Biasa kan zaman belajar, zaman kerja ambik MC sebab senggugut? Senggugut ni kepada mereka yang tak pernah alami, I tell you, memang menyiksakan. Saya senggugut okey lagi kot sebab tahap guling-guling atas katil 'je', but some of my friends sampai migrain, muka pucat, tak boleh berjalan dan sebenarnya sebab ada masalah kesihatan pada organ peranakan. Emm.. bahaya tu.
Tiada lagi alasan senggugut! |
Macam mana rasa senggugut tu?
Sakit di bahagian bawah perut atau pelvis semasa period (datang haid) especially pada hari pertama period. Some people, darah memang keluar banyak sangat masa ni. Tak selesa. So, jangan ingat diorang enjoy MC tu (tapi ada juga yang tak senggugut ambik MC guna alasan ni)
Jenis senggugut
Nama omputih senggugut ialah "dysmenorrhoea". Ada 2 jenis senggugut.
Senggugut Primer
Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.
Senggugut Sekunder
Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:
- Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
- Cyst Ovari dan tumor
- Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
- Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
- Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
- Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Tips atasi atau kurangkan sakit masa senggugut
Ni yang saya buatlah dulu-dulu sebab lepas bersalinkan Icha senggugut dah jadi sejarah ;-)
- Bertuam/bertungku pada bahagian bawah perut tu. Kata orang, nak bagi ketulan darah tu pecah/cair
- Makan ubat penahan sakit macam panadol atau paracetamol
- Tidur/Rest
- RCA/Visualize atau senang cerita sendiri kawal sakit
- Makan Ostematrix dan GLA Complex daripada Shaklee
Bagaimana GLA Complex membantu senggugut?
Kesakitan akibat senggugut melibatkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat badan yang kekurangan GLA (gamma-linolenic acid). Wanita yang sedang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid linoleik yang merupakan asid lemak penting kepada GLA. Maka, pengambilan GLA amatlah penting bagi mengurangkan kesakitan akibat senggugut yang dialami.
GLA Complex Shaklee yang diekstrak daripada borage (sejenis herba) membantu melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
Bagaimana Ostematrix membantu senggugut?
Menurut kajian, pengambilan kalsium dan magnesium dalam diet membantu mencegah/mengurangkan senggugut. Menjelang period, paras kalsium dalam tubuh menurun menyebabkan seseorang wanita itu senang letih dan moody. Kalsium ni penting ye untuk fungsi saraf membawa kepada otot dan lain-lain. So, dengan pengambilan Ostematrix Shaklee ni membantu kita menten level kalsium dan magnesium dalam badan, sekaligus menten tona otot supaya tak cramp.
AMARAN! Senggugut yang teruk sila berjumpa doktor.
Dua suplemen ni sangat crucial bagi saya selain daripada sebab senggugut ni sendiri, sebab saya dah takde senggugut. Buat anda yang ada masalah senggugut, boleh cuba. Semoga produktiviti kerja meningkat apabila masalah senggugut telah diatasi, inshaALLAH.
Untuk pertanyaan dan pesanan produk Shaklee bolehlah hubungi saya di 0192939886 (sms/whatsapp) atau emel kepada hadhatina@yahoo.com. Konsultasi percuma buat pelanggan Shaklee saya sahaja.
0 comments:
Post a Comment
Saya amat berbesar hati sekiranya anda sudi meninggalkan komen dan link contact anda kerana saya pasti membaca dan menjawabnya nanti. Terima kasih!