Sana sini orang sebut kolestrol. Tapi tau ke kita apa benda kolestrol tu? So, entri kalini saya nak share beberapa info basic tentang kolestrol ni, fungsi, serta apa itu kolestrol baik dan jahat.
LDL versus HDL |
Apa itu kolestrol?
Kolestrol adalah sejenis lipid (kelompok bersifat bio-molekul yang bersifat non polar dan bersifat tidak larut air) yang terdapat dalam aliran darah dan sel tubuh. Dengan kata yang lebih mudah, kolestrol adalah satu komponen lemak yang terdapat dalam makanan dan tubuh; di mana 80% kolestrol terbentuk di organ hati.
LDL (Low Density Lipoprotein) adalah kolestrol jahat di mana lemak jenis ini akan melekat pada pembuluh darah kita. Manakala kolestrol baik yang dikenali sebagai HDL (High Density Lipoprotein); merupakan lemak yang mampu melarutkan LDL dalam tubuh kita. Maka kewujudan lemak LDL harus dicegah supaya kadar lemak jahat yang berada dalam badan kita berkurang. Paras normal kolestrol dalam tubuh seseorang adalah 160 hingga 200 mg sahaja.
Fungsi kolestrol kepada tubuh manusia
- Sangat diperlukan dalam proses pembentukan darah.
- Kolestrol juga diperlukan untuk membentuk hormon seks.
- Kolestrol akan disalurkan pada hempedu sebagai pembentukan hempedu yang nantinya amat berguna untuk membantu penyerapan lemak dan juga untuk proses pencernaan makanan.
- Kolestrol juga amat penting untuk pembentukan dinding sel-sel dalam tubuh badan kita.
- Kolestrol juga adalah bahan asas yang diperlukan untuk membentuk vitamin D pada kulit dengan bantuan cahaya matahari.
So, dah tau kan apa bendanya kolestrol tu? Kesimpulannya, badan kita ni PERLU kepada kolestrol namun untuk tujuan tertentu dan dalam amoun tertentu juga. Maka, kenalah kawal berapa banyak kolestrol yang masuk dalam badan kita ni.. sebab, kolestrol yang berlebihan bakal mengundang bahaya bahkan MAUT!
Stay tuned untuk lebih info tentang kolestrol ;-)
Stay tuned untuk lebih info tentang kolestrol ;-)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!