Cara Nak Tau Bacaan Kolestrol Yang Baik

Sebelum ini ada saya kongsikan tajuk mengenai Apa itu Kolestrol dan Fungsinya. Saya pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa kolestrol itu membahayakan tubuh badan anda jika ianya berlebihan dalam badan. 

So,di sini saya sarankan kepada anda untuk melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital yang berhampiran.

So, bila anda semua sudah buat pemeriksaan, pastilah anda akan dapat melihat keputusan anda itu. Jom kita tengok apa makna bacaan tahap kolestrol anda tersebut:

Tahap kolestrol diukur dalam ukuran miligram (mg) dari tahap kolestrol per deciliter dalam darah. 

Cara pengiraan ini digunakan di United State dan negara lain termasuklah Malaysia. Ia boleh dijadikan panduan bila anda menerima keputusan kolestrol anda samaada berada di paras normal atau paras tinggi.

Tahap kolesterol boleh diukur berdasarkan bacaan 4 perkara tersebut iaitu:

Cara Bacaan Kolestrol
Cara Bacaan Kolestrol


1) Tahap kolesterol keseluruhan: 
  • Bawah 200 mg/dl - Terbaik
  • 200 - 239 mg/dL - Tahap sempadan tinggi
  • 240 mg/dL dan keatas - Tinggi
2) Tahap kolesterol LDL:
  • Bawah 70 mg/dL - Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang sangat tinggi
  • Bawah 100 mg/dL - Ideal untuk mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung yang tinggi
  • 100 - 129 mg/dL - Hampir ideal
  • 130 - 159 mg/dL - Tahap sempadan tinggi
  • 160 - 189 mg/dL - Tinggi
  • 190 mg/dL dan keatas - Sangat tinggi
3) Tahap kolesterol HDL:
  • Bawah 40 mg/dL (lelaki) - Tidak bagus
  • Bawah 50 mg/dL (perempuan) - Tidak bagus
  • 40 - 49 mg/dL (lelaki) - Baik
  • 50 - 59 mg/dL (perempuan) - Baik
  • 60 mg/dL - Terbaik
4) Tahap Triglycerides :
  • Bawah 150 mg/dL - Terbaik
  • 150 - 199 mg/dL - Tahap sempadan Tinggi
  • 200 - 499 mg/dL - Tinggi
  • 500 mg/dL dan keatas - Sangat tinggi
Haa.. so semua dah tahu kadar bacaan kolesterol anda. Jadikan jadual di atas sebagai panduan. Selamat mencuba ;)

-- Jaga kesihatan untuk jaminan hari tua --


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!