Penyusuan Ekslusif Tidak Susah


Syukur alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas, 5 April 2014, lengkaplah sudah tempoh penyusuan ekslusif putera kesayangan saya, Ilham Bakhtyar. Buat masa ini, saya belum mulakan lagi beri Ilham semi-solid food, sengaja saya tangguhkan. Mungkin habis program di Indonesia baru mula.

Apa itu penyusuan ekslusif? Saya ambil daripada laman web Lunatots

Menyusukan secara eksklusif ialah menyusukan bayi dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula atau makanan lain (begitu juga air kosong). Ianya penting selama 6 bulan pertama bayi untuk mereka mencapai tahap tumbesaran, perkembangan dan kesihatan yang baik.

Susah tak nak menyusukan bayi secara ekslusif ni?


InshaALLAH tak susah sekiranya daripada awal lagi anda dah niat mahu susukan bayi anda secara ekslusif untuk tempoh 6 bulan pertama. Semasa mengandung lagi berniatlah anda mahu melakukannya. Ketepikan dahulu bab orang-orang sekeliling especially orang-orang terdekat yang mungkin tidak support. Biasanya orang kurang support sebab tidak faham. Maka, anda jadikan mereka faham. Untuk itu, anda perlu ada ilmu.

Semasa saya mengandungkan Icha, saya telah pun menjadi seorang surirumah. Jadi, masa lapang yang ada saya manfaatkan sebaiknya untuk carigali ilmu penyusuan susu ibu. Selepas melahirkan Icha, lagi-lagi both saya dan suami anak sulung, memang kami dianggap kurang ilmu jadi tindakan saya untuk beri susu ibu sepenuhnya kepada Icha memang kurang mendapat sokongan. Tapi, sebab saya dah nekad dan dah kumpul banyak ilmu dan maklumat, maka saya jadi kuat untuk teruskan impian saya memberi susu ibu sepenuhnya kepada Icha.

Tak perlulah saya cerita dengan detail di entry ini, apa yang saya alami ketika itu sama seperti anda yang lain juga ;-)

Alhamdulillah, untuk anak kedua dan ketiga penyusuan susu ibu bukanlah satu masalah, malah saya dah boleh beri konsultasi bab penyusuan susu ibu kepada ahli keluarga saya.

Tips untuk berjaya menyusukan bayi secara ekslusif daripada saya :



  1. Tetapkan niat dan matlamat untuk beri susu ibu secara ekslusif kepada bayi sedari anda mengandung lagi
  2. Banyakkan membaca dan bertanya kepada mereka yang pakar dan berpengalaman
  3. Mulakan untuk sharing bab penyusuan susu ibu dengan suami dan keluarga, especially jika bayi anda bakal cucu sulung dalam keluarga
  4. Sabar dan tabah. Tiada jalan mudah nak berjaya. Anda sendiri yang buat ia jadi berjaya.
  5. Motivasikan diri selalu supaya anda enjoy the moment.
  6. Berdoa tanpa jemu.

Jadi, cukuplah 6 tips ringkas daripada saya bagaimana mahu menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif. Lepas ni saya share tips banyakkan susu dan apa cabaran seterusnya apabila anak dah berusia 6 bulan pula.

Good luck!

Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!