURUS!
Tapi, anda pun boleh jadi seperti mereka tau.. jom follow 6 rahsia pertama Si Kurus yang saya nak share harini.
Si Kurus memilih makanan yang mengenyangkan
Menurut
pakar kita perlu mengikuti “kepadatan kalori” yang dikira melalui nisbah kalori
dalam makanan kepada berat makanan itu. Makanan yang mempunyai kadar air yang
tinggi seperti buah, sayur, sup dan stew, makanan berbijirin penuh yang rendah
kalori tetapi mengenyangkan. Biasanya Si kurus juga sukakan makanan yang tinggi
serat seperti epal.
Sedar
tak sedar juga, Si Kurus selalunya akan mulakan makan dengan sup atau salad.
Ini yang menyebabkan Si Kurus tak dapat habiskan makanan yang selebihnya.
Si Kurus mementingkan saiz dan kuantiti pengambilan makanannya
Tidak
lah mengatakan bahawa Si Kurus akan meminta pelayan restoren mengira berapa
berat lemak yang diambilnya dalam setiap pinggan. Tetapi Si Kurus akan
memastikan makanan yang diambil dalam pinggan dipenuhi dengan buah, sayur dan
yang berprotien. Mereka jenis ini juga biasanya hanya order satu hidangan
sahaja tanpa side dishes yang lain, mengawal pengambilan makanan yang diproses
dan menggunakan pinggan yang lebih kecil dari yang lain.
Pakar
juga mengatakan, memakan 5 hidangan bersaiz kecil berbanding 3 hidangan yang
banyak, lebih memudahkan penurunan berat badan.
Si Kurus meletakkan keutamaan pada dirinya sendiri
Anna
Fletcher penulis buku “Thin For Life” yang bekerja di sebuah klinik obesity
membuat kenyataan “Ramai wanita menolak untuk meluangkan masa dengan dirinya
sendiri, kehidupan perempuan dihabiskan dengan memberi, memberi, memberi
walaupon mereka rela untuk melakukan nya. Tapi sebenarnya itu adalah salah. Kadang-kadang
anda harus meletakkan diri anda lebih utama dari perkara lain”
Keutamaan
seorang wanita dalam menjaga bentuk badan adalah dengan mengambil makanan yang
betul, bersenam selalu dan kurangkan tekanan. Ini membuatkan golonan wanita
kekal fit dan slim. Menjaga kesihatan diri sendiri perlulah diberi keutamaann.
Jangan hanya memasak dengan sedap, dan boleh makan dengan banyak menjadikan
bentuk badan anda gemuk atau obesity. Faktor stress juga boleh menyebabkan
kegemukan.
Si Kurus mempunyai ibubapa yang kurus
Gen
kurus mungkin salah satu penyebab mengapa si kurus kekal kurus langsing. Tetapi
sebenarnya Gen Kurus ini hanya mempengaruhi 30% sahaja dalam pembentukan bentuk
badan seseorang, yang selebihnya adalah persekitaran. Kerana jika anda
dibesarkan dengan bersukan dan makan makanan sihat, makanan yang segar, peluang
si kurus untuk kekal hidup secara sihat sebenarnya amat tinggi. Ini yang
menjadikan si kurus kekal cantik dan bertubuh langsing.
Si Kurus tidak pernah “skip” hidangan
Kajian
menunjukkan pesakit yang mengalami obesity berpunca dari meninggalkan waktu
makan. Contohnya tidak mengambil sarapan pagi. Kelaparan terpaksa ditanggung sehingga waktu makan tengahari. Jadi pada
waktu tengahari badan akan bertindak untuk makan tengahari dengan kadar yang
banyak. Di mana waktu tengahari hingga ke petang, aktiviti badan kita sudah mula
menurun. Dan menyebabkan kadar pembakaran lemak pon akan berkurangan. So
makanan yang banyak dalam perut itu akan bertukar kepada lemak dan menjadikan
badan kita….GEMUK…!
Si Kurus hadkan pilihan mereka
Bagaimana
menghadkan pilihan yang ada?? Rahsia Si Kurus mengatakan jangan makan ikut
nafsu, tetapi makan ikut keperluan sahaja. Kerana kepelbagaian jenis makanan yang mampu
anda makan, membuatkan lebih banyak lagi makanan yang anda ingin makan. Apa
jadi jika perut anda sudah penuh makan nasi, tetapi anda masih ingin makan kek,
kuih muih, mee goreng dan pelbagai lagi. Jadi di sini anda wajib meghadkan
pengambilan makanan anda kerana ia adalah usaha yang sangat baik untuk menjamin
keishatan pada masa hadapan ;)
So, 6 rahsia pertama saya dah bongkarkan. Stay tuned ya untuk 6 lagi rahsia nak jadi kurus!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!