Rahsia Si Kurus – Part 2
12 Rahsia Si Kurus saya dah dedahkan. So hari ini saya akan bongkarkan 6 lagi Rahsia
Si Kurus yang selama ni mereka simpan tanpa pengetahuan orang lain. HAHA so
sesiapa yang nak kurus, wajib ikut setiap rahsia-rahsia mereka yang akan
saya bongkarkan dibawah ini. Jom kita tengok:
Si Kurus Tidak Duduk Dengan Lama;
Mereka yang kurus mendedahkan rahsia bahawa
mereka ini suka berdiri, berjalan dan boleh dianggap sebagai orang yang tidak
senang duduk. Ada sahaja yang ingin dilakukan oleh si kurus. Terlalu rajin dan ringan
tulang. Pelbagai contoh telah menunjukkan bahawa kebiasaan kita selalu bergerak
kesana kemari, berjalan ketika siang hari, memakir kereta di tempat kereta
yang jauh mampu membakar lebih kalori. Kerana itu senaman yang konsisten dan pengambilan
supplemen yang konsisten juga sangat penting. “90% manusia yang maintain berat
badannya adalah kerana rutin hariannya yang berjalan 4 batu setiap hari”
Si Kurus Kerap Mengira Berat Badan Sendiri:
Pakar diet mengatakan kekerapan menimbang
berat badan sendiri mampu menaikkan semangat untuk kekal sihat ataupun slim.
Mereka si kurus selalu merangka plan pemakanan mereka. Kerana mereka yakin,
dengan mengikut plan pemakanan tersebut mampu mencapai goal mereka.
Si Kurus Tidak Melepaskan Sarapan Pagi.
Sarapan adalah hidangan yang paling penting
sekali dalam sehari. Ia adalah cara untuk kekal langsing. Kajian mendapati
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kadar kalori yang sama
dengan mereka yang mengambil sarapan pagi, bermakna skippers sarapan ini akan
menambah kalori pada hidangan yang seterusnya iaitu pada waktu makan tengahari.
jadi, kenapa orang kurus susah nak gemok. Jawapannya jangan skip sarapan pagi.
Tau!
Si Kurus Seronok dengan Makanan Yang Mereka
Ada.
Secara naturalnya, mereka si kurus ini
sangat seronok dengan hidangan makanan mereka berbanding mereka yang obesiti atau gemuk. Kerana mereka akan makan tanpa ada rasa bersalah terhadap diri
mereka sendiri. Ini adalah kerana mind set mereka positive dan mampu mengawal
cara pemakanan mereka. Sepatutnya, semua orang harus makan makanan yang
terpilih sahaja, bukan kesemuanya.
Si Kurus Mengambil Langkah Awal Pencegahan.
Saya pernah berjumpa dengan mereka jenis si
kurus ini dan dia berkata dia mengamalkan pencegahan awal. Contohnya jika
beliau mengalami kegemukan sehingga mencecah 60kg, beliau akan cuba tidak
mengambil kek, air bergas, minum air kosong dengan lebih banyak, dan menunggang
basikal 3 kali seminggu. Pemahaman mengenai kalori dan berat badan ideal ini amat
penting sebagai langkah membendung gejala kegemukan. Contoh si kurus yang lain
adalah seperti dengan tidak menyimpan aiskrim, cookies didalam peti aias
mereka. Begitulah si kurus mengawal pemakanan mereka dengan mengenal pasti
punca sesuatu penyakit dan mencegahnya dari awal. Jadi semua orang harus
membuat sedikit bacaan, pencarian maklumat untuk mengetahui langkah-langkah
awal yang perlu diambil.
Si Kurus Tahu Perkara Yang Membuahkan
Hasil.
Perbezaan besar yang terjadi antara mereka
yang kurus dan yang gemuk adalah pada keberkesanan aktiviti dan cara pemakan
mereka yang konsisten. Kerana golongan kurus ini telah tahu aktiviti dan diet
bagaimana yang harus mereka lakukan untuk mengekalkan bentuk badan lansing dan
fit. Berbanding mereka yang mengalami kegemukan, mereka ini sebenarnya mampu
kurus dan cantik. Tetapi perlu dengan cara yang betul dan effektif. Seperti
pengambilan pil-pil kurus yang berada di pasaran. Mungin pada peringkat awallnya
ia menampakkan hasil, tetapi jika selepas beberapa bulan tidak mengambil
tersebut, badan akan naik semula secara mendadak. Jadi disini ilmu dan
pelaksanaan sangat penting.
Jika tidak berdaya untuk membuat senaman
harian secara konsisten, anda boleh ambil diet dan makanan yang seimbang.
Makanan tambahan yang mampu mengurangkan rasa lapar amat penting untuk mereka
yang obesity atau gemuk. Makanan tambahan juga penting supaya kesan kepada
penurunan berat badan mampu dikekalkan.
So kalau nak tahu makanan tambahan yang
biasa diambil oleh Si Kurus ini. Boleh tengok Link ini atau hubungi saya dibawah ini ;)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!
-AYU-
Facebook : Stmshdy Mhdmhy
Fb Page : Diari Vitamin E-Shoppe
No Tel : 019 548 2386
Emel : ayumohdmohyi@gmail.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!