Kebaikan Omega 3 Untuk Kanak-kanak

Dapatkan PROMOSI NOVEMBER 2014 untuk Omega Guard Shaklee

Anda mungkin pernah dengar tentang kebaikan-kebaikan Omega 3 untuk kesihatan. Tetapi adakah anda  sendiri mendapat bekalan Omega 3 yang secukupnya dalam diet seharian anda?

Omega 3 kini telah menjadi salah satu bahan paling penting dalam bidang perubatan.  Ia dilihat mampu memberi manfaat kepada semua peringkat umur, sama ada untuk bayi dalam kandungan ataupun kepada orang-orang lanjut usia.

Terdapat bukti kukuh yang mengatakan Omega 3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung dan menurunkan kadar ‘triglyceride’ dalam badan anda. Selain itu, kajian lain juga menunjukkan Omega 3 mampu membantu mengatasi beberapa penyakit-penyakit berisiko tinggi yang lain.

Untuk membantu anda memahami kebaikan-kebaikan Omega 3, entri kali ini saya akan ceritakan kepada anda manfaat Omega 3 kepada kanak-kanak.


OMEGA 3 UNTUK BAYI, KESIHATAN PRA NATAL DAN  KEHAMILAN.

Perkembangan Kognitif: Terdapat kajian menunjukkan, bayi yang diberi makan makanan yang kaya dengan asid lemak DHA Omega 3 menunjukkan peningkatan dari segi keselarasan mata dan tangan, tahap penumpuan, kemahiran sosial dan ujian kecerdasan minda.

Kajian juga menunjukkan bayi yang mendapat Omega 3 (DHA dan EPA) ketika dalam kandungan dan menyusu badan dalam bulan pertama kelahiran memberikan skor yang lebih tinggi dalam ujian kognitif berbanding bayi yang ibunya tidak mengambil supplemen DHA dan EPA ketika hamil.

Risiko Asma:  Kajian padan tahun 2008 menunjukkan anak remaja kepada wanita yang mengambil minyak ikan ketika hamil akan kurang risiko untuk mengidap penyakit asma.

Tumbesaran: Terdapat bukti menunjukkan apabila Omega 3 ditambah ke dalam formula, ia dapat membantu tumbesaran dan perkembangan otak bayi pra matang.

Kelahiran Pra Matang: Kajian pada tahun 2003 mendapati wanita yang makan telur yang kaya dengan Omega 3 berkemungkinan besar tidak akan mengalami kelahiran pra matang berbanding dengan wanita yang makan telur biasa.

Walaupun semua kajian-kajian ini masih belum muktamad, ia sudah cukup memberikan kita sebab untuk memastikan supaya bayi atau wanita hamil mendapat bekalan Omega 3 seperti DHA dan EPA yang secukupnya.

Kini, kebanyakan susu formula di pasaran telah diperbaharui dengan penambahan DHA. Susu ibu adalah sumber paling ideal untuk Omega 3, walaupun ia masih bergantung kepada berapa banyak Omega 3 yang di ambil oleh si ibu dalam dietnya.


Akan bersambung… STAY TUNED! ;)


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

HAZIQ IZZUDDIN 
Facebook : HAZIQ IZZUDDIN
No Tel : 013 416 5658
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!