6 Tabiat Makan Buruk Rakyat Malaysia yang Patut Anda Hindari

Ramai tidak menyedari punca kolestrol yang terdapat dalam badan kita dipengaruhi oleh cara pemakanan kita. Kerana itu kita harus peka dengan keadaan sekeliling kita bermula dari cara pemakanan, gaya hidup dan trend terkini.

Sure semua tahu kedai ni kan?

Tahukah anda bahawa 92% daripada rakyat Malaysia didapati tidak makan sayur? Ramainya.. anda masuk dalam statistik tu jugak ke?

So di sini saya nak cerita sedikit mengenai Cara Pemakanan Rakyat Malaysia mengikut pandangan mata saya sendiri.
  1. Rezeki Jangan Ditolak - Sesekali ada kawan-kawan atau keluarga yang ajak untuk makan bersama, ayat rezeki jangan ditolak akan keluar. Waktu itu anda akan cuba makan sebanyak yang mungkin kerana bukan selalu ada orang nak belanja. Betul tak? Waktu tu juga plan pemakanan anda akan bertukar 360 darjah kerana inilah masa yang terbaik untuk request apa saja dari si pebelanja. Jadi, saya syorkan si pebelanja haruslah menetapkan tempat dan budget setiap mereka yang ingin dibelanja. Jangan sampai makan sampai tak ingat dunia menyebabkan kadar kolestrol naik dan menyebabkan penyakit lain datang pula.
  2. Lori Sampah atau Majlis Bandaraya - Ada rakyat Malaysia ni yang mempunyai perangai Majlis Bandaraya. Tau tak apa itu Bandaraya dalam istilah makan, ia membawa maksud makan sambil mengambil segala makanan di dalam pinggan orang lain. Ada orang menawarkan makanan yang tidak habis, kemudian si Bandaraya akan cepat ambil dan makan dengan lahapnya. Dengan alasan "tidak baik membazir".. Cuba cek, adakah anda seorang "bandaraya" atau ada kawan-kawan yang sebegitu rupa.
  3. Makin Berminyak Makin Sedap - Betul kan? jika dilihat pada jenis makanan rakyat Malaysia, dapat kita lihat, penggunaan minyak banyak digunakan. Kita boleh nilai sendiri bagaimana cara kita makan, seperti sarapan pagi kita ambil roti telur, makan tengah hari kita ambil kari yang bersantan dan berminyak. Tak kurang pula, petang kita makan pisang goreng. Wahh... banyak nya minyak! 
  4. Kedai Makan Terbaik Wajib Pergi - Kedai-kedai makan yang tumbuh sangat cepat sebenarnya amat membimbangkan. Ini kerana rakyat Malaysia terdedah dengan peluang untuk makan lebih banyak. Dari kedai makanan segera, kedai mamak, kedai makan tomyam dan kedai lain lagi. So apa salahnya, mereka yang berminat nak buka kedai makan, boleh la buka kedai makan yang sihat dan mementingkan kalori dalam setiap makanan. Contoh nya seperti kedai burger bakar, buat masa ini, burger bakar amat terkenal dan banyak jenis burger bakar yang terdapat di  negara ini. Jadi kita haruslah memilih yang mana paling best. Dan jangan pula pergi kesemua kedai burger bakar hanya ingin merasai burger mana yang lebih sedap dan terbaik. 
  5. Buncit Itu Seksi - Haaaa... ini kenyataan yang agak merbahaya kerana ia seakan permit untuk kita makan tak terkawal sehingga buncit. Ya betul, buncit boleh dianggap sebagai perasaan yang gembira dan tidak terlalu memilih makanan. Tapi kita wajib mengukur saiz makanan kita itu supaya tidak terjadinya buncit yang melampau.
  6. Kenyang Perut Suka Hati - Anda rasa logik kah kenyataan itu? Saya beranggapan ia memang benar, tapi jika perut diisi dengan makanan yang rendah kalori, menyihatkan dan mampu membina tubuh kita supaya lebih sihat. Tapi jika diisi dengan makanan berkolestrol tinggi, bagaimana pula tu? Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus pandai memilih makanan yang ingin dimakan. Kerana memilih makanan yang terbaik dan halal adalah salah satu ibadah juga. ini beberapa cara pemakanan rakyat Malaysia yang boleh kita lihat dan terjadi disekeliling kita. Cek balik dan pastikan kita bukan salah seorang daripada mereka.
Dahsyatnye ye.. so, nasihat saya, just terbalikkan mana-mana amalan buruk di atas yang kita ada buat untuk menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat. InshaALLAH boleh k?

Good luck!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!

-AYU-
Facebook : Stmshdy MhdMhy
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!