ESP dan Set Vitamin Untuk Kulit Cerah dan Gebu Secara Semulajadi

Bulan Mac lepas ialah promo ESP, namun suplemen hebat ni tak perlukan promo untuk kekal jadi best-selling product di Malaysia. Sebab apa? Sebab ia sememangnya produk yang berkualiti, semulajadi, selamat dan berkesan, serta paling penting ianya sesuai untuk semua golongan bermula daripada anak kecil berusia setahun.

Saya sendiri sukakan ESP. Mula-mula nak beli set menyusu Shaklee dulu, saya tau SET E je paling best. SET E ada Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa dan Ostematrix. Tapi, kakak yang handle order saya tu sempat kenen-kenen saya add-on ESP. Kata akak tu, susu badan jadi pekat, saya jadi lebih energetic, kulit lebih cantik dan baby pun senang dapat berat badan yang cun. Jadi, tanpa fikir panjang, tambahan budget untuk beli suplemen memang sentiasa ada walaupun saya hanya seorang surirumah, saya setuju tambah.

Alhamdulillah, semua efek yang kakak tu kenen-kenen ke saya memang benar. Berbaloi sangat saya tambah ESP ni. Puas hati. Tambahan lagi lepas tu saya dapat tahu, ESP ni adalah protein (soya). Protein adalah asas kepada pembinaan sel-sel tubuh, baik sel yang baru untuk ganti sel lama mahupun sel rosak yang perlu dibaiki. Sel yang sihat menyerap nutrien jauh lebih baik berbanding sel yang kurang sihat. Dengan mengamalkan ESP, sel-sel tubuh saya bukan aje sihat malahan cantik. Jadi, segala vitamin-vitamin lain yang saya makan juga akan lebih mudah diserap tubuh.

Berbalik kepada tajuk entry saya, untuk mendapatkan kulit yang cerah dan gebu secara semulajadi, paling asas jangan tinggalkan pengambilan ESP kerana ia adalah asas untuk anda mendapatkan kulit yang cantik. Selepas itu, anda bolehlah amalkan pengambilan vitamin-vitamin asas untuk kulit yang cantik iaitu B Complex untuk menyeimbangkan minyak di kulit wajah, vitamin C untuk kulit yang licin seperti porselin, dan vitamin E yang diketahui kaya antioksidan supaya sel kulit terpelihara daripada radikal bebas yang membuatkan kulit cepat berkedut. Vitamin E juga diketahui berkesan untuk menghilangkan bintik hitam di wajah.

Selain daripada itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, boleh detox dengan alfalfa dan stabilkan hormon dengan pengambilan GLA Complex, diikuti pengambilan ESP dan Zinc secara teratur.

Apapun, bagi anda yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee, jangan lupa yang anda wajib minum air masak secukupnya supaya segala toksin dalam tubuh keluar untuk membantu proses detox berjalan lancar. Minum air juga penting untuk memastikan kelancaran fungsi vitamin dalam tubuh.

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!